Thursday, May 14, 2009

Bagaimana orang kita berfikir


BERENANG SOLO KERANA KECEWA- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 13 Mei - Walaupun kedua-dua belah kakinya lumpuh, Datuk Omardin Mauju nekad untuk berenang secara solo bermula di Pulau Jerejak dan berakhir di Pulau Pinang.

Beliau yang berusia 70 tahun dijangka melakukan renangan sejauh lima kilometer itu pada Disember ini.

Menurutnya, matlamat utama Omardin berenang adalah kecewa dengan gejala sosial di kalangan anak muda sekarang yang dilihat hilang jati diri sebagai orang Melayu.

RUMAH MAYAT ATASI MASALAH KHALWAT- Utusan Meloya

KUANTAN 13 Mei - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan memperkenalkan program tarbiah terhadap pasangan Islam yang ditahan kerana melakukan maksiat antaranya dengan membawa mereka melawat rumah mayat.

Timbalan Pengarahnya, Ghazali Abdul Aziz menegaskan, usaha sedemikian dianggap lebih berkesan.

Okey, hari ini Basuh Baju mengajak anda semua berdiskusi. Sila berikan pandangan anda agar sama-sama kita dapat menghasilkan satu pandangan mengenai isu ini.. Hahahaha

Wednesday, May 13, 2009

Mengapa ia dimainkan?


(Untuk permulaan dan pemahaman yang lebih bagus, sila baca entry Basuh Baju yang ini.)

Satu pertanyaan:
Mengapa isu Rempit dimainkan?

Jawapannya mudah: Untuk mengalih perhatian orang ramai.

Cara terbaik untuk mengalih perhatian orang ramai adalah dengan mengsensasikan sesuatu isu yang lain. Adalah lumrah manusia untuk tertarik terhadap sesuatu perkara yang sensasi.

Kalau kita rajin mencari fakta-fakta kes berkaitan Rempit, kita akan dapati sebenarnya situasi rempit di negara kita tidak banyak berbeza. Nak kata makin teruk pun tidak, nak kata makin baik pun bukan. Jadi mengapa isu rempit yang 'tidak banyak berubah' ini tiba-tiba dimainkan dengan begitu hebat sekali? Seolah-olah situasi rempit di negara kita sangat tidak terkawal.

Apabila isu rempit dimainkan dengan begitu hebat di media-media arus perdana, kita perlu faham yang isu ini dimainkan bukan untuk mencari penyelesaiannya. Tetapi untuk membuatkan kita terlupa terhadap sesuatu perkara. Lupa ini sengaja dirancang agar warga kita tidak bersatu dan menyibukkan diri dengan isu rempit. Warga yang sedang khayal berbincang dan berdiskusi tentang isu rempit pastilah akan terlupa akan sesautu hal yang cukup penting yang sedang berlaku di sekelilingnya.

Bila orang ramai bercakap pasal rempit- di warong kopi cakap rempit, di lobi hotel sembang rempit- jadi perhatian mereka sudah tidak tertumpu kepada isu Perak. Inilah yang dinamakan taktik mengalih perhatian atau dalam bahasa PPSMInya 'smokescreen'. Macam asap yang tutup cermin. Jadi apa yang kita lihat? Tiada. Eeeleek. None.

Taktik ini tidak ada bezanya dengan istilah kambing hitam. Sesuatu perlulah dikorbankan. Malang sekali untuk mat rempit kerana mereka perlu dikorbankan, dihina, dan dicaci demi menutupi kesalahan-kesalahan ahli politik kita. Sayang simpati kepada mat rempit juga kerana mereka dijadikan punch bag oleh politikus-politikus untuk melepas geram. Kesian untuk mat rempit kerana turut dijadikan kambing hitam dalam taktik ini.

Tidak percaya tentang taktik ini? Sila perhatikan dalam sehari dua lagi, isu rempit ini akan terdiam begitu sahaja. Isu rempit ini akan hilang daripada laporan-laporan akhbar. Dan isu ini juga pasti tidak akan diselesaikan. Ini kerana benda yang tidak selesai akan dapat terus dimainkan semula. Saya amat yakin untuk beberapa ketika yang akan datang, bila sesuatu perkara ingin ditutupi, isu rempit ini akan bergema kembali di akhbar-akhbar.

Ini tak tumpah macam penjual VCD cetak rompak di pasar malam. Kejap ada kejap tak ada.


Satu pertanyaan lagi: Apakah isu penting yang ingin ditutup?

Jawapan: PERAK.

Mari belajar undang-undang bersama budak Arkitek (update)

ZAMBRY MB PERAK- Utusan Meloya

PUTRAJAYA 12 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dengan keputusan itu, status Zambry sebagai Menteri Besar Perak sah sehingga rayuannya terhadap perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) semalam diputuskan oleh Mahkamah Rayuan kelak.

Jangan tertipu. Nizar masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah. Cuma Nizar masih tidak boleh menjalankan tugasnya. Ini samalah seperti ketua kelas yang dilantik murid-murid tetapi tidak dibenarkan menjalankan tugas oleh cikgu.

Untuk kita fahami apa yang berlaku semalam tidak susah. Basuh Baju memberi satu contoh mudah.

Katakan hari ini Zambry Mendela Bin Gandhi berhutang dengan Basuh Baju sebanyak RM8.30 sen kerana nak makan McD. Tetapi Zambry Mendela Bin Gandhi tidak mengaku yang dia ada hutang dengan Basuh Baju. Jadi Basuh Baju membawa perkara ini ke mahkamah. Hujah punya hujah, akhirnya mahkamah telah menetapkan Zambry Mendela Bin Gandhi bersalah dan perlu membayar Basuh Baju sebanyak RM8.30 sen.

Tetapi Zambry Mendela masih tak puas hati dan membuat rayuan. Dan mahkamah bersetuju untuk menangguhkan perintah mahkamah semalam daripada dilaksanakan. Jadi apa sebenarnya status quo sekarang?

Cukup mudah: Basuh Baju tidak boleh membuat apa-apa untuk menuntut RM8.30 sen itu daripada Zambry Mendela. TETAPI ini tidak bermakna Zambry Mendela tidak bersalah. Zambry Mendela TETAP merupakan pihak yang patut membayar RM8.30 sen itu kepada Basuh Baju. Cuma bezanya, dia tidak perlu membayar duit itu sekarang sehingga Mahkamah bersidang kembali.

Faham? Jadi, sekarang ni apa keadaan di Perak? Jawapannya ialah Perak tidak mempunyai MB yang bertugas untuk membuat kerja-kerja pentadbiran. Tetapi Perak sudah jelas siapa MBnya yang sah iaitu Nizar.

Zambry? Dia bukan MB dan tiada kuasa untuk membuat apa-apa keputusan. Dia sekadar 'caretaker' kerajaan buat sementara sahaja sehingga Mahkamah bersidang Isnin ini.

Maaf jika Basuh Baju tidak menulis dari segi aspek term2 undang-undang. Ini kerana Basuh Baju hanyalah pelajar arkitek tahun pertama. Basuh Baju mungkin betul tetapi mereka mungkin salah. Yang pasti Basuh Baju cuba menjelaskan dalam bahasa mudah.

Ps: Basuh Baju hanya mahukan Pilihan Raya di Perak. Biarkan rakyat kembali memilih kerajaannya. Kenapa susah sangat? Kenapa UMNO takut? Selalunya parti yang takut bertanding ialah parti yang tak ada sokongan. Mungkin ada benarnya. UMNO sudah 20 ops.. 63 tahun. Siapa minat benda yang sudah tua. Sudah perlu ditalkinkan.........

Tuesday, May 12, 2009

Kecoh

MAHKAMAH KECOH KERANA PERBICARAAN NIZAR- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 11 Mei – Belum menang kecoh, sudah menang lagi kecoh. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Hahaha mestilah kecoh. Ini kes menarik. Siapa yang tak nak ambil tau..hahaha

Ada lagi ungkapan yang paling sesuai tapi untuk Zambry: belum jadi MB yang sah kecoh, sudah tak jadi MB kena cucuh.. hahaha

Kepada MB Nizar: jangan asyik berkecoh. Buat kerja. Jaga negeri baik-baik. Rakyat sudah letih berkecoh.

Teruja

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT- Utusan Meloya

BAGI Awang, rakyat Perak perlu bertenang dan tidak terlalu teruja dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Awang – Melapor.

Hahahaha alahai Awang oi... dah menang mestilah teruja. Mana ada orang menang nak buat muka selamba tak ada perasaan. Itu mamat BTN..hahaha

Perlu bertenang? Rakyat Perak mana boleh bertenang. Ini soal kerajaan mereka. Kerajaan ni yang akan jadi wakil mereka. Kerajaan ni juga yang akan buat kerja untuk mereka. Mestilah tak tenang kalau tak tau siapa kerajaan dan siapa tajaan..hahaha

Basuh Baju: Melopong

ps: Semalam Nizar pakai baju hitam. Polis kenapa tak tangkap? Atau polis nak tangkap Zambry sebab....ops. (teka sendiri)

Monday, May 11, 2009

PENGUMUMAN PENTING

Minta maaf kepada semua. Betul-betul sorry. Semua ini adalah salah Basuh Baju kerana tidak konfem betul-betul.

