Monday, August 17, 2009

Bukan Pakatan Bukan Barisan

Cara terbaik untuk membebaskan minda ialah dengan memilih tidak berparti. Bukan Pakatan Buakn Barisan. Hanya cara ini, barulah pemikiran dan penilaian kita tidak terikat dengan perjuangan sesuatu parti. Hanya cara ini barulah kita boleh berfikir dengan rasional. Hanya cara ini barulah kita dapat melihat apa yang benar dan apa yang salah. Hanya cara ini....

Apa pandangan anda?

Sunday, August 16, 2009

Kebebasan bersuara dan hak untuk bersuara

AMENDANYA KEBEBASAN BERSUARA NI? TAK FAHAMLAH...........

1- Begitu ramai yang berselindung di sebalik nama 'kebebasan bersuara' apabila cuba menyuarakan pendapat. Semakin mengarut dan mencarut pendapat itu, semakin kuat mereka akan menjerit mengenai kebebasan bersuara.

2- Selalunya mereka yang berbuat begini ialah mereka yang tidak tahu untuk mempertahankan pendapat mereka. Apa yang mereka boleh lakukan untuk melepeaskan diri ialah dengan hanya berkata 'ini kebebasan bersuara. Setiap orang bebas untuk bersuara.'

3- Benarkah kebebasan bersuara itu wujud?

4- Sebenarnya tidak wujud kebebasan bersuara di dunia ini. Pergilah ke mana-mana negara sekalipun. Kebebasan bersuara tidak pernah ada. Ia hanyalah suatu fantasi dan angan-angan.

5- Tidak percaya? Pergi ke Amerika (negara bebas) dan sila jerit yahudi patut dihapuskan di bumi ini. Pergi ke eropah dan cakap di khalayak ramai yang holocaust hanya mitos. Pergi ke negara arab, cuba jerit Nabi Muhammad ialah pengganas. Pergi ke Malaysia dan cakap kat orang melayu bahawa raja melayu patut dihapuskan. Apa yang akan kita dapat?

6- Kalau masih tidak yakin- sila bayangkan ada seorang datang kepada anda dan berkata 'mak ayah kau bacul'. Masa ni mesti rasa macam nak pelempang je mulut dia. Tapi tiba-tiba dia sengih dan cakap 'rilekslah bro. Ini kebebasan bersuara.' Masih nak kata kebebasan bersuara itu ada? Karutlah........

7- Yang patut kita fahami ialah hak untuk bersuara. Setiap manusia berhak untuk bersuara. Setiap warga ada hak untuk menyuarakan pendapatnya. Setiap insan ada hak untuk meluahkan pandangannya. Namun hak ini tidak datang dengan kebebasan. Hak untuk bersuara tidak bermakna kita boleh bersuara tentang apa sahaja di minda kita. Masih ada perkara yang kita terikat untuk tidak bercakap bebas.

8- Ada perbezaan yang jelas di antara kebebasan bersuara dan hak untuk bersuara. Sila fikir dan fahami. Jangan nanti bila nak bersuara nampak macam sombong bodoh. Sudahlah tidak tahu, nak marah-marah pulak bila dah salah.

9- Ingat, kita ada hak untuk bersuara di muka bumi ini tetapi kita tidak ada kebebasan bersuara dalam hidup.

10- Ingat, ini tidak bermakna kita tidak boleh bercakap langsung tentang apa-apa perkara. Tetapi bukan semua perkara boleh kita ucapkan. Apa yang boleh dan apa yang tidak- itu yang menjadi persoalan. Namun yang pasti- cakaplah dengan menggunakan akal. Bukan lutut.

Friday, August 14, 2009

PPSMI lagi....

PAK SAMAD USUL DEMO ANTI-PPSMI - malaysiakini

Datuk A Samad Said akan mengutarakan cadangan berdemonstrasi sekali lagi bagi mendesak pemansuhan serta-merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam satu mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) hujung minggu ini.

**************************************************************************************************
1- PPSMI datang lagi. Dari orang yang sama. Kenapa isu ni tak pernah-pernah nak habis? I wonder why.

2- Sejak kerajaan membuat keputusan hapuskan PPSMI, saya agak terkejut kerana mendapati ramai rupanya yang mahukan dasar ini dikekalkan.

3- Bukti satu- 85 ribu daripada 100 ribu pengunjung blog Dr Mahathir mahukan dasar ini dikekalkan.

4- Bukti dua- persatuan Ibu Bapa juga mahukan dasar ini dikekalkan.

5- Bukti tiga- banyak sekolah-sekolah sudah adakan EGM tergempar dan meluluskan resolusi supaya mahukan PPSMI dikekalkan.

6- Ini merupakan bukti untuk mereka yang pro-PPSMI. Bagi saya dalam isu PPSMI ini tak ada satu pihak pun yang boleh dakwa mereka mewakili suara majoriti. Dalam UMNO- ada yang sokong, ada yang tidak. Dalam Pakatan pun, ada yang sokong, ada yang tidak. Tanya pakcik-pakcik duduk di luar bandar sekalipun, ada yang sokong dan ada yang tentang. Dua-dua lebih kurang.

7- Tapi yang saya bengang ialah di akhirnya suara pelajar tidak langsung diambil peduli. Pernah tak kita terfikir untuk bertanyakan pada adik-adik kita? Pernah tak kita selidiki apakah medium yang mereka mahukan? Yang nak belajar nanti siapa? A Samad Said ke? Ahli-ahli GAPENA ke? Khairy Jamaluddin ke? Anwar Ibrahim ke?Tidak.

8- Pelajar juga di akhirnya yang menjadi mangsa. Kejap kena belajar dalam BM, kejap kena dalam BI, kejap dalam BM balik. Woit! Kenapa tak buat referendum di kalangan semua pelajar? Biar mereka pilih. Biar mereka tentukan nasib mereka. Kenapa nasib mereka perlu diletakkan di tanagn politikus, sasterawan dan ibu bapa?

