Tuesday, December 7, 2010
Ketuanan Melayu- Bhg 2.
Thursday, December 2, 2010
Ketuanan Melayu- bhg 1
Sebelum itu, apa yang kita faham mengenai ketuanan melayu? Apakah yang dikatakan sebagai ketuanan melayu? Adakah pemahaman kita terhadap ketuanan melayu merupakan pemahaman yang tepat?
Hal ini penting kerana segala pandangan kita bergantung terhadap pemahaman kita. Pemahaman yang salah membawa kepada pandangan yang salah. Dan pandangan yang salah menyebabkan keputusan yang salah.
Mereka yang menolak konsep ketuanan melayu mendakwa konsep ini berkisar tentang melayu menjadi Tuan dan bukan melayu sebagai hamba. Logik mereka- jika ada tuan pasti ada hamba. Malah mereka cuba menyamakan konsep ketuanan melayu ini dengan ketuanan bangsa Aryan yang dipegang oleh Adolf Hitler dan ketuanan zionis di Israel.
Sekiranya konsep ketuanan melayu begini maknanya- saya bersetuju konsep ini perlu dibakul sampahkan. Malah sesiapa yang mengajukan konsep ini pastilah bersikap rasis.
Tetapi adakah benar ketuanan melayu begini? Benarkah ianya mengenai tuan dan hamba? Adakah konsep ini rasis?
Jawapannya tidak.
Ketuanan melayu tidak pernah bermaksud untuk menjadikan bangsa melayu sebagai satu-satunya bangsa suci yang dipilih Tuhan atau menjadikan bangsa lain sebagai hamba.
Sebaliknya konsep ketuanan melayu merujuk kepada kontrak sosial di antara kaum pribumi (melayu) dengan kaum imigran (Cina dan India). Orang melayu sebagai 'tuan rumah' begitu bermurah hati dan berlapang dada untuk menerima 2 juta orang bukan melayu sebagai warganegara di bumi yang bertuah ini. Sebagai balasan, orang bukan melayu mengiktiraf beberapa keistimewaan yang diberikan kepada orang melayu.
Wajib untuk kita ingat bahawa tidak ada negara bangsa di dunia ini baik bangsa arab, eropah, india, perancis dan Itali yang pernah menunjukkan 'gesture' sebegitu mulia seperti bangsa melayu yang sanggup 'menerima masuk' berjuta-juta bangsa lain ke dalam 'rumah' dan dijadikan 'kaum keluarga' dengan diberikan hak kerakyatan, hak berpolitik, hak mengamalkan budaya, hak mengundi dan menganggotai kerajaan.
Jadi, adakah logik ketuanan melayu diibaratkan seperti hubungan tuan dan hamba? Sudah pasti tidak kerana kita tidak pernah sesekali menganggap mereka yang datang bertandang ke rumah kita sebagai hamba. Apatah lagi tetamu yang sudah menjadi kaum keluarga.
Jadi apa sebenarnya yang perlu dijunjung oleh rakyat Malaysia mengenai konsep ketuanan melayu ini?
i) Pertama, orang bukan melayu mesti selama-lamanya terhutang budi dan mengenang jasa dengan mengiktiraf keistimewaan orang melayu di atas kerakyatan yang diberikan sehingga mereka dapat hidup aman makmur di bumi bertuah ini. (malahan menguasai 80% kekayaan negara).
Adakah salah untuk kita mengenang budi seseorang? Susah sangat ke hendak berterima kasih? Kalaupun tidak berterima kasih, tetapi setidak-tidaknya janganlah mengajak orang lain untuk menjadi kurang ajar dengan tidak mengenang budi.
ii) Kedua, orang melayu mesti selama-lamanya menganggap orang bukan melayu sebagai kaum keluarga di tanah air tercinta ini. Oleh itu orang melayu tidak boleh menindas dan merampas dari sudut apapun bangsa-bangsa lain.
Di sini kita dapat lihat- mereka yang mahukan ketuanan melayu dihapuskan bukan sekadar bercakap mengenai keistimewaan orang melayu tetapi turut menafikan hak orang bukan melayu sebagai ahli keluarga yang mesti dilayan dengan baik.