Sambutan Majlis Talkin untuk UMNO malam ini telah DIBATALKAN.

Rupanya Majlis Talkin malam ini telah diganti dengan Majlis Tahllil untuk BN Perak.

Cis, ini semua gara-gara keputusan Mahkamah Tinggi tadi. Berani betul buat keputusan Nizar Menteri Besar Perak yang sah. Tak pasal-pasal Basuh Baju malu dengan pengumuman pagi tadi.

Semua dijemput hadir. Kali ini tak payah bawak sejadah sebab tak ramai orang datang. Orang ramai semua pergi sambut Nizar MB Perak.

Ps: Sesiapa ada niat nak ke Ipoh, pastikan tidak tersesat hingga ke Kamunting. Tapi kalau kena tangkap pun jangan risau. Esok lusa pasti akan dibebaskan oleh Najib.

Pengumuman pendek

Basuh Baju mengajak semua pembaca sama-sama membaca talkin dan yassin sempena ulang tahun UMNO yang ke 20..ops silap..yang ke 63.

Mengikut teori popular, sesiapa yang hidup lebih daripada 60 tahun dikira mendapat 'waktu bonus' daripada Tuhan.

Mengikut teori tidak popular pula, sesiapa yang sudah lebih 60 tahun dikatakan seperti 'rumah kata pergi, kubur kata mari.'

Tidak kisahlah teori popular ataupun tidak, yang pasti malam ini selepas maghrib atau sebelum Isyak, silalah bertalkin.

Mudah-mudahan roh ketuanan melayu UMNO mudah 'tercabut' dari jasadnya.

Untuk lebih afdhal, bacalah di depan bangunan UMNO di tepi PWTC. Dinasihatkan bawa sejadah sendiri kerana takut tiada tempat.

Satu peringatan: TIADA makanan free lepas talkin. Sesiapa yang mintak, memang kena pelempang.






Sila jangan gelak. Menggelakkan orang tua adalah perkara yang salah. Hahahahaha ops.....

Sunday, May 10, 2009

Ibu, mak, bonda, ummi, mama


Hari ini hari ibu. Untuk meraikannya, saya 'puasa' daripada posting berbentuk politik untuk sehari dua ini. (asyik nak bergelak kat Utusan je. Karang sakit usus pulak kan).

Bercakap mengenai ibu (panggilan saya untuk dirinya), saya akan tersenyum sendirian. Noktah sebentar, sudah 19 tahun saya menjadi seorang anak.


Dalam sehari, ibu pasti akan menelefon saya. Kadang-kadang lebih daripada 5 kali. Sesekali saya terharu, tetapi selalunya saya tergelak memikirkannya. Pernah ibu memberikan nombor celcom 1+3 plan kepada saya semata-mata kami dapat berbual secara percuma. Tetapi disebabkan bil nombor itu sering melonjak, maka ibu telah menarik balik kemudahan tersebut.

Paling lama kami tidak bertemu ialah semasa saya diperangkap di PLKN. Itupun kami tetap berhubung setiap hari. Saya tak akan lupa duit syiling ibu bekalkan yang sama beratnya dengan diri saya. Malah di blok saya ketika itu, saya menjadi supplier syiling dan digelar raja syiling. Begitulah banyaknya syiling yang ibu beri semata-mata untuk saya menelefonnya.

Noktah sebentar.

Saya masih ingat, saya keluar daripada menuntut di MRSM Jasin/TGB hanyalah kerana ibu. Ketika itu kesihatan ibu agak teruk ditambah lagi dengan baru sahaja melahirkan adik bongsu. Saya akui tindakan saya tidak bijak. Malah begitu ramai yang mengkritik dan memerli saya.

Begitu juga ketika saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya tolak. Bermacam alasan yang saya berikan. Tetapi sebab yang utama tetap satu- iaitu kerana ibu. Dan sekali lagi tindakan saya dipersoalkan. Mereka mungkin salah, tetapi saya mungkin betul.

Apabila difikirkan kembali, saya telah membuat keputusan yang betul. Selama lebih 19 tahun ini saya telah meluangkan masa bersama ibu. Mungkin saya tidak belajar di sekolah terbaik Malaysia, mungkin saya tidak seperti pelajar bijak lain yang ke luar negara, tetapi masa bersama ibu adalah paling mahal harganya.

Kelak, apabila ibu sudah tiada, saya akan duduk menulis lagi di depan komputer. Apabila waktu itu sampai saya tidak akan menyesal. Kerana saya sudah meluangkan masa denganya dan juga membuatkannya gembira.

Sayangilah ibu anda. Perjuangan tanpa kasih sayang seorang ibu adalah sia-sia kerana dari ibulah, kekuatan kita datang.

Friday, May 8, 2009

Bola sepak, pakar dan ramalannya


Saya bukanlah pakar dalam sukan. Apatah lagi sukan bola sepak. Saya hanyalah seorang penyokong dan penonton. Tidak lebih daripada itu. Bercakap mengenai bola sepak ini saya ada cerita yang ingin dikongsikan.

Ada satu perkara yang saya sangat pelik tentang bola sepak iaitu mendengar dan membaca komentar dan pandangan daripada mereka-mereka yang bergelar pakar ini. Mengapa saya pelik? Hal ini ada bersangkutan dengan ramalan mereka.

Selalunya pakar-pakar sukan seperti Shebby akan memberi ramalan keputusan sesuatu perlawanan. Tak cukup dengan itu, portal-portal sukan turut menjalankan undian di kalangan peminat. TV, Radio surat khabar juga mengambil bahagian. Kebiasaannya mereka akan ditanya tentang berapa kosong MU akan menang, berapa kosong Chelsea akan kalah dan berapa gol Barcelona akan score.

Kadang-kadang saya akan gelak kalau saya ditanya soalan yang berbentuk ramalan ini. Gila, macam mana saya nak tahu. Saya bukan tuhan. Saya juga bukan bomoh. Malah kalau saya pakar taktikal macam Mourinho atau coach legend seperti Alex Ferguson sekalipun saya tak mampu memberikan jawapan.

Mengapa saya katakan begini? Hal ini cukup mudah. Tidak mungkin sesuatu yang bersifat tidak statik seperti bola sepak mampu diramal keputusannya. Bola sepak bukan seperti meramal bilangan kereta yang lalu lalang di Selayang- yang mana kita mampu memberikan angka yang tepat. Bola sepak ibarat meramal berapa bintang yang berkelipan di waktu malam.

Jadi tak mungkin untuk kita memberikan ramalan yang tepat untuk sesuatu keputusan perlawanan bola sepak. Bagi saya ia adalah lawak. Sebab itu bila saya membaca ramalan-ramalan keputusan ini, saya hanya buat 'don't know' je. Malah saya amat yakin pakar-pakar yang membuat ramalan ini sekadar berteka teki sahaja.

Sebagai contoh, kalau MU lawan Fulham, pasti mereka akan memberi MU menang. Ada yang meramal Fulham menang 2-0? Kalau Barcelona lawan Real Madrid, pasti akan dikatakan seri atau menang tipis. Ada yang ramal Barcelona menang 6-2?

Hahahaha sila ketawa sekarang. Masih nak buat ramalan lagi?

ps: Ini entry ringan-ringan je. Asyik nak berpolitik, perlu juga rileks-rileks. Jangan serius sangat. hahaha

Thursday, May 7, 2009

Mentaliti rakyat-rakyat negaraku


Memiliki fahaman politik tidak salah. Memilih menjadi geng berbaris atau geng berpakat juga tidak dilarang. Ini semua adalah hak setiap insan. Malah hak ini wajib dibenarkan untuk terus bergerak bebas.

Noktah sebentar. Tetapi dalam memiliki fahaman politik, kita juga harus mempunyai satu sikap yang jujur dalam menilai segala tindakan yang dilakukan oleh ahli-ahli dan juga parti-parti politik. Sikap jujur ini bermakna kita menyokong perkara itu jika benar dan menolak perkara itu jika salah. Penilaian kita dalam menyokong dan menolak tidak perlu disandarkan kepada tuan empunya badan yang bercakap atau parti politik apa yang disertainya.

Dalam bahasa mudahnya begini: tidak semua apa yang Barisan Nasional lakukan itu salah dan tidak semua apa yang diucapkan Pakatan itu benar. Setiap pihak pastinya ada yang betul dan ada yang salah.

Tetapi apa yang diperhatikan, masih ramai di antara kita yang mempunyai mentaliti sempit, tidak bebas dan tertutup. Mereka ini kebanyakannya merupakan ahli mana-mana parti politik. Dan mereka sangat taksub dan menjadi 'buta' dengan fahaman serta ideologi parti politik itu.

Untuk kita lihat perkara ini tidak susah, sila ambil contoh Najib, Mahathir dan Anwar. Penyokong Pakatan akan mengatakan apa yang diucapkan oleh Najib dan Mahathir sebagai salah, tidak benar, zalim, altantuya, mukhriz, dan rosmah. Hal yang sama turut terjadi untuk penyokong BN. Apa yang Anwar katakan akan dianggap petualang, pengkhianat, sodomi, boneka dan ejen barat.

