Friday, May 21, 2010

KL- Melbourne


Dah penat bersembang hangat pasal judi, apa kata tengok gambar-gambar yang gua amek kat Melbourne tempoh hari. Ok?










































ps: lepas ni gua nak jalan mana pulak? Bagi cadangan.

Isu Lesen Judi- Lagi

1. Terima Kasih di atas pandangan yang kritikal. Saya gembira kerana semua yang memberi komen tidak mudah melabel sebaliknya mengupas isu yang diberikan.

2. Namun saya sedikit sedih apabila ada yang sanggup menjadi ekstremis dan berbangga dengan 'negara-negara Islam' seperti Turki, Iran dan Arab Saudi. Saya tidak pasti sama ada mereka pernah ke sana. Namun saya diberitahu betapa islamiknya negara ini sehinggakan perempuan muslim tidak dibenarkan memandu, bekerja, dan memakai tudung di univeristi.

3. Mungkin negara-negara ini boleh dijadikan model negara islam.

4. Tetapi adakah kita mahu menjadi sebegitu?

5. Lebih mendukacitakan, ada pembaca yang tidak kisah negara ini tidak maju asalkan tidak bertentangan dengan Islam. Sebenarnya mentaliti inilah yang perlu diubah. Mentaliti yang pernah dijajah di mana 'biarlah tak maju'.

6. Mereka selalu berkata Islam tidak menghalang kemajuan bahkan Islam adalah agama yang maju. Namun apabila beberapa perkara yang perlu dikompromi untuk kemajuan, mereka tolak. Bukankah Islam itu memudahkan dan kompromi dibenarkan? Dalam kewangan Islam pun ada syarat yang dilonggarkan untuk menyesuaikan dengan realiti sebenar.

7. Pemberian lesen judi ini adalah jalan tengah (middle path) antara kedua golongan ekstremis. Di antara golongan yang tentang habis-habisan kegiatan judi dan juga golongan yang gian berjudi. Ia adalah kompromi yang terpaksa dibuat. Samalah seperti di Kedah dan di Selangor apabila ladang babi dibuka. Ada yang menentang dan ada yang menyokong. Adakah ini bermaksud makan babi dibenarkan oleh orang muslim?

8. Kembali ke Malaysia, sungguhpun lesen judi diberikan, orang islam masih tidak dibenarkan berjudi. Lesen itu diberikan kepada orang bukan muslim dan untuk orang bukan muslim. Sudah jelas, hukum yang haram tetap haram. Macam lesen memandu- siapa yang ada lesen baru boleh bawak kereta. Yang tak ada lesen mana boleh. Sekarang ni orang muslim dapat lesen ke untuk main judi?

9. Yang kita mungkin boleh pertikaikan kenapa monopoli lesen judi diberikan kepada seorang individu. Vincent Tan pun bukannya genuine entrepreneur.

10. Judi haram telah menjana ekonomi gelap (underground economy) sebanyak berbilion ringgit. Kerajaan tidak mendapat satu sen pun malah kerugian dalam bentuk pengaliran wang ringgit ke luar negara. Penguatkuasaan undang-undang dan usaha membanteras kegiatan ini juga menelan kos yang tinggi. Duit siapakah semua ini kalau bukan duit rakyat?

11. Sekalipun polis malah FRU digunakan untuk menghapuskan kegiatan judi dengan menangkap orang ramai- bukankah ini seperti kerajaan mengawal moral masyarakat dan individu?

12. Kita bukan main marah apabila Tun Dr Mahathir menangkap orang ramai berdemonstrasi atas alasan tidak demokratik. Kerajaan tidak menghormati hak asasi rakyat. Tetapi apabila kerajaan cuba menjadi demokratik dengan memberikan lesen judi, kita mahukan tindakan yang tidak demokratik. Di mana perjuangan hak asasi?

13. Benarkah kita perjuangkan agama? Hak asasi? Atau kita sekadar menentang kerajaan for the sake of opposing?

Thursday, May 20, 2010

Noktah Sebentar- Isu Lesen Judi

Secara prinsipnya, memberi lesen judi adalah bertentangan dengan ajaran agama. Judi juga merupakan masalah sosial di dalam masyarakat.

Namun dunia ini bukan utopia- keadaan yang sempurna. Manusia tidak semuanya baik- tidak berjudi, tidak merompak, tidak membunuh, etc,etc. Malah dengan kewujudan undang-undang sekalipun masalah seperti judi, pelacuran, pembunuhan dan rompakan tetap berlaku.

