Sunday, April 25, 2010

Malaysia, Malay, Muslim

"Malaysian first or Malay first? Or Muslim first?"
Soalan ni kalau ditanya pada ahli politik memang pening nak dijawabnya. Setiap jawapan akan memuaskan hati satu golongan dan menyebabkan golongan yang lain tidak puas hati.

Kalau kita jawab 'malay first', kita akan dituduh rasis. Tetapi jika kita menjadi 'malaysian first', ada kemungkinan kita dikatakan tak cukup islamik memandangkan kita tidak menjadi 'muslim first'. Masalahnya bila kita menjawab 'muslim first', lagilah dianggap sebagai fasis.

Bagi saya, soalan ini cukup tricky. Jawab ini salah, jawab itu pun salah.

Sebenarnya soalan ini samalah seperti ditanya "antara ibu dan ayah, yang mana satu anda paling sayang? Atau anda paling sayang anak anda?"

Jadi apa jawapan anda? Malay? Malaysian? Muslim?

Thursday, April 22, 2010

Coretan sedikit PRK Hulu Selangor

Sememangnya Zaid Ibrahim merupakan calon yang terbaik di kalangan yang bertanding. Baca sahajalah buku In Good Faith dan Saya Pun Melayu, kita akan dapat lihat betapa kritisnya minda beliau.

Cuma beliau bertanding di bawah Pakatan Rakyat. Jadi peluangnya adalah sukar.

Tetapi UMNO memilih untuk menyerang peribadi Zaid sebagai seorang kaki minum. Kononnya untuk memastikan orang Melayu tidak mengundi Zaid.

Tanpa disangka, Zaid mengaku yang dirinya pernah menjadi kaki minum. Ini mengejutkan geng UMNO yang kini terpaksa bersifat 'devensive'. Berapa ramai pemimpin UMNO yang minum. Tunku Abdul Rahman- Presiden UMNO kedua sendiri pun minum.

Jelas, isu minum ini bukanlah taktik yang terbaik malah adalah taktik bangang. Pengarah kempen Barisan Nasional perlu dipecat dan ditukar.

Sekarang Zaid telah menunjukkan sifat yang jujur dan tidak hipokrit. Undi simpati orrang ramai pasti memihak kepadanya.

Jika UMNO/Barisan masih memilih menyerang peribadi Zaid, jangan mimpilah nak tawan Hulu Selangor.

Minum atau tidak- bukan isunya. Kalau nak kata calon yang tidak minum lebih bagus, soalan saya satu sahaja- Kamalnathan tak minum ke?


(malam ini BB akan ke Hulu Selangor. Kebetulan ada kerja. Di samping itu bolehlah jenguk-jenguk kawasan pesta ini.)

Sunday, April 18, 2010

Kiraan gua

" Hero kalah dulu"- pegangan hidup hero-hero filem tamil.

" MU ni memang suka buat come back Ramlah Ram."- falsafah member gua di mapley semalam.

Ikut kiraan gua, MU tetap akan menjadi juara EPL buat kali keempat berturut-turut.


Dalam kiraan gua jugak, Liverpool sendiri yang akan hadiahkan kejuaraan 19 EPL kepada MU dengan mengalahkan Chelsea.

Lepas dah menang EPL nanti, kita suruh Pak Alex beli Xavi. Amacam?

Saturday, April 10, 2010

Jom Diskusi

REDANG TO BE LUXURY DESTINATION- NST

Only five-star hotels and resorts to be allowed on island.

KUALA TERENGGANU: Pulau Redang, widely regarded as one of the 10 most beautiful islands in the world, may soon be too expensive to visit for the average income earner.

The Terengganu government yesterday announced that now, only five star hotels and resorts would be allowed to operate on the island.


The decision had to be made to protect the island's precious and fragile environment, especially its rich diversity of coral reefs and marine life, said Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

*
Semalam kerajaan Terengganu buat keputusan nak jadikan Pulau Redang sebagai destinasi percutian mewah. Nak target orang-orang kaya duit berkepuk-kepuk datang. Pada masa yang sama nak jaga keindahan alam sekitar pulau itu yang semakin teruk. Caranya dengan membenarkan hotel 5 bintang sahaja dibina di pulau itu. Maklumlah berapa ramai orang yang mampu bayar bilik RM500-RM1500 satu malam. Memandangkan tak ramai orang yang mampu, jadi tak ramailah yang akan datang bercuti ke Pulau Redang. Oleh itu, kemusnahan alam sekitar pulau tersebut dapat dikurangkan.

*
Ada banyak pandangan atau 'angle' yang boleh kita lihat mengenai isu ini. Sudah tentu ada yang bersetuju dan ada yang tidak.

Sama ada pandangan kita benar atau salah, itu tidak penting. Tak ada pandangan yang benar dan tidak ada pendapat yang salah. Benar dan salah adalah subjektif dan bersifat relatif.

Yang penting, kita ingin merayakan budaya berdiskusi. Dari sini kita dapat lihat bagaimana kita mempertahankan pandangan kita serta meyakinkan orang ramai.

Tak perlu mencarut atau mengamuk sakan- kerana ini bukan blog Aduka Taruna.

Tak perlu nak kutuk-kutuk Barisan atau Pakatan- kerana ini bukan kawasan pilihanraya kecil.

Tak perlu nak gaduh pasal Mahathir dan Anwar- kerana ini tak ada kena mengena pun.