Mengapa kita perlu menilai sesuatu itu berdasarkan personalitinya? Bagaimana kalau Najib menghapuskan ISA? Adakah kita masih mengatakan dirinya jahat dan segala macam hanya kerana dirinya Presiden UMNO? Bagaimana pula jika Anwar menjadikan pinjaman PTPTN sebagai biasiswa? Adakah penyokong BN masih ingin mengatakan Anwar sebagai pengkhianat melayu hanya kerana beliau bukan UMNO?

Sudah tiba masanya kita membetulkan mentaliti dalam kepala. Kita wajib menolak apa yang salah dan menyokong apa yang betul. Siapa empunya badan yang lakukan itu tidak penting. Betul dan salah boleh terjadi di dalam kedua belah pihak. Untuk percubaan, sila baca dua berita di bawah dan sila tinggalkan komen untuk kita sama-sama berdiskusi. Terima Kasih.

KERAJAAN BELI SABAH MEDICAL CENTRE- Utusan Meloya

KOTA KINABALU 5 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembelian Pusat Perubatan Sabah (SMC) bagi mengatasi masalah kesesakan di Hospital Queen Elizabeth (QEH).
"Kita luluskan pembelian SMC oleh Kementerian Kesihatan dengan harga yang wajar iaitu lebih kurang RM245 juta," katanya ketika berucap.

MB HANYA BOLEH DISINGKIRKAN MELALUI UNDI TIDAK PERCAYA- mStar

PUTRAJAYA:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.

Jelas beliau, " Sultan boleh melantik Menteri Besar tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap menteri besar tersebut," katanya pada sidang media.

Wednesday, May 6, 2009

Kan dah kata dah...

KDN MULA BERTINDAK- Utusan Meloya (tersepak di muka depan)

KUALA LUMPUR 5 Mei – Sebagai reaksi segera kerajaan, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelain Mersat ditugaskan khas untuk mengkaji penularan gejala lumba haram motosikal atau rempit yang semakin menjadi-menjadi di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, timbalan beliau itu diarahkan mencari punca dan mencadangkan kaedah yang perlu agar kegiatan berkenaan dapat ditamatkan terus.

PENDEKATAN AGAMA TANGANI MAT REMPIT- Utusan Meloya (dijumpai dalam ms tengah)

Adalah 'rahsia terbuka' bahawa majoriti remaja yang terlibat dalam kegiatan ini adalah Melayu dan beragama Islam. Inilah yang mencemaskan kita.

Gunakan 'jarum suntikan' secara halus untuk menarik mereka kembali ke pangkal jalan.

Jika perlu adakan siri bimbingan fardu ain khas kepada golongan ini terutama tentang kepentingan solat. Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, waktu lapangmu sebelum waktu sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kekayaanmu sebelum kemiskinanmu". (Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi).

PENULIS ialah Pengarang Agama Utusan Malaysia.

Ha, kan dah kata dah semalam.. ini peringkat terakhir untuk sesuatu berita disebarkan..hahaha

Lagi dua tiga hari, benda ini akan senyap. diam. tamat....

Siapa yang tidak tahu apa yang saya cakapkan, sila klik sini.

Tuesday, May 5, 2009

Antara kereta dan perang


LEBIH 67000 MAUT NAHAS- Utusan Meloya

NUSAJAYA 4 Mei - Seramai 67,100 rakyat negara ini meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sejak 11 tahun lalu. Jumlah kematian tertinggi ialah pada tahun lalu iaitu melibatkan 6,527 orang.

US MILITARY DEATH IN IRAQ WAR AT 4284- Associated Press

As of Sunday, May 3, 2009, at least 4,284 members of the U.S. military had died in the Iraq war since it began in March 2003, according to an Associated Press count.

Cuba kita bertanya pada diri: mengapa kereta dicipta? Adakah ia sebagai alat untuk bergerak dari A ke B atau alat untuk membunuh?

Di Amerika, senjata tidak diharamkan walaupun begitu ramai sudah ditembak mati. Alasannya ialah- yang membunuh bukan pistol tetapi orang yang memegang pistol. Ini hujah bodoh. Kalau tiada pistol, macam mana orang nak pegang pistol.

Di Finland, senjata api telah diharamkan apabila berlaku pembunuhan 12 orang kerana ditembak mati. Alasannya mudah- alat membunuh wajib diharamkan dari orang ramai.

Berbalik kepada kereta: sudah lebih 70,000 orang mati di jalan. Angka ini macam menghantar askar pergi perang, malah lagi dashyat. Sudah tiba masanya untuk kita mengkaji kembali peranan dan penggunaan kereta di dalam hidup kita. Lagi-lagi di Malaysia yang mencatatkan kematian tertinggi di Malaysia.

Memang kereta diperlukan. Ini tidak dapat disangkal. Ibu yang sarat mengandung yang mahu bersalin perlukan kereta untuk bergegas ke hospital. Pekerja-pekerja sangat memerlukan kereta untuk pergi bekerja apatah lagi dalam keadaan hujan. Orang ramai perlukan kereta untuk cepat tiba di sesuatu destinasi jika berlaku kecemasan. Ini semua benar.

Yang perlu dikaji ialah kuantiti kereta yang bergerak di jalan raya. Adakah berbaloi setiap orang di muka bumi ini memiliki kereta? Adakah kesemua 27 juta rakyat Malaysia wajib mempunyai kereta? Mungkin ada yang berkata ia adalah hak dan kemampuan diri masing-masing. Tetapi adakah 'hak' ini masih dikatakan 'hak' walaupun beribu-ribu orang mati dan berlaku masalah alam sekitar yang serius?

Hanya ada satu teori dan solusi bagi penyelesaian ini: KURANGKAN PENGGUNAAN KERETA. Untuk mengharamkan terus kereta adalah kerja gila seperti mengharapkan seorang mak nyah mengandung. Jadi dengan mengurangkan kereta yang bergerak, ia akan mengurangkan kemalangan. Bila kurangnya kemalangan, kurang juga orang yang mati.

Di satu sisi yang lain, jalan-jalan raya juga tidak sesak. Tiada pencemaran bunyi. Tiada orang stress dan tertekan. Semua gembira. Kemudian, tiada asap yang bebas ke udara lantas meningkatkan kualiti udara. Harus diingat 70% asap yang berlingkar di udara datangnya dari ekzos kereta. 70% asap inilah yang memanaskan bumi. Tidak guna menutup lampu sejam di seluruh dunia jika 70% asap ini tidak dikurangkan.

Pun begitu, akan ada satu pihak yang rugi bila kereta dikurangkan. Dan pihak itu ialah syarikat pengeluar kereta. Toyota, GM, BMW, Proton pastinya akan membantah hebat cadangan ini. Tetapi situasi sekarang di mana syarikat-syarikat ini mula kerugian kerana krisis ekonomi wajib kita gunakan sebaik mungkin.

Strukturkan kembali penggunaan kereta di Malaysia. Susun kembali perkhidmatan awan di ibu kota. Koordinasi semula laluan bas, LRT dan teksi. Tanam pokok-pokok dan bina laluan pejalan kaki di bandar agar orang ramai redup untuk menapak. Kita boleh belajar daripada Singapura dalam hal ini. Jika malu, boleh ke Korea Selatan untuk menuntut ilmu.

Kemudian, yang paling penting ialah setiap keluarga wajib hanya diberi hak menggunakan satu kereta. SATU KELUARGA HANYA SATU KERETA. Tidak boleh dua tidak boleh tiga. Hanya dengan cara ini kita masih dapat berkereta dan pada masa yang sama mengurangkan pemilikan dan penggunaan kereta.

Ada berani?

Bagaimana berita tersebar di Malaysia


Sesiapa yang rajin membaca berita di surat-surat khabar di Malaysia- tidak kira arus perdana atau arus proton- pasti akan dapat mempelajari bagaimana sesuatu berita itu tersebar. Untuk memahaminya tidak susah.

Cuba kita perhatikan- mula-mula, akhbar akan sensasikan sesuatu berita itu. Sebagai permulaan, berita ini akan tersiar di muka-muka tengah akhbar. (untuk test market atau panas badan dulu). Selepas itu, keesokan harinya berita ini akan terpampang di muka depan. Untuk mengolah kebencian orang ramai, berita ini akan disertakan sekali statistik dan juga laporan kes-kes polis. Ini peringkat pertama.

Bagi peringkat kedua, akhbar akan mendapatkan pandangan daripada profesor-profesor bertali leher di IPT Malaysia. Selalunya profesor ini akan berhujah dan kelentong macam-macam kerana di akhirnya jawapan yang akan didengari ialah 'pengaruh budaya barat dan salah anak muda itu sendiri.' Tak habis-habis dengan budaya barat. Seolah-olah hanya barat yang bersalah-dan kita sahaja yang betul.

Seterusnya untuk peringkat ketiga, akhbar akan mendapatkan pandangan dari golongan beragama. Pakcik-pakcik yang berketayap akan memberikan pandangan mereka dari sudut agama pula. Di sini pelbagai dalil akan dikeluarkan- semuanya berkisar bagaimana berita atau gejala ini akan membawa kepada neraka. Di akhirnya kita juga tidak akan dapat mendengar sebarang penyelesaian.

