Saturday, May 22, 2010

Antara Thick-Skulled dan Cold Fact

TOP TEN: MALAYSIA RISES UP COMPETITIVENESS RANKING

KUALA LUMPUR: Malaysia's competitiveness ranking surged into the top 10 in the world as ranking rose to 10th, from 18th a year earlier, said the latest IMD World Competitiveness Yearbook 2010.tel

*

Jangan jadi thick-skulled

Rakyat Malaysia memang sinis dan tak suka percaya berita-berita yang bagus. Bila pertumbuhan ekonomi tahun ni meningkat 10.1%- mereka kata it was a fluke. Tetapi yang hairannya boleh pula mereka percaya apabila Singapura mencatatkan pertumbuhan sebanyak 15.5%.

Begitu juga bila nilai ringgit kita lebih kukuh berbanding dengan pound sterling, US dolar dan euro- mereka menganggap ianya trend dan kebetulan sahaja.

Baru-baru ini IMD- business school di Switzerland telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke 10 paling kompetitif di dunia. Seperti dijangka, ada sahaja alasan untuk perlekehkan pencapaian ini. Ada yang kata IMD ni sekolah bisnes yang cekai la, APCO yang melobi lah, kerajaan bayar untuk naik ranking, Singapura lagi hebat dan segala macam alasan untuk menafikan. (untuk perhatian, IMD adalah Swiss version of US' Harvard, UK's Oxford, and France's INSEAD. Dan kalau benar APCO yang melobi, lepas ni kita suruh APCO lobi ranking FIFA Malaysia naik, okey?)

Cuba bayangkan sekiranya laporan ni menunjukkan kejatuhan Malaysia dalam ranking- komfem ada yang minta suruhanjaya diraja ditubuhkan. Paling tidak pun menteri disuruh letak jawatan.

Bila Malaysia mencatat rekod 'terpanjang', 'terbesar', 'tertinggi' dan segala macam 'ter'- semua tak suka dan mahukan sesuatu yang 'genuine'.

Tetapi bila dah 'genuine' dan membanggakan kenapa nak perlekehkan?

Apa yang saya cuba timbulkan di sini?

Untuk mengkritik memang senang dan setiap orang suka menjadi pengkritik. Tidak salahpun jika ingin mengkritik. Tetapi biarlah kritikan itu ikhlas kerana kepentingan negara bukan kerana kepentingan politik.

Bila sesuatu tidak kena berlaku di dalam negara, kita perlu mengkritik dan memberi cadangan. Bila negara sedang melakukan sesuatu yang tepat dan di landasan yang betul, kita perlu terima hakikatnya. Bukannya berasa tidak gembira atau mencari alasan untuk perlekehkan.

Kalau kita boleh menerima laporan PERC, CPI, Ginicoefficient, dan WEF yang menunjukkan kelemahan Malaysia, kenapa tidak boleh terima laporan IMD yang membanggakan kita?

Jangan jadi "thick-skulled" dengan memilih untuk percaya apa yang kita mahu dengar sahaja.


* Noktah Sebentar (tarik nafas sebelum membaca tulisan berikutnya)*


THE WORLD COMPETITIVENESS SCOREBOARD 2010

  1. Singapore
  2. Hong Kong
  3. USA
  4. Switzerland
  5. Australia
  6. Sweden
  7. Canada
  8. Taiwan
  9. Norway
  10. MALAYSIA
  11. Luxembourg
  12. Netherlands
  13. Denmark
  14. Austria
  15. Qatar
  16. Germany
  17. Israel
  18. China
  19. Finland
  20. New Zealand
  21. Ireland
  22. United Kingdom
  23. Korea
  24. France
  25. Belgium

Jangan hanya laporkan cold fact- analisislah sikit!

Kebanyakan media tempatan masih lagi tidak mampu untuk mengkaji sesuatu data/ranking secara kritikal dan meluas. Mereka hanya 'quote' apa yang diperkatakan oleh teknokrat dan menteri. Apabila laporan ini dikeluarkan, rata-rata media hanya menceritakan ianya sebagai 'keyakinan kepada polisi Najib', 'strong recognition of investors" dan "bold initiatives by government".

Semua perkara ini tidak salah.

Tetapi media perlu menganalisis lebih daripada itu. Bukan setakat meng'quote' sahaja. Sebagai contoh- media perlu cerita apa kepentingan indeks ini, bagaimana ia memberi manfaat kepada rakyat dan buat analisis tentang hasil laporan. Dari sini barulah nampak media mainstream setaraf dengan media alternatif.

Macam sekarang ni media mainstream bertindak hanya melaporkan. Tidak seperti media alternatif yang rajin melakukan kajian. Selagi perkara ini tidak dapat diubah, memanglah ramai yang susah nak percaya apa yang dilaporkan oleh media mainstream.