9- Secara jujur, saya cukup kesian dengan pelajar-pelajar sekarang. Mujur saya sudah tamat sekolah. Tetapi saya mempunyai tiga orang adik yang masih bersekolah. Kalaulah saya punyai banyak wang, mahu saja saya hantar mereka ke sekolah antarabangsa. Biarkan mereka tidak berasa di bawah sistem pendidikan yang flip flop. (untuk rekod, sejak keputusan memansuhkan PPSMI dibuat, sekolah-sekolah antarabangsa menerima kenaikan 100% jumlah permohonan. Ini maknanya apa?)

10- Saya ada cadangan- kenapa tidak diberi autonomi sahaja kepada setiap sekolah? Biarkan sekolah pilih sendiri sama ada mahukan PPSMI ataupun tidak. Sekolah lebih tahu kemampuan guru-guru dan pelajarnya. Malah dengan cara ini, ibu bapa ada pilihan. Yang nak anak mereka belajar dalam BI, pergilah hantar ke sekolah yang meneruskan dasar PPSMI. Yang tidak mahu, boleh hantar ke sekolah yang mengajar dalam BM.

11- Saya tidak nampak mengapa perkara ini tidak boleh dilaksanakan. Kenapa? Takut sistem pendidikan kita tidak selaras? Sejak bila sistem pendidikan kita selaras? Berjenis-jenis aliran sekolah tu apa?

12- Kadang-kadang pilihan itu perlu. Dalam hal generasi pelajar sekarang, mereka perlu diberi pilihan. Ingatlah, dunia di masa hadapan adalah dunia mereka. Bukan dunia politikus. Bukan dunia ibu bapa. Apatah lagi dunia kepada sasterawan (yang menghitung hari).


ps: I've heard textbook distributora are laughing all the way to the bank. Maybe we should reveal who's behind these company which rakes billion of ringgit. Politicians perhaps? or our so-called sasterawan? I don't know........ But I've a great feeling in future I'll become a textbook distributor. This is multi-billion industry you know... Ops..

Thursday, August 13, 2009

Surat Kepada Basuh Baju

ISLAM

1- Basuh Baju,

Baru-baru ini kecoh mengenai cadangan dari Hasan Ali untuk mengharamkan penjualan arak di kawasan majoriti Muslim. Apa pandangan BB?- (Ibrahim Ali)

Ibrahim Ali,

Sebenarnya apa yang dikatakan dengan 'kawasan mojoriti Mulsim'? Adakah 99% penduduknya ialah muslim atauapun 51%? Adakah majoriti mudah ataupun majoriti dua pertiga? Kalau kita ambil majoriti mudah- maknanya satu Malaysia patut diharamkan penjualan arak memandangkan Malaysia ialah kawasan majoriti Muslim.

Mungkin satu kajian boleh dibuat dengan geran kajian diberi kepada Prof Dr Zainal Kling. (maaf, geran untuk Bumiputra sahaja) Selepas kajian dibuat. bolehlah suruh Pihak Berkuasa Tempatan mengeluarkan tender memasang papan tanda yang bertulis " Anda sekarang berada di wilayah majoriti Muslim" seperti iklan Celcom. (Maaf sekali lagi, tender hanya untuk kontraktor kelas F bumiputra sahaja).

ps: Ibrahim Ali dengan Hassan Ali adik beradik kot?

2- Basuh Baju,

Rasanya larangan menjual arak adalah tindakan yang bagus. Lepas ni tak ada dahlah orang minum arak di Selangor. Bukankah ia selari dengan Islam?- (Lebai Haji Kudus)

Lebai Haji Kudus,

Memang selari dengan Islam. Malah muslim diharamkan minum arak. Ini hukum. Saya tiada masalah dengannya. Tapi masalahnya sekarang, orang muslim kat kawasan majoriti muslim tu sendiri pun ada yang minum arak. Kalau tidak, takkan ada kedai yang jual arak kat situ.

Ikut logik kapitalis la sikit. Ada permintaan, adalah penjualan. Kalau muslim kat sana tak minum arak, juallah arak depan rumah sekalipun, mesti tak akan laku. Tapi kalau dah muslim tu sendiri minum arak, haram kat celah mana pun mereka tetap akan membelinya. Aiyyoh, macamlah Tesco jauh sangat nak pergi beli.

Jadi apa rasionalnya dengan langkah ini? Sekadar nak mencari political mileage dengan menggunakan agama.

Dekat Kelantan dan Terengganu hampir 98% penduduknya ialah muslim. Tapi tiada larangan penjualan arak dibuat. Sebab apa? Sebab tiada permintaan. Sebab apa tiada permintaan, sebab muslim di sana tak minum

ps: Remember, educate not legislate.

********************************************************************************************************
MELAYU

1- Basuh Baju,

Sekarang tengah heboh kat Utusan bahawa Anwar Ibrahim ialah pengkhianat melayu. Esok, akan diadakan perhimpunan melaungkan 'Anwar Pengkhianat' oleh UMNO dan NGO melayu. Saudara BB turun tak?- (Muhyiddin)

Muhyiddin,

Sebelum itu- perhimpunan esok ni haram ke halal?

Dari dulu lagi saya pening. Pengkhianat melayu ni apa? Macam mana seseorang itu boleh dikatakan pengkhianat? Adakah kerana menyebabkan parti BN hilang majoriti dua pertiga? Atau pengkhianat kerana menentang UMNO?

Kalau begitu, sebenarnya bukan sahaja Anwar pengkhianat, malah seluruh pemimpin PAS dan PKR termasuk ahli-ahlinya ialah pengkhianat melayu. Tak cukup dengan itu, ahli UMNO yang undi Pakatan pada pilihanraya lepas juga patut dilabel sebagai pengkhianat melayu.

Aish..kalau camtu, hampir semua orang melayu ialah pengkhianat.

ps: tak turun sebab FRU tak datang.

*****************************************************************************************************
INTERNET

1- Basuh Baju,

Dengar cerita ada cadangan nak tapis internet di Malaysia. Tujuannya untuk mengawal kandungan pornografi di kalangan warga Malaysia. Komen saudara?- ( Bill Gates- soalan telah diterjemah tanpa guna kamus)

Bill Gates,

Kenapa tiba-tiba sekarang baru sedar pasal pornografi? Pornografi ni baru wujud minggu lepas ke? Saya bukan pakar IT- jadi saya tidak tahu sama ada langkah menapis ini akan berkesan ataupun tidak.

