Monday, April 6, 2009

Bila Al-Quran hendak dimelayukan- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 5 April - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengutuk tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menggunakan ayat suci al-Quran semasa mengadakan ceramah di Bukit Gantang, Perak, malam tadi.

Presidennya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, Kor Ming wajib meminta maaf secara terbuka terhadap perbuatannya itu yang merupakan penghinaan terbesar kepada umat Islam bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia.

Beliau menegaskan, bagaimana mungkin Kor Ming yang langsung tidak beriman dan mempercayai Allah adalah tuhannya dengan sewenang-wenangnya membaca al-Quran demi agenda politiknya.

Reezal Merican mengulas tindakan Kor Ming yang membaca al-Quran dalam ceramahnya dengan tujuan bagi meraih sokongan orang Melayu.

Apa punya bodoh mamat ni?! hahaha Al-Quran diturunkan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh umat. Tidak kira bangsa, kulit, agama....

Sepatutnya kita rasa bangga dan malu apabila seorang yang bukan Islam memetik ayat Al-Quran!

Sejak bila guna ayat Al-Quran merupakan penghinaan terbesar kepada umat Islam di seluruh Malaysia? hahaha Tindakan mangkuk ni yang buat saman polis yang memalukan umat Islam.hahaha

Woit! Mamat ni siapa nak cakap pasal iman? hahaha Woit! tak pernah baca ke Al-Quran dikaji oleh para ilmuwan barat? Tak tahu ke? hahaha

Tak pernah tahu ke ulama Islam sendiri membaca bible untuk pengetahuan? hahaha Sheikh Ahmad Deedat pakar bible. Itu menghina Kristian tak? hahaha

Padan muka kalah naib pemuda UMNO hari tu.hahahaha Kalau menang habislah dia dapat jadi menteri agama..hahahaha

Sila cermin diri: tengok muka tu, tanya diri 'aku ni layak tak jadi presiden MIC?.' hahahahaha

4 comments:

Cob Nobbler said...

Bagi dia satu hujah la..

al-Quran tu dalam bahasa Melayu ke bahasa Arab?

Arab ada yang Kristian...aku rasa kalau Arab Kristian baca takde masalah,pasal tu bahasa dia.

Kan?

Orang tiba2 terror cakap pasal agama ni..huhu!

Dey,kalau faham pasal al-Quran sangat,ape kes rembat harta rakyat lagi hah?

p/s:bajet nak jadi hero Tamil la tu.

Rambouillet said...

Kalo di ikutkan pun memg byk saintis dari kalangan barat yg mostly bukn Islam..
Dia xpenah taw la kot kisah2 gini..

Basuh Baju said...

nami: betul betul betul- ala2 upin ipin.haha

rambouillet: mgkn dia xblaja PPSMI kot..haha

Jay Harun said...

itulah, bila org Islam sendri taknak merujuk Al Quran, itu jenis tak faham kenape Al-Quran diturunkan. dah tu sombong plak tu.