Apa yang berlaku di Malaysia ialah begitu ramai orang berjudi secara haram. Termasuk juga orang Islam. Suka ataupun tidak- bagi lesen ke tak bagi lesen ke, orang rama masih berjudi.

Disebabkan judi yang tidak berlesen bermakna tidak ada undang-undang untuk yang mengawal selia apa yang boleh dan apa yang tidak bagi operator dan pemain. Ia ibarat industri koboi. Sesiapa sahaja boleh buat suka hati. Malah ada kes di mana syarikat perjudian yang menipu 'pelanggannya' dengan membawa lari wang tersebut. Apabila aduan dibuat, tindakan tidak boleh diambil kerana tiada peruntukan undang-undang.

Dengan 'menghalalkan' perjudian, setidak-tidaknya pelanggan dapat dilindungi dengan undang-undang. Dalam erti kata lain industri perjudian boleh dikawal selia seperti mana industri perbankan yang ada undang-undangnya sendiri.

Memberi lesen judi sekalipun adalah langkah yang bertentangan dengan prinsip, tetapi ini adalah pilihan terbaik yang kita ada. Mana lagi bagus- lesen tidak diberikan, judi illegal, orang kena tipu dengan syarikat? Atau lesen diberikan, judi jadi legal, 'pengguna' dilindungi dengan undang-undang dan kerajaan dapat income serta mengwal industri ini?

Dua-dua pilihan adalah salah tetapi jika disuruh membuat pilihan juga, mana yang less evil? Samalah macam nak pilih Barisan dan Pakatan- dua-dua tidak bagus mana. Tapi mana lagi teruk.

Paling penting yang perlu difahami ialah Malaysia adalah negara berbilang bangsa dan agama. Ini statement cliche tetapi ramai tidak memahami betul-betul statement ini. Di negara ini kita perlu menerima gaya hidup mereka yang tidak sama dengan kita. Judi, minuman keras dan babi bukan cara hidup kita tetapi ini cara hidup mereka.

Kita boleh bersentimen tentang isu lesen judi ini. Tetapi sila belajar dari isu sebat kartika, isu arak di Selangor, dan isu kalimah Allah. Apa yang kita dapat selepas isu-isu ini dimainkan? Adakah kita menjadi semakin islamik? Tidak. Yang berlaku ialah masyarakat semakin divided dengan satu pihak ekstrem satu pihak liberal. Tidak ada jalan tengah dan kompromi. Hasilnya- kita cuba menjadi manusia hitam dan putih. Kau salah aku betul. Kau masuk neraka aku masuk syurga.

Percayalah, menghalang apa yang mereka percaya atas alasan agama sebenarnya hanya menunjukkan betapa tidak beragamanya kita. Yang penting apa yang dilarang oleh agama kita janganlah dibuat. Kenapa perlu risau lesen judi diberikan kalau pegangan kita kuat?

Saya mungkin dituduh tak islamik, etc,etc. Sebelum label-melabel diberikan, saya sangat hargai jika anda memberikan cadangan dahulu. Mana tahu lebih less evil dari memberi lesen judi. Tak gitu?

Wednesday, May 19, 2010

KL-Sydney



































Dah lama dah sebenarnya gua nak pergi berjalan ke negara orang. Dan ini memang hobi gua. Masa gua form 4 dan form 5, gua jalan bangladesh. Dari situ gua kenal erti kesusahan. Tahun lepas gua jalan Singapura, dari situ banyak jugak gua belajar. Jadi tahun ni gua plan nak jalan jauh sikit.

Asalnya gua dah beli tiket pergi Abu Dhabi. Tapi entah macam mana flight cancel. Rezeki gua dapat jalan ke Melbourne dan Sydney. Memang durian runtuhlah memandangkan gua hanya bayar RM350 je untuk tiket pergi balik. Kalau kawan baik Tony Fernandes pun belum tentu boleh dapat rate ni.

Gua bertolak hari rabu jam 2 petang. Sampai sana 2 pagi. Cuaca sikit punya sejuk sampai bercakap pun keluar asap. Peh- gua memang teruja bab cakap kuar asap ni. Jadi gua pun beberapa kali cakap sorang-sorang sampaikan ada mat saleh yang tengok gua dah macam orang tak betul. Gua tak kisah. Ini benda rare- kat Selayang mana nak cari.