Untuk peringkat terakhir iaitu peringkat paling kelakar- akhbar ini akan menemui ahli-ahli politik ataupun menteri-menteri. Dan macam biasa, menteri dan ahli politik ini akan meloncat-loncat bercakap bagaimana 'tiga langkah untu menangani masalah...' dan 'kita perlu bersatu dalam menghadapai masalah ini....' Kononnya menteri ini akan dilihat sebagai pembela dan penyelesaian dalam gejala ini. Hairan, selepas itu berita tentang gejala ini akan terus senyap. Diam. Sepi sekelip mata. Betul-betul macam magik.

Noktah sebentar. Apa maknanya semua ini? Sebelum kita memahami mengapa berita tentang gejala ini disiarkan, sila baca berita-berita di bawah untuk kita fahami bagaimana sesuatu berita tersebar.

BENDUNG GEJALA MAT REMPIT- Utusan Meloya (dijumpai di ms 12 pada 3/5/09)

KUALA LUMPUR 3 Mei — Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mahukan Akta Pengangkutan Jalan dipinda bagi membendung gelaja “mat rempit” dan perlumbaan motosikal haram.

500 MAT REMPIT DIPERIKSA- Utusan Meloya (tersepak di muka depan pada 4/5/09)

KUALA LUMPUR 3 Mei – Bagi membanteras gejala lumba haram di ibu negara, polis trafik telah melancarkan operasi besar-besaran dengan lebih 500 mat rempit diperiksa di Dataran Merdeka, di sini malam tadi.


MAT REMPIT BERLELUASA- Utusan Meloya (dikutip pada 5/5/2009 di muka depan)

KUALA LUMPUR 4 Mei – Memeranjatkan! Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof memberitahu dalam tempoh dua hari, sebanyak 3,011 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya telah dikeluarkan dan daripada jumlah itu sebanyak 45 peratus kesalahan kerana tidak memiliki lesen dan cukai jalan.


MATI DIPUKUL MAT REMPIT- Utusan Meloya (terserempak pada 5/5/09 di muka tengah)

KUANTAN 4 Mei - Hasrat seorang lelaki untuk menjadi seorang mekanik tidak kesampaian apabila dia dipukul hingga mati oleh sekumpulan mat rempit ketika berehat di sebuah taman rekreasi di sini awal pagi Khamis lalu.

GEJALA MAT REMPIT KIAN BERLELUASA- Utusan Meloya (terlanggar di muka tengah)

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, kegiatan tersebut bukan baru dan kegagalan menanganinya disebabkan oleh sikap masyarakat itu sendiri yang terpengaruh dengan budaya barat yang gemarkan kebebasan ekstrim.

Sudah nampak bagaimana berita tersebar? Sudah faham? Esok, pasti berita tentang pandangan golongan beragama dan ahli politik akan keluar. Hanya tunggu dan lihat......

Sunday, May 3, 2009

Hanya 5000 boleh iring- mStar

PETALING JAYA: Dalam usaha mengawal persekitaran luar kawalan pada hari penamaan calon, parti-parti politik yang bertanding 'dilarang' membawa penyokong mengiringi calon tidak lebih daripada 5,000 orang.

Pendekatan itu akan dikuatkuasakan semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang bulan ini.

Satu pertanyaan: Nak kira penyokong macam mana nanti? Buat tol? atau pagar?

Satukan kaum melayu berpecah empat- mStar

'TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu'...itulah pepatah yang begitu sesuai dengan Ketua Penerangan Umno yang baru, Ahmad Maslan, 43.

Mengenai cabaran, Ahmad menggariskan aspek yang beliau akan beri penekanan.

Pertama menyatupadukan kembali orang Melayu yang telah berpecah empat iaitu Melayu Umno, Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu atas pagar.

"Cabaran utama adalah menyatukan Melayu sebagai bangsa induk selain mengakui hakikat kita bersama-sama dengan kaum Cina, India dan Bumiputera lain," ujar beliau.

"Mereka pernah menyokong UMNO dan bersatu di bawah kami. Kita menghormati pandangan itu dan akan mengembalikan sokongan mereka kepada UMNO," jelas Ahmad.

Adoi...letih betullah dengar kaset melayu bersatu ni. Dari zaman dulu lagi. Tak habis-habis melayu bersatu.

Mahathir dulu pun kata 'melayu bersatu'. Tapi hasilnya 'melayu mudah lupa.' Pak Lah pun kata Melayu perlu bersatu. Tapi hasilnya 'melayu mudah tidur.' Kali ni mamat Maslan pulak nak berusaha menyatukan melayu. Tapi masih tak tahu hasilnya apa.hahaha

Satu pertanyaan: Kenapa kalau bersatu perlu di bawah UMNO? Tak boleh ke bersatu bawah DAP atau KIMMA? Hahahaha

Satu lagi pertanyaan: Sejak bila melayu ada 4 golongan je? Kenapa nilai melayu dari segi pegangan politiknya? Kenapa tak nilai melayu dari agamanya? Lagi senang. Ada 2 golongan je. Melayu Islam dan melayu bukan Islam. Kan kerja dah senang. Lagi sikit dari 4 golongan. hahaha

Asyik nak bercakap tentang melayu bersatu sahaja. Kenapa tak bercakap tentang menyatukan rakyat malaysia?

1malaysia bukan retorik politik- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 2 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, gagasan Satu Malaysia adalah konsep yang mempunyai pengisian jitu dan bukannya kenyataan retorik politik semata-mata.

Perdana Menteri berkata, konsep berkenaan juga akan diterjemahkan secara evolusi melalui proses tertentu yang bukannya berlaku dalam satu malam sahaja.

Hahaha pengisian jitu? Apa yang diisi untuk 1Malaysia ni?

Bila nak keluarkan buku teks 1malaysia? Makcik di Felda nak tau 1Malaysia ni sokong Ketuanan Melayu ke tak. Pakcik pergi surau pun nak tau 1Malaysia ni ada berapa rukun di dalamnya.haha

Abang bawak teksi pun nak tau 1Malaysia ini masih guna sistem permit teksi lagi ke tak. Nelayan jual ikan juga tertanya-tanya 1Malaysia masih gunakan orang tengah lagi ke tak. Pelajar di sekolah juga ternanti-nanti 1Malaysia sediakan pendidikan percuma atau pendidikan yang dipinjam PTPTN.

Kontraktor kelas F pun tak sabar nak tunggu 1Malaysia diperkenalkan. Tak sabar nak buat papan tanda kat tepi jalan, tak sabar nak lukis poster untuk ditampal di dinding bangunan, tak sabar nak terbit dokumentari untuk RTM.hahaha

Paling penting DBP nak tau perkataan 1Malaysia ni boleh dimasukkan ke dalam Kamus Dewan edisi kelima atau tidak.hahaha

Saturday, May 2, 2009

Eh...siapa cakap? Tiba-tiba je.

WATANIAH TIADA KAITAN UNDI POS- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 1 Mei - Sasaran Kementerian Pertahanan melahirkan 600,000 anggota tentera wataniah di seluruh negara tiada kaitan dengan isu undi pos kononnya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, persepsi itu sengaja ditimbulkan pihak tertentu yang tiada pengetahuan meluas dalam sistem pilihan raya negara ini serta mereka yang 'sakit politik'.

Hahaha tiba-tiba cakap ni? Kenapa? Macam ada yang tak kena je? hahaha

Siapa yang cakap ni? Pihak tertentu? Alahai, letihnya dengar istilah pihak tertentu ni. Nak kena main teka teka pulak. hahaha Macam mana wartawan buat kerja? Tulis berita separuh masak. Lain kali cakaplah siapa pihak tertentu ni. PRIBUMI ke, PROWARIS ke, GPMS ke atau KIMMA? hahaha

Selalunya kalau cakap tak ada jawapannya mesti ada..hahaha Ini taktik bagus. Ini baru dikatakan berubah. Cayalah BN. Satu-tatunya kerajaan yang dipilih oleh pos. Hahaha Boleh masuk World record ni. Malaysia Book of record mana ada class...hahaha

Satu pertanyaan: Kenapa undi pos asyik berpihak pada BN? Di Kuala Terengganu dulu 90% undi semuanya ke kocek BN. Di Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai juga begitu. Kenapa ye? Siapa tau? hahaha

Friday, May 1, 2009

Selamat Hari Buruh


Sesudah dua bulan,
Ini posting ke 100,
Hampir 5000 pengunjung,
Lebih 1000 komen,
Terima Kasih kepada yang melawat.
Terima Kasih kepada yang menjadi follower,
Lagi berterima kasih kepada yang memberi komen.
Inilah indahnya blog- tidak kenal di alam nyata tetapi bersolidariti di alam maya.

Hari ini Hari Buruh.
Selamat berehat buat semua.
Tetapi jangan lupa- perjuangan kaum buruh bukan sekadar sehari bercuti.
Buruh harus bangkit bersatu menolak ketidak adilan dari kaum pemodal.

Hari ini masih dibonsaikan fikiran di UIA.
Masih berbaju batik dan kasut kulit- rasa macam pemuda UMNO.
Betul-betul geli.
Mungkin ini antara 10 peristiwa ngeri dalam hidup.

Maaf jika ada komen tidak disambut.
Maaf jika ada blog yang tidak dibaca.
Maaf jika kurang mengupdate seminggu ini.
Maaf jika ada yang kurang bersetuju dengan pandangan saya.
Tetapi tiada maaf untuk Utusan.

Ps: Masih sibuk lagi. Sementara itu, untuk Hari Buruh ini boleh baca posting Tukar Tiub (klik sini) dan juga dari Nami (klik sini). Terima Kasih.