Bukankah ketuanan melayu sebenarnya berkaitan dengan orang bukan melayu juga? Tidakkah ini membuktikan bahawa ketuanan melayu tidak rasis?
Sewajarnya rakyat Malaysia khususnya orang melayu tidak perlu berasa apologetik atau merasa bersalah untuk mempertahankan ketuanan melayu. Ini adalah kerana konsep ini bukanlah mengajukan tuan dan hamba, tidak rasis dan bukannya bersifat menindas (baca: membunuh) seperti ketuanan Aryan dan ketuanan Zionis.
*
Di dalam tulisan ini saya tunjukkan kepada para pembaca bahawa inilah konsep sebenar ketuanan melayu yang perlu kita fahami. Malah inilah yang berlaku di dalam sejarah pembinaan negara kita. Ini pastilah berbeza dengan pemahaman ahli politik yang sekadar memancing undi.
Saya amat berharap selepas memahami konsep sebenar ketuanan melayu, kita dapat mengajukan pandangan dengan tepat. Dan paling penting- kita dapat menilai wajar ataupun tidak konsep ini dibakul sampahkan.
Hanya mereka yang buta sejarah/pembelit fakta ataupun masih ingin dikhayalkan dengan permainan ahli politik yang gian nak jadi Perdana Menteri akan menghadapi kesukaran untuk membuat penilaian.
Terima Kasih.
(bersambung bahagian 2- ketuanan melayu di dalam konteks perlembagaan dan kaitannya dengan insititusi diraja)
Saturday, November 13, 2010
Kebebasan Media
A letter, signed by the press secretary to the menteri besar, said that certain media organisations would be banned from covering the budget session of the state assembly beginning tomorrow.
The Kedah move followed the banning of the New Straits Times from covering the DAP-led Penang government functions and events, effective March last year.
Kita boleh melihat perkara ini dari 2 konteks yang berbeza.
1- Pakatan Rakyat pun sama 'draconian' dengan Barisan Nasional dalam isu kebebasan media. Kalau media perdana boleh diharamkan dari membuat liputan sidang dewan di negeri Pakatan Rakyat, kenapa Barisan Nasional tidak boleh menarik permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan?
Kalau Utusan boleh menyerang peribadi Anwar, kenapa akhbar Roket tidak boleh menibai Najib berkaitan isu peribadinya?
Kalau NST, The Star boleh membuat laporan berat sebelah terhadap PR, apa bezanya laporan Harakah dan Suara Keadilan terhadap BN?
Kalau Anwar boleh ban Utusan, kenapa Utusan tak boleh nak 'pangkah' Anwar?
Tetapi ini adalah 'angle' pertama dalam isu ini. Lebih baik kita pergi terhadap ke 'angle' kedua isu ini. Mari kita berbincang mengenai kebebasan media.
2. Jadi apa yang dikatakan sebagai kebebasan media? Secara amnya, kebebasan media merujuk kepada kebebasan untuk menyampaikan sesuatu maklumat tanpa sebarang sekatan dan campur tangan kerajaan. Malah kebebasan ini perlu diabsahkan (legitimate) melalui undang-undang yang mana menghalang tapisan (censorship) dilakukan. Kerajaan juga tidak boleh dibenarkan memonopoli media. Inilah yang dikatakan sebagai kebebasan media.
Tetapi masalah dengan idea kebebasan media ini ialah- ia jarang datang dengan tanggungjawab. Jarang benar ada undang-undang yang mengawal kebebasan media. Sama seperti konsep demokrasi, kebebasan media juga tidak mengambil kira soal kepentingan masyarakat.
Jadi apa masalahnya?
Masalahnya ialah tanpa tanggungjawab, media bebas untuk melakukan penipuan dan mencipta pembohongan. Lebih teruk, media membawa agenda pihak-pihak yang berkepentingan. Senang cakap, siapa owner media tu, mestilah agendanya yang diperjuangkan. Ye tak?