Jam 4 pagi gua terbang pula ke Sydney. Memang letih. Lagi-lagi mata sebab asyik dok usha pramugari. Taktik gua pramugari-lantai-kerusi-tingkap-pramugari-lantai-kerusi-tingkap. Dan begitulah seterusnya.

Jadi selama 2 hari gua duduk di Sydney. Apa yang gua belajar-itu semua gua akan tulis kemudian. As for now gua publishlah beberapa keping gambar yang gua rasa berpatutan untuk diletakkan kat blog ni. Nak lebih-lebih pergi cari fb gua dan tengok.

Gambar kat Melbourne kita cerita esok-esok ok?



ps: basuhbaju akan menulis mengenai trip ke Australia dalam masa beberapa hari ini. Nantikan...


Tuesday, May 18, 2010

Demokrasi Pintu Belakang

DARI ARKIB BERITA..............

Kerajaan Krygyztan Tumbang


BISHKEK 8 April – Pembangkang mengambil alih kerajaan di Kyrgyzstan dan mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini, selepas pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan yang mengakibatkan 75 orang maut di negara bekas Kesatuan Soviet ini.

Baju Merah Cetus Korban Berdarah


BANGKOK 11 April - Penunjuk perasaan antikerajaan hari ini mempertahankan kedudukan mereka di serata Bangkok dan menolak rundingan dengan kerajaan, selepas konfrontasi selama sebulan mencetuskan pertempuran yang meragut 21 nyawa dalam keganasan politik terburuk di Thailand sejak hampir dua dekad lalu.


*
Salah satu fungsi demokrasi ialah menubuhkan kerajaan melalui pilihanraya. Walaupun demokrasi bukanlah berkisar mengenai pilihanraya semata-mata namun pilihanraya adalah satu-satunya cara bagi orang ramai memilih kerajaan secara sah dan mengikut undang-undang.

Memang benar di dalam proses pilihanraya kita selalu mendengar ketidakadilan berlaku. Apatah lagi jika pilihanraya tersebut diadakan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Tetapi ini tidak bermakna pilihanraya tidak diperlukan dalam memilih kerajaan. Kita perlu pilihanraya.

Ada yang berpendapat buat apa dijalankan pilihanraya. Kita patut pilih cara pilhan jalan raya. Cara ini lebih demokratik. Lebih melibatkan suara orang ramai.

Jika dilihat cara ini memang selari dengan garisan demokrasi. Ditambah lagi tidak ada undang-undang yang melarangnya.

Tetapi sila baca dua berita di atas- satu di Krygyztan dan satu di Thailand. Keduanya telah mengorbankan puluhan nyawa rakyat. (Malah ratusan nyawa jika diambil angka tidak rasmi).

Lebih teruk, bukan sahaja cara yang demokratik ini mengorbankan nyawa, tetapi ia tidak berkesudahan.

Di Krygyztan, ia bermula dengan Revolusi Tulip. Presiden mereka telah digulingkan melalui jalanraya. Kerajaan baru dipilih. Tetapi selepas itu muncul pula beberapa cubaan untuk menjatuhkan kerajaan yang baru dengan menggunakan pilihan jalan raya juga. Sudah tentu ada nyawa yang terkorban. Keadaan di dalam negara tidak stabil.

Di Thailand, rakyatnya menjatuhkan Thaksin Shinawatra pada tahun 2006 atas alasan korup. Namun apa yang terjadi kemudiannya adalah drama baju kuning dan baju merah. 3 perdana menteri baru silih berganti namun ia masih tidak berkesudahan. Keadaan di dalam negara tidak stabil.

Di Malaysia, kita pernah dihiburkan dengan drama 16 September. Kononnya kerajaan baru bakal ditubuhkan dengan melompat parti.

Sememangnya melompat parti tidak sama dengan pilihan jalanraya. Tetapi keduanya adalah demokrasi pintu belakang.

Menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang sememangnya demokratik. Tetapi ia menjadikan kerajaan yang baru sebagai tidak legitimate. Kerajaan yang diangkat melalui pintu belakang tidak akan berjaya membawa kestabilan politik. Politik jatuh menjatuhkan akan terus dimainkan dari satu pihak ke satu pihak.
Kesejahteraan rakyat semakin diabaikan. Sementara itu pelabur akan lari. Syarikat ditutup dan pekerja dibuang. Pelancong lari dan imej negara menjadi buruk di mata dunia.