Bagi saya, cadangan terbaik ialah menapis berita di Utusan Malaysia kerana ia kelihatan seperti majalah porno yang tidak laku di kedai runcit. Orang nak pegang pun rasa geli. Siryes tak tipu.

ps: Apa kaitan Bill Gates dengan Utusan?

****************************************************************************************************
BOLA SEPAK

1- Basuh Baju,

Rasanya Manchester City boleh menang EPL tak?- (Owen)

Owen,

Kalau beli 8 striker untuk satu team- apa kejadahnya? Takkan semua nak menyerang? Goal Keeper pun letak striker jugak ke?

ps: MU di hati.

*************************************************************************
HIBURAN

1- Basuh Baju,

Ada gosip kata Diana Danielle ada hubungan dengan Datuk B- seorang ahli perniagaan berjaya. Betul ke?- (Mama Juwie)

Mama Juwie,

Anda silap masuk blog ni...................................Next question, please!

Tuesday, August 11, 2009

Satu pandangan dari anak muda


Kita sedang menuju ke arah pencerahan.

Pada hari ahad yang lepas, saya telah turun ke Central Market untuk cakap-cakap blogger. Ini adalah kali pertama saya bertemu dengan rakan-rakan blogger dan juga para pembaca. Sejujurnya saya amat gembira dengan perjumpaan itu. Bagi saya bukan senang untuk anak-anak muda berkumpul bersama dan duduk semeja di kedai mamak untuk berbincang mengenai isu-isu berat seperti politik, ekonomi dan juga sosial. (sebenarnya tak berat pun. Pemikiran kita je yang menganggap benda-benda ni berat.) Selalunya, anak-anak muda lebih gemar bercakap tentang awek, jantan, bola dan fesyen. Tetapi kini tidak lagi. Saya silap.

Anak-anak muda atau generasi saya sudah bangun. Mereka tidak lagi dijajah dengan pemikiran mastika, URTV, mangga, Metro, dan Panca Indera. Sebaliknya mereka lebih teruja membincangkang mengenai kapitalisme, sosialisme, perpaduan Malaysia, demokrasi dan perlembagaan. Mereka mempunyai rasa ambil berat terhadap apa yang berlaku di dalam negara kita. Mereka mengkritik kerajaan dan pembangkang bukan kerana hobi. Jauh sekali ingin mendapatkan kontrak kerajaan bina jambatan. Mereka mengkritik dan mempersoal kerana mereka sayangkan negara ini. Mereka tahu- suatu hari nanti negara ini adalah milik mereka. Milik anak muda. Mereka tidak mahu orang-orang tua yang memerintah dan membuat dasar pada hari ini meninggalkan negara ini kepada mereka sebagai negara yang kacau bilai, mundur dan gagal.

Oleh itu, mereka telah memerah keringat berfikir dan berbincang mencari idea-idea untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik. Mungkin idea mereka mengarut. Mungkin cadangan mereka dilihat seperti keanak-anakan. Tetapi inilah yang dinamakan kemudaan. Muda beerti berani membuat silap. Berani untuk gagal. Setidak-tidaknya Ini lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.

Bagi saya, inilah fenomena anak muda sekarang. Walaupun masih tidak ramai anak muda sebegini, tetapi saya amat yakin jumlahnya semakin berkembang. Buktinya- lihat sahaja bllog-blog yang muncul sekarang. Kebanyakan blog-blog yang muncul datang dari golongan muda. Dan tulisan-tulisan mereka juga ada yang 'berhantu'. Siapa yang kata rakyat Malaysia tidak mampu berfikir?

Blog telah merubah segalanya. Terima kasih kepada Ronald Reagen yang membuka internet kepada dunia. Dan juga kepada pakcik blogspot. Tanpa anda, anak muda di Malaysia pasti akan terus terbuai dengan berita-berita bodoh Utusan Meloya. Tanpa anda, generasi muda kita tidak akan punyai medium untuk bersuara. Tanpa anda, pandangan anak-anak muda tidak dapat didengari.

Berbalik kepada perjumpaan tadi- begitu banyak perkara yang dibincangkan. Daripada topik santai seperti bola sepak hinggalah kepada topik serius seperti sistem ekonomi. Semuanya kami bincang. Tak ada istilah isu sensitif. Nak cakap apa- cakaplah. Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. Ada yang bersetuju, ada yang membantah. Tidak semua benda kami sependapat. Namun di akhirnya kami akan memperbaiki pandangan masing-masing. Inilah adat berdiskusi. Tidak semua pandangan kita betul. Yang mana salah, kita betulkan. Yang mana betul, kita pertahankan.

Saya begitu gembira dengan perjumpaan tempoh hari. Ia merupakan medium untuk saya menyuarakan pendapat saya. Dan juga ada insan yang ingin mendengarinya. Nak mengharapkan pandangan saya didengari oleh mereka yang berkuasa? Hmmm...samalah seperti mengharapkan Nurul izzah menjadi kakak saya.

Kita perlu membudayakan budaya berdiskusi. Lagi ramai lagi bagus. Lagi meriah lagi hebat. Biarlah kita memulakan budaya baru ini di dalam masyarakat kita. Sudah tiba masnaya kita menghentikan budaya benci-membenci. Sensitif-mengsensitif. Hanya dengan berdiskusi kita dapat atasi segala perbezaan yang wujud. Hanya dengan berdiskusi kita akan lebih memahami. Hanya dengan cara ini- barulah kita dapat membawa kepada perubahan. Setidak-tidaknya kepada mentaliti dan pemikiran kita.

Saya amat pasti cakap-cakap blogger akan diadakan lagi pada masa akan datang. Saya yakin para pembaca juga teruja untuk kita berkumpul dan berbincang bersama. Jangan risau. Cakap-cakap blogger akan berlangsung lagi!

Masih tidak percaya kita sedang menuju ke arah pencerahan?