Berkenaan dengan Laporan Indeks Kompetitf IMD:

1. Malaysia merupakan salah sebuah negara perdagangan terbesar di dunia. Oleh itu Malaysia perlu meletakkan imej negara sebagai negara rakan dagang yang baik di mata dunia. Ini kerana Malaysia perlu bersaing dengan negara-negara lain.

2. Pelabur-pelabur dari negara luar akan melihat sama ada Malaysia adalah sebuah negara yang sesuai atau tidak untuk melabur, berdagang, datang bekerja, dan belajar. Dalam bahasa mudah- whether they can trust us with their money.

3. Oleh itu untuk melihat negara mana yang lebih baik dan negara mana yang kurang baik,satu kajian perlu dibuat dan ranking perlu dikeluarkan. Dengan ini pelabur-pelabur negara luar boleh membuat penilaian mereka berdasrkan ranking ini.

4. IMD telah mengeluarkan ranking Indeks Kompetitif. Jadi pada tahun ini, IMD telah merankingkan Malaysia di tempat ke 10 daripada 58 buah negara. Apa yang dapat kita banggakan daripada kedudukan ke 10 ini?

5. Kalau kita perhatikan ranking top 10, kita akan dapati negara-negara seperti Singapura, Hong Kong, USA, Canada dan Australia adalah nations of immigrants. Keadaan di seluruh dunia telah membuktikan bahawa negara immigran memang memiliki kelebihan dari segi best brain, kepelbagaian budaya, dan mentaliti untuk bekerja keras tanpa terlalu banyak politiking.

6. Ini antara punca utama mengapa negara seperti USA dan Singapura mampu maju dengan cepat.

7. Negara-negara seperti Taiwan, Sweden, Switzerland dan Norway pula adalah negara yang kecil saiznya. Negara-negara ini juga tidak pernah/(atau sekejap) dijajah oleh kuasa asing. Sejarah telah membuktikan pada kita bahawa penjajahan yang terlalu lama sehingga beratus tahun telah berjaya menghancurkan 'self-belief' rakyat di negara yang dijajah.

8. Sebab itu Jepun dan Germany mampu bangkit dengan cepat selepas kalah perang kerana bangsa mereka mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi.

9. Malaysia adalah satu-satunya nation of indigenous/natives yang ada sejarah penjajahan yang cukup lama tetapi masih mampu menjadi kompetitif berbanding dengan negara-negara lain seperti UK, Jepun, Germany, New Zealand dan Korea Selatan.

10. Negara Islam yang paling hampir kedudukan dengan Malaysia ialah Qatar (15). Yang lain jauh ketinggalan atau tidak masuk dalam senarai. Apa maknanya di sini? Malaysia adalah the most outstanding modern Islamic nation. (Itupun kalau tak ada yang nafikan kita negara Islam lah.)

12. Jadi Malaysia mempunyai kelebihan untuk menarik masuk 'petrol-dollar' pak-pak arab ke negara kita.

13. Seterusnya di antara top 25, hanya China yang mempunyai pendapatan per kapita lebih rendah daripada Malaysia. Negara-negara lain pendapatan per kapita lebih tinggi. Bermakna mereka lebih kaya. Namun Malaysia masih mampu sekompetitif mereka, if not lagi bagus.

14. Cuba bayangkan di mana kedudukan Malaysia sekiranya negara kita lebih kaya.

15. Apapun, ranking ini masih boleh berubah tahun-tahun akan datang. Saya pun akui masih banyak yang perlu dilakukan. Jadi cabarannya ialah untuk kekal konsisten dan menjadi lebih bagus.

16. Oh ye, kepada yang masih skeptikal- sebenarnya kita pernah berada di kedudukan yang teruk. Sudah tentu ia berkaitan dengan kepimpinan pada masa itu. Sila perhatikan di tahun 2007,2008,2009 di mana kita berada. Daripada kedudukan ke 28, Malaysia semakin naik anak tangga ke 23 ke 19 dan ke 10. Kalau kita boleh percaya ranking FIFA, kenapa tidak ranking IMD? Sebab ia membanggakan negara kita?

17. Masih nak jadi thick-skulled?


Kepada media tempatan- jangan terima sesuatu maklumat itu as a cold fact. Buat kajian dan analisis. Nak bodek pun bodek cerdik. Bukan cerdik bodek.

Kotak Pertanyaan

Gua lupa gua pernah main benda ni. Masa tu ingatkan takde soalan, jadi gua pun pura-pura anggap benda ni tak pernah wujud.

Tapi bila hari ni gua check balik boleh tahan jugak soalan yang datang.

Yang paling gua suka ialah soalan-soalan ni tak serius sangat. Banyak yang santai-santai. Baguslah- semua benda nak serius giler apa?

Kepada sesiapa yang ada nak tanya gua- sila klik sini atau pergi tengok kotak sebelah tu.