Ini ibarat satu vicious cycle yang tidak henti. You play by the sword, you die by the sword.

Di sinilah betapa pentingnya pilihanraya. Dengan cara ini sahajalah kerajaan yang sah dapat dipilih. Lebih penting, kestabilan politik mampu dikekalkan dan negara dapat ditadbir dengan lancar

Kita mungkin tidak setuju cara pilihanraya dijalankan. Tetapi yang perlu diubah ialah caranya bukan menolak sistem pilihanraya. Samalah seperti membenci seorang muslim yang cuba menjadi polis moral. Yang perlu ditolak ialah muslim tersebut bukannya agama Islam.

Daripada kedua contoh yang saya telah berikan, sila bayangkan pula sekiranya demokrasi pintu belakang Anwar Ibrahim berlaku di Malaysia. Mungkin kita akan ke kedai mencari baju kuning atau baju merah?



ps: yang perlu diulas ialah mengenai demokrasi. Bukan soal Anwar atau Mahathir lagi. Bebaskan diri dari kepompong dua tokoh ini. Kita perlu berbincang beyond that.

Monday, May 17, 2010

Noktah Sebentar- Pilihanraya

Ada yang berpendapat sekiranya pilihanraya mampu mengubah sesuatu sudah lama ianya diharamkan. Kata-kata ini kita akan dengar sebelum pilihanraya bermula. Selalunya ia muncul dari pihak yang selalu kalah.

Memang benar pilihanraya di Malaysia terdapat banyak manipulasi. (Undi pos, persempadanan kawasan, daftar pemilih, etc, etc)

Namun di sebalik manipulasi ini keputusan pilihanraya telah berjaya membawa perubahan. 5 buah negeri dan 8 pilihanraya kecil adalah bukti bahawa pilihanraya mampu mengubah sesuatu.

Yang hairannya pihak yang sering berkata sedemikian tidak pula berkata begitu selepas parti sokongannya menang. Malah berbangga menggunakan keputusan pilihanraya tersebut sebagai petanda angin perubahan telah muncul.

Adakah pilihanraya tidak mampu mengubah sesuatu atau mereka sendiri yang tidak mampu memenangi pilihanraya?

*

Ada juga yang tidak percaya konsep bernegara. Bagi mereka kewujudan negara hanya membawa masalah. Pegangan anarki mereka kita patut hormati. Hidup ini bukan hitam dan putih sebaliknya berwarna warni.

Namun yang hairannya mereka begitu berminat mengikuti dan membuat analisis mengenai pilihanraya.

Bukankah pilihanraya adalah asas kepada pembentukan sebuah kerajaan di negara yang demokratik?

Sunday, May 16, 2010

Democracy and condom

Ini adalah percubaan pertama saya memasuki pertandingan short film. Democracy Video Challenge adalah pertandingan yang diadakan di seluruh dunia. Penganjurnya adalah US Embassy.

Video yang saya arahkan ini hanya mengambil masa 8 jam untuk siap. Itupun di hari akhir submission baru buat. Muzik background tak berapa kena malah terlalu banyak aspek teknikal yang boleh diperbaharui.

Senang cerita video ini bertaraf amatur.

Tanpa dijangka, video saya telah memenangi tempat kedua di Malaysia. (Hanya kalah kepada Linus Cheong yang saya kenal sebagai professional filmmaker dan juga krew Yasmin Ahmad.)

Malaysia merupakan negara kedua selepas China yang paling banyak menghantar penyertaan. Keseluruhan video berjumlah 900 lebih.

Saya bersama-sama 2 lagi wakil Malaysia telah menjadi semifinalist peringkat Asia Tenggara.

Namun, ketika saya sedang berjogging dari Sydney Opera House ke Harbour Bridge, saya diberitahu video saya gagal memasuki ke peringkat akhir.

Saya ingin tujukan kepada semua pembaca blog BasuhBaju yang secara tidak langsung memberi saya ilham kepada makna demokrasi.

Walaupun kecewa kerana terlepas peluang ke New York, Wahington dan Hollywood- saya tetap berbangga di atas pencapaian ini. :)

Ini adalah video saya: Sila enjoy dan kritik. Ok, chow dulu. Sekali lagi gua online dari CC. Damn...