Saturday, October 27, 2012

Polemik Negara Islam


Kita perlu memahami konsep ‘negara’ terlebih dahulu. Dahulunya ketika di zaman Rasulullah, tidak ada konsep negara seperti ‘nation states’ yang kita tahu sekarang. Wilayah yang dikuasai oleh orang Islam dianggap sebagai komuniti kerana mereka adalah daripada satu ummah. Malahan di Eropah juga tidak ada ‘nation states’ sebaliknya mereka ada ‘warlords’ yang menguasai kawasan tertentu.

Apabila Islam mula berkembang ke seluruh dunia, pemerintahan tempatan diletak di bawah ketua-ketua yang dipilih. Kawasan-kawasan yang luas yang kita anggap sebagai empayar Islam ini sebenarnya tidak pun memiliki perlembagaan yang seragam. Ini kerana empayar Islam tidak sama seperti Empayar Rom misalnya yang mempunyai keseragaman dari segi undang-undang bertulis.

Oleh yang demikian, definisi kepada empayar Islam ketika itu hanyalah wilayah yang majoriti penduduk telah menerima agama Islam atau orang yang beragama Islam berkuasa dan membentuk pemerintahan.

Prinsip asas pemerintahan adalah bersandarkan kepada Piagam Madinah di mana wilayah yang diperintah oleh orang Islam memberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengikut undang-undang mereka sendiri asalkan tidak bercanggah dengan syariat Islam. Misalnya orang-orang bukan Islam di wilayah yang diperintah oleh orang Islam tidak dikenakan zakat tetapi membayar cukai kepala kepada pemerintah. Dalam pengamalan agama, bukan Islam bebas beribadat cara mereka.

Disebabkan keadilan pemerintahan Islam, kita dapat lihat penganut agama lain kerap berhijrah ke wilayah Islam untuk menyelamatkan diri daripada ditindas penganut agama lain. Buktinya apabila orang Kristian Sepanyol menawan semula Sepanyol, ramailah Yahudi yang memilih untuk pindah bersama dengan orang Islam ke Afrika Utara, iaitu ke Maghribi, Al-Jazair, Tunisia dan Mesir.

Bukan sahaja wilayah Islam menerima kedatangan mereka ini, malah mereka diberi tempat di dalamhal-ehwal pentadbiran. Di Andalus, ada orang yahudi yang menjadi menteri. Namun keIslaman wilayah-wilayah ini tidak dipersoalkan. Orang Kristian dan Yahudi menerima wilayah-wilayah ini sebagai wilayah Islam.

Hanya apabila runtuhnya sistem Khalifa di Turki, wujudlah negara-negara yang bercorak ‘nation states’ di dalam dunia Islam. Maka pemerintahan di setiap negara ini berbeza-beza tetapi ini tidak menjadikan ‘keislaman’ setiap negara tersebut dipersoalkan.

Di Malaysia, kita sering mendengar sindiran dan pandangan sinis dari segelintir golongan bahawa Malaysia bukanlah negara Islam. Walau apa pun bukti yang ditunjuk bahawa negara ini adalah negara Islam, puak ini tetap akan menolak keIslaman negara.

Di dalam system demokrasi, suara majoriti lah yang perlu diambil kira. Lebih-lebih lagi orang Islam Malaysia yang memegang fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jamaah di sini bermakna kumpulan yang terbesar atau majoriti. Jumlah yang terbesar daripada umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam. Ini sahaja sudah mencukupi untuk Malaysia diterima oleh orang Islam di Malaysia yang akur kepada pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaah, sebagai negara Islam. Alasan lain sebenarnya tidak perlu.

Walaupun demikian kita boleh tunjuk kepada bukti yang jelas bahawa segala ajaran Islam yang mampu dilaksanakan oleh pemerintahan Malaysia telah dilaksanakan di Malaysia. Orang Islam dan pembangunan Islam diberi perhatian oleh Kerajaan Malaysia.

Islam memberi kelonggaran kepada pelaksanaan hukum mengikut keadaan. Di negara yang penduduknya seratus peratus terdiri daripada orang Islam, hukum Islam boleh dilaksanakan sepenuhnya. Tetapi undang-undang Islam/Syariah yang dikuatkuasakan di Malaysia mengambil kira keadaan negara yang berbilang agama. Maka keadilan yang menjadi perkara utama dalam undang-undang negara.

Islam adalah Ad-Din atau cara hidup. Pentadbiran, pelajaran, pertahanan, kesihatan, perhubungan dan perjalanan, kemudahan beribadat dan keselesaan kehidupan dan apa sahaja yang bersangkutan dengan kehidupan manusia termasuk dalam cara hidup orang Islam.

Di Malaysia cara hidup orang Islam adalah bebas daripada segala tekanan, ketidakadilan atau kekurangan. Segala-gala yang bersangkutan dengan cara hidup Islam terdapat di Malaysia walaupun terdapat penganut agama lain di Malaysia.

Semua yang di kehendaki oleh orang Islam supaya dapat hidup cara Islam terdapat di Malaysia. Oleh kerana ini dakwaan bahawa Malaysia adalah negara Islam memang berasas dan tepat.

Pengiktirafan oleh puak Islam yang minoriti seperti ini tidak penting. Samada mereka ini iktiraf atau tidak hakikatnya ialah Malaysia adalah negara Islam, diperintah oleh orang Islam, dan di mana segala suruhan Allah yang wajib diamalkan, boleh diamal dengan bebas dan selamat.

Mereka ini tidak berhak untuk menyoal Islam atau tidaknya Malaysia. Sudah tentu jika syarat mereka untuk mentakrifkan sebuah negara sebagai negara Islam hanya jika undang-undang yang dicipta oleh mereka diterima pakai, maka hari ini tidak ada satu pun negara di dunia yang boleh diiktiraf sebagai negara Islam. Ini adalah kerana tidak ada satu pun negara di dunia ini yang melaksanakan hukum-hukum ciptaan mereka- yang telah dibuktikan tidak wujud baik di waktu Piagam Madinah mahupun di era Empayar Islam.

Bagi mereka yang celik dan berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, Malaysia adalah negara Islam. Polemik berkenaan ini tidak akan menidakkan hakikat ini.

Di zaman Kulafak Al-Rasyidun terdapat puak Khawarij yang terdiri dari orang yang kononnya kuat berpegang kepada agama. Bagi mereka ini, hanya mereka sahaja yang Islam dan orang Islam lain terutama pemerintah semuanya tidak Islam. Mereka menolak persaudaraan dalam Islam.

Tabiat Khawarij terdapat di sepanjang zaman.

