Tuesday, April 21, 2009

TAJA UTUSAN

SEBANYAK 15 buah sekolah di dalam kawasan Parlimen Jerlun akan menerima naskhah percuma Utusan Malaysia selama setahun.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun menaja akhbar tersebut.

Tajaan itu membolehkan 10 buah sekolah rendah dan lima sekolah menengah di kawasan tersebut menerima akhbar tersebut setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu.

Kata Mukhriz, tajaan akhbar Utusan Malaysia itu untuk membantu meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah-sekolah.

Hahaha habislah murid-murid di Jerlun.. Kesian kena baca Utusan Meloya..hahaha

Bukak muka depan, nampak ucapan-ucapan PM. Selak ke belakang, kena bisik-bisik dengan Awang Selamat. Pergi ruangan tengah, kena takut-takutkan dengan berita ketuanan melayu..hahaha

Paling sakit hati kena main teka teki bila baca berita sebab selalunya Utusan akan tulis 'seorang datuk Y, bekas pemimpin...' Hahaha kesian-kesian..

Baca Utusan rupanya dah cukup nak tingkatkan mutu pembelajaran. Tak payah nak berfikirla camni. Baca Utusan ketawa je dapat. hahaha Memang kualiti pendidikan kita akan berjaya melahirkan Raja Lawak..hahaha

Taja Utusan ni sebab dah tak laku ke? hahaha

Kisah Aneh

WANG DBP LAMBAT KERING- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 20 April - Biasanya kebanyakan ketua jabatan mahu pun organisasi sering 'sakit kepala' memikirkan masalah dana yang tidak pernah mencukupi.

Namun, berbeza pula dengan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz yang mungkin mengurut dahi bagi memikirkan cara untuk menghabiskan dana yang terlampau banyak.

"Daripada dana RM10 juta, sebanyak RM8 juta sepatutnya diagih kepada penerbit buku bumiputera bagi membantu mereka menjalankan kerja-kerja penerbitan, manakala RM2 juta lagi diperuntukkan untuk melatih tenaga kerja penerbit tersebut.

"Malangnya, setakat ini, hanya RM3 juta sahaja dana yang digunakan." katanya.

Ini kisah aneh.. Pelik.. Misteri.. Macam mana boleh tak habis ni? Tak kan tak ada kontaktor kelas F nak sapu? Mana dia bumiputera-bumiputera pergi?

Siapa tau? Kesian mamat ni dah berkerut dahi. Duit banyak sangat..

5% penjawat awam ponteng kerja- Berita Hairan

PORT DICKSON: Kira-kira lima peratus kakitangan awam terbabit dalam gejala ponteng kerja dengan ada kes tidak datang bekerja hingga tiga bulan.

Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Ahmad Shah Mohd Zin, berkata kebanyakan kakitangan terbabit adalah kumpulan sokongan dua (gred 1-17) yang bekerja di luar pejabat dan tidak perlu menggunakan kad perakam waktu.

"Kami berpendapat lebih baik kementerian dan jabatan kerajaan mengadakan seminar kesedaran khusus kepada kumpulan pekerja yang terbabit dalam gejala itu.

Sila tengok minda KBSM (Kemahiran berfikir secara moron) nak selesaikan sesautu masalah..

Ada masalah je, sikit-sikit nak kempen..sikit-sikit nak seminar..sikit-sikit nak jelajah.. hahaha

Lepas habis seminar, habuk pun tarak. Yang dapat ialah makan free..hahaha

Kalau seminar pun diorang ponteng camne? Nak buat apa pulak? Kenduri? hahaha

Monday, April 20, 2009

PERHATIAN!

Siapa nak bergelak ketawa secara percuma? Hiburan ini lebih lawak dari Nabil, lebih kelakar dari Afdhlin Shauki. Dijamin ketawa sampai terguling-guling. Silap-silap boleh menangis. Basuh Baju berjaya menjumpai sitkom temubual kelakar di abad ini. Cakap banyak pun tak guna kan.

SILA KLIK SINI. Untuk hiburan lanjut dan lebih santai, boleh klik sini dan sini.

Oh ye, pelakon utamanya ialah Khir Toyo. Kenapalah ada lagi manusia bodoh macam dia ni? Kenapalah aku boleh ada Menteri Besar macam ni? Kenapa? Kenapa?

Nami, Marni, Fahmi, Baginda Reformasi, Did, Seladang, Sheikh, Mamai, dan semua pembaca; KENAPA? hahahaha

Apa Itu Rasuah?


Apa itu rasuah?

Ketika saya di sekolah rendah dulu, saya ada bertanyakan kepada cikgu tentang perkataan rasuah ini. Jawapan paling mudah yang mampu beliau berikan adalah; rasuah ialah memberi sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang salah. Contoh yang cikgu saya berikan ialah situasi di mana saya didenda kerana datang lewat. Untuk melepaskan diri, saya memberi cikgu saya gula-gula sebagai ganjaran. Inilah pemahaman rasuah ketika saya berumur lebih kurang 9 tahun.

Selepas 10 tahun, saya perhatikan semua orang suka bercakap tentang rasuah. Rasuah dilihat sebagai perkara yang cukup jijik di khalayak awam seperti dadah. Kadang-kadang saya hairan, mengapa selepas 19 tahun saya hidup di bumi ini masalah rasuah masih tidak selesai-selesai? Lalu saya terfikir sebentar tentang rasuah....

Ada rasuah yang menyebabkan kos sesuatu projek naik. Rasuah ini datang dalam bentuk direct nego (runding terus). Kalau kos asal hendak bina masjid kristal sebanyak RM50 juta, dinaikkan hingga RM300 juta. Ada juga rasuah yang menyebabkan jenayah. Rasuah ini berlaku antara Taiko Samseng dengan Ketua Agensi Keselamatan. Kedua pihak tidak mengacau antara satu sama lain. Hanya duduk di tepi-tepi. Tetapi yang menjadi mangsa di tengah ialah orang ramai. Contoh yang paling jelas ialah sindiket pelacuran, dadah, dan curi kereta.

Senang cerita, rasuah ini cukup pelbagai jenisnya. Malah kalau dikatelogkan mungkin ianya mampu menjadi kitab.

Saya mempunyai dua pandangan tentang rasuah. Pertama rasuah tidak boleh dihapuskan tetapi boleh dikurangkan. Kedua selagi mana persahabatan wujud selagi itulah rasuah tetap muncul. Kalau perhatikan, pandangan kedua saya telah menjelaskan mengapa pandangan pertama saya timbul.

Noktah sebentar. Mengapa saya katakan begini? Untuk kita fahami perkara ini tidak susah. Kita wajib bertanya kembali kepada diri kita, Apa Itu Rasuah?

Rasuah pada hari ini bukanlah seperti memberi gula-gula untuk mengelakkan diri daripada didenda. Rasuah dalam konteks kehidupan sebenar jauh lebih besar daripada itu . Dalam bermacam jenis rasuah, ada satu rasuah yang cukup halus untuk dilihat tetapi cukup ramai yang mengikut. Rasuah ini bersangkut paut dengan persahabatan.

Sebagai contoh katakan kita menjadi Pegawai Besar di sesebuah kementerian. Pada masa yang sama kita mempunyai kawan baik yang bekerja sebagai kontraktor juga. Suatu hari, kita ditugaskan untuk memilih kontraktor bagi suatu projek. Kuasa memilih dan meluluskan tender itu ada pada kita. Tiba-tiba kawan baik kita yang juga kontraktor ini pun turut masuk untuk merebut peluang. Ikut logik persahabatan, pastilah kawan baik kita ini akan cuba mempengaruhi keputusan kita.

Saya ingin bertanya; Apakah tindakan anda jika berada dalam situasi ini? Hendak beri projek itu kepadanya atau tidak? Di sini, mungkin ramai yang akan bercakap 'kalau dia tak layak, tak bagilah.' Betul. Pandangan ini tidak salah. Tetapi bagaimana kalau dia layak dan berkebolehan? Adakah anda akan berikan? Saya yakin 99% orang pasti akan memberikan projek itu kepadanya.

(Tak payah tipulah. Asalkan yang tak layak pun anda akan bagi jugak inikan pula yang memang layak)

Jadi selepas mendapat projek itu, pastilah kawan baik anda itu akan memberikan sesuatu kepada anda sebagai ganjaran. Adalah perkara gila dan seorang kawan yang bangang untuk tidak memberi apa-apa ganjaran selepas mendapat apa yang diinginkan. Dalam hal ini, ganjaran ini dipanggil rasuah.

