Thursday, July 30, 2009

Kami tahu anda menipu


Hari ini Basuh Baju akan memetik beberapa ucapan politikus kita mengenai ISA. Basuh Baju harap semua terhibur kerana apa yang diucapkan oleh politikus kita benar belaka.

RAIS YATIM- Menteri Penerangan.

Pada tahun 1995, menyiapkan thesis yang bertajuk " Kebebasan di bawah Kuasa Eksekutif, Kajian tentang ISA". Dalam thesis ini, beliau telah mengkritik penggunaan ISA dan mencadangkan agar ia dihapuskan.

Tetapi tahun 2008 semasa menjadi Menteri Luar beliau berkata, " Malaysia tidak boleh disamakan dengan negara lain yang tidak punyai ISA. Di Malaysia, pelbagai kaum dan agama. ISA digunakan untuk mencegah bukan menghukum."

ABDULLAH AHMAD BADAWI- Bekas Perdana Menteri.

Pada tahun 1988, Pak Lah berkata " Jika kita mahukan selamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir mesti disingkirkan kerana beliau menggunakan ISA untuk menutup mulut pengkritiknya."

Pada 1989, sekali lagi beliau berkata, " Undang-undang seperti ISA tidak ada tempat di Malaysia kini. Ia adalah draconian and barbaric law."

Pada 2003, selepas menjadi PM, tiba-tiba beliau berkata, " ISA adalah undang-undang yang perlu... Kami tak pernah salahgunakan ISA. Sesiapa yang ditahan itu merupakan ancaman kepada negara."


Pada 2009, beliau berkata " Mengikut pandangan saya, ISA patut dihapuskan. Saya tidak menghapuskan ISA ketika menjadi PM kerana ketika itu tentangan terhadapnya tidak sebegitu hebat seperti sekarang."

Dr Mahathir- Bekas Perdana Menteri.

Pada tahun 1966 semasa berucap dalam pindaan rang Undang-undang ISA, beliau berkata, "Tiada manusia yang berakal akan menerima ISA kerana ia menggadai segala prinsip demokrasi."

Semasa menjadi Perdana Menteri, beliau berkata, " Undang-undang tetap undang-undang. Kalau saya gunakan ISA sekalipun, saya tetap tidak melakukan kesalahan kerana menurut undang-undang. Kalau tidak suka, hapuskanlah undang-undang itu. Tapi sekarang ISA masih ada."

22 comments:

Baginda Reformasi said...

hahahaa... tin kosong bile diketuk mmg berbunyik lantang... sdri bikin susah...

nami o fish said...

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama boleh jadi menteri.

fahmi said...

assalamualaikum... fuh... mase mule2 berdegar2 ckp xmau... dh jadi geng.. sokong kemain agy... cakap x serupa bikin...

Marniyati said...

Pemimpin mudah lupa...

nami o fish said...

Basuh Baju,aku ingat Ez dah senyap tentang hukuman mati kat blog aku.

Sekali dia tanya soalan ni kepada semua,aku dah tak tau nak jawab.Haha!

Why do we kill people who kill people to prove that killing people is wrong?

Hood said...

biasalahh pemimpin; gebang2 belaka.

Radzi Tajuddin said...
This comment has been removed by the author.
Basuh Baju said...

Baginda: tin kosong lagi best kalau jual kat besi buruk..haha

Nami: Masalahnya yang cakap bohong ni tak makan ikan siakap dan senohong..haha

Fahmi: W'salam, biasa ar. manusia mudah lupa. melayu mudah lupa. eh, mcm pernah dgr je? haha

Marni: pemimpin tak mudah lupa tapi buat2 lupa. haha

Hood: Mungkinkah dia bergebang di pintu gerbang? haha

Basuh Baju said...

Nami: payah jugak nak cakap dgn org yg terlalu idealisitik. memang betul pandnagan dia. tp aku ada satu quote best:

" There's nothing wrong with idealism but the reality hurts."