Saturday, September 15, 2012

Mitos Bendera Malaysia

BasuhBaju mengucapkan Selamat Hari Malaysia bagi semua pembaca!

Kita banyak mendengar pelbagai mitos mengenai sejarah kemerdekaan. Saban tahun, ada sahaja mitos baru yang dimunculkan. Tahun ini, selepas 55 tahun kemerdekaan, bendera Malaysia pula yang dimitoskan. Di sini disertakan beberapa mitos mengenai bendera Malaysia dan jawapannya.

Mitos #1- Bendera asal Tanah Melayu adalah Sang Saka Malaya

Bendera yang dikibarkan oleh pelajar UNISEL pada perhimpunan Janji Demokrasi sebenarnya hanya direka pada tahun 2008 oleh Najwan Halimi. [1]

Yang ada adalah bendera Rakyat yang dibawa oleh PUTERA-AMCJA.[2]

Mitos #2- Bendera Rakyat adalah bendera perjuangan kemerdekaan sebenar, dari rakyat, untuk rakyat dan demi rakyat

Sejarah awal 'bendera rakyat' bermula pada perhimpunan agung UMNO 1 Julai 1946 di mana ketika itu PKMM mencadangkan agar bendera merah putih (mirip bendera Indonesia) digunakan sebagai bendera UMNO. Bukannya sebagai bendera Tanah Melayu.

Selain daripada PKMM, tiga lagi persatuan yang mencadangkan rekaan bendera UMNO adalah Pergerakan Melayu Semenanjung Johor, Persatuan Melayu Daerah Sabak Bernam dan Ikatan Setia Kg Baru.

Bagaimanapun cadangan bendera PKMM untuk dijadikan bendera UMNO telah kalah sebanyak satu undi selepas undian dilakukan oleh delegasi. Ini menunjukkan bahawa bendera merah putih PKMM telah ditolak secara demokratik. [3]

Disebabkan itu, PKMM keluar daripada UMNO. [4] Kerana tidak boleh menerima hakikat bahawa cadangan bendera mereka telah ditolak, PKMM mendakwa mereka meninggalkan UMNO kerana tidak boleh menerima cadangan memasukkan elemen bulan dan keris ke dalam bendera merah putih mereka.

Walaupun pada Disember 1947, PKMM (atas kapasiti PUTERA) telah bersetuju dengan cadangan AMCJA untuk meminda bendera merah putih dengan memasukkan 11 bintang.

Jelas sekali PKMM hanya berminat untuk menguji sokongan politik di kalangan orang melayu berbanding memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Kalau soal bendera pun sudah tidak boleh berkompromi, bayangkan pihak ini yang dihantar pergi berunding.

Dan berbalik kepada mitos ini, 'bendera rakyat' hanya direka, dipilih dan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti politik, bukannya orang kebanyakan. [5]

Mitos #3- Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) direka oleh UMNO dan British

Pada 1949, Majlis Perundangan Negara telah menganjurkan satu pertandingan untuk mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Sejumlah 373 karyawan telah sertai dan 3 cadangan bendera telah dipilih.

Menariknya, apabila akhbar The Malay Mail membuat undian, 42% responden telah memilih rekaan ketiga (rekaan bendera sekarang) dan amat mengejutkan 25% daripada mereka mereka mencadangkan agar bulan dan bintang digantikan dengan lambang keris serta rekabentuk Unions Jack turut disertakan. [6]

Jadi sebenarnya UMNO dan British mempunyai peluang dan legitimasi untuk menukar bendera tersebut selari degan bendera mereka sekiranya mereka mahu tetapi sebaliknya memilih menjadi tuntuk mengekalkan rekaan asal Arkitek Muhammad Hamzah.

Mitos #4- Bendera Malaysia tidak memiliki semangat Nusantara seperti bendera negara jiran

Secara amnya, warna merah putih mempunyai pengaruh yang besar terhadap gerakan politik nasionalis pada era tersebut. Malah jika dilihat, seawal kurun ke 13 lagi kerajaan Majaphit telah menggunapakai warna merah putih sebagai bendera. Malah bukan satu jalur merah putih, sebaliknya berjalur-jalur merah putih yang diselang-seli seperti bendera Malaysia sekarang. [7]

Ramai yang kurang menyedari fakta bahawa rekaan awal bendera Malaysia yang dicadangkan adalah jalur biru putih. Tetapi kemudiannya Majlis Perundangan Negara telah menukar warna biru tersebut kepada warna merah.

Bukan sahaja penukaran warna tersebut memperlihatkan semangat merah putih Nusantara diambil kira, bahkan bendera Malaysia adalah rekaan yang paling tepat dan hampir dengan bendera warisan Nusantara berbanding dengan bendera neagra-negara jiran!

Mtios #5- Bendera Malaysia meniru bendera Amerika Syarikat

Memandangkan kita sudah tahu bahawa seawal kurun ke 13 lagi kerajaan Majapahit menggunakan rekaan jalur merah putih, adakah ini bermakna Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada 1776 meniru Majapahit?

Malahan, bendera Syarikat Hindia Timur British (SHTB) menggunakan bendera yang hampir serupa seawal 1600 lagi. Adakah ini sekali lagi bukti bendera Amerika Syarikat juga diciplak?

Sebenarnya isu ciplak-menciplak bendera ini tidak perlu timbul memandangkan kebanyakan negara lain juga mempunyai persamaan bendera antara satu sama lain. Hanya mereka yang rendah keyakinan diri sahaja yang mudah terbawa-bawa dengan sentimen ciplak ini.

Mitos #6- Nama Sang Saka Bangsa bendera UMNO bukti bendera asal Tanah Melayu adalah Sang Saka Malaya

Walaupun bukti bahawa bendera Sang Saka Malaya tidak pernah wujud, sebaliknya nama Sang Saka sememangnya wujud. Perkataan ‘Sang’ adalah geralaran penghormatan kepada panji/simbol kepada sesuatu institusi berdaulat manakala ‘Saka’ diambil dari perkataan Pusaka.

Atas merayakan tradisi inilah, bukan sahaja bendera UMNO dinamakan Sang Saka Bangsa, malah bendera PDRM juga dinamakan Sang Saka Biru.

Jika benar pun mahu diwujudkan gelaran ‘Sang Saka Malaysia’, hanya bendera Malaysia sekaranglah yang lebih tepat untuk dinamakan sedemikian.

Kesimpulan

Usaha untuk merendahkan martabat bendera Malaysia sebenarnya secara langsung memperlekehkan suara demokratik generasi dahulu yang telah bersetuju menjadikan bendera hari ini sebagai bendera Malaysia.