Noktah sebentar. Sila tanya pada diri, apa itu rasuah? Adakah perkara yang saya sebutkan tadi ialah rasuah? Jika ya, maka tepatlah DUA pandangan saya mengenai rasuah kerana selagi mana wujud persahabatan selagi itulah adanya rasuah. Dalam hal ini, bagaimana untuk kita atasinya? Tidak bersahabat? Ini kerja gila. Atau mungkin, kita tidak menganggapnya sebagai rasuah? Siapa tau....

Nota kaki: Tulisan ini tidak bermakna saya menyokong rasuah. Sebaliknya sebagai mencabar pemikiran kita. Bukan pembebasan utama adalah pembebasan minda?

Kenapa kena jimat?

SULTAN PAHANG SERU RAKYAT BERJIMAT CERMAT- Utusan Meloya

KUANTAN 20 April — Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan berhemat dalam perbelanjaan harian serta berbelanja mengikut kemampuan ketika harga barangan naik mendadak ekoran kesan kemelesetan ekonomi global masa kini.

“Harga barangan yang mendadak naik dan pendapatan rakyat yang mengecil mendatangkan beban kepada rakyat, justeru beta menyeru semua rakyat supaya berjimat cermat,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. - Bernama

COURT ORDERS PAHANG MB TO PAY RM63M TO LOGGING FIRM- Malaysian Insider

KUANTAN, April 20 — The High Court here today ordered the Pahang Mentri Besar to pay RM63mil to a logging firm for breach of contract.

Justice Abdul Halim Aman said his decision was not a matter of litigation but an enforcement of an earlier order the company had obtained following its successful suit against the state government.

Sunday, April 19, 2009

Jelajah Terengganu perjelas isu 10 ADUN- Berita Hairan

MARANG: Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Terengganu akan menjelajah ke seluruh negeri ini untuk memberi penjelasan ketidakhadiran 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Selasa lalu.

Setiausahanya, Alias Abdullah, berkata penjelasan itu perlu dilakukan bagi mengelakkan kemarahan rakyat.

Hahaha nak naik basikal pulak keliling kampung.. macam-macam.. hahaha

Kali ni tak nak bangkitkan soal membazir pulak? hahaha Jelajah satu negeri mesti guna duit kan. Tak kan guna air liur je.hahaha

Nak jelajah-jelajah ni pastikan ada permit polis. Nanti kena tangkap masuk lokap..hahaha

Apalah susah sangat nak jelaskan kat rakyat. Ingat rakyat bodoh ke? Mana ada rakyat marah 10 ADUN tak pergi dewan. Ala, macam ponteng sekolah je. No big deal la bro. hahaha

10 ADUN ni tak datang sebab kena ugut bunuh. Tup tup menyorok kat bilik hotel ramai-ramai. hahaha Yang patut dijelaskan kepada rakyat ialah:

"APA YANG MEREKA BUAT BERAMAI-RAMAI DALAM SATU BILIK HOTEL ITU?"

Henti jaja sentimen perkauman- Utusan Meloya

BUKIT MERTAJAM 18 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah mahu pembangkang berhenti menjaja sentimen perkauman sebagai bahan kempen terutama pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti nanti.

Arif Shah berkata, ‘permainan’ seperti itu akan hanya membangkitkan perasaan benci-membenci antara satu kaum dengan satu kaum yang lain.

Gila berani mamat ni perli pembangkang. hahaha Tau tak siapa jadi pembangkang di Pulau Pinang? UMNO ke MIC? hahaha

Cayalah! Akhirnya mengaku juga UMNO mainkan sentimen perkauman. hahaha Terima kasih Utusan kerana hari ini menyiarkan berita yang betul. Ini barulah berita. hahaha

Utusan mainkan sentimen perkauman tak? hahaha

Satu idea bodoh

GUBAL AKTA LARANG ADUN LETAK JAWATAN- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 18 April - Kerajaan disaran menggubal undang-undang bagi memastikan anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak meletakkan jawatan.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, langkah itu wajar bagi mengelakkan berlakunya kekerapan pilihan raya kecil yang banyak membazirkan masa, wang serta tidak menghormati sistem demokrasi.

Satu lagi idea mengarut. hahaha Baru sekarang nak cakap pasal pembaziran duit? hahaha

Sebenarnya tak mahal pun kos untuk SPR jalankan PRK. Yang jadi mahal bila beribu-ribu polis diletakkan. hahaha Kenapa sampai perlu letak 6000 anggota polis masa PRK Kuala Terengganu dulu? Malaysia zon perang kah? hahaha

Tak hormati sistem demokrasi? hahaha Faham tak demokrasi itu apa? Jangan sedap je cakap. Demokrasi ialah hak untuk memilih. kalau ada undang-undang ni lagilah tak wujud demokrasi. Sebab dah tiada hak untuk memilih. hahaha

Susahlah kalau ada undang-undang ni nanti. Macam mana kalau ada ADUN atau Ahli Parlimen yang didapati bersalah dalam kes rasuah atau jenayah? Masih nak kekalkan ADUN tu?

Macam mana kalau ada ADUN mati? Undang-undang ni boleh menghalangnya dari letak jawatan? hahahaha

Wajarkah BN bertanding?- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 18 April - Wajarkah Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan (DUN) Penanti?

Persoalan ini mendapat reaksi yang berbeza daripada pelbagai pihak.

Hahahaha Wajar ke tidak?

Para pembaca sila jawab..hahaha

Saturday, April 18, 2009

Satu skrip drama tentang pilihan raya kecil


COSTLY BY-ELECTIONS- The Star

The five by-elections which have been held in the country following the 2008 general election have cost Malaysian taxpayers RM33.4mil.

NO, SAY THE PM- NST

"The principle of by-elections, according to the Constitution, is about a member of parliament or state assemblyman who is incapacitated because of death, bankruptcy or of some inability to perform.

PKR BAGAI MERESTUI KESALAHAN MORAL ELIZABETH APABILA KEKAL SEBAGAI ADUN- Utusan
____________________________________________________________

" Aku dengar nak ada pilihan raya kecil lagi. Membazir betul! " Najib Ibrahim.

" Kenapa tiba-tiba baru sekarang timbulkan soal membazir pulak? Habis tu pergi Disneyland, beli kapal selam, dan beli kapal perang itu tak membazir?" Anwar Razak.

" Itu hal lain. Sekarang ni kan kita patut fokus terhadap masalah ekonomi dari sibuk berpolitik." Najib Ibrahim.

" Nak buat macam mana, kita kan ahli politik. Kerjanya berpolitik je lah. Lagipun politik ni kan kehidupan." Anwar Razak.

" Berpolitik sampai ekonomi lingkup? Itu matlamat kau dengan adakan PRK tiap-tiap bulan?" Najib Ibrahim.

" Siapa kata ekonomi lingkup masa PRK? Masa PRK lah ekonomi sesuatu kawasan tu nak naik. Duit berjuta-juta akan dipamkan. Restoran penuh, hotel penuh. Projek sana projek sini, dapat itu dapat ini. Senang cakap 'duit rakyat untuk rakyat untuk memilih wakil rakyat." Anwar Razak.

" Pilih wakil parti..... bukan wakil rakyat. Tapi yang kau sengaja suruh ADUN kau letak jawatan tu kenapa? Alasannya nak sambung belajar buat master. Kalau dah tahu nak belajar, kenapa bertanding?" Najib Ibrahim.

" Guna akal la beb. Sebenarnya dia letak jawatan sebab rasuah kuari kat Penang. Aku nak bersihkan parti aku dari ADUN-ADUN yang korup. Aku tak nak parti aku jadi macam parti kau." Anwar Razak.

" Masalahnya kau jugak yang pilih diorang untuk bertanding dulu masa PRU. Nampak sangat calon-calon kau jenis bidan terjun dan tak ada kelayakan. Sekarang bila dah jadi camni, membazirkan duit rakyat je. Elok-elok duit tu boleh buat projek pembangunan, terpaksa dihabiskan kat PRK yang sengaja diadakan. Kau ni tak fikirkan rakyat ke?" Najib Ibrahim.