Kita tidak perlu mengambil contoh penipuan media di negara Barat untuk dijadikan contoh. Itu memang sedia maklum. Di Malaysia sendiri kita boleh lihat bagaimana media yang tidak bertanggungjawab, yang mencipta pembohongan, telah menyebabkan huru-hara. Utusan Malaysia infamous penipuan azan terhadap Teressa Kok telah membuatkan YB ini merengkok di Kamunting. Berita bohong mengenai Felda oleh Suara Keadilan telah menyebabkan warga Felda marah. Ini tak campur lagi dengan berita-berita negatif negara kita yang dijaja ke luar negara oleh sesetengan politikus. Akibatnya kerajaan terpaksa membayar khidmat konsultan untuk memulihkan imej negara.
Ini semua adalah kesan kebebasan media yang membuat laporan tanpa tanggungjawab. Sememangnya rakyat mempunyai hak untuk mengetahui seberapa banyak maklumat-sama ada yang positif mahupun negatif. Tetapi di sesetengah keadaan, no news is better than bad news even it is true. Lagi-lagi di negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia.
Mungkin ini ayat klise. Tapi cuba bayangkan- berita semalam pasal kes convert anak Shamala dijadikan berita muka depan- just for the sake of press freedom, tak ke berlaga muslim dan non-muslim? Dan samalah juga dengan berita Zahid Hamidi yang pertikai patriotisme non-malay dalam tentera. Semua ni bila dijadikan cerita hangat di Malaysia akan menyebabkan polemik yang tidak sepatutnya. Kemudian benda ni jadi besar, kecoh-kecoh dan at last we gain nothing from it. In fact, negara yang menjadi semakin divided.
Tapi ini tidak bermakna kita terus 'sapu bawah permaidani' masalah-masalah di negara kita. Kita wajib setelkan. Tapi bukan dengan cara create brouhaha kat media. Sebaliknya kita boleh gunakan medium yang lebih berkesan dan senyap. Macam dalam isu babitkan kaum dan agama ni, buatlah mesyuarat senyap-senyap. Panggil pakar-pakar dan stakeholder je.
Isu-isu yang tidak sensitif macam kepincangan audit kerajaan bolehlah nak diexposekan.
Berbalik kepada isu berita di atas, saya tidak ada pandangan yang 100% sokong atau kritik. Sebaliknya saya lebih berminat mengupas isu kebebasan media yang cuba ditimbulkan. Jadi tindakan kerajaan negeri ini anda tentukanlah sama ada wajar ke tidak.
Lagipun Malaysia juga pernah mengajar media asing pada tahun 1997/98 yang menyiarkan laporan yang tidak bertanggungjawab. Sesiapa masih ingat ketika itu akhbar antarabangsa seperti Herald Tribune diharamkan dari dijual dan dibeli oleh agensi-agensi kerajaan. Orang dok sibuk nak pulihkan ekonomi, diorang boleh bantai nak belasah Malaysia. Kalau ini dikatakan bertanggungjawab, then what tanggungjawab is?
Pemahaman ini mungkin dikritik hebat oleh penyokong kebebasan media. Especially yang subscribe to the idea of press freedom propagated by Western Countries. Tetapi kita harus ingat hari ni media di seluruh dunia dipegang oleh hanya 5 konglomerat. Sedangkan pada tahun 1983, lebih 50 syarikat yang memegangnya. Kalau monopoli media oleh kerajaan dikatakan tidak demokratik dan draconian, monopili media oleh syarikat tidak kurang draconiannya juga. Oleh itu, suffice to say that media all around the world pun taklah bebas mana.
Tapi jangan salah sangka- ini tidak bermakna media kita perlu dicengkam dan diikat seketat mungkin. Ini tidak bagus.
Apa yang penting ialah, kalau ada undang-undang yang menjamin kebebasan media, perlulah digubal juga undang-undang untuk mengawal kebebasan tersebut. Adakah Malaysia mempunya model sebegini? Hmmm....
Sunday, November 7, 2010
PKR dan Anwar Ibrahim yang demokratik
Sunday, October 24, 2010
Menara Warisan Merdeka 100 Tingkat
1) PNB’s profits do not equate to government revenue, so the government cannot take it and allocate it to other purposes. Following that line of thought, the argument that the money for the tower can be better utilised for educational purposes, for instance, is nullified.
