Thursday, November 29, 2012

Perdana Leadership Essay Competition 2012

Imej detik 16 September 1963. Interpretasi yang memperlihatkan raut wajah kebimbangan tiga bapa kemerdekaan, Tun Razak, Tun Fuad Stepehens dan Tun Datu Mustapha ke arah seorang anak muda berpakaian ala-hip hop yang mungkin tidak memahami erti kemerdekaan. Sumber: Blog MP Kota Belud

Jika anda diberikan dana dan sumber-sumber untuk menubuhkan sebuah kumpulan bertindak belia masyarakat sivil yang baru, bagi mempengaruhi dasar awam yang menyentuh isu-isu mendesak berkaitan belia, organisasi apakah akan anda tubuhkan dan tujuan apakah yang akan ia perjuangkan?


Sekarang ini demam bola sepak. Maka ada yang hairan kenapa pasukan bola sepak negara dipanggil ‘Harimau Malaya’ tetapi bukannya ‘Harimau Malaysia’? Jika kita tidak mengetahui sejarah di sebalik gelaran ini, pastilah akan timbul pelbagai tanggapan negatif. Kononnya, gelaran ini tidak memberi keadilan kepada Sabah dan Sarawak kerana meminggirkan mereka.[1] Demikian bahaya yang kita hadapi sekiranya sejarah tentang sesuatu perkara dipandang enteng.

Rata-rata rakyat Malaysia hari ini pasti pernah mengikuti pelajaran sejarah. Sistem pendidikan Malaysia mewajibkan bahawa pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil subjek ini. Tetapi adakah pembelajaran sejarah di sekolah menjadikan mereka warga yang celik sejarah? Pada hemat saya, tidak.

Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. ‘Belang’ merupakan nama kepada bendera Malaysia. Jangan terkejut. Anda tidak salah membaca. Sebaliknya, inilah antara jawapan mengaibkan yang diberikan sesetengah belia dalam satu kaji selidik Unit Khas Utusan Malaysia. [2]

Perkara ini mungkin kedengaran kelakar. Hal kecil sahaja bagi belia. Apalah jika hendak dibandingkan dengan isu hak asasi, kebebasan bersuara atau demokrasi? 

Sebenarnya kita tidak memerlukan kajian daripada mana-mana akhbar pun untuk membuktikan perkara 'kecil' ini. Usah ditagih penghayatan penuh penginsafan tentang jerih perih perjuangan memerdekan negara. Sebaliknya gelagat anak muda yang terkinja-kinja dan berdansa seperti generasi tidak beragama dan berbudaya sudah cukup menyentap rasa canggung. Pasti kita akan tertumbuk dengan kenihilan jiwa sedemikian. Malah, baru-baru ini ada belia yang mengibar bendera yang tidak pernah wujud di dalam sejarah negara ketika sambutan merdeka lepas. [3]

Tidak cukup dengan itu, sejarah kemerdekaan negara juga dicabar dan diputar-putar. Gerakan berhaluan kiri disengani dan seruan aliran kanan sewenang-wenangnya diperangi. Sejarah rasmi diketepikan dan cerita alternatif mula dijadikan sumber sahih. 

Wujud segelintir pihak yang berpendapat bahawa perkara ini adalah perkara 'biasa' dan seharusnya disambut dengan baik memandangkan kita negara yang menjunjung demokrasi. Akan tetapi, mereka tidak pernah cuba untuk melihat betapa sekiranya perkara sedemikian dilakukan di negara-negara demokrasi seperti Indonesia, Thailand mahupun polis dunia yang mengaku jagoan paling demokratik- Amerika Syarikat, kemungkinan besar si pelaku akan pantas didakwa, dibicara dan dihukum penjara.

Berdasarkan sorotan dan analisis ringkas tingkah laku dan kecenderungan generasi muda kini, jelas kelihatan bahawa wujud lakuna dalam penghayatan sejarah di kalangan mereka. Lantas timbul persoalan. Mengapakah isu pengetahuan dan penghayatan sejarah ini menjadi amat penting bagi generasi belia kini?

Hakikatnya generasi sekarang kurang semangat kekitaan (sense of belonging) terhadap negara. Kekurangan ini menyebabkan terdapat isu-isu kenegaraan yang seharusnya tidak dijadikan bahan kritik membuta tuli atau modal polemik yang tidak berasas. 