" Inilah harga yang perlu dibayar untuk nilai sebuah demokrasi. PRK ialah satu cabang demokrasi. Kau pun kata asas PRK ialah ketidak keupayaan seseorang calon untuk berkhidmat. Ha, ADUN aku ni memang tak ada upaya dah nak khidmat kepada rakyat. Itu yang aku suruh dia letak jawatan." Anwar Razak.

" Lain kali pilih calon yang betul-betul layak dan berkaliber." Najib Ibrahim.

" Elizabeth Wong ADUN berkaliber. Tapi bila aku kekalkan dia sebagai ADUN, kau pulak kata aku tak pentingkan isu moral. Bila aku suruh Fairus letak jawatan sebab isu moral, kau kata aku nak membazir duit rakyat pulak. Mana satu ni?" Anwar Razak.

" Errr.. aku balik dulu. Letih aku nak berdebat dengan kau. Lagipun Wan Rosmah ajak baca Utusan sama-sama." Najib Ibrahim.

Hari ini Basuh Baju ingin mengajak para pembaca memberi pendapat tentang pilihan raya kecil. Adakah anda semua bersetuju pilihan raya kecil dijalankan? Atau tidak?

Berita RTM kembali jam 8- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melakukan perubahan waktu bagi slot beritanya termasuk bagi berita utama Nasional@1 (Bahasa Melayu) yang akan kembali bersiaran pada jam 8 malam mulai Isnin ini selepas dipinda ke jam 9 malam sebelum ini.

Flip Flop? hahaha

Mula-mula jam 8... tup tup tukar jam 9 sebab nak tunggu orang kampung balik surau dulu.. sekarang jam 8 balik..hahaha

Faham tak apa maknanya? hahaha

Maknanya orang ramai dah tak tengok RTM la..hahaha Buatlah jam berapa pun. Berita RTM tetap orang tak nak tengok. hahaha

Woit! Yang patut ditukar bukan waktu siaran. Yang patut ditukar bukan pembaca berita. Yang patut ditukar bukan logo RTM. hahaha Apa yang patut ditukar?

Yang kena tukar ialah kandungan berita la! hahaha Orang dah menyampah tengok berita RTM sebab terlalu kelakar. Kalau berita kerajaan, semuanya baik. Kalau berita pembangkang, semuanya buruk. hahaha Tak boleh ke kritikal dekat kerajaan dan bagi peluang untuk pembangkang?

Macam mana internet dan blog tak menjadi sumber orang ramai sekarang.. aiyyah, ini pun mau ajar ka?

Lepas kotak, topi keledar pulak.

JPJ KAJI TINDAKAN PENGGUNAAN TOPI KELEDAR TANPA SIRIM- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengkaji bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap pengguna motosikal yang gagal mematuhi peraturan memakai topi keledar berlabel Sirim, kata Pengarah Penguatkuasaan JPJ, Salim Parlan.

" Pengguna motosikal sepatutnya mempunyai kesedaran terhadap undang-undang yang mewajibkan memakai topi keledar sirim. Tapi kita tak akan saman kerana undang-undang ini masih baru," katanya.

Ini satu lagi cara nak buat duit melalui undang-undang. hahaha

Hari tu pasal kotak ikan. Sekarang pasal topi keledar pulak.hahaha Tak habis-habis nak menyusahkan orang ramai.

Bayangkan, ada beratus ribu orang pakai topi keledar. Tiba-tiba kena beli topi keledar cop sirim. Tak pakai topi ni, kena saman. Dapat bayangkan tak berapa banyak untung kalau kita jadi syarikat pengeluar topi keledar cop sirim? hahaha

Macam-macam. Lepas ni seluar dalam pun nak cop sirim. Nasib baik pakai boxer. hahaha

Nak selesai masalah tol?

NAJIB ARAH EPU CARI PENYELESAIAN TOL- Berita Hairan

KLANG: Kerajaan telah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) supaya mencari satu penyelesaian yang komprehensif untuk menangani isu kenaikan tol yang perlu dilakukan setiap tiga tahun sekali, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Najib nak selesaikan masalah tol? Wow! Bagus-bagus.

Lebuh raya kat Malaysia ni memang kurang ajar. Nak bina jalan, mintak pinjaman dari kerajaan. Kerajaan bagi duit. Ingat, duit tu duit rakyat. Dah siap, kutip duit dari orang ramai melalui tol. Nak pastikan rompakan ini berterusan, ada perjanjian konsensi antara kerajaan dan tokey tol. Kalau kerajaan langgar perjanjian ni, kena bayar ganti rugi.

Ini tak kurang ajar ke? Kalau tau awal-awal, kenapa kerajaan tak bina lebuh raya sendiri je?

Nak selesaikan masalah tol? Senang je. Kosnya hanya RM4 billion untuk beli balik semua syarikat tol. Ada berani?

Friday, April 17, 2009

Satu Diskusi

PENGGUNA INTERNET KENA PATUH PERATURAN- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Garis panduan dan undang-undang dibuat kerajaan berkaitan penyebaran maklumat di internet dan blog bukan mahu mencari kesalahan penulis blog dan pengguna internet tetapi memastikan internet tidak disalahgunakan.

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata “Kita bukan bermaksud ingin mencari kesalahan penulis blog atau pengguna internet tetapi mahu orang ramai tidak sewenang-wenangnya dieksploitasi kerana matlamat utama kerajaan memastikan konsep Satu Malaysia berjaya.

Satu diskusi sihat: Adakah masyarakat yang maju perlu mempunyai banyak peraturan?

Basuh Baju beranggapan masyarakat yang maju adalah masyarakat yang kurang peraturan. Membuat pelbagai peraturan hanya menyusahkan orang ramai. Sebaliknya mendidik ornag ramai adalah penting tetapi mendidik tidak semestinya datang dalam bentuk undang-undnag dan peraturan.

Basuh Baju mengajak para pembaca memberi pandangan, komen dan pendapat. Selamat berdiskusi!

Agak-agaklah kalau nak tipu pun

BUKAN PUNCA BERPUAK- Utusan Meloya

KUALA TERENGGANU 16 April - Badan Perhubungan UMNO Terengganu menafikan kejadian luar biasa melibatkan ketidakhadiran 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) ke persidangan DUN kelmarin berpunca daripada sikap berpuak-puak dalam parti.

''Semua barisan kepimpinan UMNO dan BN Terengganu kini berdiri dan bersatu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

10 ADUN MAHU MB DIGANTIKAN- Berita Hairan

PUTRAJAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid berkata, beliau dan sembilan Adun Barisan Nasional (BN) negeri itu mahu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said digantikan atas alasan ‘pelbagai masalah dan kelemahan’ kepemimpinannya.

"Kami mahu beliau (Ahmad) digantikan. Terpulang kepada pemimpin tertinggi untuk memutuskan tetapi kami sudah menunjukkan niat kami dengan jelas," katanya ketika dihubungi semalam.

Hahaha mana satu betul ni? Ini bukan pembangkang cakap atau buat cerita. Tapi Utusan dan Berita sendiri..hahaha

Nak tendang Ahmad Said? hahaha ganti dengan siapa? Idris Jusoh? hahaha Lepas ni buat masjid dawai pulak yang tak boleh guna untuk solat jumaat..hahaha Lepas tu bina monumen-monumen dari plastik dan surat khabar untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam..hahaha

Atau nak buat monsoon cup edisi kapal selam pulak? hahaha

Kesian penyu...Nak makan keropok lekor pun tak senang. Asyik bergelora je..hahaha

Thursday, April 16, 2009

Letak jawatan lagi!

PULAU PINANG 16 April - Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini bagi menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga.

Kali ni wajib kesian. Bukan kat mamat ni. Tapi kesian kepada rakyat.

Tak habis-habis nak berpilihan raya ke? Berapa kali mahu buat? Sebulan sekali?

Cukuplah tu. Kalau asyik berpilihan raya sampai bila hendak urus tadbir ekonomi? Kilang banyak ditutup. Pekerja mula dibuang. Rakyat tak cukup duit nak beli beras.

Masih tak sedar-sedar lagi keadaan ekonomi di Malaysia? Sila baca berita ini:

EKONOMI MALAYSIA DIJANGKA MENGUNCUP LAGI 2.2%-2009

KUALA LUMPUR, April 15 (Bernama) -- The Malaysian Institute of Economic Research (MIER) has predicted the country's gross domestic product (GDP)forecast this year could be to -2.2 percent.

The private think-tank said it was almost certain that Malaysia's growth would slide into a technical recession in the first half of 2009.