2) Property development is definitely not an approved investment for all the unit trusts. And as PNB’s CEO has asserted, no depositors’ money would be used.
So where would RM5 billion come from? PNB’s own money. Enough even to build several towers, perhaps. Where did they get so much money? 30 years of financial prudence.
3) Since PNB is a government-linked company, what should it really do with its own money? Should it act like the government, and allocate whatever money it has to the country and retain no profit whatsoever, or like a normal company with performance and profit targets?
Read the full article hereFor 100,000 people who oppose this tower- please do your homework and come out with better argument.
Jangan jadi Pakatan Rakyat yang asyik-asyik nak gunakan 'term' rakyat bila nak hentam sesuatu benda. Jangan jadi thick-skulled juga tak nak terima fakta bahawa duit rakyat tak digunakan.
Paling penting- argument yang kata stadium Merdeka bakal dirobohkan kerana projek ini juga patut dibakul-sampahkan. (Nampak sangat main hentam keromo je).
After all- kepada Pakatan Rakyat- bajet alternatif mana?
Saturday, October 2, 2010
Apa Ideologi Terbaik?
Sebaliknya ideologi mereka adalah pragmatik- sentiasa berubah mengikut keadaan dengan meminjam elemen yang berkesan di dalam apa-apa ideologi bagi membantu mereka mentadbir negara.
Memang benar, Malaysia adalah negara kapitalis. Kita tidak pernah menjadi komunis ataupun sosialis. Rakyat bebas untuk berniaga- mencari rezeki dengan menjual burger di tepi jalan atau menceburi industri ratusan juta ringgit. Mereka tidak perlu risau kerajaan akan merampas harta mereka untuk dimiliknegarakan.
Monday, September 20, 2010
In Reply
Sunday, September 19, 2010
Idea that works or idea doesn't exists?

Selepas 8 Mac 2008, pejuang demokrasi sering membayangkan sistem dua parti akan mengubah landskap politik Malaysia. Pakatan Rakyat diharapkan dapat menggantikan Barisan Nasional. Ini samalah seperti yang berlaku di Amerika Syarikat (Demokrat dan Republikan), UK (Buruh dan Konservatif) dan Australia (Buruh dan Konservatif).
Mereka yang anti-kapitalisme pula sering berkata sistem dua parti adalah 'tidak demokratik' kerana ia ibarat keluar mulut harimau masuk ke mulut singa. Selagi mana sistem ekonomi yang berkiblatkan kapitalisme ini tidak diubah- tidak ada gunanya mempunya sistem dua parti. Para cukong, towkey bisnes akan tetap berada di belakang para politikus di kedua belah pihak. Sebenarnya inilah yang terjadi apabila demokrasi digunapakai. Demokrasi- sistem yang memberi kebebasan untuk memilih kerajaan juga adalah sistem yang membenarkan sesiapa sahaja untuk dipilih.
Agak ironi pejuang anti-kapitalisme ini yang bermati-matian menolak kapitalisme tetapi pada masa yang sama mahukan demokrasi liberal- demokrasi seluas-luasnya. Ini samalah seperti tidak mahu membayar GST tetapi mahukan kerajaan menyediakan segala kemudahan asas secara percuma. Mereka ini adalah golongan buku teks- mengikut apa sahaja teori yang ditulis. Masalah dengan buku teks ialah, ianya bersifat idealistik, utopia dan tidak praktikal.
A good idea is idea that works. Sekiranya buku teks yang mereka baca itu mengajukan teori di mana segala masalah seperti kemiskinan, kebuluran, rasisme, fasisme, dapat diatasi dengan hanya menjadikan dunia ini tanpa konsep negara dan juga menggunapakai 100% ekonomi sosialisme- mengapa tidak ada satu pun model atau negara yang boleh dijadikan contoh? Mengapa selepas beribu tahun idea dan teori itu tidak dapat digunapakai? Adakah kerana terpaksa menunggu beribu tahun lagi? Atau sebenarnya idea itu doesn't works?
Sememangnya idea is bullet-proof. But it's simply because the idea is unproven and untested. Even bullet-proof vest need to be tested thousand times before it can be claimed bullet-resistant. What more merely a text-book idea.