Monday, August 10, 2009

Agama dan bangsa

Anwar Pengkhianat Melayu- Utusan Meloya

PAS desak haramkan penjualan arak di Selangor- Utusan Meloya

7 wasiat Raja Melayu- Utusan Meloya


(semuanya berita muka depan pada minggu lepas)

*************************************************************************

Selepas 51 tahun merdeka, kita masih lagi terperangkap dengan isu agama dan bangsa. Cuba kita tanya balik pada diri sendiri- adakah berita-berita seperti di atas ni menceritakan tentang masalah sebenar di negara kita?

Apa yang kita dapat dengan asyik-asyik nak bercakap pasal agama dan bangsa. Yang melayu akan cakap Anwar pengkhianat. Datang melayu lain- cakap Anwar hero mnelayu. Bertekak punya bertekak, semua gaduh pasal Anwar. Yang peliknya apa yang berubah di dalam negara kita? Ada pendapatan per kapita rakyat meningkat? Ada pelajar di Universiti jadi lagi pandai? Tarak!

Tak cukup dengan hal bangsa, datang pulak isu agama. Yang muslim tak nak arak dijual di kawasan mereka. Yang bukan muslim kata ini hak mereka untuk minum. Yang rakyat ni bertelagah sana sini. Masing-masing nak menang. Tapi apa yang kita dapat? Masalah rasuah berkurangan? Kerajaan Selangor jadi lebih telus? Pon Tarak!

.Cukuplah. Sudajlah. Lebih 51 tahun kita masih lagi nak bercakap pasal isu bangsa dan agama. Kadang-kadang tu benda kecik je. Tapi ia akan meleret sampai ke hak melayu la, Daulah Islamiyah la, etc. Tapi perkara yang lebih penting kita lupakan. Tak pernah kita nak berbincang macam mana nak jadikan negara ini ke arah yang lebih baik. Bagaimana untuk memajukan negara.- Ini soalan-soalan yang sering kita tinggalkan.

Asyik=asyik nak bukak topik agama dan bangsa. Apa yang kita dapat? Bersatu padu? Bertelgaha lagi adalah.

Woit! Tolonglah bincang pasal isu kesihatan ke, pendidikan ke, perumahan ke- setidak-tidaknya nampaklah bijak sikit rakyat Malaysia ni bila pegang surat khabar atau time tengok berita. Taklah rasa macam pegang majalah porno je bila pegang Utusan dalam LRT.


(Entry pendek. Masih letih dari berjalan di Penang. Cakap-cakap Blogger tadi best! Akan ditulis kemudian.)

Friday, August 7, 2009

Cakap-cakap Blogger

Program: Cakap-cakap Blogger

Tarikh: 9 Ogos 2009

Masa: 4 Petang hingga habis air liur nak bercakap.

Tempat: Kedai Mamak di Central Market (sederet dengan KFC dan Guardian)

Yang Hadir:

Basuh Baju

Nami O Fish

Bangun Berdiri

Ravi CWI (Tiada gambar- misteri betul)

Sila datang untuk sama-sama kita berdiskusi tentang pelbagai isu. Kita bincang politik, bincang bola, bincang sistem ekonomi, bincang benda-benda yang terlintas di kepala. Jangan takut untuk datang. Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. Makan minum sendiri-sendiri. Pakaian bebas. Pakailah apa-apa pun. Jumpa semua di sana!


ps: nanti gua akan tunjuk IC untuk buktikan gua 19 tahun. Sekarang gua berada di Penang untuk makan char kuey teow kenyang-kenyang sebelum bercakap-cakap blogger.

Coretan lepas Solat Jumaat.

Utusan Malaysia perlu diboikot. Kalau boleh dibakar- lagi bagus. Kalau guna untuk bungkus nasi lemak, nanti nasi tak sedap dan tak laku.

Siapa baca Utusan lagi sekarang?

Gua tengok kat keda-kedai sekarang, Utusan dan Kosmo adalah akhbar paling tak laku dan tak habis. Gua senyum tanda puas hati.

Gua jeling ke sebelah- nampak Harakah dan Suara Keadilan. Lebih kurang je. Satu Islamik, satu asyik-asyik pasal Anwar. Tinggal akhbar ni baik sikit sebab ditulis kat depan 'untuk ahlli sahaja'.

Baik gua baca Mastika macam ni....ops! Gila apa baca mastika? hahaha


(siapa yang faham maksud dan tujuan entry ini ditulis memang cool)

Wednesday, August 5, 2009

PakATAN- Mari mengenali budaya ATAN.


Seperti yang dijangka, rata-rata pembaca blog Basuh Baju tidak berpuas hati dengan kerajaan. Daripada masalah rasuah hinggalah kepada tidak Islamik- semuanya salah kerajaan. Tetapi adakah ini bermakna mereka pro-pembangkang? Jawapannya TIDAK semestinya.

Jika sesiapa perasan, tiga minggu yang lepas Basuh Baju ada mengajak para pembaca berdiskusi mengenai Tun Dr Mahathir- dan keputusannya....hampir kesemua memuji beliau. Baik orang UMNO mahupun PAS. Pelik kan? Benci kerajaan tetapi suka Dr Mahathir. Jadi maknanya apa di sini?

Orang ramai menyokong Pakatan (pembangkang) kerana menyampah dengan Barisan (kerajaan). Bukan kerana tertarik dan terpaut terhadap Pakatan. Jauh sekali jatuh cinta. Ini hakikat. Tidak ada auta mahupun tipu fakta.

Kalau Barisan membodoh dan memandulkan rakyat dengan agenda rasis di dalam Utusan dan BTNnya, Pakatan mengkhayalkan rakyat dengan candu 'rakyatnya'. Ke hulu ke hilir mereka berdegar-degar dengan perkataan rakyat. Seolah-olah nama 'rakyat' itu sudah menjadi nama yang ampuh untuk dijenamakan agar rakyat membeli candu politik mereka.