"The crisis has not hit the bottom and if exports shrink adversely, the downturn could be more harmful," MIER's executive director, Professor Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem.

MASIH NAK BERPILIHAN RAYA LAGI? INGAT DUA PESANAN:

- THEY PLAY, WE PAY-
- WHOEVER WINS, WE LOST-

Enggan beri markah kasihan- Letak jawatan

KUALA LUMPUR - Gara-gara hanya meluluskan empat daripada 157 pelajar jurusan undang-undang, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendakwa 'dipaksa' meletakkan jawatan demi menjaga reputasi universiti.

Nor (bukan nama sebenar) memberitahu,

"Bagaimana hendak memberi markah jika itu merupakan markah sebenar yang mereka peroleh. Malah saya sudah memberi markah yang boleh diberikan meskipun mereka (pelajar) tidak layak mendapatnya,''

Kesian.. markah kasihan? Hahaha selalunya markah kasihan ni ialah markah kedatangan. Paling tak pun markah 'penglibatan dalam kelas'. hahaha

Kadang-kadang tu markah kasihan boleh jugak dapat kalau kipas dan bodek pensyarah. hahaha Nak lagi best, ajak pensyarah mengumpat kawan sendiri. Konfem dapat markah kasihan..hahaha

Kesian... Kalau tak bagi markah kasihan, pelajar marah... Kalau bagi markah kasihan, kualiti pulak tarak..hahaha

Satu pertanyaan: Kenapa perlu diwujudkan markah kasihan? Tak boleh ke hanya ada markah peperiksaan dan markah projek?

Jangn keluarkan kenyataan menghasut- mStar

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melampaui batas perundangan dengan cuba menimbulkan kekacauan atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Kamaruddin baru-baru ini yang didakwa menghasut orang ramai.


Bagus-bagus. Tangkap sesiapa yang cuba menghasut. Basuh Baju dah jumpa satu pihak yang menghasut. Terang lagi bersuluh. Nak bukti pun boleh. Tak percaya, sila baca berita di bawah.

BANGKITLAH MELAYU- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka.

Katanya, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini.

Katanya, justeru, dari segi politiknya kerajaan itu sepatutnya memenuhi apa sahaja yang menjadi kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti dan bukan asyik bertolak ansur dengan bukan Melayu.

MASIH TAK CUKUP MENGHASUT LAGI????

Jangan politikkan konsep Satu Malaysia- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 15 April – Konsep Satu Malaysia yang diutarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh diketengahkan sebagai retorik politik bagi mendapatkan sokongan politik semata-mata.

Pengerusi Majlis Amal Islamiah Malaysia (MAIM), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad berkata, konsep itu melibatkan persoalan besar dan persoalan teras dalam pembentukan negara.

Hahaha kenapa tak boleh dipolitikkan? Kalau politikkan nanti jadi apa?hahaha

Mestilah nak dipolitikkan. Najib tu ahli politik. Bukan tukang gunting rambut. Bukan diver kapal selam. hahaha

Tujuan Satu Malaysia ini pun memang untuk mendapatkan sokongan politik. hahaha Kalau bukan nak dapatkan sokongan, nak buat apa dengan konsep ini? hahaha

Akhbar, bodek dan beratnya...


Jika saya diberi peluang menjadi editor akhbar di Malaysia, ada satu perkara yang akan saya lakukan. Perkara itu ialah JANGAN BODEK.

Mengapa saya katakan begini? Kalau kita perhatikan di Malaysia, akhbarnya bukan masyuk lagi mendakwa mereka 'menyebar fikiran manusia'. Malah ada yang bermimpi sebagai 'the people's paper'. Tetapi cuba kita baca muka pertama di akhbar Utusan, Berita Hairan, The Star dan NST- semuanya akan menyiarkan ucapan PM seperti '4 langkah menjadi negara perkasa', 'PM garis 5 panduan mengembalikan kegemilangan umat Islam', dan sebagainya.

Selepas PM, giliran berita ucapan TPM, menteri-menteri dan seterusnya. Kadang-kadang saya hairan, ke mana pergi garis-garis panduan yang telah berdegar-degar diucapkan itu? Mengapa Umat Islam masih tidak gemilang? Mengapa negara tidak perkasa? Sedangkan berita-berita itu telah saya baca bertahun-tahun yang lalu.

Rupa-rupanya berita itu diletakkan kerana si empunya akhbar ini ingin dilihat sebagai mengampu PM dan mereka yang berkuasa. Cuba kalau yang berkata itu ialah sarjan polis atau guru tadika, sampai Altantuya hidup pun tak akan disiarkan di muka depan. Pertama kerana berita itu berita bodoh. Kedua kerana mereka tidak berkuasa.

Tidak cukup dengan perkara bodek ini, ada juga bodek yang datang dalam bentuk iklan. Selalunya yang melakukan bodek ini ialah politikus-politikus dan juga syarikat-syarikat kroni. Contoh terbaik yang dapat dilihat ialah ketika Najib menjadi PM baru-baru ini. Berpuluh-puluh iklan mengucapkan tahniah di akhbar. Bila diteliti di bawahnya, akan tertera nama syarikat dan juga nama ahli politikus yang berselindung di bawah nama kerajaan negeri.

Saya hairan, mengapa tidak diucapkan sahaja tahniah melalui telefon atau email? Adakah kerana mereka mempunyai terlalu banyak duit sehingga tak tahu nak buat apa? Dan salah satu cara untuk membuang duit ialah dengan membeli slot-slot iklan di akhbar yang mencecah berpuluh ribu ringgit? Kalau syarikat-syarikat yang lakukannya bolehlah diterima lagi kerana itu hak mereka. Tetapi yang paling tak boleh diterima ialah kerajaan negeri dan juga agensi-agensi kerajaan.

Mengapa perlu bazirkan wang berpuluh ribu semata-mata ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih? Rakyat dah cukup makankah? Atau semua sudah ada rumah sendiri? Harga untuk ucapan penghargaan tidak pernah semahal itu malah percuma sahaja. Rupa-rupanya barulah saya faham mereka mengucapkan terima kasih di akhbar bukan kerana ikhlas tetapi mengharapkan sesuatu.

Kalau syarikat-syarikat, mereka dahagakan kontrak-kontrak kerajaan. Dengan iklan bodek ini, mereka menjual nama syarikat kepada pemimpin. Rupanya ini taktik perniagaan yang baru, mudah dan untung. Bagi saya, ia wajib dimodulkan di sekolah perniagaan Harvard.

Kalau kerajaan negeri dan agensi kerajaan pula, mereka inginkan hubungan politik. Kononnya mereka ini rapat dan baik dengan pemimpin. Kini barulah saya faham hanya dengan iklan, kita sudah boleh berbaik-baik dengan pemimpin.

Semalam saya tidak jadi membeli akhbar. Saya perhatikan di dalamnya penuh dengan gambar Rosmah di ruangan iklan. Jangan salah sangka, saya tidak beli bukan kerana gambar itu ada tetapi kerana akhbar itu sudah menjadi TERLALU BERAT untuk saya mengangkatnya. Lain kali taruklah gambar Maya Karin. Baru ringan. (BB)

Wednesday, April 15, 2009

Kajian semula ISA tak jejas hak asasi- Utusan Meloya

PUTRAJAYA 14 April - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan, kajian semula ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain di bawah kementerian itu tidak akan menjejaskan hak asasi individu dan rakyat negara ini.

Jangan tipulah. Sejak bila ISA mengikut hak asasi manusia? hahaha

Jangan tipulah. Semalam dah tipu dengan Habeas Corpus. Hari ini nak kelentong dengan hak asasi pulak.hahaha

Jangan tipulah. ISA ni ikut hak asasi apa? tau tak hak asasi manusia apa? hahaha Ada banyak. Salah satunya hak untuk dibicarakan. ISA ada tak hak ni? hahaha

Jangan tipulah. Ini namanya reverse psychology. Nak bagi orang semua ingat ISA yang dikaji akan lebih teruk. Bila orang ramai fikir camtu, akan timbul berita, ISA patut dikekalkan seperti sedia kala. hahahaha

Kalau tak nak bangkit dosa tak?

BANGKITLAH MELAYU- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini.

“Jadi UMNO dan Pas kena duduk, tak kan dalam berbeza tak ada persamaan. Atas persamaan ini kita duduklah semeja dulu,” jelasnya.