Thursday, April 30, 2009

Jujur dengan diri

Hari ini aku Taaruf di UIA. Taaruf ialah nama arab bagi orientasi. Hairan. Sejak bila semua perkara mesti diarabkan? Melayu dan arab adalah dua bangsa yang berbeza.

Nak lagi hairan, kita marah kalau orang bercakap dalam bahasa rojak- campur english dan bm. Kononnya mencemar bahasa. Tapi bila orang itu menggunakan bahasa arab seperti ana,anta- kita katakan dia 'Islamik'. Adakah keislaman itu hanya pada istilah dan ganti nama? Satu persoalan.


Waktu taaruf/orientasi tadi, kena pakai baju batik. Ini lagi satu gila. Tau tak baju batik tak cool? Cuba tanya anak muda sekarang, antara baju batik dan t-shirt indie, mana satu yang akan dipakai bila dating?

Ada apa pada baju batik? Dahlah kena butangkan di leher dan lengan- konon nak nampak kemas. Sebab apa nak kemas? Reaktor nak datang. Bodoh. Ini namanya hipokrit. Kemas atau tidak bukan dilihat pada baju batik. Islam sendiri hanya gariskan panduan dalam berpakaian tetapi tidak menyuruh kena pakai itu atau kena sarung ini.


Lepas berbatik, ada pula arahan bangang. Kena letak beg di sebelah kanan kerusi. Ini sudah lebih. Ingat kami budak tadika ke? Apa kaitan letak beg di kanan kerusi dengan daya intelektual? Sekali lagi alasan kemas digunakan. Rasa macam nak nangis pun ada.

Ada cerita lagi kelakar. Tadi kena angkat sumpah atau istilah yang telah diarabkan ialah Bai'ah. Sejujurnya tidak ada masalah tentang sumpah ini. Bakal-bakal doktor bersumpah dengan Socrates Oath. Presiden Amerika bersumpah, PM Malaysia angkat sumpah. Yang jadi kelakarnya kandungan sumpah ini. Kononnya dalam sumpah itu, pelajar tak boleh jadi jahat. Kena ikut peraturan. Ikut code of ethic dan tak boleh membawa pandangan-pandangan lain.

Satu renungan: segala gerakan pembebasan manusia dari zaman Nabi Muhammad, terus kepada Marthin Luther King- semuanya tidak berkisar pada 'code of ethic'. Semuanya menentang arus dunia. Semuanya membawa kepada pandangan-pandangan baru. Dan penentangan dan pandangan ini selalunya dianggap 'jahat'.

Maknanya apa di sini? Pelajar harus dibenarkan untuk meneroka pandangan-pandangan baru. Pelajar tidak boleh dihukum jika pandangannya tidak dipersetujui. Pelajar tidak boleh dibuang hanya kerana dirinya lain dari yang lain. Hanya dengan ini barulah idealisme dapat dihasikan. Sejarah pun telah membuktikannya.

Lepas bersumpah, ada pula ucapan berjela. Tidak salah ucapan berjela. Tetapi ucapan haruslah datang daripada hati. Kerana hati mewakili minda. Dan minda pula ialah buah fikiran. Ucapan tidak seharusnya berasal daripada teks. Berucap menggunakan teks samalah seperti berkahwin tanpa seks. Luar gembira, dalam menderita.

Kebiasaannya ucapan dari teks juga sangat bosan. Sudahlah pelajar-pelajar ini dipaksa duduk dengan 'berbaju-batik-beg-letak-kanan-kerusi' di dalam dewan. Kemudian dapat pula ucapan yang kosong, bosan dan kering tiada air. Jawapannya? Tidur, merungut dan menyampah.

Satu persoalan lagi: dengan rasa menyampah dan benci dipaksa-paksa ini- adakah tujuan dan objektif sesuatu perkara itu dapat dicapai? Sila jawab sendiri.

Noktah sebentar.

Dalam hidup ini kita perlu jujur. Itu sahaja. Jujur dengan diri- terpulang mahu pakai apa. Bukan perlu berbatik atau berkameja. Ini semua hanyalah cara-cara membuat duit secara undang-undang. Jujur dengan diri- tidak perlu bersumpah berjela-jela kalau sumpah itu mengarut. Silap-silap menjadi sumpah si saiful. Jujur dengan diri- jangan takut untuk menjadi yang lain. Hanya 'yang lain' sahaja barulah dikatakan jujur. BB

Satu lagi idea bernas.....untuk menang.

CADANGAN BOLEH DIPERTIMBANG DI PARLIMEN- Utusan Meloya

PUTRAJAYA 29 April - Cadangan supaya calon yang mendapat undi kedua tertinggi dilantik menjadi wakil rakyat dalam mengisi kekosongan kerusi penyandang yang meletak jawatan tanpa sebab kukuh boleh dipertimbangkan oleh Parlimen.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, sewajarnya perlu ada perbincangan di kalangan anggota-anggota Dewan Rakyat berhubung cadangan itu bagi mengelak pembaziran wang rakyat untuk mengadakan pilihan raya semula.

Beliau mengulas kolum Cuit Utusan Malaysia hari ini yang mengesyorkan supaya dilakukan pindaan terhadap akta pilihan raya untuk membolehkan individu yang mendapat undi kedua tertinggi dilantik menjadi wakil rakyat dalam mengisi kekosongan kerusi penyandang yang meletak jawatan tanpa sebab kukuh.

Hahaha Sejak bila yang kalah boleh jadi wakil rakyat? hahaha macam-macamlah. Kalau camni konfemlah BN akan terus memerintah sebab yang kedua tertinggi ini selalunya calon BN..haha

oit! Mana ada orang letak jawatan tak ada sebab. Itu orang gila. Mesti punya ada sebab. Kukuh atau tidak macam mana nak kira? Guna dacing? Atau guna keris? haha

Kenapa takut sangat nak pilihan raya? Parti yang takut ni selalunya tak ada keyakinan diterima rakyat. hahaha Membazir? Sejak bila BN cakap pandai cakap pasal membazir? Ini macam Samy Vellu cakap pasal tuhan..haha

Mengulas kolum utusan? hahahaha Cakap Utusan nak dengar. Cakap rakyat tak nak dengar..haha Utusan dan rakyat siapa lagi penting? Mestilah Utusan sebab utusan menyebar fikrah rakyat.hahahaha

Lepas ni gubal undang-undang siapa sikit penyokong diisytihar menang.haha Kalau kalah jugak buat undang-undang siapa tak bertanding pun boleh menang..hahah

Wednesday, April 29, 2009

Ada ke orang nak dengar dan ikut?

EMPAT ANJAKAN PARADIGMA- Utusan Meloya

PUTRAJAYA 28 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat anjakan paradigma modenisasi yang perlu dilaksanakan oleh sektor perkhidmatan awam bagi mencapai kejayaan pada alaf baru.

RAKYAT PERLU BERTERAS ILMU CAPAI KEJAYAAN- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat perlu mempunyai minda terbuka yang berteraskan pendidikan dan pengetahuan sebagai satu nilai dan mercu kekuatan.

Selalu kita dengar pemimpin kita berkata begini. Boleh kata setiap hari. Berita-berita begini (berita ke?) akan terpampang di muka depan besar-besar. Berita ini cukup gah. Selalunya akan tertulis ayat-ayat KBSM seperti 'ke arah tamadun bangsa yang unggul lagi gemilang' atau 'mengembalikan kehebatan umat'.

Tapi hairan. Lepas sehari, berita ini hanya tinggal berita. Keadaan masih sama. Tidak berubah. Tamadun masih tidak dibina dan maju. Umat masih mundur. Jadi, apa motif berita-berita ini ditaruk?

Aadakah kerana yang bercakap itu seorang PM? hahaha Nak lagi pelik, ucapan ini akan dibaca dari teks. Dan teks ini akan dikarang dahulu. Jadi, bila dah baca teks, sah-sahlah bosan. Bila bosan, kena pulak paksa datang dan dengar ucapan ini. Esoknya benda bosan paksa ini menjadi berita utama negara. Gila kan?

UMNO bakal berubah?

KELAB VETERAN UMNO MOHON SAYAP KEEMPAT

KUALA LUMPUR 29 April – Kelab Veteran UMNO yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk memohon status sayap keempat parti itu. - Utusan Meloya

Hahaha cuba teka siapa akan jadi ketua kelab veteran ni?

Tak habis-habis nak tuakan negara ini. Cukuplah dulu masa muda-muda dah tadbir negara. Hidup ini bukan untuk orang tua sahaja. Kami orang muda juga mahu hidup.

Nanti bila dah jadi sayap, nak mintak jawatan menteri pulak. Tengok-tengok dapat Menteri Belia dan Sukan.. hahahaha

Utusan wajib disunatkan sekali lagi


Utusan wajib disunatkan sekali lagi.

Inilah kesimpulan yang dapat saya lakukan selepas menjadi hakim pertandingan Debat Antara Sekolah Malaysia baru-baru ini. Pandangan ini amatlah wajar memandangkan dosa yang telah dilakukan Utusan kepada rakyat di negara kita. Utusan pada hari ini telah memandulkan fikiran para pelajar. Utusan juga telah mencabul intelektual para hakim. Utusan turut meracuni jalur pandangan penonton-penonton yang datang.