Sebab tu aku cakap, kalau kes bunuh2 kejam, rogol ni kena kat kita cmne? sbb tu aku tnya dia, dia snggp ke maafkan pembunuh tu kalau dia kena?

dlm kes ni, kita kena ingt kita manusia yag ada emosi dan akal fikiran. sbb tu aku punya pandangn tak terlalu idealisitk smpai ngko macam tahap dewa boleh maafkan org dh bunuh mak bapak ko. kalau ko boleh maafkan, it's good.

tp kalau tak (mcm aku), it's normal.

Aishah Jamal said...

itu perkara biasa bagi pemimpin parti keris yang mudah lupa apa yang mereka suarakan.

Mereka hanya akan playback segala rekod percakapan tu jika bercadang untuk menjatuhkan lawan.

Hmmm....alahai!

Mamai said...

pemimpin memang mudah lupa kerana mereka tak tahu bahawa rakyaat tak pernah lupa cuma sikit mamai ajer

GABAN_KUSUT said...

'the ISA can be reviewed but it must be understood that a review does not mean abolishing the ISA. the review could mean maintaining it in its present form or strengthening the act'-madey/aug,1990..

hang x paham-paham ka?..

belasah..
balun..
i`m da govern..
i`m da law..
hang pi lapun cket..

Basuh Baju said...

aishah jamal: biasalah tu.. konon2 mereka lagi suci dari breeze.. macam kes derhaka hari tu la kan.. lupa sape yg pernah derhaka dulu2..

mamai:
sebab tu bila dah mamai kena pi basuh minda..haha

gaban kusut: ha, tu satu lagi yg madey cakap.. tq!

nurmieliasyaza said...

saya setuju sepertimana saudara komen di dalam blog saya..kita masih perlukan akta ini..cuma caranya perlulah diubah dan digubal..mungkin dalam ISA perlu ada mahkamah khusus untuk membicarakan mereka yang ditahan..pendapat sayala..tq

azmi yusof

noorlara said...

ada orang prinsipnya berubah mengikut keadaan semasa. cakap salah tak cakapun salah!

Nadine Zuharra said...

tahniah kerana perasan akan kebohongan mereka2 yang tidak berperasaan ini..

Aidy Shahiezad said...

pelik.. tetapi itulah politik...
sesuatu pendapat yg dibicarakan hari nie belum tentu konkrit pada masa akan datang.. adakalanya, sesuatu itu perlu disesuaikan dengan kepentingan masing-masing...

INDRA QIRANA said...

soory to say ahh dorang takan gubal pon ISA tu..pasal dia mmg nk gunakan ISA tu untuk kepentingan dorang... kalau ada pengadilan kat situ tak der la kuasa dorang lagi dah...

INDRA QIRANA said...

Oh lupa lak nak ckp ni, tak payah pon nak gubal gubal ISA ni,Isa ni di ibaratkan seluar buruk yang koyak rabak dan berbau hapak..nak jahit jahit pastu nak letak minyak wangi amatlah tak praktikalnya maka HAPUSKAN aje ISA!

Orang politik memang sangat mrlucukan lawak mereka memang kejam untuk kita he he..

budak kampung online said...

SALAM ZIARAH... PEMIMPIN HANYA PANDAI BERCAKAP DARI BERFIKIR SEHINGGA MEREKA TIADA KETENTUAN DALAM PRINSIP DEMOKRASI. UNTUK MEMENUHKAN TEMOLOK MEREKA SANGGUP MENCABUL PERLEMBAGAAN DAN MEMBELAKANGI ASPIRASI RAKYAT. KALAU NAK TUNGGU ISA DIGUBAL OLEH MEREKA SENDIRI ALAMAT BERTAHUN LAGI RAKYAT DOK MENUNGGU MACAM PPSMI DAH TENTU 3 TAHUN LAGI AKAN BERALIH ANGIN KEPADA PR

abu muaz said...

Kalau masih gomen yg sama memerintah takkan dihapusnya ISA ni. ISA nikan nyawa buat mereka. Samalah seperti mesin hayat kat bilik ICU tu.

Anonymous said...

hahahahahahahahahahahahaha....nice one...when i feel bored i just read the local newspaper, why? coz there is a lot of clown out there making funny statement....