Terima Kasih

Friday, May 21, 2010

KL- Melbourne


Dah penat bersembang hangat pasal judi, apa kata tengok gambar-gambar yang gua amek kat Melbourne tempoh hari. Ok?










































ps: lepas ni gua nak jalan mana pulak? Bagi cadangan.

Isu Lesen Judi- Lagi

1. Terima Kasih di atas pandangan yang kritikal. Saya gembira kerana semua yang memberi komen tidak mudah melabel sebaliknya mengupas isu yang diberikan.

2. Namun saya sedikit sedih apabila ada yang sanggup menjadi ekstremis dan berbangga dengan 'negara-negara Islam' seperti Turki, Iran dan Arab Saudi. Saya tidak pasti sama ada mereka pernah ke sana. Namun saya diberitahu betapa islamiknya negara ini sehinggakan perempuan muslim tidak dibenarkan memandu, bekerja, dan memakai tudung di univeristi.

3. Mungkin negara-negara ini boleh dijadikan model negara islam.

4. Tetapi adakah kita mahu menjadi sebegitu?

5. Lebih mendukacitakan, ada pembaca yang tidak kisah negara ini tidak maju asalkan tidak bertentangan dengan Islam. Sebenarnya mentaliti inilah yang perlu diubah. Mentaliti yang pernah dijajah di mana 'biarlah tak maju'.

6. Mereka selalu berkata Islam tidak menghalang kemajuan bahkan Islam adalah agama yang maju. Namun apabila beberapa perkara yang perlu dikompromi untuk kemajuan, mereka tolak. Bukankah Islam itu memudahkan dan kompromi dibenarkan? Dalam kewangan Islam pun ada syarat yang dilonggarkan untuk menyesuaikan dengan realiti sebenar.

7. Pemberian lesen judi ini adalah jalan tengah (middle path) antara kedua golongan ekstremis. Di antara golongan yang tentang habis-habisan kegiatan judi dan juga golongan yang gian berjudi. Ia adalah kompromi yang terpaksa dibuat. Samalah seperti di Kedah dan di Selangor apabila ladang babi dibuka. Ada yang menentang dan ada yang menyokong. Adakah ini bermaksud makan babi dibenarkan oleh orang muslim?

8. Kembali ke Malaysia, sungguhpun lesen judi diberikan, orang islam masih tidak dibenarkan berjudi. Lesen itu diberikan kepada orang bukan muslim dan untuk orang bukan muslim. Sudah jelas, hukum yang haram tetap haram. Macam lesen memandu- siapa yang ada lesen baru boleh bawak kereta. Yang tak ada lesen mana boleh. Sekarang ni orang muslim dapat lesen ke untuk main judi?

9. Yang kita mungkin boleh pertikaikan kenapa monopoli lesen judi diberikan kepada seorang individu. Vincent Tan pun bukannya genuine entrepreneur.

10. Judi haram telah menjana ekonomi gelap (underground economy) sebanyak berbilion ringgit. Kerajaan tidak mendapat satu sen pun malah kerugian dalam bentuk pengaliran wang ringgit ke luar negara. Penguatkuasaan undang-undang dan usaha membanteras kegiatan ini juga menelan kos yang tinggi. Duit siapakah semua ini kalau bukan duit rakyat?

11. Sekalipun polis malah FRU digunakan untuk menghapuskan kegiatan judi dengan menangkap orang ramai- bukankah ini seperti kerajaan mengawal moral masyarakat dan individu?

12. Kita bukan main marah apabila Tun Dr Mahathir menangkap orang ramai berdemonstrasi atas alasan tidak demokratik. Kerajaan tidak menghormati hak asasi rakyat. Tetapi apabila kerajaan cuba menjadi demokratik dengan memberikan lesen judi, kita mahukan tindakan yang tidak demokratik. Di mana perjuangan hak asasi?

13. Benarkah kita perjuangkan agama? Hak asasi? Atau kita sekadar menentang kerajaan for the sake of opposing?

Thursday, May 20, 2010

Noktah Sebentar- Isu Lesen Judi

Secara prinsipnya, memberi lesen judi adalah bertentangan dengan ajaran agama. Judi juga merupakan masalah sosial di dalam masyarakat.

Namun dunia ini bukan utopia- keadaan yang sempurna. Manusia tidak semuanya baik- tidak berjudi, tidak merompak, tidak membunuh, etc,etc. Malah dengan kewujudan undang-undang sekalipun masalah seperti judi, pelacuran, pembunuhan dan rompakan tetap berlaku.

Apa yang berlaku di Malaysia ialah begitu ramai orang berjudi secara haram. Termasuk juga orang Islam. Suka ataupun tidak- bagi lesen ke tak bagi lesen ke, orang rama masih berjudi.