Ungkapan ‘sesiapa yang memerintah Melaka berkuasa terhadap Venice’ tidak wujud begitu sahaja. Pastilah kita adalah bangsa yang hebat dahulunya. Sebagai sebuah negara yang lebih 500 tahun dijajah, kita tidak begitu yakin dengan diri sendiri. Melalui sejarah, kita boleh mengembalikan rasa keyakinan diri kita. Sebab itu kalau diperhatikan, kebanyakan ucapan pemimpin Amerika Syarikat sering merujuk negara mereka  sebagai ‘This great nation…’ walaupun kita sedia maklum dari segi politik, mereka berpecah kepada dua kelompok dan juga mereka sedang di dalam krisis ekonomi. Ini adalah manifestasi kepada keyakinan diri yang tinggi terhadap negara. Inilah yang kita mahukan daripada generasi belia. [4]

Malangnya, generasi belia hari ini tidak begitu celik sejarah.

Tetapi untuk menyalahkan generasi belia sebagi tidak patriotik dan buta sejarah juga sebenarnya tidak adil. Mereka yang sering menyalahkan generasi sekarang sebagai itu dan ini patut bertanya generasi mana pula yang membesar dan mendidik mereka? Di akhirnya sifat menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah.

Pepatah mengatakan ‘bagaimana acuan, begitulah hasilnya.’ Acuan yang bagus akan menghasilkan sesuatu yang baik. Acuan corak pembelajaran sejarah di sekolah seharusnya dipertingkatkan bagi mendapat hasil yang baik. Dan perkara ini tidak seharusnya diletakkan di bahu kerajaan semata-mata. Sudah tiba masanya rakyat memainkan peranan. Untuk itu sebuah kumpulan bertindak perlu ditubuhkan bagi memperjuangkan isu pengetahuan dan penghayatan sejarah di kalangan belia.

Kenapa kumpulan bertindak? Pertama, era kerajaan tahu segala-segalanya sudah berakhir.[5] Kerajaan mengalu-alukan penglibatan masyarakat sivil dalam menangani isu ini. Kedua,  ia tidak terikat dengan agenda mana-mana pihak yang mungkin bertentangan dengan agenda yang diperjuangkan sekaligus tidak akan digagalkan oleh konflik kepentingan yang memualkan. Ketiga,ia akan menjadi satu wahana bagi kelompok pelaksana untuk berasa lebih selesa terutamanya dalam mendapatkan dan menyumbang idea serta pemikiran melalui kumpulan bertindak bebas, yang sebenarnya mencerminkan suatu tahap kepercayaan dan keyakinan kepada ketelusan dan keberkesanan organisasi yang berasakan masyarakat sivil seperti ini. [6]

Perkara yang lebih penting adalah kumpulan bertindak ini boleh memberi cadangan penambahbaikan serta idea-idea bernas untuk mempengaruhi dasar-dasar awam yang berkaitan isu pemahaman dan penghayatan sejarah di kalangan belia.

Sewajarnya kumpulan bertindak ini digerakkan oleh belia sendiri. Mereka lebih memahami akan isu yang dihadapi serta lebih mudah didekati dengan golongan sebaya. Sebagai permulaan, kumpulan bertindak ini perlu bermula dengan mengenal pasti kekurangan yang wujud dalam sukatan dan corak pembelajaran mata pelajaran sejarah di sekolah. Perkara ini akan menjadi fasa terawal pendedahan sejarah di kalangan rakyat Malaysia.

Berdasarkan status quo, kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa para pelajar hari ini mempelajari sejarah atas sebab yang tidak tepat. Mereka sekadar menghafal segala macam nama dan tarikh demi menjawab peperiksaan. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.

Jesteru, kumpulan bertindak ini dilihat boleh menjadi peneraju dalam membawa perubahan dan penambahbaikan corak pembelajaran subjek sejarah di Malaysia. Antaranya mengkaji kurikulum sejarah yang terlalu menekankan kronologi sejarah dan menukarkannya kepada hubung kait sesuatu peristiwa sejarah dengan keadaan sekarang.[7] Misalnya sejarah mengenai cara-cara Malaysia menangani krisis ekonomi 1997 boleh dipelajari di dalam konteks krisis ekonomi dunia sekarang. 

Selain itu, pembelajaran sejarah perlulah dimasukkan elemen ‘emosi’. Terlalu banyak data dan fakta seperti nama kawasan, tarikh dan bilangan orang hanya menjadikan pelajar sebagai robot – iaitu pendekatan emosi berbanding memori. Novel, sajak, catatan serta surat yang ditulis oleh orang tertentu patut diperbanyakkan. Ini penting agar pelajar merasai sendiri pengalaman mereka melalui kata-kata dari tuan punya badan. [8]

Kandungan buku teks sejarah juga tidak seharusnya terlalu bersifat menjaga sensitiviti sehingga sejarah yang sebenar dipadam atau digelapkan.[9] Memasukkan kewajaran sesuatu tindakan affirmatif dalam pelajaran sejarah dilihat perlu. Perkara-perkara seperti hak istimewa kaum Bumiputera, kebebasan beragama serta keperluan sekolah vernakular harus dimasukkan dan diperjelaskan kepada generasi muda dengan cara yang jelas, objektif dan membujuk.

