Saturday, May 29, 2010

Noktah Sebentar- Samy Vellu

Sehebat manapun seorang pemimpin, bila terlalu lama memerintah akan dibenci juga. Apatah lagi pemimpin yang tidak hebat dan tidak lama memerintah. Ini hakikat. Hanya pemimpin yang menyedari hakikat ini akan melepaskan kuasa secara sukarela.

Di Malaysia, semenjak zaman Tunku Abdul Rahman lagi-tradisi melepaskan kuasa di ambang populariti dan kebencian diamalkan.(kecuali Tun Razak). Tunku letak jawatan apabila tragedi 13 Mei berlaku. Hussein Onn melepaskan tampuk pemerintahan bila dirasakan dirinya tidak lagi 'sihat'. Tun Mahathir- satu-satunya 'diktator' yang melepaskan kuasa berbuat demikian selepas melihat orang melayu mula membencinya. Tun Abdullah juga mengambil sikap tanggungjawab di atas keputusan teruk PRK 12.

Kesemua Perdana Menteri bersara tanpa perlu dikalahkan di dalam pilihanraya. Tetapi Samy kalah pilihanraya. Kena gugur dari kabinet. Jawatan Senator pun tak dapat.

Kini Samy Vellu menjadi pemimpin paling lama memegang kuasa di Malaysia. Mungkin Samy bukan Perdana Menteri, tetapi sila lihat di mana Lim Keng Yaik sekarang? Adakah Rafidah Aziz masih menjadi menteri? Sudahkah Ling Liong Sik bersara?

Atau sebenarnya Samy nak jadi Lee Kuan Yew?

ps: Nelson Mandel pun memerintah kejap.

Youth 10

Inilah sebenarnya Hari Belia Negara!

Bukannya yang disambut di Putrajaya hari tu.