Pakatan boleh mendakwa rakyat di belakang mereka. Pakatan boleh menipu yang mereka memperjuangkan hak rakyat. Pakatan boleh berbinkan rakyat di atas nama Pakatan Rakyat. Tetapi tidak semestinya Pakatan diterima rakyat. Hakikatnya Pakatan adalah 'the lesser than two evils.' Yang mungkin lebih berbahaya...Mungkin.

Apa yang kita dapat saksikan ialah mereka menggunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka. Ya, memang kerja mereka ialah berpolitk sebab dah nama pun parti politik. Tetapi berpolitik sahaja 24 jam berceramah sana sini, berhimpun ke sana ke mari tanpa membuat kerja adalah budaya politik yang bangang.

Inilah yang dinamakan budaya ATAN- Always Talk Action Nothing. Parti politik yang berpolitik secara berATAN adalah parti politik yang tidak tahu memerintah. Dalam bahasa mudah- parti politik ini tidak akan mampu menjadi kerajaan yang baik. Apatah lagi menjaga kerajaan.

Perak telah menjadi bukti dengan terlepas ke tangan BN Ya, memang benar BN melakukan rampasan kuasa di sana. Memang BN telah membeli ADUN. Memang BN telah mengugut dan mengancam mereka. Tetapi ini memang dah di dalam jangkaan. Kita dah tahu yang BN memegang segala-lanya. Mereka mengawal polis, mahkamah, penjawat awam, dan memiliki sumber kewangan yang banyak. Jadi bukanlah perkara pelik bila BN merampas Perak dari Pakatan. Takkan kita nak expect yang BN akan melakukan cara baik? Politik itu sendiri penuh dengan ahli politik yang licik dan kotor. Mereka tidak akan bermain dengan baik. (kalau tak, tak adalah parti yang nak tubuh kerajaan dengan melompat parti). Oleh itu, Pakatan telah gagal dalam membuktikan kepada rakyat mereka mampu menjaga kerajaan dengan baik. Hanya berATAN- Always Talk Action Nothing- sampai kerajaan boleh terlepas. (Ingat senang ke haa nak dapatkan negeri Perak tu daripada BN?!)

Candu politik daripada Pakatan yang berATAN yang paling berbahaya (malah menyakitkan hati) ialah menggunakan rakyat. Mereka akan menyuruh rakyat untuk turun berdemonstrasi di jalan raya. Mereka berharap provokasi akan berlaku. Mereka lagi suka jika polis memukul, mengejar dan menangkap orang ramai. Dengan cara ini- political mileage dapat dicapai dengan menyalahkan kerajaan. Ops! jangan salah faham. Berdemo ialah hak bersuara untuk semua rakyat. Malah apabila rakyat berdemo, ini tanda demokrasi kita sihat.

Tetapi demonstrasi akan menjadi tidak sihat apabila budaya demonstrasi sepert anarki yang membuat huru hara di jalanan berlaku. Ia akan lebih parah jika di akhirnya kita menyedari bahawa parti politik yang menganjurkan demonstrasi itu sebenarnya hendak menggunakan kita. Ya, saya bercakap mengenai perhimpunan ISA tempoh hari. Sila tanya satu soalan kepada diri sendiri. Di mana Anwar, Hadi dan Lim Kit Siang berada tatkala ribuan orang ramai berlari bertempiaran menyelamatkan diri di jalan raya dengan ditembak gas pemedih mata? Mereka duduk selamat di HQ PAS! Kepala lutut apa duduk di sana di dalam air cond sambil membuat sidang akhbar? Kenapa tak turun sekali berlari menyelamatkan diri bersama? Kenapa?

Semuanya kerana budaya ATAN- Always Talk Action Nothing. Pandai suruh orang turun tetapi diri sendiri tak turun. Saya amat-amat yakin mereka yang turun berdemo tempoh hari sebenarnya ikhlas dan jujur mengenai perjuangan mereka. Mereka hanya mahukan ISA dimansuh. Tetapi cuba anda bayangkan bagaimana perasaan mereka jika mereka dapati pemimpin utama PAS, DAP dan PKR tidak turut serta dalam perhimpunan itu? Perasaan dipergunakan? atau dikhianati? Salute untuk yang berani turun berdemo tetapi kepala lutut untuk yang duduk di dalam bilik air cond.

****************************************************************************************************

Ketika membaca komen-komen daripada pelayar mengenai apa masalah di Malaysia, saya dapati tidak seorang pun yang memahami apa sebenarnya masalah yang berlaku di negara kita. Ia bukanlah kerana negara kita tidak islamik, rasuah mahupun banyak peperiksaan. Ini semua hanya masalah biasa di mana-mana negara yang melibatkan ideologi kerajaan dan perangai individu. Menyelesaikan masalah-masalah ini belum tentu dapat menyelamatkan Malaysia.

Jika ditanya kepada saya- apakah masalah sebenar di Malaysia. Saya akan menjawab- kita tidak mempunyai pembangkang yang bijak. Kita tidak mempunyai pilihan yang lebih bagus untuk berubah kerajaan. Pembangkang yang ada sekarang tidak mampu menjadi kerajaan persekutuan.

Pembangkang tidak bercakap mengenai pelan ekonomi dalam menghadapi krisis ekonomi. Mereka tidak memberi idea bagaimana kita mampu meningkatkan pendapatan para pekerja. Mereka tidak menyediakan pelan bagaimana untuk memastikan setiap rakyat mempunyai tempat inggal yang selesa. Mereka tidak tunjukkan kepada kita rancangan mereka jika mereka memegang tampuk pemerintahan. Dan percayalah- ini semua kerana pembangkang yang ada sekarang ialah ATAN- Always Talk Action Nothing!



(masih nak kata Basuh Baju pro-pembangkang?)

Sunday, August 2, 2009

Apa Perkara Sebenar?

Ok, kita tinggalkan pasal ISA dan demonstrasi semalam. Mari kita bincang tentnag sesuatu perkara yang lagi penting.

Kita tahu ramai rakyat Malaysia yang tak puas hati terhadap kerajaan. Ini salah, itu salah. Semuanya serba tak kena tentang kerajaan kita.

Basuh Baju ingin bertanya kepada semua pembaca- Apa perkara sebenar yang anda tidak puas hati dengan kerajaan?