BasuhBaju ingin mengajak para pembaca untuk berdiskusi. Adakah langkah menjadikan Pulau Redang sebagai destinasi mewah adalah wajar? Atau tidak?

Selamat Berdiskusi!

Friday, April 9, 2010

Pendapatan Tinggi


15000 PEKERJA POS NAIK GAJI- Utusan

KUALA LUMPUR 6 April - Seramai 15,000 kakitangan Pos Malaysia Berhad termasuk 1,880 posmen dan kerani pos bakal menerima kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai ini.

*
HARGA SETEM NAIK MULAI 1 JULAI- mStar

KUALA LUMPUR: Harga setem pos dalam negeri akan lebih tinggi berkuat kuasa Julai ini sebagai sebahagian daripada strategi Pos Malaysia Bhd untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapannya.

*
Beberapa hari yang lepas, abang-abang posmen naik gaji. Walaupun tidaklah naik sampai ke tahap gaji menteri, tapi setidak-tidaknya ini berita yang gembira. Tak tahulah kalau ada yang tak gembira bila gaji naik.

Pada masa yang sama, harga setem turut naik hampir 100%. Kalau dulu nak hantar surat hanya kena 30 sen, sekarang 60 sen. Maka ramailah yang tidak puas hati dan tidak gembira dengan berita ini.

Bagi saya- ini cukup menghairankan. Golongan ini bukan main kompelin pekerja dibayar gaji rendah. Tetapi apabila mereka kena membayar lebih sedikit bagi manfaat golongan pekerja, mereka tak mahu. Mereka kata ada cara lain lagi. Masalahnya cara yang bagaimana?

Kita kena faham tentang satu perkara- gaji tinggi memerlukan pendapatan yang tinggi. Kalau tidak, bagaimana nak bayar gaji yang dinaikkan tu?

Macam ni lah, kalau kita ada RM10, takkan kita boleh bagi RM15 kan? Jadi nak tak nak kita kena cari jalan macam mana nak tambah RM10 supaya kita boleh bagi RM15.

Pos Malaysia cuba meningkatkan pendapatan mereka dengan menaikkan harga setem. Malah harga setem sekarang terlalu rendah sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa mengsubsidi sehingga RM32 juta setahun. Jadi mana lagi baik- RM32 juta untuk naikkan gaji 15000 pekerja atau RM32 juta untuk 27 juta rakyat Malaysia hantar surat 30 sen?

Sebenarnya ada juga cara lain bagaimana meningkatkan gaji tanpa perlu menaikkan harga setem. Caranya ialah dengan membuang pekerja. Tetapi adakah kita sanggup 'membayar' harga beribu orang dibuang kerja?

Kepada mereka yang tidak puas hati- kalau kita mahukan perubahan, kita juga kena bersedia menerima perubahan. Kalau kita mahukan pekerja gaji tinggi, kita juga kena bersedia membayar barangan dengan harga yang tinggi. Kalau tidak bersedia, senang sahaja jawapannya- jangan guna setem. Guna email.

Thursday, April 8, 2010

Manchester United

SELANGOR GAGAL KE FINAL PIALA FA

KUALA LUMPUR- Juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan menunjukkan jalan keluar buat penyandang juara, Selangor walaupun kalah 0-1 kepada skuad bimbingan K. Devan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Kemenangan tipis itu tidak cukup untuk menghalang Negeri Sembilan ke saingan akhir, selepas mempunyai kelebihan jaringan di tempat lawan.

Negeri Sembilan memenangi separuh akhir pertama 2-1, dan mara berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan, setelah agregat terikat 2-2.

*

Owh patutla Red Devil kalah malam tadi. Kena badi Red Giant.



ps: penyokong-penyokong MU jangan bersedih. Season depan kita suruh Pak Alex beli Messi, amacam?

Tuesday, April 6, 2010

LRT




1- Kata-kata pujangga ni diilhamkan di dalam tren minggu lepas. (kalau tak nampak, sila klik)

2- Hari ini habis exam. Maka tamatlah semester 2 yang mencabar. (ada kira-kira lagi 4 jam 14 minit).

3- Manchester United pasti akan menang EPL dan Champions League tahun ni.

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi

" Buat lawak dari hati. Bukan buat-buat bodoh untuk lawak"- Din Beramboi

Ketika tangan sibuk melukis pelan bangunan di studio mengejar dateline, celotehnya menghilangkan rasa tensen di kepala.


Drama sebabak dan sawancara adalah penghibur di waktu pagi.

Setiap kali selepas submission projek- diri jadi tenang dan lega. Maka rancangan Spontan yang ditonton bersama rakan-rakan bilik adalah cara untuk kami berpesta bergembira dan ketawa bersama.

Din Beramboi- terima kasih.

Thursday, April 1, 2010

Ini Bukan April Fool

KTMB TO HAVE 'WOMAN ONLY' CARRIAGES SOON- NST

KUALA LUMPUR: The railway will soon have separate compartments for men and women in commuter trains serving Klang Valley, Rawang and Seremban.

This is to ensure the safety of women in packed trains during peak hours, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) president Dr Aminuddin Adnan said yesterday.

There are three compartments in each carriage and these will be designated for men, women and families or couples.

*
Ini langkah yang bagus. Harap-harap PERKASA jangan tentang.

April Fool?