Apa yang saya cuba timbulkan ialah bagaimana pandangan rasis sempit yang cuba diperjuangkan oleh Utusan telah berjaya menerobos masuk ke dalam minda mereka. Pandangan mengenai Ketuanan Melayu telah mula tertanam di fikiran mereka. Sepanjang menjadi hakim ,situasi ini saya kira sangat membimbangkan. Saya sedikit risau generasi muda kita akan menjadi generasi Utusan- sama seperti generasi orang tua kita.

Untuk bukti, mari saya sertakan beberapa contoh.

Contoh pertama: Usulnya mengenai orang melayu semakin terancam. Saya sudah ketawa terbahak-bahak apabila hujah papan tanda di Pulau Pinang dikeluarkan. Gila. Sejak bila papan tanda yang tidak dimelayukan ini menjadi ancaman kepada orang melayu? Nak jadi lebih kelakar- hakim di sebelah saya turut bersetuju dengan hujah ini. Malah katanya hujah mengenai ladang babi patut dikeluarkan juga. Gila. Waktu ini, ingin sahaja saya lempang cikgu di sebelah saya ini. Tetapi memikirkan dirinya sudah berumur- saya batalkan hasrat itu.

Contoh kedua: Usulnya mengenai sistem kuota di Malaysia. Saya sangat terkejut dengan kenyataan 'kaum cina akan menghalau orang melayu jika tidak ada sistem kuota' yang terpacul dari mulut pendebat. Saya jangkakan pihak lawannya akan bangun membidas dengan hujah yang lebih bagus. Tetapi yang keluar ialah 'sistem kuota ini perlu kerana orang melayu merupakan tuan di tanah ini.' Sekali lagi gila! Adakah ini yang wujud di fikiran anak muda negara kita? Ketika sesi komen, 2 hakim yang lain boleh mengatakan sesi perdebatan ini sengit dan berilmu. Mahu sahaja saya hantukkan kepala ke dinding kerana susuk yang bercakap itu ialah pensyarah.

Satu pertanyaan: Dari mana contoh-contoh ini datang? Utusan atau Tukar Tiub? Jawapannya pastilah Awang Selamat Utusan..hahaha

Masih tak percaya Utusan wajib disunatkan sekali lagi? Siapa tidak percaya sila bisik-bisik dengan Awang Selamat.

Ps: Maka dengan ini saya benarkan jika ada sesiapa yang ingin mengambil segala berita ruangan perestroika untuk ditaruk di blog mereka. Biarlah segala kebodohan Utusan dapat ditelanjangkan.

Monday, April 27, 2009

Guna lambang bulan tarik pengundi- mStar

PETALING JAYA: PAS mengambil satu lagi langkah 'bertolak ansur' dengan mahu membenarkan calon bukan Islam menggunakan lambang parti itu ketika pilihan raya dalam usaha menarik lebih ramai penyokong bukan Islam.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub berkata, cadangan membolehkan calon-calon bukan Islam untuk menggunakan lambang parti itu akan diputuskan secara muktamad oleh Majlis Syura Ulamak yang akan bermesyuarat selepas Muktamar tahunan parti bulan Jun ini.

Satu diskusi sihat lagi (tiada unsur-unsur emosi); apa sebenarnya simbol Islam ini? Apa kaitan bulan dan Islam? Apa kaitan hijau, bulan sabit dan bintang pula dengan Islam? Adakah Islam ini sekadar simbol? Atau sekadar dikomersilkan untuk dijual bagi menarik perhatian?

Adakah bulan, hijau dan bulan sabit telah masuk Islam? Satu persoalan.

Apa pula kaitan raja-raja dengan Islam? Kita selalu dengar raja adalah simbol Islam di Malaysia. Adakah simbol ini bermaksud membuat peraturan wajib di masjid untuk mendoakan raja setiap kali solat jumaat? Basuh Baju mengajak anda berdiskusi secara sihat.

Menteri Buat Kerja- Utusan Meloya

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 'tangkap' doktor HKL

KUALA LUMPUR 26 April — Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan hari ini “menangkap” dua doktor di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana membaca akhbar, bukannya merawat lebih 20 pesakit yang menunggu dalam kesakitan untuk mendapat rawatan.

Penemuan yang memeranjatkan Saravanan itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ini apabila beliau pergi ke hospital berkenaan untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau (Saravanan).

hahaha Tak sangka sekarang menteri pun dah macam melodi. Ada rancangan Terjah.hahaha

Kesian doktor ni dah kantoi. Kenapa tak baca Utusan? Mesti tak kena marah..haha Ini kes baca surat khabar apa ni sampai kena liku dengan menteri? hahaha

Penemuan yang terperanjat? Baca surat khabar pun terperanjat? Pernah baca paper tak? Cuba tengok orang yang baca Utusan. Semua gelak macam nak mati. Konfem terperanjat..hahahaha

Sunday, April 26, 2009

Sedikit Maklumat

Maaf kerana lama tidak mengupdatekan diri dengan blog ini. 2 hari tanpa internet ibarat 2 hari tanpa cinta- malah lagi teruk. Badan dah mula gigil-gigil nak tau apa berita terbaru. Manalah tau Samy Vellu dah jadi PM ke. Najib jadi duta Monggolia ke.

Apa khabar semua? Sihat? Aku menjadi hakim untuk debat Antara Sekolah 2009 di UIA. Tengok budak-budak ni berdebat- aku rasa nak menangis pun ada dengan idea di fikiran mereka. Bayangkan- tak habis-habis dengan hujah 'pengaruh barat', 'budaya kuning', 'HINDRAF'.. Aku terpaksa membasuh pemikiran mereka ketika memberi komen. Tapi alih-alih hakim yang lain pulak yang tak bersetuju dengan aku. Tak pasal je aku kena terang kat hakim sekali.

Sebenarnya tak habis lagi pertandingan. Ada lagi 4 hari. Sehingga jumpa lagi. Selamat Membasuh! (Punyalah sibuk sehinggakan nak baca Utusan pun aku tak larat. Takut tergelak sorang2 masa jadi hakim.) hahahaha

Thursday, April 23, 2009

Bukan politik: Cerita dulu-dulu


Begitu lama dahulu ketika saya tinggal di rumah papan. Waktu itu sangat indah. Kami tidak punyai banyak, tetapi kami bahagia. Bahagia dengan cara kami dalam merayakan cuti sebagai kanak-kanak. Zaman itu- zaman yang telah berlaku- zaman yang telah diambil masa.

Bila cuti sekolah sampai, saya paling teruja. Inilah masa untuk meroka yang baru dan meraikan yang lama. Bukan sebagai kanak-kanak yang baik tetapi budak yang nakal.

Ketika itu tiada istilah menonton wayang di Mid Valley. Malah Mid Valley ketika itu pun hanyalah perkampungan melayu setinggan. Jadi yang menjadi aktiviti kami ialah permainan kampung yang percuma. Ini sahaja yang kami mampu. Tetapi semuanya indah.

Ketika bercuti, ada harinya kami akan bermain polis entry. Ada hari kami bermain nyorok-nyorok. Dan ada hari kami berpusing-pusing ke tempat baru menaiki basikal. Segalanya terisi. Tidak pernah ada hari kami kebosanan duduk di rumah. Malah ibu bapa kami naik risau dan memarahi kami kerana asyik merayap dan bermain panas.

Saya masih ingat ketika itu, di rumah atuk saya ada kolah yang cukup besar. Kolah ini seperti yang ada di surau untuk mengambil wuduk. Apabila sesudah berpanas dan berpeluh, kami akan terjun ke dalamnya. Selalunya kami tidak tertangkap, tetapi ada sekali kami terkantoi dan hukumannya kami dirotan dan direndam. Sungguhpun begitu kami tidak pernah serik.

Jika kami lapar, kami akan ke gerai Tok Bakar. Kami akan memesan air cincau. Sehingga sekarang saya masih ingat kemanisan air cincau 50 sen itu. Selalunya kami akan mendapat pisang goreng percuma dari Tok Bakar. Beliau seperti atuk kami. Dan sebagai balasan, kami akan menolong menolak gerainya ke rumah.

Ini terlalu lama dahulu, di saat kejiranan masih menebal di kalangan penduduk.

Paling seronok ketika waktu berangin kencang. Kami akan bergegas balik ke rumah untuk mengambil surat khabar lama. Penyapu lidi di rumah juga akan diambil lidinya. Semua ini adalah untuk membuat layang-layang. Seperti mana adegan dalam filem mukhsin, begitulah cara kami menaikkan layang-layang tersebut. Jarang sekali layang-layang kami dapat naik ke atas.

Apabila hari hujan, kami tidak menjadi budak baik yang duduk di rumah. Kami akan keluar dan mandi beramai-ramai. Padang bola menjadi kolam kami. Dan hujan pula ialah mandian untuk kami daripada Tuhan. Waktu pulang, seperti biasa telinga kami akan dipulas. Silap-silap pintu dikunci tanda didenda. Ketika ini kami akan menangis tanda merayu simpati.

Waktu malam, kami terus bermain. Memang ibu bapa melarang kami keluar. Tetapi kami bijak berhelah. Kami berpura-pura mahu ke surau. Tetapi saya yakin pastilah Yang Maha Esa mengetahu niat kami untuk merayakan zaman kanak-kanak.