Proses demokratik yang cukup teliti dan rapi ini turut digunapakai apabila nama bendera Malaysia ditukar kepada Jalur Gemilang. [8]

Sangat menghairankan golongan yang begitu anti dominan simbol melayu begitu taksub dengan bendera baru yang lebih bersifat ‘bendera kebangsaan melayu’. Adakah mereka ini benar-benar ikhlas mahukan bendera yang mewakili bangsa yang kononnya rasis dan supremacist?

Lebih teruk, apabila mereka sebenarnya bukannya memperjuangkan sejarah yang kononnya dipadam. Sebaliknya mereka mencipta sejarah baru dengan mencipta bendera sendiri.

Walaupun sejarah tidak patut meminggirkan pihak yang kalah, tetapi pihak yang kalah haruslah berlapang dada menerima sejarah.



[1] Pengakuan yang dibuat oleh Najwan Halimi di blognya “http://www.najwanhalimi.com/2009/08/sang-saka-malaya.html”

[2] Rujukan dari Akhbar Utusan Melayu, 11 Dis 1947 dan akhbar The Straits Times, 11 Nov 1947

[3] Rujukan Akhbar The Straits Times 2 July 1946. (lihat http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19460702.2.65.aspx)

[5] Rujukan: Akhbar Utusan Melayu, 11 Dis 1947 dan akhbar The Straits Times, 11 Nov 1947

[8] Rujuk Proses Nama Jalur Gemilang di http://putrawangsa.com/sejarah-jalur-gemilang/

Thursday, August 16, 2012

Freedom of speech and democratic country

Tuesday's 'Internet Blackout Day' campaign in protest of the new section 114A of the Evidence Act is no doubt quite a success. At least the Prime Minister has instructed his cabinet members to discuss about it because it seems 'the rakyat has said so'.

The stated objective is to demand freedom of speech be upheld. But is it true our right to speak has been stifled? Is Malaysia an authoritarian country as claimed by the detractors? I think not.

It is common nowadays whenever people has something to grouse, they will go straight to the Prime Minister, even if the matter is about water disruption in their area. Why don't they seek solution to the relevant authorities is still a mystery. Sometimes they were held government to ransom and demand this and that. Obviously the current weak government has no choice but to bow down to the demand.

Where can you find a country the civil servants can threaten and forced the government to make a u-turn about new salary scheme that was purely intended to revamp the bloated and inefficient civil servants?

Only in this country, the government education policy can be sabotaged by the stakeholders. The inconsistency of PPSMI is very telling.

Worse is, some government secret and private information can be leaked by the officials.

The corporate deal like share swap can be rescinded due to the strong pressure from workers union.

Genuine foreign investor namely those in rare earths business has been put under Parliament Select Committee's (PSC) scrutiny because of public uproar.

Here, politicians are free to switch camps- jumping from one to another without the law forbids it. Especially if they no longer holds the same view with the party they represented.

Everyday without fail, thousands of posts, status and tweets flooded in cyberspace whacking the government, opposition, celebrity- almost everyone. For everything people do not like, there are always FB page 'Kami benci...' or '1juta rakyat menolak...'.

Yet, we are claiming our freedom to speak is not being upheld.

We may perceive our election is not fair as alleged by certain quarters. Thus we feel that our country is not democratic as others. But looking at election alone is not enough. Democracy is also about freedom to speak. Looking at reasons stated above, it is obvious Malaysian are free to speak albeit is not absolute. Freedom of speech is very much alive and well listened by the government.

Who says Malaysia is undemocratic?


ps: Almost one year since the last time I updated this blog. Hopefully I can be consistent. :)

To all, Selamat Hari Raya. maaf Zahir dan Batin.

Friday, September 9, 2011

Menjawab pemikiran pejuang liberal demokrasi

Beberapa hari yang lepas di alam twitter, begitu hangat diperkatakan mengenai gadis 14 tahun 'Adinda Evans' yang tanpa segan silu bercerita di blog tentang 'sudah hilang dara'.

Maka ramailah pejuang liberal demokrasi yang mempertahankan tindakan si gadis ini. Seperti kebanyakan isu moral yang dipertahankan, argument yang paling kerap digunakan adalah: "apalah sangat gadis pecah dara seawal 14 tahun jika dibandingkan dengan pemimpin yang makan duit rasuah berjuta-juta."

Dan argument ini disubscribe oleh ramai pihak.

Memang benar mengambil rasuah itu salah. Tetapi adakah kerana ada sesetengah pemimpin yang makan rasuah bermakna kita boleh mengambil ringan terhadap fenomena gadis hilang dara seawal 14 tahun?

An evil is an evil. Kejahatan tetap kejahatan. Kejahatan perlu dihapuskan simply because ia adalah kejahatan. Bukannya kerana "apalah nak dibandingkan dengan....". Jika kejahatan hanya boleh dihapuskan hanya selepas satu lagi kejahatan dihapuskan, mana satu kejahatan yang pelru dihapuskan terlebih dahulu?

Jika kita bertindak hanya selepas satu pihak bertindak,di akhirnya tidak ada mana-mana pihak yang mengambil tindakan. Hasilnya semua kejahatan akan terus berlaku.

Kenyataan "apalah nak dibandingkan gadis hilang dara 14 tahun dengan pemimpin makan duit rasuah berjuta-juta" sebenarnya secara tersiratnya memberi pemahaman bahawa selagi pemimpin tidak berhenti makan duit rasuah juta-juta, gadis 14 tahun tidak perlu disalahkan jika pecah dara dan bebas mengamalkan seks bebas di luar perkahwinan.

Memandangkan adalah tidak logik dan tidak mungkin pemimpin berhenti makan duit rasuah juta-juta, maka pecah dara seawal usia 14 tahun tanpa ikatan perkahwinan would continue to exist. Adakah ini yang kita mahukan?

Seliberal-liberal mana pun kita- cuba tanya pada diri bagaimana jika yang hilang dara itu adalah anak, adik, kakak, ataupun sedara mara kita? Is that what we wish to see? Tidakkah kita merindui zaman di mana sekalipun pemimpin makan duit juta-juta tetapi generasi muda tidak se'daring' tanpa segan silu berbangga akan 'sudah pecah dara'? Generasi muda sepuluh tahun dahulu masih tebal rasa malunya dan tidak seliberal ini walaupun ramai pemimpin yang makan rasuah juta-juta.

Pemikiran 'apalah nak dibandingkan ini'lah yang menyebabkan kejatuhan nilai moral.