Sebenarnya kita sudah lihat idea dunia tanpa negara (komunisme) dan sosialisme diaplikasikan bersama di dunia ini. Semenjak beberapa dekad, kita saksikan kemunculan negara seperti Korea Utara, Cuba, China, dan Soviet Union(dahulu). Adakah negara-negara ini begitu demokratik dan ekonominya 100% berkiblatkan sosialisme? You know better. Even the world's largest communist country- China can't afford to not open up their economy. They need restricted-capitalism to feed their one billion plus citizen. And the reason why currently they are world's second largest economy is much to the fact they have less democracy. China wouldn't be the same today if they choose to become liberal-democratic country.
Bagaimanapun mereka masih berdegil dengan mengatakan tidak ada negara yang fit in communist definition because communism means stateless. How come a country claims she is communist when it should be none? So what is Soviet Union, Cuba, North Korea and China represent? If these countries weren't communist nor socialist then I do not know what is communist and socialist means.
Maybe the idea is as good as non-existence. It should be ignored and buried. Better still the idea should be regarded as myth not even a bad idea.
Wednesday, September 15, 2010
Twitter- Satu Pesanan Masyarakat
Sunday, September 12, 2010
Sambungan.. jawapan kepada Mitos Merdeka (Bhg 2)
#Mitos 5- Kita mendapat kemerdekaan tanpa pertumpahan darah
Sememangnya ada insan yang terkorban semasa perjuangan mendapat kemerdekaan baik dari gerakan kiri mahupun dari gerakan kanan. (Ya, yang mati bukan dari gerakan kiri sahaja. Orang awam, orang UMNO, MCA juga ada yang mati.)
Dan UMNO tidak pernah menafikan hakikat ini. Malah menghargai sumbangan dan jasa pengorbanan mereka dengan menceritakan sejarah perjuangan Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman dan Leftenan Adnan.
Malah kalau kita kaji dengan lebih mendalam, pemimpin UMNO sendiri juga mengangkat senjata dan 'menumpahkan darah' dalam perjuangan menentang penjajah.
Tun Razak adalah anggota Force 136 yang melawan Jepun dan berpangkat Kapten. Tun Hussein Onn adalah anggota Timbalan Setia Johor yang berpangkat kapten. Tun Ghazalie Shafie juga berpangkat kapten.
Tunku Abdul Rahman pula mempunyai dua orang anak saudara Tunku Osman dan Tunku Yusof di dalam Force 136 yang mana keduanya bertarung nyawa menentang Jepun. Sudah jelas sekalipun mereka ini golongan elit, bangsawan yang kononnya hanya pandai membodek British- mereka tetap sanggup mengangkat senjata menentang penjajah.
Bezanya ketika British menawan Malaya kembali daripada Jepun- mereka telah mengubah strategi. Mengapa?
Simply because mereka merasakan strategi mengangkat senjata adalah tidak berhasil. Dan it is very costly dari segi kewangan dan nyawa yang melayang.
Jadi secara logiknya mengapa di sebalik penglibatan pemimpin UMNO mengangkat senjata (baca: pertumpahan darah) dalam mendapatkan kemerdekaan, mereka masih berkata 'kita mendapat kemerdekaan tanpa pertumpahan darah?' Mengapa?
1) Kerana UMNO mahu berbangga dan memegahkan kebijaksanaan bangsa Melayu dengan kerjasama bangsa lain mampu mencapai kemerdekaan melalui rundingan dengan kuasa besar British sedangkan dari segi kekuatan, rakyat Tanah Melayu ketika itu ibarat kancil melawan harimau ataupun semut melawan gajah.
Ala- dalam bahasa mudahnya nak bagi generasi sekarang ada self-pride la. Hey- korang tak rasa brilliant ke kita merdeka tanpa rakyat kita mati berpuluh atau beratus ribu? Atau korang nak camtu baru nak rasa merdeka kita genuine?
2) Keduanya, UMNO nak menekankan betapa berharganya nyawa rakyat tak berdosan yang sudahpun banyak terkorban di zaman Perang Dunia kedua dan 14 hari pemerintahan Bintang Tiga. UMNO tidak mahu lebih ramai lagi yang mati sia-sia. Dalam erti kata lain- apa gunanya darah mengalir tapi kemerdekaan tetap tak dapat-dapat. Lebih baik berunding dan cari jalan menang-menang.
