Apa itu rasis?
Soalan yang cukup mudah. Dan selalu juga kita dengar. (lagi-lagi semenjak PRU 12). Tapi pernah atau tidak kita bertanya pada diri sendiri apa yang dikatakan sebagai rasis?
Contohnya berita seperti "90% orang melayu masih makan gaji." Atau berita seperti "70% penghidap kanser pangkal rahim ialah kaum cina." Bagaimana pula dengan berita "Orang india antara penyumbang tertinggi kes jenayah."
Ada sesetengah orang berkata ini rasis. Mereka berpendapat tidak perlu melihat sesuatu perkara itu pada bangsanya. Lebih baik dirujuk kepada 'bangsa Malaysia'. Ini lebih baik kata mereka. Hujah ini ada meritnya jika kita tidak sukakan label yang memisah-misahkan kita.
Tetapi adakah ianya menyelesaikan masalah? Jawapannya tidak.
Kadangkala kita perlu merujuk sesuatu perkara dengan bangsanya. Kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa setiap bangsa mempunyai cara dan keadaannya tersendiri. Ini pun yang menjadikan setiap bangsa itu unik dan berbeza. Dan dari situ kita dapat mengkaji punca dan sebab berlakunya perkara tersebut.
Contohnya mengapa orang india paling banyak melakukan jenayah. Mungkin ada kaitan dengan taraf hidup orang india yang masih ketinggalan di Malaysia. Begitu juga mengapa orang cina paling banyak menghidap kanser pangkal rahim. Mungkin dalam ilmu perubatan, orang cina mempunyai 'gen-gen' yang lain daripada bangsa lain hasil daripada gaya hidup mereka. Samalah juga mengapa orang melayu masih ramai yang makan gaji. Mungkin budaya hidup orang melayu dari nenek moyang lagi yang bukan dari orang pandai berniaga.
Cuba bayangkan jika kita rujuk masalah-masalah ini sebagai 'bangsa malaysia'. Adakah kita dapat mencari puncanya?
Jadi, adakah merujuk sesuatu perkara dengan bangsa dikatakan rasis?
Ada yang berkata lebih baik menyeru kepada negara secara kolektif untuk maju. Bukan menyeru kepada bangsa. Ini logik mudah. Kalau bangsa tak maju, bagaimana negara nak maju? Kalau orang melayu tidak maju, adakah Malaysia dikira sudah maju? Kalau orang india masih ketinggalan, apa maknanya kemajuan di Malaysia?
Sekalipun kita menyeru kepada negara dan bukan bangsa, kita tidak akan lari dari berkata tentang bangsa ini dan bangsa itu. Mengapa? Kerana sekali lagi hakikat bahawa negara kita ialah berbilang bangsa.
Sebenarnya yang rasis ialah apabila kita menghasut kebencian kepada kaum lain dalam menyeru kemajuan bangsa kita. Contohnya seperti kata-kata 'kita akan dihalau' dan 'kaum pendatang yang jadi tuan'. Ini baru dikatakan rasis. Seruan apa begini yang menakut-nakutkan. Bukannya membawa kepada kebaikan tetapi kepada kepada kebencian. Bagaimana nak maju dalam kebencian?
Oleh itu, jika kita menyeru dengan baik, tanpa menghina dan menakut-nakutkan bangsa kita, ia bukanlah perkara yang rasis. Samalah seperti menyeru Berbatov bermain bola dengan baik demi kemajuan MU tanpa perlu menghasutnya membenci Rooney yang tengah on-form.
Jadi, apa garisan rasisme di mata anda?
Soalan yang cukup mudah. Dan selalu juga kita dengar. (lagi-lagi semenjak PRU 12). Tapi pernah atau tidak kita bertanya pada diri sendiri apa yang dikatakan sebagai rasis?