Oh, in any case jika ada yang kata 'biarlah negara tu rakyat makan babi, buat seks rambang, minum arak- tetapi negara maju, berkebajikan dan rasuah tak ada- saya ingin tanya kepada anda- is that what we wsih for? Tidakkan kita boleh menjadi maju dengan acuan kita sendiri without perlu compromise berkenaan dengan value system masyarakat kita?



ps: Artikel ini bukanlah untuk memprovok siapa-siapa mahupun mana-mana pihak. Tetapi untuk membetulkan pemikiran yang saya kira salah berkenaan isu ini. I've done my part and I hope if you guys think this is the right thing to think, yuo're allowed to copy paste this article and RT it on tweeter.

Please do that if you love our people. May God bless you.

Wednesday, May 25, 2011

A reply to Shin Chew- Isu Subsidi

Selepas menjawab surat daripada Henry T dua hari lepas mengenai migrasi, kali ini aku ingin menjawab artikel Shin Chew yang berbicara mengenai subsidi.

Basically artikel ini inderectly cuba memberitahu kepada kerajaan mengenai 'candu' sebenar dalam isu subsidi. Dan selagi kerajaan tak address candu ini, jangan nak buang candu seperti harga petrol dan makanan. Ada beberapa perkara yang aku ingin betulkan atau memberi sisi pandangan baru terhadap apa yang dibangkitkan.

Berikut artikel penuh:

Causes and Effects: Lim Sue Goan- My SinChew

The country has been caught in a dilemma. It needs to quit opium (subsidy abolition) but hesitates about it. In addition to external uncertainties, it is worried about triggering public discontentment and aggravating economic downturn.

The factors causing the dilemma could be traced back to the wrong decisions made in the 1980s and the 1990s.

(No, the dilemma is not about the wrong decisions made in the past. It simply because government of the day is not a strong government. And we have irresponsible opposition which will politicise all the things done by Government and provide no solution.)

Malaysia has been experiencing a financial deficit for 14 consecutive years since the 1997 Asian financial crisis and the government has to borrow money to expand the economy. However, it is not the only factor.

(Financial deficit is not much a problem. It is a question whether it can be sustain or not. And to face economy crisis, it is the right thing to do. Kalau government pun tighten its belt, what do you expect from private sector and ordinary people? Bila semua sibuk simpan duit dan berjimat cermat- siapa yang akan berbelanja? Bila tak berbelanja macam mana ekonomi nak berjalan untuk pulih? Surely being in a financial deficit has its benefit.)

After Tun Dr Mahathir Mohamad took over the office, he turned agricultural economy into industrial economy. There was nothing wrong with it but the government had focused only on manufacturing while ignoring agriculture for about 20 years. It has caused deterioration in food production. As a result, we have to import food.

Today, international food price hikes have caused our food price index to increase by 4.9%. Food prices are expected to continue surging due to climate anomaly.

(We have been importing food not since Tun Mahathir took over the office. It is in fact after turning into industrial economy- we, the ordinary people have better purchasing power to buy food from other country. If American can buy Fillet O Fish with 5 dollar, so does Malaysian with 5 ringgit. Even if we think about ROI (return on investment), satu hektar tanah yang dimajukan untuk bina kilang lebih banyak berikan pulangn berbanding dimajukan sebagi pertanian. You just think satu bidang sawah padi dengan satu kilang Intel- which one give a greater impact on economy? And please remember as I stated before- we have limitation and so we have to choose.)

The second mistake was the move of bringing in a large number of foreign workers. After the development of labour-intensive industries, the government has failed to transform the industrial economy into a value-added economy.

To maintain low wages, retain foreign investment and create a sight of prosperity, the government has provided substantial subsidies. As long as they kept necessity and fuel prices low, workers would not ask for pay increment. It was indeed an approach of seeking temporary relief regardless of the consequences.

In addition, the authorities have also provided assistance to Bumiputeras, civil servants and entrepreneurs, such as allowing contractors with a Jusa F to manage government projects, assisting Bumiputera companies to obtain contracts and cultivating Bumiputera entrepreneurs. Expanding racial wealth in such a way has eventually evolved into a walking stick culture, or some called it an alternative subsidy.

(The problem with this stick culture is not only confined to the Bumiputra community. Dont forget the form of subsidy such as petrol, food, electricity, utility has been enjoyed by all races. So basically Malaysian- regardless of races has a problem with this stick-culture.)

The third mistake was the signing of unreasonable concessionary contracts. Under the privatisation policy, the government has transferred national resources to private companies while providing subsidies. For example, after the massive blackout in the peninsula, Mahathir allowed the establishment of Independent Power Producers (IPPs). Tenaga Nasional Berhad (TNB) provides the IPPs natural gas subsidy but the IPPs sell electricity to the TNB at higher prices. The annual subsidy has increased to RM22 billion. Khazanah National Berhad is the major shareholder of the TNB and thus, the subsidy actually come from the government.

Unsuccessful privatisation projects have been taken over by the government and the government has to make compensation if it does not approve price increment. The burden of the national treasury has been worsened and this is contrary to the objective of privatisation.

(Selepas massive blackout di Malaysia, kerajaan sedar supply elektrik tidak boleh hanya bergantung kepada TNB. There should be alternative supply and this must come from private sector. Plus, TNB tidak mempunyai kapasiti. Tetapi menceburi industri penjana bebas bukanlah sesuatu yang diingini. Jadi untuk menarik minat sektor swasta menceburi bidang ini, kerajaan terpaksa membuat satu perjanjian yang dianggap berat sebelah- of course favour the IPP supaya mereka ini bersetuju untuk menjadi IPP.

Memang benar elektrik di Malaysia disubsidi dengan dashyatnya. Tetapi elektrik yang murah inilah dahulu yang menyebabkan kos perniagaan di Malaysia rendah lantas menarik pelabur asing. Elektrik murah ini jugalah yang dinikmati oleh rakyat Malaysia yang biasanya dibazirkan di asrama dan juga untuk mengecaj ipad berjam-jam. Kita boleh membayar harga gas ikut harga pasaran- kalau itulah yang diminta pembangkang. Ya, kita boleh. Tidak ada masalah. Tetapi adakah kita sanggup membayar harganya? Atau apa sebenarnya solusi pembangkang terhadap masalah yang bakal dihadapi oleh syarikat2 dan orang ramai?

Kita juga jangan lupa syarikat IPP ni kebanyakan dimiliki sahamnya oleh GLC dan agensi2 seperti KWSP dan PNB. Dan ini adalah institusi yang memberikan pulangan kepada pelabur. Dan pelabur adalah kebanyakan rakyat Malaysia.Jadi sekiranya kita mengurangkan keuntungan IPP- bermakna dividen keuntungan yang kita dok bising sebab hanya 4 dan 8% itu akan jadi lagi sikit. Bagaimana pembangkang nak adrress isu ini pula?