Apa dia tuntutan kaum lain tu? Dari dulu dengar tuntutan kaum lain. Cuba cerita sikit apa yang mereka tuntut. Macam mana kalau mereka tuntut nakkan kerajaan yang bebas rasuah? hahaha

Mamat ni biar betul. Belajar matematik tak? Memanglah kerusi melayu paling banyak. Ada 123 kerusi tapi UMNO ada 78 kerusi sahaja. Mana boleh tubuh kerajaan. hahaha Silap-silap UMNO yang jadi pembangkang. Yelah, MCA, MIC, GERAKAN semua masuk Pakatan. hahaha

Kenapa kerjasama melayu hanya dalam UMNO sahaja? UMNO memanglah melayu tapi melayu BUKAN UMNO. Macam mana kalau lagi ramai melayu yang bersatu bawah DAP? Itu dikira bersatu ke tidak? hahaha

Satu persoalan: Kenapa bila kata perpaduan melayu, hanya UMNO dan PAS sahaja? Dalam PKR tak ada melayu ke? hahaha Sila fikir sendiri.

Dahlah tak mengaku salah, marah orang pulak tu

KUALA LUMPUR 14 April - Stesen radio kerajaan dan swasta diberi amaran supaya tidak memutarbelitkan kenyataan mana-mana pemimpin sehingga boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim diminta mengulas kontoversi berkaitan intipati wawancara Mingguan Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dahlah salah, tak nak mengaku pulak tu. hahaha

Dah tak nak mengaku, tak nak pulak minta maaf. hahaha

Bila tak nak minta maaf, marah-marah suruh orang pergi sekolah belajar bahasa melayu. hahaha

Tak cukup kena pergi sekolah, bagi amaran pulak kat media. hahaha

Satu soalan: media mana yang laporkan kandungan wawancara tu? Utusan atau harakah? hahaha

Satu pertanyaan: Kenapa tak marah Utusan kalau tak salah cakap? Takut ke sebab Utusan ni penyebar fikrah rakyat? hahaha

Tuesday, April 14, 2009

Rileklah. Bukan krisis besar pun- Najib

PUTRAJAYA: "Ia bukannya satu krisis yang besar," kata Perdana Menteri ketika diminta mengulas tindakan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional yang tidak menghadiri persidangan hari ini kerana bimbang keselamatan mereka setelah tiga daripada mereka menerima SMS berbentuk ugutan.

SMS itu dipercayai ada kaitan dengan ura-ura usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said akan dibentangkan pada persidangan dewan itu.

Betul! Sokong! Bukan krisis besar mana pun. ADUN tak datang dewan je. Ala, macam budak tak datang sekolah sebab takut kena rotan dengan Ketua Pengawas.hahaha

Bukan krisis pun. ADUN lepak kat hotel je. hahaha

Bukan krisis pun. Dapat SMS pun krisis ke? hahaha

Bukan krisis pun. Ekonomi tengah baik sekarang. Terengganu pulak negeri paling maju di Malaysia. Rileklah. hahaha

Bukan krisis pun. Nak tukar MB je. hahaha

Putar belit? Jangan nak belitlah.

JANGAN PUTAR BELIT KENYATAAN SAYA- Utusan Meloya

PUTRAJAYA 14 April — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta media tidak memutarbelitkan kenyataannya mengenai masyarakat Cina yang tidak menghargai jasa Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak baru-baru ini.

“Janganlah sengaja nak membangkitkan isu untuk orang marah saya, (kononnya) sebagai TPM, (saya) tidak menghargai sumbangan masyarakat Cina. Pernah ke kita kata begitu?” katanya.

“Saya rasa akhbar bahasa Cina tersalah lapor, sehingga saya dipandang serong oleh masyarakat Cina. Itu adalah sesuatu yang serius. Kalau mereka tak faham bahasa melayu, kita boleh hantar mereka ke sekolah.” katanya. - Bernama

Malasah nak cakap banyak. Sila baca berita ini yang dikutip dari Mingguan Meloya. Sila tanya pada diri sendiri, siapa yang tak faham bahasa melayu. Media Cina atau Muhyiddin? Siapa yang kena pergi sekolah, Media Cina atau Muhyiddin? Selamat bertanya.

KUASA PENENTU MELAYU AKAN BERPECAH- Utusan Meloya 12 April 2009

Tetapi bukankah setiap kali pilihan raya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1juta diberikan ,tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN?

MUHYIDDIN: Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'ok', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah.

Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi. Tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, jelas menunjukkan tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan daripada kaum Cina.

Ini bukan bodoh sombong tapi bebal bangang

PEMBANGKANG TERUS BERKHAYAL- Utusan Meloya

PERKATAAN asal bagi 'bayangan' ialah bayang-bayang. Kalau kita menggunakan istilah 'membayangkan' pula ia berkaitan dengan fikiran. Dua perkataan ini berkaitan dengan Khayalan.

Mungkin inilah sindrom yang dihadapi oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaru, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyatakan bahawa mereka akan mewujudkan Kabinet bayangan, kononnya sebagai saingan kepada Kabinet Rakyat yang ditubuhkan oleh Barisan Nasional (BN).

Dia hanya boleh membayangkan tetapi realitinya tiada.

Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak berasa gundah gulana dengan khayalan terbaru Anwar berhubung Kabinet bayangan berkenaan. Anwar boleh membariskan berapa banyak pun bentuk anggota kabinetnya, tetapi hakikatnya yang memerintah negara sekarang ialah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perkataan BODOH sama ertinya dengan BEBAL. Kalau kita guna BANGANG pun boleh juga. Tidak kisahlah bodoh, bebal atau bangang tetapi kalau dah bodoh, bebal dan bangang menulis, inilah jadinya. hahahaha

Inilah sindrom penulis ini.hahaha

Mamat ni tak faham apa itu kabinet bayangan. hahaha lepas tu tulis pasal kabinet bayangan. hahaha

Memanglah kabinet bayangan tidak ada kuasa sebab itu dipanggil bayangan je.hahaha Memanglah kabinet bayangan untuk menyaingi kabinet betul. Supaya rakyat dapat tengok siapa lagi bijak. hahaha

Memanglah BN yang berkuasa sekarang. Sebab tu Anwar nak tubuh Kabinet bayangan je. Kalau Pakatan yang memerintah, mesti Anwar dah buat kabinet betul. hahaha

Apa punya mangkok Utusan ni. Agaknya dalam hidup ini pernah dengar kabinet dan kabinet dapur je kot. hahaha

Eh? Sejak bila ada kabinet rakyat? Ini kabinet baru ke? Mana beli? Ikea? Tesco? hahaha

Lain kali banyakkan membaca. Kalau tidak tahu, buat cara tak tahu. Jangan jadi bodoh, bebal dan bangang. hahahaha

Untuk mengetahui apa itu kabinet bayangan sila klik sini

Monday, April 13, 2009

Rosmah telah dihina! - Utusan Meloya

TURUN BERAT PETUNJUK PRESTASI

PUTRAJAYA 12 April - Kesan pelaksanaan program penggalakan penurunan berat badan di kalangan rakyat akan dijadikan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian Kesihatan.

Sebanyak 60 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti, oleh itu sejauh mana program itu berjaya mengurangkan peratusan tersebut berkait rapat dengan prestasi kementerian berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia juga sejajar dengan seruan visi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Hahaha baik punya suami. PM kita sayang bini. Mintak tolong kawan kabinet nasihat Rosmah..hahaha

Ini rupanya KPI yang Najib cakap hari tu..oooooo....

Kaji penggunaan kotak- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Kebanyakan pemborong ikan di Utara dan Pantai Timur Semenanjung meminta Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) meneliti semula penggunaan kotak ikan berinsulasi (KIB).

KIB dikatakan tidak tahan lama serta mudah pecah berbanding kotak fiber yang dibeli dari Thailand kerana ia lebih murah dan tahan lama.

Beliau berkata, harga bagi satu kotak fiber keluaran Thailand adalah RM150 berbanding RM225 yang dijual oleh LKIM.

LKIM telah mewajibkan penggunaan KIB kepada nelayan-nelayan pada beberapa bulan yang lepas bagi meningkatkan produktiviti perikanan dan juga menjamin kesegaran.