Sudah 3 minggu Parlimen bersidang. Apa perkara baru yang kita dapat lihat?

Tiada.

Macam biasa, ahli parlimen kita lagi gemar mendedahkan perkara yang tidak penting daripada mendedahkan masalah rakyat.

Parlimen untuk apa? Untuk tunjukkan pihak di seberang lebih buruk sebab ada link dengan Israel atau tempat untuk mendedahkan pihak sini lebih kotor kerana gila kuasa nak jadi PM?

Atau tempat untuk menipu rakyat dengan tidak menjalankan tugas?

Atau tempat untuk menggubal undang-undang demi kesejahteraan rakyat?

Tuesday, March 30, 2010

Model Ekonomi Baru- bahagian 2

Walaupun selama dua dekad ekonomi kita berjaya kerana berasaskan kepada gaji tenaga pekerja yang murah dan kos sara hidup yang rendah, tetapi model ini perlu diubah. Kenapa?

PERSAINGAN DARI NEGARA YANG LAGI MURAH

Malaysia merupakan destinasi pelaburan utama di Asia bagi para pelabur sekitar tahun 1990-an. Hal ini kerana kos kita murah berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Tetapi seawal tahun 2000 muncul negara yang lebih murah seperti China, India, Vietnam dan Indonesia. Gaji tenaga pekerja di China sahaja serendah USD100 (RM350). Jadi bagaimana Malaysia hendak bersaing? Takkan nak rendahkan gaji yang sudah sedia rendah?

Senang cerita, tidak ada gunanya hendak bersaing dengan China, India dan Vietnam dari segi kos pekerja. Pelabur asing tetap memilih negara mereka. Ia ibarat bersaing dengan Manchester United untuk memenangi Premier League.

PENDAPATAN PEKERJA SEMAKIN RENDAH

Seterusnya apa yang berlaku ialah tenaga kerja asing mula dibawa masuk. Syarikat di Malaysia ingin merendahkan lagi kos perniagaan mereka. Mereka ingin sama kompetitf dengan syarikat yang melabur di China, India dan Vietnam. Ini sekaligus mengakibatkan 3 juata warga asing bekerja di negara kita.

Secara tidak langsung, obsesi terhadap tenaga buruh asing telah menyebabkan taraf pendapatan kesemua pekerja tidak meningkat. Lagi teruk, ia menjadi semakin rendah. Logiknya, kenapa perlu membayar gaji RM2500 untuk seorang jurutera Malaysia kalau dengan jumlah yang sama boleh mendapat 2 orang jurutera dari Indonesia? Oleh itu rakyat Malaysia menghadapi dilema sama ada tidak dapat pekerjaan atau dibayar dengan rendah seperti tenaga kerja asing.


KOS SARA HIDUP MENINGKAT

Selama berdekad lamanya, rakyat Malaysia membeli barang=barang harian di bawah harga yang sebenar. Ini kerana kerajaan mengsubsidi harga barangan tersebut. Perkara ini untuk memastikan kos sara hidup tidak tinggi. Selama berdekad lamanya strategi kita begini.

Tetapi di tahun 2007 harga komoditi makanan seperti gandum, gula, beras dan daging telah meningkat. 'Terima kasih' kepada para spekulator di Wall Street yang menjadikan makanan sebagai objek untuk berjudi dan membuat untung. 'Terima kasih' juga kepada kegilaan para petani yang menanam jagung untuk bio fuel kereta dan bukan untuk perut manusia.

Pada masa yang sama penduduk di muka bumi ini semakin bertambah, bermakna permintaan meningkat. Cuaca yang tidak menentu seperti kemarau pula menyebabkan produktiviti berkurangan.

Kesan daripada kesemua perkara ini ialah makanan menjadi semakin sedikit . Dan lebih teruk lagi makanan yang sedikit jumlahnya ini menjadi semakin mahal.

Di Malaysia, kalau dahulu kerajaan mengsubsidi sebanyak 80 sen bagi memastikan harga tepung gandum kekal RM1.15/kg, kini dengan subsidi 80 sen, harganya telah meningkat kepada RM1.35/kg. Jika sebelum krisis makanan, harga gula ialah RM1.20 tetapi selepas krisis RM1.40. Jangan salah sangka- subsidi tidak ditarik. Tetapi sekalipun subsidi masih diberi harga barangan tetap meningkat. Melainkan kerajaan menambah jumlah subsidi.

Bayangkan perkara yang sama berlaku kepada hampir semua barangan makanan. Harga beras naik, harga minyak masak naik, harga ayam naik- senang cakap hampir kesemua harga barangan naik. Mana tidaknya kos sara hidup meningkat. Dulu beli barang dapur RM500 sebulan tetapi sekarang RM700 pun tak cukup.

Tidak cukup dengan itu, kos bahan api juga meningkat dengan gila dari tahun 2003 hingga 2008. Kalau dulu satu tong hanya USD15-USD25 tetapi semenjak 2003 harganya mula melepasi USD30 hinggalah kepada USD120 pada 2008. Ini menyumbang kepada kenaikan kos pengangkutan sepeti bas awam dan juga kos tenaga seperti elektrik.

Sekali lagi perkara ini menyebabkan kos sara hidup kita meningkat. Perkara ini masih tidak banyak berubah hingga ke hari ini.