Disebabkan judi yang tidak berlesen bermakna tidak ada undang-undang untuk yang mengawal selia apa yang boleh dan apa yang tidak bagi operator dan pemain. Ia ibarat industri koboi. Sesiapa sahaja boleh buat suka hati. Malah ada kes di mana syarikat perjudian yang menipu 'pelanggannya' dengan membawa lari wang tersebut. Apabila aduan dibuat, tindakan tidak boleh diambil kerana tiada peruntukan undang-undang.

Dengan 'menghalalkan' perjudian, setidak-tidaknya pelanggan dapat dilindungi dengan undang-undang. Dalam erti kata lain industri perjudian boleh dikawal selia seperti mana industri perbankan yang ada undang-undangnya sendiri.

Memberi lesen judi sekalipun adalah langkah yang bertentangan dengan prinsip, tetapi ini adalah pilihan terbaik yang kita ada. Mana lagi bagus- lesen tidak diberikan, judi illegal, orang kena tipu dengan syarikat? Atau lesen diberikan, judi jadi legal, 'pengguna' dilindungi dengan undang-undang dan kerajaan dapat income serta mengwal industri ini?

Dua-dua pilihan adalah salah tetapi jika disuruh membuat pilihan juga, mana yang less evil? Samalah macam nak pilih Barisan dan Pakatan- dua-dua tidak bagus mana. Tapi mana lagi teruk.

Paling penting yang perlu difahami ialah Malaysia adalah negara berbilang bangsa dan agama. Ini statement cliche tetapi ramai tidak memahami betul-betul statement ini. Di negara ini kita perlu menerima gaya hidup mereka yang tidak sama dengan kita. Judi, minuman keras dan babi bukan cara hidup kita tetapi ini cara hidup mereka.

Kita boleh bersentimen tentang isu lesen judi ini. Tetapi sila belajar dari isu sebat kartika, isu arak di Selangor, dan isu kalimah Allah. Apa yang kita dapat selepas isu-isu ini dimainkan? Adakah kita menjadi semakin islamik? Tidak. Yang berlaku ialah masyarakat semakin divided dengan satu pihak ekstrem satu pihak liberal. Tidak ada jalan tengah dan kompromi. Hasilnya- kita cuba menjadi manusia hitam dan putih. Kau salah aku betul. Kau masuk neraka aku masuk syurga.

Percayalah, menghalang apa yang mereka percaya atas alasan agama sebenarnya hanya menunjukkan betapa tidak beragamanya kita. Yang penting apa yang dilarang oleh agama kita janganlah dibuat. Kenapa perlu risau lesen judi diberikan kalau pegangan kita kuat?

Saya mungkin dituduh tak islamik, etc,etc. Sebelum label-melabel diberikan, saya sangat hargai jika anda memberikan cadangan dahulu. Mana tahu lebih less evil dari memberi lesen judi. Tak gitu?

Wednesday, May 19, 2010

KL-Sydney



































Dah lama dah sebenarnya gua nak pergi berjalan ke negara orang. Dan ini memang hobi gua. Masa gua form 4 dan form 5, gua jalan bangladesh. Dari situ gua kenal erti kesusahan. Tahun lepas gua jalan Singapura, dari situ banyak jugak gua belajar. Jadi tahun ni gua plan nak jalan jauh sikit.

Asalnya gua dah beli tiket pergi Abu Dhabi. Tapi entah macam mana flight cancel. Rezeki gua dapat jalan ke Melbourne dan Sydney. Memang durian runtuhlah memandangkan gua hanya bayar RM350 je untuk tiket pergi balik. Kalau kawan baik Tony Fernandes pun belum tentu boleh dapat rate ni.

Gua bertolak hari rabu jam 2 petang. Sampai sana 2 pagi. Cuaca sikit punya sejuk sampai bercakap pun keluar asap. Peh- gua memang teruja bab cakap kuar asap ni. Jadi gua pun beberapa kali cakap sorang-sorang sampaikan ada mat saleh yang tengok gua dah macam orang tak betul. Gua tak kisah. Ini benda rare- kat Selayang mana nak cari.

Jam 4 pagi gua terbang pula ke Sydney. Memang letih. Lagi-lagi mata sebab asyik dok usha pramugari. Taktik gua pramugari-lantai-kerusi-tingkap-pramugari-lantai-kerusi-tingkap. Dan begitulah seterusnya.

Jadi selama 2 hari gua duduk di Sydney. Apa yang gua belajar-itu semua gua akan tulis kemudian. As for now gua publishlah beberapa keping gambar yang gua rasa berpatutan untuk diletakkan kat blog ni. Nak lebih-lebih pergi cari fb gua dan tengok.

Gambar kat Melbourne kita cerita esok-esok ok?



ps: basuhbaju akan menulis mengenai trip ke Australia dalam masa beberapa hari ini. Nantikan...