Di bawah lampu neon, kami akan bermain guli dan gasing. Sesekali kami bermain tuju selipar. Bila bermain, pasti ada yang menang, ada yang kalah. Hasilnya akan berlaku pergaduhan. Tetapi pergaduhan itu merapatkan kami. Malah gaduh itu juga menguji sifat kejantanan kami. Tidak pernah kami bergaduh kemudian mengadu kepada ibu bapa.

Inilah budaya kemeriahan cuti sekolah ketika itu.

Kini, zaman dan waktu itu telah dicuri oleh kemodenan. Rumah telah menjadi penjara untuk budak-budak. Bermain di luar rumah cukup berisiko. Layang-layang telah bertukar dengan internet. Gasing dan guli diganti dengan PlayStation. Mandi hujan telah berubah kepada menonton wayang. Semuanya hampir tiada.

Saya hanya mampu tersenyum apabila mendengar adik-adik saya merungut kebosanan ketika cuti sekolah ini. Sungguh, mereka tidak akan dapat menikmati apa yang berlaku di zaman saya.

Ps: Saya baru habis cuti. Sudah mula sibuk.

Tuesday, April 21, 2009

Noktah Sebentar


SEMUA DIMINTA BANTU PELAJAR CEMERLANG- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran meminta semua pihak memberi sokongan dan pengiktirafan kepada pelajar cemerlang dalam menghargai pengorbanan mereka.

Ketua Pengarahnya, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pengiktirafan itu juga adalah supaya mereka seterusnya dapat menyumbang kepada negara.

“Kita galakkan semua pihak memperbanyakkan lagi sumbangan dan bantuan kepada pelajar cemerlang. Selain itu, ia juga sebagai satu simbol bahawa negara ini mempunyai budaya ilmu yang tinggi,” katanya.

Noktah Sebentar.

Adakah dalam hidup ini kita perlu bersikap prejudis terhadap mereka yang tidak 'pandai'? Adakah mereka yang 'pandai' sahaja yang wajib diberi sokongan, bantuan dan penghargaan? Adakah pandai itu hanya sekadar mendapat berpuluh A? Adakah orang itu dikatakan pandai hanya kerana cemerlang di dalam peperiksaan?

Tidak pandaikah orang itu jika dirinya gagal dalam matematik tetapi pandai bermain alat muzik? Tidak pandaikah orang itu jika tidak dapat menjawab teori fizik tetapi hebat dalam menendang bola? Tidak pandaikan mereka yang dikatakan tidak pandai mengikut kayu ukur peperiksaan?

Di mana nilai kita sebagai manusia? Siapa kita untuk mengatakan orang itu pandai atau tidak? Sejarah telah menunjukkan orang yang dikatakan 'tidak pandai' ini sebenarnya yang menggegar dunia. Albert Einstein, Thomas Edison, Bill Gates, Alexander Grham Bell adalah cebisan nama yang telah membuktikannya.

Sistem ekonomi sekarang juga telah melihatkan kepada kita yang 'tidak pandai' ini sebenarnya yang akan menjadi ketua, boss, manager dan pemimpin kepada yang 'pandai'.

Mengapa perlu kita diskriminasikan antara pandai dan yang tidak pandai? Tidak bolehkah kita menghargai, memberi pengiktirafan, dan memberi sokongan kepada mereka yang tidak pandai? Jika tidak, mengapa perlu kita memaksa yang 'tidak pandai' ini menjadi pandai mengikut acuan kita- acuan yang tidak sesuai untuk mereka?

Sebenarnya di dalam hidup ini tidak ada yang pandai, dan juga tidak wujud yang tidak pandai. Pandai atau tidak hanyalah ilusi dan berubah-ubah mengikut kayu ukur kita. Mana mungkin kita mengatakan seseorang fobia nombor sebagai pandai jika kayu ukur kita ialah ujian Matematik tambahan. Begitu jugalah mana mungkin kita mengatakan si kaki bangku sebagai pandai jika kayu ukur kita ialah perlawanan bola sepak.

Diri kita juga boleh menjadi pandai hari ini dan tidak pandai keesokan harinya. Semuanya bergantung kepada kayu ukur.
Pandai atau tidak pandai adalah satu sikap yang prejudis terhadap mana-mana insan. Tidak perlu kita mengutuk sesorang itu tidak pandai sedangkan mungkin dirinya lebih pandai daripada kita dalam sesuatu perkara. Janganlah kita berlagak pandai takut-takut kita lebih bodoh daripada orang lain dalam perkara yang lain.

Yang ada dalam hidup ini hanyalah yang berani dalam meneruskan kehidupan. Yang berani inilah yang wajib kita iktiraf dan beri sokongan.

TAJA UTUSAN

SEBANYAK 15 buah sekolah di dalam kawasan Parlimen Jerlun akan menerima naskhah percuma Utusan Malaysia selama setahun.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun menaja akhbar tersebut.

Tajaan itu membolehkan 10 buah sekolah rendah dan lima sekolah menengah di kawasan tersebut menerima akhbar tersebut setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu.

Kata Mukhriz, tajaan akhbar Utusan Malaysia itu untuk membantu meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah-sekolah.

Hahaha habislah murid-murid di Jerlun.. Kesian kena baca Utusan Meloya..hahaha

Bukak muka depan, nampak ucapan-ucapan PM. Selak ke belakang, kena bisik-bisik dengan Awang Selamat. Pergi ruangan tengah, kena takut-takutkan dengan berita ketuanan melayu..hahaha

Paling sakit hati kena main teka teki bila baca berita sebab selalunya Utusan akan tulis 'seorang datuk Y, bekas pemimpin...' Hahaha kesian-kesian..

Baca Utusan rupanya dah cukup nak tingkatkan mutu pembelajaran. Tak payah nak berfikirla camni. Baca Utusan ketawa je dapat. hahaha Memang kualiti pendidikan kita akan berjaya melahirkan Raja Lawak..hahaha

Taja Utusan ni sebab dah tak laku ke? hahaha

Kisah Aneh

WANG DBP LAMBAT KERING- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 20 April - Biasanya kebanyakan ketua jabatan mahu pun organisasi sering 'sakit kepala' memikirkan masalah dana yang tidak pernah mencukupi.

Namun, berbeza pula dengan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz yang mungkin mengurut dahi bagi memikirkan cara untuk menghabiskan dana yang terlampau banyak.

"Daripada dana RM10 juta, sebanyak RM8 juta sepatutnya diagih kepada penerbit buku bumiputera bagi membantu mereka menjalankan kerja-kerja penerbitan, manakala RM2 juta lagi diperuntukkan untuk melatih tenaga kerja penerbit tersebut.

"Malangnya, setakat ini, hanya RM3 juta sahaja dana yang digunakan." katanya.

Ini kisah aneh.. Pelik.. Misteri.. Macam mana boleh tak habis ni? Tak kan tak ada kontaktor kelas F nak sapu? Mana dia bumiputera-bumiputera pergi?

Siapa tau? Kesian mamat ni dah berkerut dahi. Duit banyak sangat..

5% penjawat awam ponteng kerja- Berita Hairan

PORT DICKSON: Kira-kira lima peratus kakitangan awam terbabit dalam gejala ponteng kerja dengan ada kes tidak datang bekerja hingga tiga bulan.

Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Ahmad Shah Mohd Zin, berkata kebanyakan kakitangan terbabit adalah kumpulan sokongan dua (gred 1-17) yang bekerja di luar pejabat dan tidak perlu menggunakan kad perakam waktu.

"Kami berpendapat lebih baik kementerian dan jabatan kerajaan mengadakan seminar kesedaran khusus kepada kumpulan pekerja yang terbabit dalam gejala itu.

Sila tengok minda KBSM (Kemahiran berfikir secara moron) nak selesaikan sesautu masalah..

Ada masalah je, sikit-sikit nak kempen..sikit-sikit nak seminar..sikit-sikit nak jelajah.. hahaha

Lepas habis seminar, habuk pun tarak. Yang dapat ialah makan free..hahaha

Kalau seminar pun diorang ponteng camne? Nak buat apa pulak? Kenduri? hahaha

Monday, April 20, 2009

PERHATIAN!

Siapa nak bergelak ketawa secara percuma? Hiburan ini lebih lawak dari Nabil, lebih kelakar dari Afdhlin Shauki. Dijamin ketawa sampai terguling-guling. Silap-silap boleh menangis. Basuh Baju berjaya menjumpai sitkom temubual kelakar di abad ini. Cakap banyak pun tak guna kan.

SILA KLIK SINI. Untuk hiburan lanjut dan lebih santai, boleh klik sini dan sini.

Oh ye, pelakon utamanya ialah Khir Toyo. Kenapalah ada lagi manusia bodoh macam dia ni? Kenapalah aku boleh ada Menteri Besar macam ni? Kenapa? Kenapa?

Nami, Marni, Fahmi, Baginda Reformasi, Did, Seladang, Sheikh, Mamai, dan semua pembaca; KENAPA? hahahaha

Apa Itu Rasuah?


Apa itu rasuah?