Lawatan ke tempat-tempat bersejarah perlu diperluaskan dan tidak terhad kepada muzium semata-mata.  Filem-filem sejarah ini juga tidak perlu dihadkan kepada filem yang bertemakan perang mahupun kemerdekaan. Ada pelbagai peristiwa menarik yang boleh difilemkan seperti kemenangan Malaysia dalam Piala Thomas 1992 dan operasi ‘dawn raid’ 1981- pengambil alihan pegangan dalam Sime Darby daripada British oleh negara melalui perdagangan yang licik dan berisistemik di Bursa saham. Kalau kita boleh mempunyai puluhan slot lawak di tv, kenapa kita tidak boleh adakan rancangan seperti ‘Are You Smarter Than 5th Grade’- sebuah rancangan sejarah popular di Amerika Syarikat?.

Ada pelbagai idea yang boleh diketengahkan kumpulan bertindak ini.. Mungkin ada sesetengah idea yang bagus dan mungkin ada yang kurang praktikal. Diharapkan dengan adanya kumpulan bertindak ini, golongan belia akan menjadi warga yang lebih bertanggungjawab. Isu ini perlu diberi perhatian sekarang kerana generasi belia bukan lagi pemimpin di masa hadapan tetapi adalah pemimpin pada masa kini.

Mereka yang melupakan sejarah, pasti akan dihukum dengan mengulanginya. Begitulah kata-kata hikmat dari George Santayana. Apa yang berlaku hari ini sudah jelas adalah kerana kegagalan kita mempelajari sejarah dengan baik.




[1] Lucious Maximus, 2010. Amaran keras dari Sokernet, [online]. (Dikemaskini pada 31 Disember 2010), Didapati di: http://sokernet.blogspot.com/2010/12/amaran-keras-dari-sokernet.html [Diakses pada 28 November 2012]

[2] Unit Khas Utusan, 2010. Orang Muda Buta Sejarah. Utusan Malaysia, [online]. 29 Oktober. Didapati di: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=1029&pg=mh_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2010 [diakses pada 28 November 2012]

[3] Radzi Tajuddin, 2012. Mitos Bendera Malaysia, [Online]. (Dikemaskini pada 15 September 2012), Didapati di: http://basuhbaju.blogspot.com/2012/09/mitos-bendera-malaysia.html [diakses pada 29 November 2012]

[4] Holt, Thomas C., 1990.  Thinking Historically: Narrative, Imagination, and Understanding. New York: College Entrance Examination Board.

[5] Dato’ Seri Najib Tun Razak, 2010. Keynote Address Invest Malaysia 2010, [online]. (Dikemaskini 30 Mac 2010), Didapati di: http://www.bernama.com/bernama/v6/newsspeech.php?id=728 [diakses pada 29 November 2012]

[6] Edelman, 2012. Edelman Trust Barometer 2012. [online]. Didapati di: http://trust.edelman.com/trust-download/global-results/ [diakses pada 29 November 2012] [7] Muhd Yusof Ibrahim, 1994. Kepentingan Sejarah Kepada Manusia dan Negara, [online] 25 (48). p. 26-48. Didapati di: http://journalarticle.ukm.my/445/1/1.pdf [diakses pada 29 November 2012].

[8] Howard Zinn, 2006. Why Student Should Study History, [online]. Didapati di: http://zinnedproject.org/faq/why-students-should-study-history [diakses pada 28 November 2012].

[9] Tun Dr Mahahtir Mohamad, 2011. Sejarah, [online], (Dikemaskini pada 28 Januari 2008), Didapati di: http://chedet.cc/blog/?p=501 [diakses poada 28 November 2012].

11 comments:

zaireen said...

salam radzi..penulisan yg sgt bgus. even sy yg bdak sastera ni pn xckup ilmu lg.hehe..secondly, sangat suke introduction which slowly seeps into topik utama.menarik.
3rdly, sangat setuju dengan ape yg radzi tulis. i think many of us thought about this, but to put it into writing jarang sekali yg ada atau dapat menulisnya dengan baik.yg ada cuma cerita kedai kopi.hehe..sejarah tu perlu difahami dan dihayati. dah habis sekolah sebenarnya barulah sedar kepentingan sejarah. lucky mak sy cikgu skolah, so sllu jugak cakap pasal bnda ni. to create an organisation belia ni, do you think it is feasible?i hope we have enough belia yg think like you. ok xtaw nak tulis ape dh, mintak maaf bahasa rojak.
last comment, well done. :)

Basuh Baju said...