KESIMPULAN

Ini adalah punca mengapa model ekonomi kita sekarang sudah tidak boleh diguna pakai. Kalau nak berasaskan tenaga kerja yang murah- ada lagi yang murah. Malah jauh lagi murah. Kalau nak memastikan kos sara hidup rendah- subsidi perlu ditambah bukan setakat dikekalkan. Tetapi adakah kerajaan cukup duit? Kita bukan negara kaya. Pelaburan pun saban tahun berkurangan.

Nak struktur subsidi supaya kos berkurangan, ramai yang menentang multi-tier petrol scheme sehingga ia dibatalkan. Nak tambah pendapatan kerajaan supaya boleh tampung kos subsidi pun ramai yang marah. Contohnya seperti GST dan real property gains tax. (Inilah akibat jika kerajaan tiada kredibiliti. Buat perkara yang popular- kena perlekeh. Buat perkara yang tak popular- lagilah kena tibai.)

APA YANG BOLEH DILAKUKAN?

Jadi solusinya kita perlu merubah model ekonomi sekarang. Kerajaan kena cari source of income yang baru. Sektor lain yang menyediakan pekerjaan bergaji tinggi perlu diperhebatkan. Contohnya seperti sektor kewangan, ICT dan minyak&gas.
Dengan cara ini pendapatan rakyat boleh ditingkatkan. Secara tak langsung zaman starting gaji graduan RM1500 akan berlalu.

Kalau dulu kita cuba menarik pelaburan dari Coca Cola, Intel dan Mercedes, sekarang sudah tiba masanya kita wujudkan our own Coca Cola, Mercedes dan Intel. Keghairahan menarik pelabur asing perlu digantikan dengan keinginan memperhebatkan pelabur tempatan. Jika kerajaan boleh memberi soft loan RM700 juta kepada syarikat asing buat Legoland di Nusajaya, kenapa tidak memberi soft loan kepada 500,00 SME di negara kita?

Gaji minimum untuk pekerja-pekerja di ladang, kilang dan buruh binaan juga adalah satu kemestian bukan lagi satu pilihan. Zaman pekerja dibayar ciput perlu dihentikan. Dengan ini kebergantungan terhadap pekerja asing boleh diatasi.

Dan yang paling penting, rakyat Malaysia kena bersedia dengan kos sara hidup tinggi jika mahukan pendapatan tinggi. Kalau nak pendapatan macam rakyat Singapura dan Jepun, kos sara hidup pun kenalah seperti Singapura dan Jepun juga.

Tak gitu?

Saturday, March 27, 2010

Pesta Buku

Saya ke pesta buku antarabangsa beberapa hari yang lepas. Tapi apa yang saya lihat, bukannya pesta membudayakan buku sebaliknya jualan murah macam mega sales. Hanya beberapa gerai seperti Insititut Terjemahan Negara Malaysia yang ada sesi diskusi bersama penulis. Yang lain tu fikir wang ringgit hasil jualan sahaja.

Paling merimaskan bila begitu banyak gerai-gerai yang cuba menjual alat linguistik untuk belajar bahasa. Tidak salah nak menjual sekali di pesta buku tetapi kalau dah promoternya macam nak jual MLM- ini sudah lebih. Ini bukan Matta Fair.

Saya agak hairan pada mulanya apabila promosi pesta buku antarabangsa tidak kelihatan di akhbar bahasa inggeris (dan saya amat pasti tidak ada promosi di akhbar cina dan india). Kehairanan saya terjawab bila saya lihat pesta buku ini lebih islamik daripada antarabangsa. Lebih 80% gerai yang saya pergi menjual buku-buku islamik seperti novel islamik, kitab tafsir, buku 3 cara bertaubat, buku bagaimana mendapat haji mabrur, etc. Saya tidak kisah buku-buku ini dijual kerana ramai juga yang suka membacanya. Cuma kalau dah kata pesta buku antarabangsa tu, bukankah sepatutnya merangkumi segala jenis bahan bacaan dari pelbagai negara dan pelbagai bahasa?

Saya mungkin dituduh 'tidak islamik' memperkatakan hal ini. Tetapi saya percaya mesej pertama di dalam Al-Quran menyuruh kita membaca tidak terhad kepada bahan bacaan bersifat keagamaan sahaja.

Rakyat malaysia memang suka membaca. Siapa kata kita malas membaca? Tak mungkin 2 helai setahun. Itu kajian berdekad lamanya. Buktinya- novel cintan cintun sangat laku. Itu tak kira lagi buku-buku latihan jawab PMR dan SPM.

Earth Hour

Kenapa hanya sejam setahun?

Lagi 8 ribu 7 ratus 5 puluh 9 jam yang lain macam mana kira?

Thursday, March 25, 2010

Model Ekonomi Baru- bahagian 1


Hari ini sana sini orang bercakap mengenai Model Ekonomi Baru. Sebenarnya kita masih ternanti-nanti apa yang 'baru'nya di dalam model ekonomi ini.

PENDAPATAN DAN KUASA MEMBELI

Masalah paling ketara di dalam model ekonomi sekarang ialah pendapatan yang rendah. Lebih teruk lagi, pendapatan kita tak banyak berubah semenjak 20 tahun yang lalu. Bayangkan dari zaman Dr Mahathir dulu hinggalah ke era Najib sekarang- starting gaji graduan masih dalam lingkungan RM1500-RM2000. Itupun ada yang lagi rendah.