*
Adakah rasis apabila kita merujuk sesuatu perkara itu dengan bangsanya?Contohnya berita seperti "90% orang melayu masih makan gaji." Atau berita seperti "70% penghidap kanser pangkal rahim ialah kaum cina." Bagaimana pula dengan berita "Orang india antara penyumbang tertinggi kes jenayah."
Ada sesetengah orang berkata ini rasis. Mereka berpendapat tidak perlu melihat sesuatu perkara itu pada bangsanya. Lebih baik dirujuk kepada 'bangsa Malaysia'. Ini lebih baik kata mereka. Hujah ini ada meritnya jika kita tidak sukakan label yang memisah-misahkan kita.
Tetapi adakah ianya menyelesaikan masalah? Jawapannya tidak.
Kadangkala kita perlu merujuk sesuatu perkara dengan bangsanya. Kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa setiap bangsa mempunyai cara dan keadaannya tersendiri. Ini pun yang menjadikan setiap bangsa itu unik dan berbeza. Dan dari situ kita dapat mengkaji punca dan sebab berlakunya perkara tersebut.
Contohnya mengapa orang india paling banyak melakukan jenayah. Mungkin ada kaitan dengan taraf hidup orang india yang masih ketinggalan di Malaysia. Begitu juga mengapa orang cina paling banyak menghidap kanser pangkal rahim. Mungkin dalam ilmu perubatan, orang cina mempunyai 'gen-gen' yang lain daripada bangsa lain hasil daripada gaya hidup mereka. Samalah juga mengapa orang melayu masih ramai yang makan gaji. Mungkin budaya hidup orang melayu dari nenek moyang lagi yang bukan dari orang pandai berniaga.
Cuba bayangkan jika kita rujuk masalah-masalah ini sebagai 'bangsa malaysia'. Adakah kita dapat mencari puncanya?
Jadi, adakah merujuk sesuatu perkara dengan bangsa dikatakan rasis?
*
Kemudian adakah rasis jika kita bercakap tentang nasib sebenar bangsa kita? Adakah menyeru kepada sesuatu bangsa ke arah kebaikan dan kemajuan dianggap rasis?Ada yang berkata lebih baik menyeru kepada negara secara kolektif untuk maju. Bukan menyeru kepada bangsa. Ini logik mudah. Kalau bangsa tak maju, bagaimana negara nak maju? Kalau orang melayu tidak maju, adakah Malaysia dikira sudah maju? Kalau orang india masih ketinggalan, apa maknanya kemajuan di Malaysia?
Sekalipun kita menyeru kepada negara dan bukan bangsa, kita tidak akan lari dari berkata tentang bangsa ini dan bangsa itu. Mengapa? Kerana sekali lagi hakikat bahawa negara kita ialah berbilang bangsa.
Sebenarnya yang rasis ialah apabila kita menghasut kebencian kepada kaum lain dalam menyeru kemajuan bangsa kita. Contohnya seperti kata-kata 'kita akan dihalau' dan 'kaum pendatang yang jadi tuan'. Ini baru dikatakan rasis. Seruan apa begini yang menakut-nakutkan. Bukannya membawa kepada kebaikan tetapi kepada kepada kebencian. Bagaimana nak maju dalam kebencian?
Oleh itu, jika kita menyeru dengan baik, tanpa menghina dan menakut-nakutkan bangsa kita, ia bukanlah perkara yang rasis. Samalah seperti menyeru Berbatov bermain bola dengan baik demi kemajuan MU tanpa perlu menghasutnya membenci Rooney yang tengah on-form.
*
Di akhirnya apa sebenarnya yang dikatakan sebagai rasis? Terdapat banyak tafsiran bagi setiap individu. Ada yang berasa rasis bila kita membuat kelakar tentang keadaan bangsa lain. Ada yang berasa rasis bila kita memberitahu perkara sebenar tentang sesuatu bangsa. Malah ada yang berasa rasis untuk menyatakan apa bangsanya di borang pendaftaran.Jadi, apa garisan rasisme di mata anda?

2.png)