Hahahaha sejak bila tukar kotak dapat banyak ikan? hahaha

Mesti kotak baru ni cantik dan kotak lama buruk. Tukar kotak sebab nak naikkan imej negara di persada dunia. Lepas tu keluar berita cakap nelayan di Malaysia berkelas dunia.hahaha

Kenapa kotak baru yang mudah rosak lagi mahal dari kotak lama yang bagus? hahaha Kenapa penggunaan kotak ni diwajibkan? hahaha

Cuba teka apa maknanya..hahaha Maknanya ada orang buat duit atas kotak.hahaha Celaka ini orang. Menyusahkan nelayan-nelayan. Ingat nelayan ni gaji tinggi ke?

Kalau nak tingkatkan hasil bukan tukar kotak mahal lah! hahaha Tau tak bila tukar kotak mahal nanti harga ikan naik sebab kos operasi naik?

Ini penyelesaian atau tak selesai-selesai?

Pengundi makan dakyah PAS, DAP- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir, berkata kemenangan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana mendapat sokongan pengundi Cina yang terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah Pas dan DAP.

“Sokongan besar yang diperoleh di kawasan pengundi Cina membuktikan Pas dijadikan boneka oleh DAP. " katanya dalam temu bual dengan Berita Harian, di sini semalam.

Hahahaha ini ke badan bebas yang nak kaji kekalahan tu?hahaha Satu pandangan yang maaaassssyyyyuuuukkkk...hahaha

Dari dulu asyik cakap 'termakan dakyah Pembangkang.' hahaha Nak tunjukkan pembangkang ni jahat. BN tu tak ada dakyah ke?hahaha Dalam politik memanglah berdakyah. Ada yang guna dakyah agama, ada yang guna perkauman. hahaha

Macam mana kaum cina dan india tak tolak BN. Depan melayu pergi cakap melayu perlu bersatu takut nanti Cina nak ambik alih. Siapa sokong cina, dia pengkhianat dan boneka. hahaha

Tup tup depan Cina pulak kata semua kaum diberi layanan yang adil. Nak takutkan lagi, pergi mainkan isu hudud. hahaha Ini taktik lama lah- Pecah dan Perintah. hahaha Tak kan tu pun tak faham lagi?

Ini penyelesaian atau tak selesai-selesai?

Sunday, April 12, 2009

Inilah orang cakap- Bodoh Sombong


PAKATAN RAKYAT AKAN TUBUHKAN KABINET BAYANGAN- mStar

Petaling Jaya: Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan PAS telah bersetuju untuk membentuk Kabinet bayangan.

Kata Anwar, anggota Kabinet bayangan itu akan terdiri daripada wakil ketiga-tiga parti berkenaan.

USAHA UNTUK GULINGKAN KERAJAAN- mStar

Alor Setar: Tindakan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kabinet bayangan dilihat sebagai usaha untuk menggulingkan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddon Yassin.

" Kami tidak takut kerana kami di sini untuk berkhidmat kepada rakyat."

Sebelum kita sama-sama ketawa, izinkan saya untuk menerangkan apa sebenarnya Kabinet Bayangan.

Seperti diketahui Malaysia mengamalkan sistem parlimen Westminster. Sistem ini juga diguna pakai oleh banyak negara seperti UK, Australia dan New Zealand. Salah satu perkara yang terdapat dalam sistem ini ialah kabinet bayangan atau bahasa PPSMI nya- Shadow Cabinet.

Kabinet bayangan ini dipilih daripada ahli-ahli Parlimen Pembangkang. Kalau di Malaysia, dipillih daripada Pakatan Rakyat. Tugas memilih ini diberi kepada Ketua Pembangkang iaitu Anwar. Masing-masing akan diberi tugas untuk memeriksa atau membayangi setiap kementerian. (sebab itu namanya shadow cabinet.)

Contohnya katakan Nurul Izzah dilantik sebagai menteri bayangan untuk Kementerian Belia dan Sukan, maka tugas Nurul Izzah adalah memerhati dan meng'counter' setiap dasar yang dibuat oleh Shabbey Chik. Kalau ada yang silap, maka Nurul Izzah boleh mengajak Shabbey untuk berdebat. Nurul Izzah berpeluang untuk menunjukkan kepada rakyat yang dirinya lebih bijak berbanding Shabbery.

Begitulah juga dengan Anwar selaku Ketua Kabinet Bayangan akan mengetuk kepala Najib kalau Najib masih membeli kapal selam atau berjumpa dengan Altantuya lagi.

Jadi dengan cara ini, setiap kementerian akan lebih banyak membuat kerja dari berpolitik kerana mereka akan sentiasa diawasi. Rakyat juga boleh menilai dan berfikir antara Kerajaan dan Pembangkang- siapa lagi bagus. Rakyat juga akan tahu sekiranya Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan, siapa yang akan naik menjadi PM, TPM dan menteri-menteri lain.

Tamat sesi penerangan. Baru boleh gelak.

Hahaha Alahai TPM ku yang baru.. faham tak apa dia kabinet bayangan ni? hahaha

Sejak bila tubuh kabinet bayangan nak guling kerajaan? hahaha Kabinet bayangan nak pastikan kerajaan tak terguling lah..hahaha Nak pastikan kabinet buat kerja. Kalau tak buat nanti rakyat gulingkan..hahaha

Tapi memang betul pun.. Pakatan Rakyat memang nak jadi kerajaan. Sebab tu tubuh Kabinet Bayangan dulu..hahaha

Di UK dah ada kabinet bayangan. Di Canada, Australia, New Zealand, Poland, Itali pun ada. Nak lagi terkejut dekat Bahamas pun ada! hahaha Malaysia bila lagi?

Saturday, April 11, 2009

Penyelesaian dan tak selesai-selesai


Seperti yang diketahui segala benda, masalah, dan perkara di dunia ini pasti berpunca daripada sesuatu. Punca ini kemudiannya melahirkan kesan. Punca dan kesan adalah dua hukum asas dalam kehidupan kita. Untuk kita fahami perkara ini tidak susah. Cuba perhatikan di sekeliling dan berfikir apa punca dan kesannya. Contoh yang paling besar ialah bumi dan diri kita.

Alam semesta berpunca daripada satu letupan besar yang dipanggil Big Bang. Kesannya adalah bumi yang menjadi tempat tinggal kita.

Lahirnya manusia di muka bumi ini berpunca daripada setitis air mani. Kesannya ialah wujud masyarakat yang hidup bersama.

Noktah sebentar. Saya perhatikan di dalam kehidupan ini ramai yang tidak menyedari dua perkara asas ini. Kesan daripada kegagalan memahami punca dan kesannya telah mengakibatkan masalah yang sama berulang kembali.

Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita wajib kembali kepada dua hukum asas ini- punca dan kesan. Dalam istilah wawasan 2020, punca ialah 'long term solution' manakala kesan ialah 'short term solution'. Bagi istilah yang lebih cool, long term solution ialah 'penyelesaian' dan short term solution ialah 'tak selesai-selesai'.

Di sini saya senaraikan beberapa punca dan kesan. Kemudian sila tanya pada diri, mana satu penyelesaian dan mana satu 'tak selesai-selesai.'

Kemalangan jalan raya berpunca daripada satu mesin yang dipanggil kereta. Kesannya ialah beribu orang yang mati saban tahun. Mengadakan kempen keselamatan jalan raya, mengadakan ops sikap berbelas-belas, menaikkan saman trafik beratus-ratus atau mengharamkan kereta dari bergerak. Tanya pada diri-Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Kesesakan jalan raya di bandar-bandar berpunca daripada bilangan kereta yang banyak. Kesannya begitu ramai manusia yang menjadi bodoh tersangkut di atas jalan. Melebarkan jalan raya, membina laluan bertingkat, menggali terowong atau menghadkan pemilikan kereta bagi setiap orang. Tanya pada diri-Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Bil air, elektrik dan telefon yang mahal berpunca daripada satu rompakan siang hari yang dipanggil penswastaan. Kesannya, pemegang saham yang kaya raya sementara orang ramai mengikat perut. Mendesak kerajaan memberi subsidi, mengadakan kempen berjimat cermat, menukar pengurusan GLC atau memilik negarakan entiti tersebut. Tanya pada diri-Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Kos sesuatu projek meningkat gila-gila berpunca daripada direct nego- runding terus. Kesannya rasuah berleluasa dan bangunan runtuh rantah. Menangkap si perasuah, mengadakan inkuiri awam untuk menyiasat, mendedahkan salah laku pentadbiran atau menukar kepada open tender. Tanya pada diri-Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Krisis kewangan global berpunca daripada sistem kapitalis yang begitu tamak. Kesannya kilang-kilang ditutup dan pekerja dibuang. Mem'bail out'kan bank-bank, menyuntik dana berbilion kepada syarikat-syarikat, mencetak lebih banyak duit atau menukar sistem kapitalis. Tanya pada diri- Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Penolakan rakyat terhadap BN berpunca daripada politik perkauman. Kesannya Pakatan Rakyat dipilih orang ramai. Menubuhkan badan bebas untuk mengkaji, menukar pucuk pimpinan, menyiarkan berita-berita mengarut di Utusan atau menolak politik perkauman. Tanya pada diri-Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Jika masih tidak dapat menjawab mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai, tanya pada diri- aku ni bodoh ke bangang? Dan kesannya- saya akan terus ketawa dan ketawa. Aiyyah, itu pun tak boleh fikir ka?