Adakah kerana ekonomi? Atau kerana dasar kerajaan? Atau mungkin kerana kepimpinan sekarang? Selamat berdiskusi!


(Kalau yang dah puas hati kat kerajaan pun boleh join sekali diskusi.)

Saturday, August 1, 2009

Fikir Sejenak

Sebentar lagi akan orang ramai akan berhimpun di Kuala Lumpur. Ini sudah pasti. Yang kurang pasti ialah berapa ramai jumlahnya.

Sejak semalam, polis telah mengadakan sekatan jalan di beberapa tempat. Hasilnya- jalan sesak teruk.

Sejak beberapa hari, akhbar dan TV telah menyiarkan amaran Pak Menteri dan Pak Polis supaya orang ramai tidak mengambil pot dalam perhimpunan ini.

Sejak beberapa hari juga, ahli-ahli agama turut direkrut untuk memberikan fatwa bahawa perhimpunan hari ini ialah haram.

Sejak beberapa hari ini, the so-called professor telah memberikan pandangan mengenai perhimpunan ini yang kesemuanya membodek bukan berdasarkan fakta.

Sejak beberapa hari- kita menyaksikan skrip yang sama dimainkan setiap kali orang ramai ingin berhimpun meluahkan sesuatu ketidakpuasan hati. Adakah ia berhasil?

Jawapannya TIDAK.

Kadang-kadang saya hairan lagi pelik terhadap tindakan kerajaan. Kita tau yang kerajaan sekarang masih mencari kredibiliti. Tetapi dengan apa yang kerajaan buat sekarang, adakah ia membantu mengembalikan imej kerajaan? Apa yang kerajaan dapat dengan menyekat dan menyusahkan orang ramai dari berhimpun?

Buat sekatan jalan sana sini. Bikin orang marah sebab jalan sesak. Bagi amaran berapi-api di surat khabar dan ugut orang ramai siapa yang datang akan didtangkap dan didakwa- Bikin orang menyampah dan anggap kerajaan tidak demokratik. Malah orang ramai bukan kisah dan dengar pun. Mereka datang juga ke perhimpunan.

Jadi apa penyelesaiannya?

Kerajaan patutnya membenarkan sahaja perhimpunan ini berlangsung dengana aman. Bagi sahaja permit untuk berhimpun. Kemudian polis kawal lalu lintas bagi memastikan kelancarannya. Bukankah ini demokratik? Siapa yang kata kita tidak boleh berhimpun secara aman? Perhimpunan Peace Malaysia 2002 tu apa? Perhimpunan Pakatan di stadium tu apa? Aman kan.

Saya kira kalau kerajaan buat begini, mesti tak akan kecoh-kecoh sana sini. Orang ramai pun gembira sebab dapat berhimpun. Boleh juga anak-anak muda merasai pengalaman berdemo. Peniaga-penigaga kecil di kaki-kaki jalan lagilah suka. Ada income masuk. Pelancong-pelancong asing pun tabik bila melihat Malaysia bukannya huru hara ketika berhimpun. Polis-polis tak payah bersusah payah nak kejar-kejar orang. Orang ramai pun tak ada nak benci-benci kat polis. FRU tak perlu nak memukul dan juga dipukul. Pembangkang pun tak dapat nak sensasikan kacau bilau ini untuk potical mileage mereka. Kerajaan juga tak payah nak kena jelaskan kat al-jazeera, CNN tentang situasi yang berlaku. Malah silap-silap kerajaan akan dipuji kerana membuka ruang demokratik. Imej pun naik di mata rakyat dan di mata dunia.

Cuba bayangkan hari ini ada berpuluh ribu anak muda yang tidak berparti turun ke jalan raya. Mereka turun kerana merayakan darah muda mereka. Tetapi mereka tidak berparti. Bukan Pakatan dan bukan Barisan. Tup tup semasa berhimpun, pihak polis dan FRU datang membaling gas pemedih mata terhadap mereka. Semua bertempiaran lari. Ada yang ditangkap dan ada yang dipukul. Ada juga yang dilokapkan. Apa perasaan ribuan anak-anak muda ini? Apa pandangan mereka terhadap kerajaan dengan tindakan yang zalim itu? Dan sesuatu yang pasti- ingatlah bahawa mereka akan turun mengundi di Pilihanraya akan datang. Tak perlu berteka-teki- mereka pasti sesekali tidak akan memangkah kerajaan.

Jadi, kerajaan bukannya rugi apa-apa kalau meng'halal'kan perhimpunan hari ini. Malah kerajaan akan beruntung lagi. Setidak-tidaknya memberi ini lebih baik daripada meng'haram'kannya- buat semua orang menyampah terhadap kerajaan. Satu soalan untuk kerajaan- Macam mana nak dapatkan kredibiliti kalau makin lama makin ramai rakyat yang menyampah?

**************************************************************************************************

Lagi beberapa jam sebelum bermula- saya tidak tahu sama ada polis dan FRU akan bertindak ganas atau tidak. Saya tidak pasti gas pemedih mata dan meriam air akan digunakan. Yang saya tahu dan yang saya pasti ialah- kerajaan tidak bijak dalam tindakannya. (BB)

ps: bunyi helikopter yang berlegar-legar di atas ni bikin panas je. Hijack satu bawak balik rumah karang baru tau.

Friday, July 31, 2009

I.S.A.- Satu Pandangan Untuk Semua


Ada yang kata kita perlukan ISA untuk keselamatan negara.

Kalau begitu apa fungsi PDRM? Bukankah tugas polis untuk mengawak keselamatan rakyat? Sejak bila ISA digunakan memerangi jenayah? Bagaimana pula dengan TLDM, TUDM dan TDM? Habis tu undang-undang jenayah tu untuk apa? Untuk perhiasan? Tak payah sembang pasal keselamatan negara. ISA ada pun, orang mati dalam tahanan. ISA ada pun, orang mati ketika siasatan. ISA ada pun, kes jenayah semakin meningkat.

Ada yang kata kita perlukan ISA kerana negara kita berbilang bangsa dan agama.