Wsalam Zaireen,

Ikutkan mungkin ada yg berpendapat wujudkan organisasi ni satu kerja yang sia-sia dan sekadar buang duit. Tapi rasanya kena ada satu platform jg utk orang2 esp belia yg ada interest yg sama utk mereka bertindak.

Cthnya mcm isu volunteerism. Govt wujudkn 1M4U. so far organisasi ni popular di kalangan remaja.

hrpnya organisasi yg sy cadangkan ni jadi begitulah. bukan seperti mana sesetgh organisasi yg tidur :p

terima kasih atas pendapat.

Ikhwan Hibatullah ( Multi-EQ) said...
This comment has been removed by the author.
ikhwan said...

pergh... penulisan yang baik..fakta yang tepat.. idea yang logik.. bahasa sastera yang bagus... good3.... bangge ade senior cmni.. haha..banyakkan lagi karya penulisan abg razi.. suke bace... ramai yang terlepas pandang tentang isu2 mcm ni sekarang.. terlalu ramai yang lalai dan leka dengan hiburan semate, sy rase penulisan2 yang mcm ni lah anak mude skrg kene hasilkan.. bkn bertekak sane sini atas tiket kebebasan bersuare dan bercakap dengan asas ketaksuban semate-mate..

Basuh Baju said...

Rodeo:

I believe if we want to start on something, we should have a platform.

NGO is more or less the most effective platform as far as today's democracy is concerned :)

That explained why some of the issues today (even silly issue) have been exposed and championed by the NGO's.

:)

Unknown said...

Salam Radzi,

Aku rs mslh dgn org muda sekarang ni bkn setakat kurang pendedahan subjek sejarah. tp lebih kpd sistem pnddikan yg tak terapkan value system. dulu ms kecik,ada gak mak ayah yg ajar ni benda baik,tu bnda buruk. tp skrg?

mak ayah dua2 keje.hrpkan cikgu kt sek yg ajar.tp cikgu pon bz. last2 tnggllah internet dgn kengkawan yg nk ajar bnda2 value system ni.

bila tgk isu demokrasi dn human right yg plg heboh,dorg pon sibuk nak join jgk tanpa ambil tahu latar belakang.

aku rs cr plg berkesan rombak blk mslh sistem pnddkan ni.

tp apapun,psl sejarah ni aku sokong jgk.

Don said...

Sejarah skrg bosan.

Asyik dengan nombor dan nama.

Macam mana nak hayati dgn cara ini?

Galakkan ajar sejarah dengan cara out of the box.

Kat US pnya TV ada kuiz game show utk bdk sek rendah.

Kat malaysia?

Show lawak bykla.

Izyan said...

http://www.perdana.org.my/essaycompetition/voting/

get your friends to vote for your by liking the post on the essay website

MonsterBall said...

I would love to play devils advocate

admittedly history is important. But to say this is a pressing issue among youth is overstatement.

I believe youth nowadays are patriotic as much as older generation.

Granted there are quite a few who acting like a moron (waving non-existence flag, etc). But they are minority. It just that they are most vocal.

For me the issue should be how to deal/ counter with this kind of people.

Are they simply ignorant of historical fact or they just being manipulated by certain people?

I believe they already know the history but choose to blindly support of their political master.

So how do we do about it?

What do you think?

Fatin said...

Monsterball, saya rasa apa yg sdr BB cuba address juga berkaitan dgn apa yg awk timbulkan. Bg sy since kita agree mereka yg 'moron' ni adlaah minoriti, i think they are not our target.

sbbnya dh jelas mereka tu main politik-jadi puppet kt bos mereka.no pointla kan kalau kita beria nk bg pendidikan pd mereka :)

n kalau awk bc betul2,sbnrnya sdr BB nak generasi akan dtg lebih patriotik in the sense that kalaupn dorg nk berpolitik, bknlah dgn meletakkans ejarah negara,kpntgn negara sbg taruhan.

btl x BB?

-Fatin

Basuh Baju said...

Monsterball dan Fatin,

Thanks for your input. :)

It seems both of your comment are equally merit.

If I may add some point:

- the idea is not only limited to those in schools. In fact, I would love if we can engage the so-called minority. (oh yes, i think they are not minorty)

- the reason they can be used by certain parties show how shallow is their knowledge in history and to certain extent, they are ignorant.

- tapi tak ada guna jika kita nak finger pointing, instead it would be good kalau kita dapat ramaikan golongan yang peka sejarah dengan harapan generasi ini pula akan jadi the most vocal bila ada apa2 isu berkaitan dgn sejarah negara.

:)

thanks again.