Apabila krisis ekonomi melanda...

Seperti yang diketahui, Malaysia sudah mengalami kesan daripada krisis kewangan kapitalis yang berlaku di seluruh dunia. Antara kesannya ialah pekerja dibuang. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah seperti pengambilan pekerja asing dibekukan.

Sila baca tiga berita ini untuk melihat kebenarannya:

SYED HAMID MAHU MENULIS BUKU- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 10 April – Tidak lagi menjawat jawatan dalam Kabinet tidak bererti memberikan lebih masa untuk dirinya.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu Utusan Malaysia, selepas 19 tahun menjadi menteri sepenuh masa, beliau kini mahu menumpukan perhatian untuk menulis buku.

“Mungkin ramai tidak ingat pun, tetapi saya pernah menerbitkan sebuah novel bertajuk Di Perjalanan ketika usia saya dalam lingkungan 30-an,” katanya.

KHAIRY SEDIA JADI GURKHA UMNO- Berita Hairan

RAWANG: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sedia menjadi gurkha Umno bagi memastikan parti berjaya mengembalikan keyakinan rakyat, terutama generasi muda terhadapnya.

" Saya bersedia berkhidmat sebagai gurkha Umno sekalipun bagi memperkukuhkan dan menarik semula minat rakyat terhadap parti. "

TUNGGU PINANGAN UMNO- Utusan Meloya

KOTA BAHARU 10 April - Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menunggu 'pinangan' daripada pimpinan UMNO untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

"Saya tidak akan meminang UMNO, kecuali UMNO yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku)," katanya

Ini barulah berita

KEMENTERIAN SIASAT UFO- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengarahkan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) segera menyiasat laporan mengenai kewujudan pesawat makhluk asing atau UFO di ruang udara Larkin, Johor, kelmarin.

Timbalan Menterinya, Fadillah Yusof, berkata "Kalau betul benda itu masih ada, memang kita akan tengok di sana, bawa peralatan sekali. Siasatan itu penting bagi mengetahui kewujudan makhluk berkenaan, dan sekiranya benar, pegawai Angkasa akan berkampung di kawasan itu,"

DAVUD ARCHULETA KACAK BERBAJU MELAYU- mStar

Diaju tentang baju Melayu yang dipakainya itu, David memuji ‘cool, awesome’ pantas memberitahu yang dia kelihatan seperti orang melayu.

“Memandangkan saya baru pertama kali memakainya, ia memberikan satu pengalaman baru yang berbeza untuk saya,” luahnya yang menghabiskan masa selama empat hari di sini.

Hahahahahaha ada berita lain tak? Macam nak bodohkan minda kita je..hahaha

Bukan tempoh bulan madu- Utusan Meloya

PUTRAJAYA 10 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan tempoh empat tahun mendatang ini bukan ‘masa bulan madu’ seluruh kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan segala keperluan dan penyelesaian masalah rakyat dipenuhi dan disegerakan.

Hahaha bulan madu? Siapa yang kahwin? Rosmah? hahaha

Woit! Siapa yang kata tukar kabinet ada bulan madu?hahaha Budaya mana ni? hahaha

Kalau nak jugak berbulan madu, sila tanya Khir Toyo. Dia tau port mana best nak pergi..hahaha

Siapa tau jawapannya?

Friday, April 10, 2009

Apabila Politkus berkata lagi

Basuh Baju masih tidak mahu ketawa pada hari ini. Sebenarnya Basuh Baju berasa sedih kerana Khairy tidak dipilih menjadi menteri Pertanian. Basuh Baju baru bercita-cita ingin mendapatkan kontrak mengeksport ubi ke Maghribi.

Jadi Basuh Baju telah mengutip beberapa kata-kata politikus mengenai kabinet baru bermuka lama ini.

Selamat Membaca.

" Kasihan Mukhriz kena balik. Dia baru sampai Jepun ke Disneyland." Siti Hasmah ketika ditanya perlantikan Mukhriz. (Nota: Mukhriz tidak bersama dengan Khir Toyo ke sana.)

" Ini bukan masalah bagi saya malah saya sedia dikritik pengguna." Ismail Sabri yang menjadi menteri hal ehwal pengguna.

" UMNO Perlis kecewa. Negeri yang kalah teruk ada menteri. Perlis tidak ada satu pun." Shahidan Kassim merupakan Pengerusi UMNO Perlis. Perlis merupakan negeri yang cemerlang dalam PRU.

" Saya dah berniaga dekat 30 tahun. Nampaknya saya terpaksa serahkan bisnes kepada bini. " Raja Nong Chik. Muka baru yang dilantik menjadi menteri wilayah persekutuan.

" Saya dapat tahu pun masa tengah beri ucapan. Tiba-tiba dapat panggilan." Ong Tee Keat. Ketika itu beliau sedang memberi ucapan kepada golongan belia.

" Kabinet ni macam pasukan bola. Tempatnya terhad. Hanya terbaik dipilih untuk main." Adnan Yaakob memberi komen.

" Isteri saya akan masak laksa lebih sedap berbanding biasa." Ahad Zahid berkata mengenai perlantikannya sebagai menteri pertahanan.

" Saya tak sangka. Hati saya tersentuh kerana PM mempercayai saya." Anifah Aman. Merupakan menteri luar yang baru.

" Mungkin bercuti sekejap. Nak kena fikir masa depan dan karier." Ahmad Zin. Bekas menteri kerja raya yang digugurkan dari kabinet.

" Saya tak perlu komen. Saya dah berkhidmat dengan 3 PM. Patutnya minta komen dari menteri baru." Nazri Aziz. Menteri yang uruskan hal undang-undang dan kehakiman.

" Politik macam bola sepak. Ada pertahanan, ada penyerang. Portfolio saya macam penyeranglah sebab kena berhubung dengan golongan muda." Shabbery Chik yang baru dilantik menjadi menteri belia dan sukan. Harap-harap lepas ni makin ramai belia yang nak berdebat.

Apabila Politikus berkata-kata


Basuh Baju tidak mahu bergelak sakan pada hari ini sebagai tanda menghormati hari Jumaat. Basuh Baju risau ini akan menjejaskan tumpuan ketika solat Jumaat nanti.

Jadi, Basuh Baju mengambil beberapa kata-kata politikus Barisan mengenai barisan kabinet yang baru.

Selamat Membaca.

" Jawatan dalam Kabinet tak boleh dilobi." Najib.

" Saya dan Najib mampu menjadi gandingan mantap. " Muhyiddin.


'' Saya bukan pemimpin glamour.'' Shafie Apdal.

" Saya terharu terus diberi kepercayaan walaupun sebagai orang lama." Rais Yatim.

" Saya tak sangka kembali ke Kabinet. Ini satu penghargaan kepada wanita." Shahrizat.

" Melaka kecewa dengan kabinet baru. " Ali Rustam.

" Saya tidak kecewa. PM memberi saya tugas lain untuk sayap Pemuda. " Khairy.

"Saya dah kata, saya tak campur tangan dalam pelantikan dia (Mukhriz). Kalau tak lantik pun, tak apa juga. Tapi ini dah lantik saya gembiralah. " Mahathir.

‘‘Mukhriz mampu menggalas tanggungjawab itu. Beliau belajar banyak dari bapanya dan beliau juga seorang anak yang baik. ’’ Siti Hasmah.

“Kepercayaan yang diberikan beliau itu boleh dianggap sebagai hadiah hari lahir saya esok (hari ini)." Ng Yen Yen- Menteri Perlancongan.