Okey- korang mungkin nak kata biasalah tu nak merdeka kenalah ada collateral damage. Biasalah tu kalau ada yang mati terkorban. But the question is korang sanggup tak kalau yang mati tu kaum keluarga korang? Main retorik memang bestlah kan. Tapi cuba rasa dulu.
Jadi kesimpulannya- memanglah kita merdeka ni ada yang mati terkorban. Ada darah yang mengalir. Darah polis, darah tentera, darah komunis dan darah penjajah- tetapi apa yang dimaksudkan 'merdeka tanpa pertumpahan darah' ialah kita merdeka tanpa perlu nak berperang dan menyebabkan kematian puluhan ribu rakyat jelata.
Bukankah ini lebih bermakna?
ps: kalaupun tidak bersetuju dengan cara merdeka ini tapi janganlah sedap-sedap nak discredit orang yang dah berjasa.
pss: UMNO di atas adalah UMNO pada zaman kemerdekaan. Jangan nak divert isu kepada UMNO yang korup hari ini.
bersambung di bahagian tiga nanti........
Thursday, September 9, 2010
0-0
Tuesday, September 7, 2010
Jawapan kepada Mitos Merdeka (Bhg 1)
Tuesday, August 31, 2010
Parti Berbilang Bangsa
Monday, August 23, 2010
Kelemahan Dinar Emas sebagai mata wang
Rush for dinar in Kelantan
KOTA BARU: Kelantanese from all walks of life crowded the Ar-Rahn Islamic Mortgage Centre here on Wednesday, the first day the dinar and dirham are sold to the public, to purchase the coins which are introduced as an alternative currency for the people in Kelantan by the state government.
A survey by Bernama found that most of them wanted to buy the dinar and dirham coins to be used as accessories, like lockets, and others simply wanted to keep them as personal collections.
One of them, Zainun Che Aziz, 60, said the dinar was the latest trend for gold items in the market. "Gold comes in various forms and sizes in the market. The latest is in the form of dinar. I have to buy it is unique and I want to use them as lockets for my grand-daughter."
"It will be a loss if I don't get it now. Who knows, suddenly they stop selling the dinar and I'll make money." she said.
Thursday, August 19, 2010
Kebebasan beragama, demokrasi dan perasaan sensitif
Perasaan sensitif mangsa dikatakan lebih penting daripada kebebasan mengamalkan agama.
Di Malaysia, tidak lama dahulu terdapat kejadian demonstrasi kepala lembu ekoran kerajaan negeri yang tidak sensitif terhadap penduduk majoriti muslim dalam memindahkan rumah ibadat penganut agama hindu. Malaysia telah dikritik sebagai tidak demokratik, tidak menyokong hak asasi manusia dan tidak menghormati kebebasan beragama.
Tetapi apabila Switzerland mengharamkan pembinaan minaret di masjid dan Perancis mengharamkan tudung- mereka dianggap demokratik kerana mendengar suara majoriti. Always double standard.
Oleh itu orang muslim tidak perlu berasa hairan mengapa pembinaan masjid di Ground Zero dikatakn tidak sensitif walaupun mangsa korban 9/11 juga terdiri daripada orang muslim. Di fikiran rakyat Amerika, orang muslimlah penyebab tragedi 9/11. Tidak perlu ditubuhkan tribunal khas bagi mencari siapakah dalang sebenar kerana mereka adalah negara maju yang arif mengenai the rule of law.
Sebaliknya, kita perlu bersyukur kerana sempena bulan Ramadhan yang mulia ini rakyat Amerika telah belajar untuk memahami perasaan sensitif. Malah mereka sanggup mengenepikan prinsip demokrasi (kebebasan beragama) yang mereka sering paksakan di negara lain.
Semoga perasaan sensitif mereka tidak terhenti setakat 3000 mangsa WTC sahaja tetapi turut dilanjutkan kepada ratusan ribu rakyat Afghanistan , Palestin dan Iraq yang mati akibat peperangan yang dimulakan oleh Amerika.