IPP ini juga banyak menceburi perniagaan lain seperti perumahan, jalur lebar, kapal, etc. Dan ini memberikan pendapatan kepada negara dan juga mewujudkan peluang pekerjaan. Tidakkah kita melihat apa yang dikatakan subsidi itu sebenarnya adalah pelaburan?

Memang benar perjanjian itu adalah lopsided. Tetapi we can only renegotiate. Bukan semudah untuk merevoke perjanjian yang dibuat.)

The fourth mistake was the pursuit of the big government concept. Mahathir believed that large-scale projects would bring greater economic benefits and thus, massive constructions projects, including a new administrative centre, a huge airport and the Sepang International Circuit (SIC), were carried out. Meanwhile, the number of civil servants has not been reduced after the implementation of the privatisation policy. Instead, it has been increased to 1.29 million people.

(Since when kejayaan penswastaan bergantung kepada peningkatan jumlah kakitangan awam? I reject this point.)

The year of 1998 was the turning point of the national economy. The implementation of capital controls has caused many subsidies to be increased year by year. If labour-intensive industries were gradually eliminated, the multimedia super corridor was developed successfully and subsidies were reduced or removed in the 1990s when the national economy was still good, the national economy would not be the same today.

Subsidies have become a political need but we can never get rid from the "middle-income trap" if we continue relying on subsidies.

(As much as subsidies have become a political need, removing it is a political suicide.)

Tuesday, May 24, 2011

A reply to unwanted Step Child...

Portal The Malaysian Insider (TMI) telah mengajak rakyat Malaysia yang bermigrasi ke luar negara untuk menulis 'Mengapa mereka berhijrah?'

Seperti yang dijangka, ruangan khas ini tidak lebih sekadar ruangan untuk melepaskan kemarahan dan meniupkan kebencian. Tidak apa-apa solusi yang diberikan.

Daripada beberapa tulisan para pembaca, saya ingin menjawab rencana yang ditulis oleh Henry T "I am unwanted step-child". Di sini saya muatkan keseluruhan rencananya dan juga jawapan balas saya kepada beliau:

I AM AN UNWANTED STEP-CHILD- HENRY T

MAY 20 — I am a Malaysian Chinese and please notice that I did not mention Chinese Malaysian as I feel that one should be a Malaysian first and a Chinese second. I love Malaysia and as a kid I had wonderful memories growing up in Penang. When I was 19, I went to Singapore for my university education as my Bahasa grade was not good enough to qualify for local university entrance.

(See the contradiction here. At one hand he claimed to be as a Malaysian first. Then he admit his Bahasa is not good enough. So, may I ask you- if you're really a Malaysian first, why your Bahasa is 'not good enough'? So why blame your poor commanding of Bahasa when you can't enter local university? Are you trying to say it is wrong for local university to make it compulsory for student to have a good grasp on Bahasa? Malaysian first apa kalau penguasaan Bahasa Malaysia pun tak bagus.)

I worked in Singapore for 20 over years, married a Singapore girl and in 2000 migrated to New Zealand and have been there for 10 years. Over the years, I truly appreciated my adopted countries of Singapore and New Zealand as they made me quite welcome. I never felt unwanted (which I sometimes do in Malaysia simply because I am Chinese).

I left Malaysia because of the following reasons in order of priority:

1) Better prospects overseas (and this is sometimes race related… no jobs for non-Bumis in the public sector and promotion only for Bumis).

(No jobs for non-Bumis? Hello, check your fact brader. Berapa banyak yang apply kerja kat government? Paling clear cut punya contoh- tu yang kerja polis dan tentera tu, berapa ramai non-Bumis yang mintak? Bila kerajaan kata non-Bumis kurang patriotik sebab tak nak kerja kerajaan, korang kata itu rasis dan korang pun prefer nak kerja kat private sector. Jangan tipulah. Just tengok sendiri kat sektor swasta berapa banyak non-Bumis. Cermin diri sendiri dulu ok?)

2) Racial discrimination (look if I am unwanted I can contribute to other countries that appreciate me... e.g. I work as an educational IT consultant for groups of schools and colleges in Auckland).

(Are you saying that you can't work as an educational IT consultant in Malaysia? Brader Henry, cuba beritahu saya kerja apa dan di bidang apa yang ada polisi oleh kerajaan yang kata non-Bumi tak boleh ceburi? Nak bina masjid pun kontraktor non-Bumis boleh dapat tau. What is racial discrimination you are talking about?)

3) Environment and weather... beautiful environment here in NZ (although certain parts of Malaysia in the old days could be just as nice but alas on my recent trip back some of these places have truly deteriorated due to bad maintenance).

(Now after blaming the government, you want to blame God for making Malaysia as a hot and humid country? So you tell me, how can we fix this thing? Any brilliant solution from NZ? Please share. You might be the first Malaysian to receive Nobel prize winner)

In spite of all these reasons I still sometimes dream of going back to retire in Malaysia... why? I do not really know except that deep inside me I am still a Malaysian boy at heart if only the political and religious situation is more salubrious!

But things are not getting better. In fact it’s getting worst and the way things are developing there can only be one ending... racial chaos and bloodshed with possible military conflict with neighbouring countries and international condemnation of human rights violations. So heck no! I think my family and I are far better off staying put but I fear for my many friends and relatives in Malaysia.

(WTF? Racial chaos and bloodshed with possible military conflict with neighbouring countries? Bila pulaklah ada pergaduhan kaum sampai pertumpahan darah? And since when we are in military conflict with Indonesia, Singapore, Thailand? Sorry brader, your fear is unfounded and baseless.)

So do I miss Malaysia. Yes, it is my country even though I am an unwanted step-child. Do I owe Malaysia anything? Maybe to the people but not the bigoted and corrupt system on both sides of the divide!

So all the best Malaysia. May I be wrong!

(Of course you are wrong!)


ps: anak angkat ke anak kandung ke anak tiri ke- kita tetap satu keluarga. Runtuh binasanya rumah ini- kita merana bersama. Dan kepada Henry T yang merasakan dirinya sebagai anak angkat, please bear in mind. This anak angkat once is anak jiran. How grateful this house/family to accept you as anak angkat.

Wednesday, March 9, 2011

Forum Suara Inteligensia




Selepas pilihanraya umum 8 Mac 2008, kononnya rakyat Malaysia semakin menolak perkauman. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya ialah, we're more racial than before. Buktinya hampir setiap hari kita disajikan dengan berita-berita rasis. Yang sana tuduh sini rasis, yang sini label sana rasis. It seems semuanya adalah rasis.