" Saya dapat tahu pagi tadi (semalam) kira-kira jam 9 pagi, tiba-tiba menerima panggilan telefon meminta saya berada bersama mendokong kerajaan." Jamil Khir- Menteri hal ehwal Agama.

" Saya tidak terperanjat dengan keputusan PM. Saya terima dengan berlapang dada dan anggap ini qada' dan qadar." Syed Hamid Akhbar.

" Mampu kembali kepercayaan rakyat. Saya sokong 100% siapa sahaja yang dipilih. Inilah saf terbaik yang saya lihat." Khir Toyo ketika berucap di Disneyland sambil memegang penyapu.

Thursday, April 9, 2009

Kambing hitam yang telah dihitamkan

Basuh Baju mempunyai satu pandangan tentang akhbar. Apabila kita membaca berita, kita wajib memahami berita yang ingin disampaikan mempunyai makna tersembunyi. Dalam bahasa mudah, surat khabar dan segala macam media perdana cuba menipu kita dan menutup perkara sebenar.

Hari ini Basuh Baju akan menunjukkan apa yang tersembunyi itu.

Penemuan ini bukanlah kerana Basuh Baju seorang yang pakar. Tetapi kerana benda yang hendak disembunyikan itu terlalu besar- macam Big Mama.

Sila baca dua berita ini. Tanya pada diri- mana satu berita, mana satu wayang.

AZILAH, SIRUL DIHUKUM GANTUNG- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 9 April - Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh wanita Mangolia, Altantuya Shaariibu pada Oktober 2006 lalu.

NAJIB UMUM KABINET BARU- Mkini

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan barisan kabinet barunya
dengan menampilkan tujuh muka baru dan menggugurkan lapan anggota jemaah menteri yang lepas.Kabinet baru ini menyaksikan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran.

Cuba fahami mana satu berita, mana satu berita yang cuba menutup berita. Jika masih tidak percaya, sila baca surat khabar esok. Berita tentang Altantuya akan ditulis sekecik yang mungkin.

Kambing hitam dikorbankan

AZILAH DAN SIRUL DIHUKUM MATI- Mkini

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Manakala ketua pihak pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Akhirnya kambing hitam akan dikorbankan.

Ini bukan korban percintaan. Ini korban politik.

Kambing putih pula sudah angkat sumpah menjadi PM.

Misteri- apa dia kejadian tertentu?- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 8 April - ''Penyokong merusuh bukan kerana Kelantan kalah tetapi kerana tidak berpuas hati terhadap insiden tertentu di luar stadium."

Itu penjelasan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengenai kejadian penyokong penyokong pasukan tuan rumah merusuh selepas perlawanan separuh akhir Piala FA di antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, kelmarin.

Menurut Annuar, rusuhan penyokong yang melibatkan perbuatan membakar kereta dan memecahkan cermin kenderaan tiada kaitan dengan keputusan perlawanan.

''Ketika lebih 20,000 penonton keluar stadium, tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah tercetus insiden tertentu di luar stadium yang menyebabkan penyokong tidak berpuas hati lalu merusuh."

Hahaha nak tau tak apa yang best bila baca akhbar perdana? hahaha Pertama sebab kelakar terguling-guling..hahaha Kedua sebab misteri terbaring-baring..hahaha

Apa dia kejadian tertentu ni? hahaha UFO datang serang stadium ke? hahaha Ada hantu main wau ke kat trak FRU?hahaha Kalau bukan sebab kalah, sebab apa? Bagitau la..hahaha

Satu persoalan timbul- kenapa berita ini menjadi tajuk utama di akhbar-akhbar? Adakah sebab ia berlaku di Kelantan atau kerana malu nak siar berita kemenangan Pakatan.hahaha

Jawapannya- hendak membuatkan orang ramai cintakan bola sepak tempatan. Asyik nak tengok Champions League je.hahaha

Awang nak pasang telinga- Utusan Meloya

DATUK Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan senarai Kabinet hari ini.

Itulah saf terbaik untuk memacu kejayaan negara.

Sudah tentu Najib telah mengambil kira pelbagai perkara dalam melantik anggota Kabinetnya.

Bagi Awang, pokok pangkalnya ialah setiap parti komponen perlu melihat cermin, ukur prestasi dan peranan diri dalam pilihan raya umum lepas dan pilihan raya kecil yang baru berakhir.

Cuba bertanya diri sendiri, apakah peranan meraih sokongan pengundi daripada kaum yang diwakili sudah diperoleh dan kalau diperoleh apakah memadai?

Jangan sama sekali sekadar pandai mendesak sedangkan sumbangan tidak seberapa.

Awang – Pasang telinga.

Hahaha saf? Kalau ada saf, mesti ada imam. Najib boleh jadi Imam tak?hahaha Siapa pula bilal? Azalina atau Khir Toyo? hahaha Mestilah Samy Vellu. hahaha

Meraih sokongan dari kaum diwakili? hahaha Ini macam perli MCA dan MIC je. hahaha Woit! pilih menteri bukan sebab dia melayu, cina atau India la. Pilih menteri sebab dia layak! hahaha Kenapa menteri pengangkutan mesti dari MCA? Kenapa menteri pendidikan mesti dari kaum melayu? hahaha

Lihat cermin dulu? hahaha senang je rupanya nak jadi menteri. Tengok cermin dan ukur prestasi.hahaha Kalau Rosmah macam mana? Cermin mana muat. Nak ukur lilit nak guna apa?hahaha

Basuh Baju: Nak pasang telinga kat kedai mana? Berapa ringgit sejam? Ke ikut kilo?

Bisik-Bisik

Disebabkan Awang Utusan Meloya masih lagi hendak berbisik, maka Basuh Baju merasakan sudah tiba masanya untuk Basuh Baju 'bercakap' dengannya.

Basuh Baju akan tampil dengan ruangan 'bisik-bisik'- khas untuk Awang.

Basuh Baju berharap Awang akan berubah supaya tidak lagi berbisik. Basuh Baju tidak mahu orang ramai tertipu dengan bisikannya.

Basuh Baju pernah belajar- yang bisik-bisik ni syaitan dan iblis. Tapi Basuh Baju juga pernah baca- hanya orang yang hangat bercinta sahaja bisik-bisik. Basuh Baju hairan.

Jika ada pembaca yang merasakan ruangan 'bisik-bisik' Basuh Baju sekadar ingin membodek Utusan, jangan salah anggap. Basuh Baju tidak pernah bermimpi hendak menggantikan Awang di ruangan itu.

Basuh Baju lebih selesa membasuh dari bisik-bisik.

Selamat membaca dan jangan berbisik.

Hari ini bangun awal pagi


Hari ini bangun awal pagi,
Baru teringat ada game bola malam tadi,
Terus geram dan gigit jari.
Semalam dah bengang MU-Porto hanya seri.

Hari ini bangun awal pagi,
Bukak Utusan dah ketawa macam nak mati,
Ingatkan ada lagi berita pasal dua bukit dan batang Ai,
Tup tup semua dah lesap--hairan, macam mana boleh jadi ni?

Hari ini bangun awal pagi,
Petang nanti jawatan kabinet akan diisi,
Semua kontraktor kelas F, kaki bodek, dan kroni ternanti-nanti,
Kalau Khairy masuk- Mahathir tibai,
Kalau Mukhriz dapat- Pemuda tibai,
Kalau Khir Toyo dipilih- habislah pergi Disney lagi.

Hari ini bangun awal pagi,
Kejap lagi keputusan perbicaraan Altantuya diketahui,
Azilah dan Sirul mungkin dihukum mati atau jalan free,
Tapi yang pasti, rahsia pembunuhan Cik Aminah ini masih misteri.

Hari ini bangun awal pagi,
Di Indonesia 170 juta rakyatnya keluar mengundi,
Ada berkempen guna video, ada yang masuk TV, Ada juga yang goyang gerudi,
Ada muka artis, ada muka foreigner, ada muka yang kubur panggil mari,
Inilah dia demokrasi.

Hari ini bangun awal pagi,
Masuk ke dapur minum kopi,
Agaknya bagaimana nasib rakyat yang hanya makan maggie?
Agaknya bagaimana nasib yang duduk di setinggan Kerinchi?
Gian bercandu politik sampai lupa tentang ekonomi.

Hari ini bangun awal pagi,
Pakatan Rakyat menang lagi,
BN gigit jari dan kaki,
Najib dan Mahathir dah susah hati,
Basuh Baju terus suka hati................