Carrot and Stick
Sunday, August 15, 2010
Keadaan Sudah Berubah.....
1. Mahasiswa yang berminat nak jadi ahli parti politik adalah golongan minoriti. Malah mahasiswa sekarang menyampah dengan perkataan 'politik'. Kaau tidak percaya- sila tanya pada diri mengapa lebih 4 juta pengundi muda tidak daftar mengundi?
Ini berbeza dengan keadaan pada 70-an di mana rata-rata mahasiswa terutamanya mahasiswa melayu yang majoritinya sangat berminat dengan politik.
Sudah jelas keadaan sudah berubah. Oleh itu kerajaan tidak perlu bimbang setengah juta mahasiswa di Malaysia tiba-tiba menjadi ahli mana-mana parti politik. Ini situasi yang tidak mungkin berlaku.
Samalah seperti ketika Sudut Pidato diperkenalakn di universiti awal tahun ini. Pada mulanya begitu ramai yang risau ia akan disalah gunakan. Mereka tidak yakin akan kematangan mahasiswa kita. Malah bersikap skeptikal. Tetapi sehingga kini, ada kita dengar sudut pidato digunakan untuk menghuru-harakan mahasiswa?
Apa yang saya cuba tunjukkan ialah hujah-hujah bersifat andaian seperti mahasiswa akan gagal dalam pelajaran, mahasiswa akan menjadi kuda tunggangan parti politik, mahasiswa akan melakukan demonstari setiap hari, mahasiswa akan membazirkan duit rakyat dan mahasiswa itu mahasiswa ini....bla bla bla...perlulah ditolak ke tepi.
Selagi mana kita berfikir andaian sebegini- jangan sibuk nak cakap mahasiswa adalah pemimpin generasi di masa hadapan.
Sudah tiba masanya kita mempercayai bahawa mahasiswa kita sudah matang.
Kalau kita boleh membenarkan mahasiwa berpolitik dengan cara mewujudkan sudut pidato, menganjurkan pertandingan debat dan menjemput ahli-ahli politik untuk berforum- mengapa kita tidak boleh tambah satu lagi hak iaitu membenarkan mereka menjadi ahli parti politik?
2. Keadaan lain yang sudah berubah ialah betapa ramainya graduan melayu yang sudah bergelar professional. Mereka kini sudah ada yang menjadi doktor, jurutera, arkitek, akauntan, peguam dan etc,etc. Ini adalah sangat berbeza dengan keadaan dahulu.
Apabila AUKU diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir, salah satu tujuannya adalah untuk memastikan kejayaan perlaksanaan DEB dalam bidang pendidikan. Hasil daripada DEB, jumlah pelajar bumiputra yang diterima masuk di universiti bertambah dengan banyaknya.
Namun bilangan kemasukan tidak menjamin bilangan yang akan berjaya keluar dengan segenggam ijazah. Di sinilah peranan AUKU yang membantutkan semangat pelajar di dalam kegiatan politik.dan memastikan pelajar fokus terhadap pelajaran. For better or worse, ini terpulang dari perspektif siapa kita melihat AUKU.
Bagaimanapun ini keadaan 35 tahun dahulu.
Hari ini di zaman facebook, twitter dan blackberry- AUKU (yang menghalang mahasiswa daripada menyertai parti poltik) sudah tidak diperlukan. AUKU telah berjaya mencapai matlamatnya dalam memastikan kejayaan DEB di universiti. Begitu ramai professional melayu yang berjaya dihasilkan.
Jadi kalau sudah berjaya mencapai objektifnya- mengapa perlu kekalkan lagi larangan yang menafikan hak mahasiswa untuk sertai parti politik?
3. Keadaan ketiga yang sudah berubah sekarang ialah kita ketandusan pemimpin yang intelektual. Lebih membimbangkan perkara ini begitu serius di dalam parti pemerintah ie UMNO.
Adalah menghairankan melihat golongan yang menuntut di menara gading tidak dibenarkan menjadi ahli parti politik tetapi golongan yang tidak terpelajar dibenarkan menyertai parti politik seawal umur 18 tahun.