Pada masa yang sama, rakyat di negara Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan terus menikmati pendapatan yang tinggi. Malah antara yang tertinggi di dunia. Maunya rakyat Malaysia tak jeles dan bengkek. Sedangkan negara-negara ini dulu lebih kurang je taraf ekonominya dengan kita.

Maka ramailah orang yang terus membuat kesimpulan bahawa kita tidak pandai menguruskan ekonomi. Model ekonomi kita tidak bagus, teruk dan kurang berjaya. Kita sudah ketinggalan dengan negara-negara Asia yang lain.

Sebenarnya pandangan ini separuh benar.

Memang benar pendapatan kita lebih rendah jika dibandingkan dengan Singapura, Taiwan dan Hong Kong. Tetapi yang perlu dillihat bukan seberapa banyak ringgit, dolar atau won yang diperolehi. Sebaliknya apa yang penting ialah seberapa banyak yang boleh dibeli daripada jumlah ringgit, dolar atau won yang ada.

Dalam bahasa ekonomi kita panggil per capita income dan purchasing power parity. Bagaimanapun, ni istilah jargon. Ramai yang tak faham dan bikin pening sahaja. Jadi saya tak nak guna. Lagipun saya bukan nak karang buku teks ekonomi.

Dalam bahasa mudah begini- buat apa ada 10 ringgit dalam tangan tetapi nilainya hanya 5 ringgit. Nak makan McValue Meal pun tak lepas. Lebih baik ada 5 ringgit dalam dompet tetapi nilainya 10 ringgit.
Siap boleh tambah Sundae Cokelat lagi lepas order set Fillet O Fish.

Ini secara simple saya cuba terangkan apa itu kuasa membeli. Walaupun tidak 100% tepat tetapi umumnya ia masih dapat difahami.

Jadi di mana kedudukan Malaysia dalam kuasa membeli?

Walaupun pendapatan rakyat Malaysia hanya yang ke 58 tertinggi di dunia, tetapi kuasa membeli kita adalah ke 28 terbaik. Berbanding Singapura dan Hong Kong yang pendapatan rakyatnya adalah ke 3 dan ke 5 tertinggi, tetapi kuasa membelinya hanya yang ke 47 dan 39 di dunia.

Sebab itu saya katakan pandangan tadi adalah separuh benar. Mereka yang sering membuat perbandingan pendapatan kita dengan Singapura, Taiwan dan Hong Kong hanya melihat angka yang dicetak di atas kertas ringgit, dolar dan won. Mereka gagal melihat atau memilih untuk tidak melihat kuantiti yang ada di luar angka tersebut.

KOS SARA HIDUP DAN SUBSIDI

Selain itu Malaysia bukannya tidak mahu meningkatkan pendapatan penduduk. Tetapi ia sengaja dibiarkan rendah dan sederhana. Caranya dengan merendahkan nilai ringgit berbanding mata wang lain dan juga memberikan subsidi kepada sumber tenaga, makanan, pendidikan dan perubatan. Ini sekaligus memastikan kos sara hidup kita rendah. Selama 25 tahun strategi kita begini.

Analoginya macam kos sara hidup di kampus dan di luar kampus. Kita semua tahu pelajar-pelajar universiti bukannya ada duit sangat. Duit PTPTN pun kadang-kadang cukup-cukup dan kadang-kadang tak pernah cukup. Tapi cuba kita kira harga makanan di kafe. Secara keseluruhannya lebih murah berbanding harga makanan di resoran luar. Kat kafe- nasi putih dengan ayam goreng taruk kuah adalah dalam RM3. Cuba kalau kat gerai di seberang pagar kampus, maggie goreng je dah RM3. Nasi dengan ayam goreng- lu kiralah sendiri.

Begitu juga kalau kita pergi ke klinik dalam kampus- hanya dikenakan bayaran RM1. Kalaulah pergi klinik luar- demam pun dah kena caj berbelas ringgit. Kalau bukan kerana subsidi, mustahil nak dapat makan murah serta caj klinik RM1.


Jadi Malaysia memilih menjadi seperti 'kampus universiti.' Biar pendapatan tak banyak, asalkan benda nak dibeli tak mahal. Biar pekerja dibayar sedikit, tetapi membayar perkhidmatan pada harga murah. Bayar RM900-RM1500 pun dah cukup selesa untuk hidup di bandar. Kereta pun boleh dibeli cash sahaja memandangkan harga sekitar RM10000-RM15000. (itu belum di kawasan luar bandar). Bayangkan betapa rendahnya kos sara hidup ketika itu.

PELABURAN ASING

Dengan merendahkan kos sara hidup, syarikat-syarikat yang masuk melabur tidak perlu membayar gaji yang terlalu tinggi kepada pekerja tempatan. Ini sekaligus megurangkan kos operasi lantas syarikat boleh membuat keuntungan yang tinggi. Perkara ini sudah tentu menjadi selling point Malaysia kepada syarikat-syarikat luar negara khususnya kepada syarikat elektrik dan elektronik yang banyak menggaji tenaga kerja manusia.

Maka tidak hairan Malaysia menjadi 'harimau Asia'. Pelaburan asing masuk seperti apa yang berlaku di China dan India sekarang. Dalam tempoh kurang dari 10 tahun, Malaysia menjadi pengeksport barangan elektronik terbesar di dunia. Dari jumlah hanya RM10 billion pada 1985 meningkat kepada RM324.1 billion di tahun 1994.