Lebih menyedihkan apabila setiap kali isu berkenaan bangsa melayu dibangkitkan- terus ianya akan dianggap rasis. Yang kononnya Islamik dan ahli syurga pula menganggap isu berkaitan melayu adalah tidak islamik kerana ia memperjuangkan nasionalis.

Ini adalah dilema Melayu yang terkini. Jika berdiam diri- risaukan nasib generasi hadapan. Tetapi jika bersuara akan dituduh rasis dan tidak islamik.

Atas kesedaran ini, Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM) UIAM mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah forum Suara Inteligensia bagi membincangkan salah satu perkara yang dianggap dekat dengan dilema Melayu iaitu hal kuota dan meritokrasi.

Bagi membuktikan Suara Inteligensia sebuah wacana yang bebas- panelis merentasi garisan politik negara iaitu daripada BN dan PR. Lebih menarik isu ini akan dikupas dari sudut sejarah dan dari perspektif bukan melayu.

BasuhBaju amat mengalu-alukan kehadiran para pembaca sekalian.

Jika berminat, bolehlah melapangkan masa pada jam 8 malam hari Khamis 10hb Mac ini. Bertempat di Main Aduitorium, Kuliyyah of Engineering. Pakaian tak skema.

Thursday, December 30, 2010

Singapura- Kisah 3


IDEA UNTUK MALAYSIA

Maaf tertangguh tulisan kisah singapura. Alasan klise- sibuk.

Hari kedua aku berjalan di area Merlion dan Fullerton Road. Apa yang menarik perhatian aku ialah sebuah bangunan lama di seberang jalan. Bangunan ini aku kira cukup otai kerana di sekelilingnya ialah menara-menara pencakar langit yang moden. Tetapi inilah satu-satunya bangunan yang senibinanya berkonsepkan bangunan zaman penjajahan British. Dan ini jugalah bangunan yang dizoom kamera ketika perlumbaan F1 berlangsung.

Lalu aku pun berlegar ke dalamnya.

Ketika aku berlegar-legar di dalam bangunan ini, aku begitu kagum dengan cara bagaimana bangunan ini dipelihara dan yang paling penting- bagaimana bangunan ini di'utilise' sebaik mungkin.

Sedikit latar belakang: Fullerton Hotel (nama bangunan lama ini) asalnya adalah sebuah pejabat pos kerajaan British. Selepas Singapura mendapat kemerdekaan, bangunan ini masih lagi dijadikan pejabat pos. Tetapi pada tahun 1997, ianya telah diambil alih oleh sebuah syarikat Hong Kong. Hasilnya pada 2001, bangunan ini telah diubahsuai menjadi sebuah hotel butik 5 bintang yang sangat ekslusif. Begitu berjaya hotel ini hinggakan ianya dijadikan kediaman rasmi bagi who's who dari seluruh dunia.

(ini adalah gambar-gambar yang sempat disnap)


Lawa kan? Siapa sangka- bangunan yang dah setengah abad ini mampu dibaik pulih dan dipelihara bagi tujuan perlancongan, menyediakan peluang pekerjaan dan paling penting- menjaga warisan negara.

Aku berpendapat kita boleh meniru kejayaan Singapura ini di negara kita.

Kembali ke Malaysia, sebenarnya kita juga mempunyai bangunan yang tidak kurang 'sejarahnya' jika dibandingkan dengan Fullerton. Bangunan Sultan Abdul Samad dan Bangunan KTM di Kuala Lumpur tu jauh lagi besar dan klasik.

Sekarang ini aku berani katakan kebanyakan bangunan-bangunan sejarah di Malaysia macam hidup segan mati tak mahu. Sudahlah budaya memelihara kita agak hampeh. Jadi terbiar begitu sahaja bangunan sejarah ni. Bila tak diuruskan dengan baik, maunya para pemaju hartanah tak terliur nak roboh untuk tujuan pembangunan.

Jadi aku ingin memberi idea bagaimana nak utilise our historic building.

Kerajaan boleh menjual bangunan-bangunan tinggalan British kepada swasta dengan syarat ianya tak boleh dirobohkan. Dengan cara ini pun kerajaan boleh dapat pendapatan yang banyak. (Kerajaan Singapura telah mendapat hampir SG300 juta dengan menjual bangunan Fullerton).

Jika tak nak jual pun boleh. Kerajaan boleh lease out kepada mana-mana syarikat perhotelan yang berminat nak run the business. Tidak kisah mau jual ke, mau sewa ke- bottom line nya hendaklah bangunan ini digerakkan oleh swasta.

Oh, ini memang bunyinya kapitalisme. So what? Kalau nak harapkan gomen juga yang uruskan- memang tak majulah bangunan tu sebab budaya kerja gomen sangatlah berbeza dengan swasta.

Jadi dengan menjadikan bangunan lama seperti bangunan sultan abu samad dan bangunan KTM sebagai restoran mewah atau hotel butik 5 bintang- ia boleh memberi banyak spill-over effect yang banyak kepada ekonomi.

Pertamanya, kerajaan tak perlu nak pening-pening keluar dana nak maintain bangunan-bangunan tu. Keduanya kerajaan boleh dapat duit kalau jual bangunan ini. Pada masa yang sama swasta dapat gerakkan bangunan-bangunan yang under-utilised ini yang kebanyakannya terletak di prime area. Kemudian peluang pekerjaan dapat diwujudkan. (Mind you, we're talking about peluang kerja yang rate gaji swasta okey). Bila orang ramai sudah memeriahkan bangunan-bangunan lama ini, sudah tentu kawasan-kawasan di sekeliling akan terima tempiasnya juga. Sila bayangkan berapa banyak gerai-gerai makan, kedai-kedai perkhidmatan yang akan dibuka. Malah teksi juga akan ada laluan destinasi baru nak bawa penumpang.

Bila ini berlaku- benda paling best ialah bangunan sejarah kita dapat dikekalkan. (selain daripada kerajaan dapat cukai)

Ini hanyalah idea basic daripada aku. Mungkin para pembaca sekalian boleh add-up untuk sama-sama kita mencari solusi bagaimana nak fully utilise bangunan-bangunan lama di negara kita.

Kepada yang masih ragu-ragu terhadap idea ini, adakah anda sudah berpuas hati bangunan Sultan Abu Samad hanya dijadikan tempat untuk amek gambar buat poskad?
:P

Tuesday, December 14, 2010

Singapura- Kisah 2

Singapura adalah a 'fine' country. Dan semestinya tidak begitu demokratik jika dibandingkan dengan Malaysia. Begitu ketat undang-undang negara ini sehinggakan hendak mengunyah chewing-gum dan meludah juga akan didenda.