Lupakah yang kita sudah mempunyai akta hasutan untuk mendakwa mereka yang rasis? Yang hairannya, ISA digunakan kepada wartawan yang melaporkan kes rasis. Tetapi ahli politik rasis seperti Ahmad Ismail tidak ditahan ISA? Lagi pelik akhbar rasis seperti Utusan masih boleh bebas menghasut orang ramai! Jadi, di mana fungsi ISA?

Ada yang kata kita jangan berhimpun esok kerana perhimpunan itu haram.

Haram kerana apa? Sebab tidak ada permit? Maknanya nilai halal haram kat sini hanya berlegar pada sehelai kertas yang bertulis 'dibenarkan'? Atau haram kerana yang datang esok tidak bersunat?

Ada yang kata kita jangan berhimpun esok kerana ini bukan budaya kita.

Aiyyo.. berhimpun beramai-ramai ni merupakan budaya manusia zaman berzaman lagi. Tak kiralah warga Asia ke, warga eropah ke, zaman gelap ke, zaman ICT ke- semuanya turun berhimpun. Kalau nak kata ini bukan budaya kita- sila renung sebentar. Masa Tanah Melayu nak mencapai kemerdekaan, masa tu ada perhimpunan besar-besaran kan? Maknanya atuk nenek kita dulu pun berhimpun jugak. Masih bukan budaya kita?

Ada yang kata kita jangan berhimpun esok kerana ia akan menghuru-harakan keselamatan negara.

Yang huru-harakan perhimpunan ni siapa? Peserta atau pihak polis dan FRU? Masa tahun 2001, kerajaan pernah anjurkan perhimpunan aman di stadium Bukit Jalil. Hampir 200,000 orang datang. Tak ada apa-apa yang berlaku. Masa Condolizze Rice datang Malaysia, Pemuda UMNO buat perhimpunan di depan KLCC. Ribu-ribu juga yang datang. Tapi ada apa-apa yang berlaku? Maknanya apa? Maknanya rakyat Malaysia yang berhimpun bukannya jenis merusuh tak tentu hala. Tapi yang buat kacau ialah pihak berkuasa macam polis dan FRU. Itu je.

Mengapa kita menentang ISA?

it's draconian law- undang-undang yang zalim. Apa yang kejam? Mereka yang ditangkap tidak dibicarakan di mahkamah. Malah merengkok di dalam tahanan bertahun lamanya. Even perogol dan pembunuh pun dibicarakan!

Esok akan ada dua kumpulan yang turun. Satu pro-ISA. Satu lagi anti-ISA. Difahamkan kumpulan pro-ISA terdiri daripada NGO-NGO melayu.

Saya amat yakin jika saya bertanya kepada melayu-melayu yang pro-ISA ini adakah mereka melayu dulu atau muslim dulu, pastinya mereka akan menjawab mereka Muslim first, malay second. Ini memang pschye atau cara orang melayu berfikir. Mereka akan meletakkan agama dulu kemudian barulah bangsa. Tidak kisahlah se-UMNO atau serasis mana pun orang melayu itu, agama tetap datang dulu.

Tetapi walaupun mereka ini bersungguh-sungguh meletakkan agama sebagai kepentingan utama mengatasi segala-galanya, mereka juga adalah yang terakhir dalam mengamalkan ajaran agama Islam. Mengapa saya katakan begini?

Islam menegakkan keadilan. Islam mengharamkan kezaliman. ISA adalah undang-undang yang zalim. ISA tidak mengikut prinsip yang ditetapkan oleh Islam. Islam tidak membenarkan tahanan tanpa bicara kerana ia tidak adil dan zalim. Maka sangat jelas ISA tidak Islamik.

Kepada NGO-NGO melayu yang akan berhimpun untuk pro-ISA esok, ISA adalah salah di sisi Islam. Mereka yang menyokong ISA samalah seperti menyokong undang-undang yang haram. Jangan jadi munafiq muslim. Kerana munafiq adalah insan yang cakap tak serupa bikin. Mulut kata muslim tapi tindakan menyokong kepada sesuatu yang bertentangan Islam. (BB)

Thursday, July 30, 2009

I.S.A.

Basuh Baju menyiarkan kembali tulisan pada beberapa bulan yang lepas mengenai ISA. Ini pandangan Basuh Baju. Terima Kasih.

Kami tahu anda menipu


Hari ini Basuh Baju akan memetik beberapa ucapan politikus kita mengenai ISA. Basuh Baju harap semua terhibur kerana apa yang diucapkan oleh politikus kita benar belaka.

RAIS YATIM- Menteri Penerangan.

Pada tahun 1995, menyiapkan thesis yang bertajuk " Kebebasan di bawah Kuasa Eksekutif, Kajian tentang ISA". Dalam thesis ini, beliau telah mengkritik penggunaan ISA dan mencadangkan agar ia dihapuskan.

Tetapi tahun 2008 semasa menjadi Menteri Luar beliau berkata, " Malaysia tidak boleh disamakan dengan negara lain yang tidak punyai ISA. Di Malaysia, pelbagai kaum dan agama. ISA digunakan untuk mencegah bukan menghukum."

ABDULLAH AHMAD BADAWI- Bekas Perdana Menteri.

Pada tahun 1988, Pak Lah berkata " Jika kita mahukan selamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir mesti disingkirkan kerana beliau menggunakan ISA untuk menutup mulut pengkritiknya."

Pada 1989, sekali lagi beliau berkata, " Undang-undang seperti ISA tidak ada tempat di Malaysia kini. Ia adalah draconian and barbaric law."

Pada 2003, selepas menjadi PM, tiba-tiba beliau berkata, " ISA adalah undang-undang yang perlu... Kami tak pernah salahgunakan ISA. Sesiapa yang ditahan itu merupakan ancaman kepada negara."


Pada 2009, beliau berkata " Mengikut pandangan saya, ISA patut dihapuskan. Saya tidak menghapuskan ISA ketika menjadi PM kerana ketika itu tentangan terhadapnya tidak sebegitu hebat seperti sekarang."