KESIMPULAN

Walaupun dengan tidak menjadi negara berpendapatan tinggi seperti Singapura dan Hong Kong, Malaysia masih mampu mempunyai kuasa membeli yang tinggi, memastikan kos sara hidup yang rendah dan menarik pelaburan asing masuk. Ini semua adalah kejayaan model ekonomi sekarang (atau lama?) yang bergantung kepada kos tenaga buruh/pekerja yang rendah.

Kalau begitu- mengapa mahukan model ekonomi baru? Jawapannya kerana apa yang menjadi punca kejayaan ekonomi semenjak 25 tahun dahulu, kini menjadi punca masalah ekonomi sekarang.

Kuasa membeli rakyat Malaysia semakin berkurang. Kos sara hidup semakin meningkat. Harga barang naik. Tapi gaji tak berubah.Nak tukar kerja- tak ada kerja sangat. Nak subsidi memerlukan jumlah wang yang banyak. Tetapi kantung kerajaan tidak bertambah. Pelaburan tak masuk. Malaysia semakin kurang kompetitif. China, India, Vietnam dan Indonesia lagi murah dari kita. Pusing punya pusing model ekonomi yang berasaskan bayaran murah sudah tidak sesuai di negara kita.

Bagaimana ini boleh terjadi? Bersambung di bahagian dua..............


Thursday, March 18, 2010

Isu kahwin budak

Budak perempuan 11 tahun dibenarkan 'kahwin' atas alasan dah matang. Tapi pelajar-pelajar sekolah nak buat pilihanraya pilih ketua pelajar tak dibenarkan sebab kononnya masih tak matang.

Nak lagi ironi- di negara ini budak-budak umur 16 tahun (atau lagi muda) dibenarkan untuk memilih pasangan hidup tapi pada masa yang sama kena tunggu 21 tahun baru boleh mengundi bagi memilih pemimpin.

Mana pemimpin 'pembela' agama Islam? Ini tak ganggu sensitivit dan akidah umat ke?

Tuesday, March 16, 2010

3 tahun sekarang........(bhg 2)

(sambungan)

Kalau kita tanya pelajar-pelajar sekarang apakah cita-cita mereka, pasti ramai yang menjawab 'nak jadi doktor'. Obsesi nak jadi doktor setiap tahun makin bertambah. Macam biasa yang akan apply kursus perubatan jauh lagi banyak berbanding tempat yang disediakan. Akhbar-akhbar akan menyiarkan rungutan pelajar yang pandai tetapi tak dapat tempat. Iklan-iklan akan bertaburan memanggil pelajar-pelajar yang nak jadi doktor tapi tak cukup layak- cuma dengan syarat kena ada duit.

Apa kejadahnya semua nak jadi doktor ni?

Sebenarnya tak menjadi masalah pun jika pelajar bercita-cita nak jadi doktor. Apatah lagi di Malaysia yang jumlah doktor tak cukup malah kritikal. Memang benar doktor adalah kerjaya yang mulia. Malah pengajian perubatan adalah bidang yang penting. Tetapi hanya kerana ia bidang yang penting tidak bermakna bidang lain tidak penting.

Masalah pada hari ini bila pelajar yang pandai tetapi tak minat perubatan pun disuruh mengambil kursus perubatan. Apatah lagi pelajar yang tak minat dan tak cukup pandai- ada juga yang sibuk nak menjadi doktor.

Yang jadi masalah bila kerjaya sebagai doktor dijadikan ukuran kejayaan oleh masyarakat termasuk ibu bapa sehingga memaksa pelajar-pelajar sekarang mengenepikan minat mereka.

Ibu bapa pada hari ini suruh anak belajar pandai-pandai supaya dah besar nanti boleh jadi doktor. Bagi yang kurang pandai, ada ibu bapa yang sanggup membayar sendiri kos pengajian perubatan untuk menghantar anak mereka belajar kursus perubatan. Cikgu juga begitu dengan memberikan nasihat yang sama. Pelajar yang pandai- cikgu galakkan ambil kursus perubatan. Itu tak dikira dengan persepsi rakan-rakan yang menganggap menjadi doktor adalah penanda aras kepandaian seseorang. Siapa belajar perubatan- dialah yang pandai di kalangan rakan-rakannya.

Perkara ini diteruskan lagi dengan penghormatan yang diberikan oleh masyarakat kepada kerjaya seorang doktor. Menurut kajian pun doktor adalah orang yang paling dipercayai. (untuk rekod, politikus adalah orang paling tidak dipercayai). Ini secara tidak langsung menyebabkan kerjaya doktor menjadi tarikan yang kuat kepada pelajar-pelajar.

Yelah, siapa yang tak nak jadi doktor kan. Dahlah susah nak dapat tempat, boleh 'up' dengan kawan-kawan, jadi kebanggaan ibu bapa malah masyarakat pandang tinggi pulak tu!

Di akhirnya matlamat pelajar pada hari ini pergi ke sekolah seolah-olah hanya satu iaitu- belajar pandai-pandai untuk jadi doktor. Adakah ini pandangan yang betul? Bagi saya ini pandangan yang salah.

Bagi pelajar yang betul-betul minat dan mempunyai semangat nak jadi doktor- saya tidak kisah. Malah saya berharap mereka diberikan peluang. Tetapi saya kasihan bagi yang tak minat dan sibuk nak jadi doktor. Bagi saya mereka ini adalah mangsa kepada 'persaingan.' Kenapa saya katakan begini?