Pemimpin bagaimanakah yang bakal kita perolehi? Kita sudah melihat hasilnya dengan wujud ketua bahagian yang tidak pun mempunyai ijazah. Malah mereka terpaksa menipu dengan membeli ijazah. Exco Pemuda UMNO dan Putera UMNO juga sudah diwakili oleh mat rempit.
Walaupun mahasiswa boleh aktif dalam parti politik selepas graduasi, tetapi ketika itu mereka sudah 5-6 tahun terkebelakang. Dalam politik, tempoh selama ini cukup banyak pengalaman yang boleh ditimba.
Meihat kepada keadaan ini- apakah penyelsaian yang kita ada melainkan membenarkan mahasiswa untuk menjadi ahli parti politik?
4- Keadaan seterusnya yang sudah berubah ialah kita mempunyai kerajaan yang lemah. Parti pemerintah boleh bertukar ganti menjelang pilihanraya umum seterusnya.
Dari sudut politik, pengundi muda khususnya golongan mahasiswa bakal menentukan parti mana di puncak kuasa. BN/UMNO tidak boleh terus dilihat sebagai parti yang menafikan hak mahasiswa. Walaupun hak ini datang dari golongan minoriti, tetapi ianya boleh dimanipulasi oleh parti lawan. Di akhirnya BN/UMNO juga yang rugi.
Untuk itu kerajaan tidak ada pilihan melainkan membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik. Lebih baik beri daripada tidak beri.
Seperti kata Khairy- " You want the youth vote, start by trusting them."
5. Keadaan paling besar yang sudah berubah ialah universiti kita sudah hilang rohnya. Fikrah mahasiswa tersekat di ruang lingkup politik kampus. Bagi mereka perjuangan dan idealisme hanyalah berkaitan pinjaman ptptn, masalah bas, asrama tak cukup dan harga makanan di kafe.
Kita juga jangan berpura-pura dengan menafikan penglibatan parti politik di dalam kampus. Baik UMNO, PKR, DAP dan PAS- kesemuanya meluaskan pengaruh mereka ke dalam kampus melalui mahasiswa. Ada yang beri duit, ada yang merekrut mahasiswa, dan ada yang menolong berkempen.
Tidak dilupakan juga Kelab Penyokong UMNO luar negara. Bukankah pelajar luar negara yang lebih banyak menggunakan wang rakyat? Mengapa mereka dibenarkan sedangkan pelajar tempatan tidak? Tidakkan ideologi politik universiti di luar negara lebih berbahaya? Mengapa wujudnya double standard?
Sebenarnya Kelab Penyokong UMNO luar negara adalah contoh terbaik untuk dijadikan case study. Berapa banyakkah pelajar kita di luar negara yang sertai kelab ini? Adakah 100%? Dan berapa ramaikah pula yang gagal dalam pelajaran disebabkan sertai kelab ini? Untuk melihat betapa bezanya antara politik kampus dan politik sebenar, Sila bandingkan forum yang dianjurkan oleh MPP IPT Malaysia dengan forum anjuran UKEC. Yang mana satu lebih segar dan intelektual?
Adakah kita tidak mahu melihat budaya ini hidup subur di universiti kita? Ingatlah- universiti bukan berkisar tentang cgpa, credit hour, anugerah dekan dan carry mark sahaja. Universiti adalah pusat pembelajaran dan menyertai parti politik ketika sedang belajar juga adalah satu bentuk pelajaran.
Mahasiswa mungkin akan gagal dan mungkin akan melakukan kesilapan sekiranya cadangan ini diterima. Tetapi bukankan kegagalan dan kesilapan itu yang mengajar mereka dalam menjadi seorang pemimpin yang bagus kelak?
*
Melihatkan kepada 5 keadaan ini- saya kira sudah tiba masanya mahasiswa dibenarkan untuk sertai parti politik.
Memetik ungkapan arkitek AUKU- Tun Dr Mahathir di blognya: "Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawan, maka batalkan sahaja AUKU."
ps: saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara average joe, nizam dan salah taip yang mana komen-komen mereka di entri sebelum ini begitu bernas. Inilah contoh budaya diskusi yang saya harapkan.