Ini menunjukkan betapa 'grip'nya pengaruh kerajaan terhadap rakyatnya.

Kenapa perkara ini penting?

Singapura adalah negara yang kecil. Bagi sesebuah negara yang tidak mempunyai sumber asli seperti minyak, kayu balak, etc, Singapura amat bergantung kepada pelaburan asing masuk untuk menyediakan pekerjaan kepada rakyatnya.

Lee Kuan Yew amat memahami hakikat bahawa hanya kestabian politik yang boleh menjamin kelangsungan pelaburan asing untuk terus masuk. Dalam erti kata lain, Singapura can't afford untuk mempunyai keadaan kacau bilau dan disruptive. Sudah pasti keadaan negara yang subur demokrasinya hanya menyuburkan juga politiking. Dan politiking menyebabkan negara tidak stabil. Negara yang tidak stabil iklim politiknya susah untuk tarik pelabur masuk. Kita boleh melihat Malaysia sendiri selepas 2008 sebagai contoh jika tidak percaya.

Jadi apa kaitannya dengan undnag-undang tak boleh makan chewing-gum dan meludah?

Jawapannya ialah ia memberikan mesej kepada rakyatnya bahawa kerajaan boleh berbuat apa sahaja yang mereka mahu. Kalau makan chewing-gum boleh kena denda, apatah lagi jika hendak berdemonstrasi. Jauh sekali mempunya blog dan laman web insider/kini/today untuk menghentam kerajaan. Hakikat bahawa begitu ramai ahli pembangkang dipenjarakan sudah cukup membuktikan Singapura sedikitpun tidak boleh tolerate terhadap dissent.

Keduanya ia memberikan jaminan kepada para pelabur bahawa kestabilan politik di Singapura adalah perkara yang numeru uno. Kerajaan Singapura mempunyai strong grip terhadap rakyatnya.

Adakah perkara ini salah?

Tidak. Ini adalah cara Singapura. Malah Singapura tidak akan menjadi seperti Singapura hari ini jika mereka begitu mementingkan kebebasan bersuara, penyuburan demokrasi dan doktrin pengasingan kuasa. Tetapi Singapura memilih untuk memfokuskan terhadap pembinaan negara melalui perkembangan ekonomi.

Di Malaysia- di mana negaranya sering dianggap failed state dan even worse dari Zimbabwe- kita sebenarnya did very well. Di sebalik era strong government oleh Tun Dr Mahathir, kita tidak sampai ke tahap parti pemerintah terpaksa melantik ahli pembangkang for the sake of mempunyai pembangkang. Malah selepas 2003, kita menjadi semakin demokratik. Kita tidak lagi mempunyai strong government. Obviously we're better than Singapore when it comes to democracy.

Bagi rakyat Malaysia yang sering mengimpikan keadaan ekonomi seperti di Singapura, sila tanya diri anda adakah anda sanggup melalui apa yang berlaku di Singapura. Kita boleh menjadi seperti Singapura jika kita mahu. Tetapi at what price?

Di sinilah kita terpaksa membuat pilihan di antara kemajuan ekonomi ataupun kebebasan bersuara. Bagi sesebuah negara yang membangun- kita tidak boleh mempunyai kedua-duanya. Jika mahupun, kita terpaksa berkompromi terhadap hasilnya. Dan Malaysia sebenarnya negara yang cuba berkompromi di antara keduanya.

Di akhirnya saya kira sesekali rakyat Malaysia wajib ke Singapura dan belajar memahami hakikat ini. Saya tidak katakan cara Singapura salah- it serves them very well. Tetapi pada masa yang sama belajar juga menerima hakikat Malaysia juga mempunyai cara sendiri dan of course- it works very well.

Terima Kasih.

Thursday, December 9, 2010

Singapura- Kisah 1



















Saya ke Singapura minggu lepas. Bagus juga berjalan-jalan ke negara jiran ni. Dapat membuka mata dan belajar benda baru.

Saya akan menulis mengenai perjalanan ini. Antara perkara yang saya akan tulis adalah projek mega, hot money, nasib orang melayu, kestabilan politik dan beberapa idea yang mungkin boleh dipraktikkan di Malaysia.

Sebelum itu, mungkin para pembaca boleh memberi pandangan mengenai negara jiran ini. Saya amat mengalu-alukan pandangan anda :)

Tuesday, December 7, 2010

Ketuanan Melayu- Bhg 2.

Pada mulanya aku rasa tidak berminat nak sambung menulis topik ini. Apabila aku menulis bhg 1, tujuannya adalah untuk memberi pemahaman tentang apa yang dikatakan ketuanan melayu. Malah jika difahami betul-betul pemahaman aku mengenai ketuanan melayu tidak sama seperti politikus.

Namun aku dapati kebanyakan pengomen blog ini sama ada benar-benar tidak boleh faham apa yang aku tulis atau memilih untuk oppose for the sake of opposing. Ini antara sebab utama aku jarang menulis. Sebab di akhirnya orang akan komen benda-benda mengarut dan kadangkala tak perlu pun untuk aku respon.

Apapun, aku rasa aku perlu habiskan tulisan mengenai isu Ketuanan Melayu. Malah aku nak menyentuh beberapa perkara yang sering dipolitikkan oleh kedua belah pihak.

Pertama sekali- seperti yang aku pointed out- adakah salah untuk kita menghargai jasa seseorang dan menghormati apa yang telah dipersetujui? Adakah perkara ini rasis? Adakah perkara ini tidak betul? Dan adakah perkara ini perlu dipolitikkan sehingga diseru untuk dibakulsampahkan?

The fact that seruan dibakulsampahkan konsep ini terkandung di dalam ucapan dasar presiden sesebuah parti politik adalah bukti jelas isu ketuanan melayu telah dipolitikkan.

Kedua- mengapa perlu isu ini dimainkan kalau sudah tahu ianya akan membawa kepada persengketaan? Mengapa sebuah parti politik yang kononnya berbilang bangsa hanya memilih untuk menyerang orang melayu? Jika benar seruan itu untuk mengajak bangsa melayu menjadi lebih bermaruah, kenapa tidak diseru bangsa cina yang begitu enggan untuk bersetuju sekolah satu sistem? Bukankah ini juga perkara yang bermaruah?

Tidak layak bercakap soal maruah kalau diri sebagai bekas timbalan perdana menteri yang menggunakan kedudukan sebagai melayu elit untuk memberi kontrak kepada kroni dan kaum keluarga. Jauh sekali sebagai pemimpin yang bermaruah yang kononnya menolak kronisme, nepotisme dan dinasti di dalam parti.