Kita perlu jujur bahawa ibu bapa yang mahukan anak mereka jadi doktor sebenarnya mahukan 'security' dan jaminan terhadap masa depan anak mereka. Niat mereka ikhlas dan bagus. Dengan jadi doktor, anak mereka akan bergaji selesa (bukan mewah) dan paling penting- peluang pekerjaan menanti.

Ibu saya pun pernah berkata " Even kalau tengah perang pun orang cari doktor." Ayah saya pula cakap " Sebelum bukak bisnes, jadilah doktor dulu. At least kalau bisnes kau lingkup, kau senang nak bangun balik."

Saya tidak ada statistik untuk menyokong kata-kata kedua ibu bapa saya tetapi bagi saya logiknya kuat. Tetapi kesimpulannya ialah punca mengapa ibu bapa berlumba-lumba mahukan anak mereka jadi doktor adalah kerana kerjaya seorang doktorlah yang dapat memberikan jaminan dan 'security'. Setakat yang saya tahu tidak ada mana-mana kerjaya lain yang mampu memberikan jaminan seperti ini. Inilah apa yang bermain di fikiran ibu bapa sekarang dan juga di fikiran pelajar-pelajar kita sebenarnya.

Dengan mempunyai jaminan, persaingan sudah tidak menjadi kerisauan bagi mereka.

*
Sebelum saya menyambung tulisan ini (yang tak tahu bila nak sambung- sibuk nak final ni), apa kata para pembaca sekalian?

Mungkin kita boleh berdiskusi!

Saturday, March 13, 2010

3 tahun dahulu.........(bahagian 1)


Keputusan SPM keluar lagi. Ceritanya tetap sama. Skrip pun tak berubah. Yang terbaik akan dipublisitikan. Yang susah tetapi berjaya akan dijadikan bahan berita. Setiap tahun begini. Watak sahaja yang berubah. Kalau ada yang berubah pun ialah tahun ini ada gred A+.

Bila melihatkan kepada semua ini saya teringat 3 tahun yang lepas- masa itu giliran saya di tempat mereka mengambil keputusan SPM. Memandangkan baru sahaja balik daripada berkhidmat untuk negara (PLKN la woit), maka saya tidaklah begitu berdebar menanti keputusan. Maklumlah perasaan gembira masih menebal.

Masa itu pun saya tidak tahu apa hala tuju selepas SPM. Senang cakap- tak ada cita-cita. Oleh itu saya hanya mengikut arus semasa (go with the flow). Saya lihat kawan-kawan saya yang cemerlang semuanya mahu ke oversea dan mengambil jurusan perubatan. Ibu bapa saya pun kuat melobi agar saya meneruskan pelajaran dalam bidang medic (istilah popular). Memandangkan keputusan SPM saya agak baik, saya pun mintaklah medic. Nak kata minat- haram tak pernah fikir pun jadi seorang doktor. Tapi dah tak tahu nak jadi apa, mintak je lah...

Dipendekkan cerita, lalu saya ditawarkan ke Mesir untuk belajar medic. Untuk itu saya diarahkan mengikuti kursus persediaan. Terpaksalah saya menjadi 'pak arab' selama dua bulan. Nak kata speaking arab tu bolehlah runcit-runcit. Segalanya tampak saya bakal ke Mesir untuk jadi doktor.

Namun entah macam mana lagi dua minggu nak 'fly', saya rasa sesuatu yang tak kena. Dalam hati persoalan yang berligar ialah 'betul ke keputusan aku ni?'. Macam saya cakap tadi, saya tak minat pun. Puas jugalah saya pergi berjumpa dengan doktor- bukan untuk rawatan tetapi untuk melihat kehidupan seorang doktor. Tanya itu ini pung pang pung pang- daripada subjek yang akan dipelajari hinggalah kepada berapa tangga gaji. (paling tak boleh blah ialah saya siap menonton drama Greys Anatomy dan House.)

Tak cukup dengan itu saya menemu ramah kawan-kawan saya yang sedang belajar di Mesir. Kali ini pun pung pang pung pang pasal kehidupan Mesir. Maklumlah nak tahu keadaan sebenar di sana. Berapa currency di sana, kos sara hidup tinggi ke tak, mana tempat menarik nak berjalan, internet laju ke tidak, ada pawagam ke, peh- semuanya saya tanya.

Di akhirnya benarlah kata orang ignorance is bliss. Makin banyak yang saya tahu makin saya risau dan taknak pergi. Dan sebenarnya saya hanya mencari sebab untuk saya tak nak pergi belajar medic di Mesir. Hakikatnya saya memang telah membuat keputusan yang silap. Saya tahu saya tidak minat medic walaupun sebenarnya saya tidak tahu apa yang saya minat. Ia seolah-olah kita tahu kita tidak sukakan seseorang- bukan kerana kita suka kat orang lain tetapi kita belum jumpa ornag yang kita suka. (cilakak, ayat jiwang).