Ketika saya di sekolah rendah dulu, saya ada bertanyakan kepada cikgu tentang perkataan rasuah ini. Jawapan paling mudah yang mampu beliau berikan adalah; rasuah ialah memberi sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang salah. Contoh yang cikgu saya berikan ialah situasi di mana saya didenda kerana datang lewat. Untuk melepaskan diri, saya memberi cikgu saya gula-gula sebagai ganjaran. Inilah pemahaman rasuah ketika saya berumur lebih kurang 9 tahun.

Selepas 10 tahun, saya perhatikan semua orang suka bercakap tentang rasuah. Rasuah dilihat sebagai perkara yang cukup jijik di khalayak awam seperti dadah. Kadang-kadang saya hairan, mengapa selepas 19 tahun saya hidup di bumi ini masalah rasuah masih tidak selesai-selesai? Lalu saya terfikir sebentar tentang rasuah....

Ada rasuah yang menyebabkan kos sesuatu projek naik. Rasuah ini datang dalam bentuk direct nego (runding terus). Kalau kos asal hendak bina masjid kristal sebanyak RM50 juta, dinaikkan hingga RM300 juta. Ada juga rasuah yang menyebabkan jenayah. Rasuah ini berlaku antara Taiko Samseng dengan Ketua Agensi Keselamatan. Kedua pihak tidak mengacau antara satu sama lain. Hanya duduk di tepi-tepi. Tetapi yang menjadi mangsa di tengah ialah orang ramai. Contoh yang paling jelas ialah sindiket pelacuran, dadah, dan curi kereta.

Senang cerita, rasuah ini cukup pelbagai jenisnya. Malah kalau dikatelogkan mungkin ianya mampu menjadi kitab.

Saya mempunyai dua pandangan tentang rasuah. Pertama rasuah tidak boleh dihapuskan tetapi boleh dikurangkan. Kedua selagi mana persahabatan wujud selagi itulah rasuah tetap muncul. Kalau perhatikan, pandangan kedua saya telah menjelaskan mengapa pandangan pertama saya timbul.

Noktah sebentar. Mengapa saya katakan begini? Untuk kita fahami perkara ini tidak susah. Kita wajib bertanya kembali kepada diri kita, Apa Itu Rasuah?

Rasuah pada hari ini bukanlah seperti memberi gula-gula untuk mengelakkan diri daripada didenda. Rasuah dalam konteks kehidupan sebenar jauh lebih besar daripada itu . Dalam bermacam jenis rasuah, ada satu rasuah yang cukup halus untuk dilihat tetapi cukup ramai yang mengikut. Rasuah ini bersangkut paut dengan persahabatan.

Sebagai contoh katakan kita menjadi Pegawai Besar di sesebuah kementerian. Pada masa yang sama kita mempunyai kawan baik yang bekerja sebagai kontraktor juga. Suatu hari, kita ditugaskan untuk memilih kontraktor bagi suatu projek. Kuasa memilih dan meluluskan tender itu ada pada kita. Tiba-tiba kawan baik kita yang juga kontraktor ini pun turut masuk untuk merebut peluang. Ikut logik persahabatan, pastilah kawan baik kita ini akan cuba mempengaruhi keputusan kita.

Saya ingin bertanya; Apakah tindakan anda jika berada dalam situasi ini? Hendak beri projek itu kepadanya atau tidak? Di sini, mungkin ramai yang akan bercakap 'kalau dia tak layak, tak bagilah.' Betul. Pandangan ini tidak salah. Tetapi bagaimana kalau dia layak dan berkebolehan? Adakah anda akan berikan? Saya yakin 99% orang pasti akan memberikan projek itu kepadanya.

(Tak payah tipulah. Asalkan yang tak layak pun anda akan bagi jugak inikan pula yang memang layak)

Jadi selepas mendapat projek itu, pastilah kawan baik anda itu akan memberikan sesuatu kepada anda sebagai ganjaran. Adalah perkara gila dan seorang kawan yang bangang untuk tidak memberi apa-apa ganjaran selepas mendapat apa yang diinginkan. Dalam hal ini, ganjaran ini dipanggil rasuah.

Noktah sebentar. Sila tanya pada diri, apa itu rasuah? Adakah perkara yang saya sebutkan tadi ialah rasuah? Jika ya, maka tepatlah DUA pandangan saya mengenai rasuah kerana selagi mana wujud persahabatan selagi itulah adanya rasuah. Dalam hal ini, bagaimana untuk kita atasinya? Tidak bersahabat? Ini kerja gila. Atau mungkin, kita tidak menganggapnya sebagai rasuah? Siapa tau....

Nota kaki: Tulisan ini tidak bermakna saya menyokong rasuah. Sebaliknya sebagai mencabar pemikiran kita. Bukan pembebasan utama adalah pembebasan minda?

Kenapa kena jimat?

SULTAN PAHANG SERU RAKYAT BERJIMAT CERMAT- Utusan Meloya

KUANTAN 20 April — Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan berhemat dalam perbelanjaan harian serta berbelanja mengikut kemampuan ketika harga barangan naik mendadak ekoran kesan kemelesetan ekonomi global masa kini.

“Harga barangan yang mendadak naik dan pendapatan rakyat yang mengecil mendatangkan beban kepada rakyat, justeru beta menyeru semua rakyat supaya berjimat cermat,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. - Bernama

COURT ORDERS PAHANG MB TO PAY RM63M TO LOGGING FIRM- Malaysian Insider

KUANTAN, April 20 — The High Court here today ordered the Pahang Mentri Besar to pay RM63mil to a logging firm for breach of contract.

Justice Abdul Halim Aman said his decision was not a matter of litigation but an enforcement of an earlier order the company had obtained following its successful suit against the state government.

Sunday, April 19, 2009

Jelajah Terengganu perjelas isu 10 ADUN- Berita Hairan

MARANG: Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Terengganu akan menjelajah ke seluruh negeri ini untuk memberi penjelasan ketidakhadiran 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Selasa lalu.

Setiausahanya, Alias Abdullah, berkata penjelasan itu perlu dilakukan bagi mengelakkan kemarahan rakyat.

Hahaha nak naik basikal pulak keliling kampung.. macam-macam.. hahaha

Kali ni tak nak bangkitkan soal membazir pulak? hahaha Jelajah satu negeri mesti guna duit kan. Tak kan guna air liur je.hahaha

Nak jelajah-jelajah ni pastikan ada permit polis. Nanti kena tangkap masuk lokap..hahaha

Apalah susah sangat nak jelaskan kat rakyat. Ingat rakyat bodoh ke? Mana ada rakyat marah 10 ADUN tak pergi dewan. Ala, macam ponteng sekolah je. No big deal la bro. hahaha

10 ADUN ni tak datang sebab kena ugut bunuh. Tup tup menyorok kat bilik hotel ramai-ramai. hahaha Yang patut dijelaskan kepada rakyat ialah:

"APA YANG MEREKA BUAT BERAMAI-RAMAI DALAM SATU BILIK HOTEL ITU?"

Henti jaja sentimen perkauman- Utusan Meloya

BUKIT MERTAJAM 18 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah mahu pembangkang berhenti menjaja sentimen perkauman sebagai bahan kempen terutama pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti nanti.

Arif Shah berkata, ‘permainan’ seperti itu akan hanya membangkitkan perasaan benci-membenci antara satu kaum dengan satu kaum yang lain.

Gila berani mamat ni perli pembangkang. hahaha Tau tak siapa jadi pembangkang di Pulau Pinang? UMNO ke MIC? hahaha

Cayalah! Akhirnya mengaku juga UMNO mainkan sentimen perkauman. hahaha Terima kasih Utusan kerana hari ini menyiarkan berita yang betul. Ini barulah berita. hahaha

Utusan mainkan sentimen perkauman tak? hahaha

Satu idea bodoh

GUBAL AKTA LARANG ADUN LETAK JAWATAN- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 18 April - Kerajaan disaran menggubal undang-undang bagi memastikan anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak meletakkan jawatan.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, langkah itu wajar bagi mengelakkan berlakunya kekerapan pilihan raya kecil yang banyak membazirkan masa, wang serta tidak menghormati sistem demokrasi.

Satu lagi idea mengarut. hahaha Baru sekarang nak cakap pasal pembaziran duit? hahaha

Sebenarnya tak mahal pun kos untuk SPR jalankan PRK. Yang jadi mahal bila beribu-ribu polis diletakkan. hahaha Kenapa sampai perlu letak 6000 anggota polis masa PRK Kuala Terengganu dulu? Malaysia zon perang kah? hahaha

Tak hormati sistem demokrasi? hahaha Faham tak demokrasi itu apa? Jangan sedap je cakap. Demokrasi ialah hak untuk memilih. kalau ada undang-undang ni lagilah tak wujud demokrasi. Sebab dah tiada hak untuk memilih. hahaha

Susahlah kalau ada undang-undang ni nanti. Macam mana kalau ada ADUN atau Ahli Parlimen yang didapati bersalah dalam kes rasuah atau jenayah? Masih nak kekalkan ADUN tu?

Macam mana kalau ada ADUN mati? Undang-undang ni boleh menghalangnya dari letak jawatan? hahahaha

Wajarkah BN bertanding?- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 18 April - Wajarkah Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan (DUN) Penanti?

Persoalan ini mendapat reaksi yang berbeza daripada pelbagai pihak.

Hahahaha Wajar ke tidak?

Para pembaca sila jawab..hahaha