Ketiga, aku tidak menafikan memang ada pemimpin melayu yang kononnya pejuang ketuanan melayu tetapi walhal merekalah yang menggadai kepentingan melayu. Tetapi adakah wajar kita katakan ketuanan melayu sebagai konsep yang rasis? Jika ya, maka mereka yang bukan melayu yang menjadi kaya raya kerana kontrak kerajaan dan menjadi antara 10 orang terkaya di Malaysia juga wajar dianggap mengamalkan konsep ketuanan cina, ketuanan india yang rasis.

Keempat, aku akui konsep ketuanan melayu ini perlu dikenang sampai bila-bila kerana ia merujuk kepada kontrak sosial yang membawa kepada pembinaan negara kita. Tetapi aku juga realistik keistimewaan melayu tidak semestinya perlu dikekalkan selama-lamanya. Malah dominasi kuasa politik oleh orang melayu (yang mana inilah satu-satunya ketuanan melayu masih ada) juga perlu dipecah dominasinya. Bukan melayu perlu diberi tempat di dalam kuasa politik. Dan ini pun sebenarnya dibenarkan di dalam Perlembagaan.

Tetapi sebelum bukan melayu yang kini menjadi ahli keluarga untuk diangkat menjadi tuan rumah- mereka perlu bersama-sama membantu melayu- tuan rumah asal untuk hidup di rumah ini dengan selesa. Mereka perlu dibantu. Sesudah tuan rumah dapat makan sama sedap, pakai sama mewah seperti ahli keluarga, barulah tuan rumah boleh memberi kuasa tuan rumah kepada yang lain.

Kelima, kita wajib faham apabila kita membantu melayu tidak sesekali kita mengabaikan orang bukan melayu. Mana mungkin dasar ekonomi baru yang kononnya bias dan favoritism dapat menjadikan kaum lain lebih kaya berbanding kaum yang ingin dibantu?

Keenam, memang benar meritokrasi itu ada meritnya. Anggapan bahawa siapa yang layak dia lah yang patut dapat sememangnya mulia. Tetapi bagaimana jika yang layak itu sedikit bilangannya? Adakah kita mencadangkan golongan yang sedikit ini patut membolot semua hanya kerana mereka layak?

Sudah jelas, di dalam pengagihan kekayaan kita perlu berkongsi bukan berebut untuk dapat yang paling banyak.

Ketujuh, sudah kedengaran suara yang mahukan institusi diraja dijatuhkan. Mereka tidak faham bahawa institusi diraja inilah yang memberi kuasa kepada rakyat untuk memerintah secara demokratik. Malah ianya diberi tanpa berlaku perang saudara seperti di England, Nepal dan Perancis. Disebabkan kemurahan hati inilah wujud kontrak sosial lain di antara rakyat dan raja. Disebabkan inilah kita menganut sistem demokrasi raja berperlembagaan. Kenapa kita mahu menggulingkan mereka yang asalnya memberi kita kebebasan? Sekali lagi- apa salahnya untuk kita bersikap terhutang budi dan mengenang jasa?

Kelapan, semenangnya sejumlah wang diperlukan untuk menggerakkan institusi diraja ini. Tetapi inilah harga yang perlu dibayar. Apa bezanya kos yang digunakan untuk sidang parlimen dengan kos untuk institusi diraja? Kalau alasan membazir dimainkan, adalah lebih baik kita menghapuskan penjara dan tentera.

Kesembilan, mereka yang tidak mahukan institusi diraja ini seolah-olah merasakan mereka hidup di zaman monarki di mana raja berkuasa mutlak. Mereka lupa bahawa seorang perdana menteri yang begitu dikritik rakyat Malaysia telah mengurangkan kekebalan mereka. Raja sekarang boleh dipertanggungjawabkan di atas segala kesalahan mereka. Malah sudah ada kes saman menyaman Raja. Jadi apa sebenarnya masalah golongan ini? Adakah tanah mereka dirampas? Adakah anak gadis mereka dijadikan gundik? Adakah sedara mara mereka dibunuh semberono? Tidak!

Tetapi hari ini kita sudah dengar desakan agar kekebalan raja dikembalikan. Gila ke apa?

Di UK- negara yang maju dan demokratik juga mempunyai raja. Tetapi kenapa golongan yang begitu suka meniru negara barat ini tidak mahu negara kita meniru cara UK yang mempunyai raja? Kenapa double standard? Adakah kerana raja kita melayu?

Kesepuluh, kita perlu mengakui hakikat bahawa orang melayu adalah bangsa yang telah dijajah lebih dari 500 tahun. Mereka yang menjadi hamba selama itu pastilah mempunyai tahap keyakinan diri yang begitu rendah. Begitu rendah self-esteem sehinggakan apabila hendak merdeka mereka sendiri tidak mahu kerana nak buat jarum pun tak pandai. Sudah pasti untuk membina keyakinan diri memakan masa yang lama.

Tetapi untuk meruntuhkannya mengambil masa yang singkat. Apabila orang melayu sendiri yang begitu bermegah dan suka mengutuk orang melayu sendiri sehinggakan nak pertikai segala macam yang berkaitan dengan melayu seperti dasar ekonomi, keistimewaan melayu dan juga raja-raja melayu, ini sebenarnya telah meruntuhkan apa yang cuba dibina selama ini.

Jika orang melayu korup- siapa yang mengkorupkan mereka? Bukankah towkey-towkey dan politikus bangsa lain juga terlibat?

Jika orang melayu mempunyai keistimewaan- so what? Bagaimana jika bangsa cina dan india mempunyai keistimewaan mereka sendiri? Adakah mereka akan dengan suka relanya melepaskan keistimewaan itu atas nama 'equality'? The fact that mereka enggan untuk membubarkan sekolah vernakular membuktikan perkara ini.

Kesimpulannya orang melayu tidak perlu berasa apologetik dan bersalah jika mereka mempunyai keistimewaan. Sebaliknya orang melayu wajib menggunakan keistimewaan itu untuk menebus maruah mereka yang telah tercalar selama 500 tahun. Orang melayu juga- seperti yang saya sebut- wajib untuk menerima dan melayan dengan baik bangsa lain. Ini adalah apa yang dipersetujui secara tidak bertulis dan tertulis di Perlembagaan.

Di akhirnya saya faham tulisan ini tidak akan diterima dengan baik bagi golongan yang kononnya tidak pro mana-mana. Tetapi setidak-tidaknya mereka aktif memberi komen dan menampakkan bahawa kebenaran berada di pihak mereka simply because they are speaking-up. Kepada yang tidak bersetuju dengan mereka, tunjukkkanlah diri anda denga menyertai sekali disukusi. Anda bukan silent majority. To be a majority u have to participate and be counted.