Mungkin ia adalah keputusan yang paling drastik yang saya pernah buat. Maklumlah lagi 2 minggu nak pergi. Sedara mara semua dah tahu. Kawan-kawan apatah lagi. Barang-barang pun dah ada yang dibeli. Tetapi saya tahu- kalau saya pergi, ia adalah satu kesilapan. Orang boleh berkata apa sahaja tetapi mereka yang berkata-kata tidak pernah faham. Mujur ibu bapa saya memahami. Untuk itu saya amat berterima kasih kepada mereka kerana merestui keputusan saya tidak pergi ke Mesir belajar medic. Terima Kasih.

*
3 tahun sudah berlalu. Saya masih di Malaysia. Belajar di sini. Tetapi saya sudah tahu apa yang saya minat. Dan apabila saya lihat kembali diri saya tiga tahun yang lepas saya memahami satu perkara. Bagaimana sistem pendidikan kita, persepsi masyarakat kita, dan ditambah lagi dengan tuntutan sistem ekonomi kapitalis yang menentukan cita-cita kita- bukan kita.

bersambung..........


ps: sekali sekala cerita kisah hidup apa salahnya kan? hehe

Thursday, March 11, 2010

Manchester United $-0 AC Milan (sengaja tekan butang shift)

Ini entri balasan kepada entry pipiyapong kelmarin.

Biar betul Pakcik Arsene berharap nak lawan MU suku akhir nanti?

Tak serik betul orang tua ni...

Amacam? Pilu tak tak masuk suku akhir? Pergi main kat liga Slovakia la..keh3

Sunday, March 7, 2010

Utusan: ooooo Utusan

Saya adalah insan yang rajin membaca surat khabar. Setiap hari tanpa gagal saya akan membaca NST dan The Star. Ops, jangan salah sangka- saya hanya membaca- bukan mempercayai. Membaca dan mempercayai apa yang dibaca adalah dua perkara yang berbeza. Ia samalah seperti kita menonton rancangan Senario- kita tahu lawaknya lawak bodoh tetapi masih kita tonton. Sebab kalau tak tonton macam mana nak tahu bodoh ke tidak kan?

Sudah lama saya tidak membaca Utusan Meloya. Akhbar ini dikatakan sebagai penyebar fikiran rakyat. Kalau inilah tahap fikiran yang ingin disebarkan, bayangkan betapa bodohnya rakyat Malaysia akan jadi. Sebab itulah saya berhenti dari membaca. Takut menjadi bodoh.

Hari ini saya punyai kekuatan untuk menguji fikiran saya. Saya membaca Utusan. Sudah tentu saya hanya baca. Saya tidak mungkin akan membeli akhbar ini. Akhbar bernama Utusan Meloya ini berjaya mengekalkan prestasi tanpa gagal sebagai akhbar paling tak laku di kedai runcit, kedai mamak mahupun di 7-eleven. Saya kagum. Ops, kekaguman saya bukan kepada Utusan sebaliknya kepada warga kita yang membuat keputusan untuk tidak menjadi bodoh dengan tidak membelinya.

Berbalik kepada pembacaan saya- saya dapati Utusan memang tidak berubah dan saya berani bertaruh Utusan tetap akan menjadi akhbar paling sampah selepas bacaria, perdana dan kahbar-akhbar separa seks yang lain. Mengapa saya berkata demikian?

Mari kita baca artikel-artikel yang disiarkan di Utusan setiap hari Ahad selama 3 minggu ini.

*

Minggu Pertama: 21/02/2010

HOMOSEKSUAL MENAKUTKAN- klik sini

Minggu Kedua: 28/02/2010

KISAH GAY DI MALAYSIA- klik sini

KEBANGKITAN ANTI-HOMOSEKSUAL- klik sini

Minggu Ketiga: 07/03/2010

PERKAHWINAN TERLARANG- klik sini

*

(Untuk perhatian: semenjak 3 minggu yang lepas, 'kebetulan' pula kes sodomi Anwar Ibrahim sedang berlangsung. Entah macam mana Utusan berminat mengutarakan isu mengenai gay dan homoseksual pula. Rasanya hanya yang bodoh sahaja tidak faham tujuan mengapa Utusan menyiarkan artikel-artikel di atas.)

Kepada Utusan- Rakyat Tidak Bodoh.



ps: artikel ini pasal integriti Utusan bukan pasal Anwar atau sodomi.

pss: saya berjanji akan kembali rajin mengupdate blog mulai esok. Terima Kasih kepada semua.

Tuesday, March 2, 2010

The so-called 'Holy' War

GADAFFI DECLARES 'HOLY WAR' ON SWISS

BENGHAZI, Libya (Reuters)- Libyan leader Moammar Gadhafi called on Thursday for a "jihad" or armed struggle against Switzerland, which he called an infidel state that was destroying mosques.

"Any Muslim in any part of the world who works with Switzerland is an apostate, is against [the Prophet] Muhammad, God and the Koran," Col. Gadhafi said during a meeting in the eastern Libyan city of Benghazi to mark the prophet's birthday.

"The masses of Muslims must go to all airports in the Islamic world and prevent any Swiss plane landing, to all harbors and prevent any Swiss ships docking, inspect all shops and markets to stop any Swiss goods being sold," Col. Gadhafi said.

Libya's relations with Switzerland broke down in 2008 when a son of Gaddafi was arrested in a Geneva hotel and charged with abusing domestic servants

When people declare war on others (especially using religion as a tool), they believe themselves to be just.

They believe that God is on their side.

Truth is, God knows they are insane.


ps: using God, Prophet and Religion as an instrument is the worst act of heretics.