Dr Mahathir- Bekas Perdana Menteri.

Pada tahun 1966 semasa berucap dalam pindaan rang Undang-undang ISA, beliau berkata, "Tiada manusia yang berakal akan menerima ISA kerana ia menggadai segala prinsip demokrasi."

Semasa menjadi Perdana Menteri, beliau berkata, " Undang-undang tetap undang-undang. Kalau saya gunakan ISA sekalipun, saya tetap tidak melakukan kesalahan kerana menurut undang-undang. Kalau tidak suka, hapuskanlah undang-undang itu. Tapi sekarang ISA masih ada."

ISA- Ikut Suka Aku

ISA MENGIKUT STANDARD KEMANUSIAAN- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 13 April - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menepati standard kemanusiaan, kata Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan yang baru, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini.

Beliau berkata, ada proses habeas corpus di mana seseorang yang ditahan di bawah ISA, boleh membuktikan dirinya bebas daripada semua pertuduhan terhadapnya.

Mengenai undang-undang membenarkan tahanan tanpa tempoh dan tanpa dituduh atau dibicarakan, beliau berkata, bukan tidak ada tempoh, kerana kerajaan Malaysia menggunakan tempoh penahanan 60 hari seperti Akta Pengganas di Britain di mana suspek ditahan sehingga 21 hari.

ISA ni apa? IKUT SUKA AKU?

Sejak bila ISA ni ada nilai manusia? ISA sekarang jauh lagi kejam dari Ordinan Darurat 1948. Masa itu pun Sir Edward Gent hanya tahan orang tak lebih dari setahun. Sekarang? Ada yang tujuh lapan tahun masih tak balik-balik rumah.


Ada nilai manusia? Tahan orang tanpa bukti dan tanpa perbicaraan tu nilai kemanusiaan ke? Pembunuh, perogol dan perompak pun dihadapkan ke mahkamah dan tahu apa kesalahan mereka. Ini dikatakan nilai manusia?


Ada nilai manusia? Kuasa nak tangkap orang bawah ISA hanya berada di tangan Menteri Dalam Negeri. Ikut suka dia lah nak tangkap sesiapa. Ini nilai manusia ke atau dah macam berlagak Tuhan?

Habeas Corpus? Jangan nak berlagak pandai. Habeas Corpus bukan nak buktikan dirinya tak bersalah terhadap segala pertuduhan. Pertuduhan pun tak ada. Nak buktikan apa lagi. Sebab tu ISA ni kejam.

Habeas Corpus di Malaysia hanya boleh dilakukan sekiranya prosedur menangkap tahanan itu ada kesalahan. Macam salah isi borang dan salah seksyen yang ditahan. Jangan tipu-tipu. Nilai manusia tak menipu di sebalik undang-undang.


ISA hanya tahan 60 hari? Betul. TAPI, dalam seksyen 8(1) lepas 60 hari boleh tahan lagi 2 tahun. Lepas habis 2 tahun, boleh tahan lagi 2 tahun. Macam top up kredit. Dah tamat tempoh, tambah kredit lagi. Di British tahan 21 hari, kalau masih tiada bukti, terus bebas. Jangan tipu-tipu. Nilai manusia tak menipu di sebalik undang-undang.

ISA ni untuk apa? Kalau dulu British guna sebab tak nak kena guling dengan gerakan komunis. Sekarang ni untuk apa? Untuk keselamatan negara? Selamat dari apa? Dari Al-Qaeda? Pengganas? Tapi kenapa tangkap ahli politik dan blogger? Mereka pengganas ke? Kalau jadi ahli politik dan blogger pun pengganas, susahlah camni. Baik masuk Pemuda UMNO atau Kelab belia 4B.

ISA ada nilai Islam tak? Islam tidak menzalimi. Islam memberi hak kepada umatnya. Antara hak itu ialah hak untuk dibicarakan. Hak untuk mendapatkan keadilan. Mendapat keadilan daripada mahkamah. ISA tak ada mahkamah. Sila fikir sendiri.

ISA ada nilai melayu tak? Ada yang kata ISA tanda ketuanan melayu. ISA menjaga kepentingan melayu. Ini tak payah fikir. Hanya si bodoh je yang perlu fikir
.

Wednesday, July 29, 2009

Bekas-bekas yang melompat


SUBRAMANIAM SERTAI PKR- Berita Hairan

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden MIC yang juga bekas Ahli Parlimen Segamat, Datuk SS Subramaniam menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam.

CHUA JUI MENG SERTAI PKR- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 18 Julai - Bekas Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

ZAID IBRAHIM MASUK PKR- Malaysiakini

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR.

**************************************************************************************************
Ramai penyokong Pakatan yang berasa gembira apabila Zaid, Chua dan Subra (macam versi baru untuk ali, ah chong dan muthu) mengumumkan kemasukan mereka ke dalam PKR. Seolah-olah parti mereka telah berjaya dilihat sebagai parti yang hebat. Dalam kepala penyokong Pakatan, mereka pasti berfikir 'padan muka orang Barisan. Sampai pemimpin korang pun dah lompat keluar.'

Bercakap mengenai pemimpin Barisan yang melompat masuk ke dalam Pakatan, saya kira ia bukanlah budaya yang patut kita rayakan. Malah kita jangan ambik pot sangat. Buat tak tahu sahaja. Kalau ada yang nak masuk pun- kita benarkan. Itupun sebagai ahli biasa. Tak perlu sampai nak jadikan mereka sebagai ahli Supreme Council PKR. Apatah lagi menyambut mereka di dalam majlis khas. Ini semua tak perlu. Mengapa saya katakan begini?

Kita semua tahu kebanyakan politikus yang melompat ini adalah jenis yang pergi tersepak pulang terlanggar. Maksudnya mereka sudah tidak diterima oleh orang ramai lagi. Sokongan pun dah merosot. Bukti yang paling jelas ialah kesemua mereka tidak berjawatan di dalam parti masing-masing. Kesemuanya ialah bekas (ex) sahaja. Zaid Ibrahim- bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Chua Jui Meng- bekas Naib Presiden MCA. SS Subramaniam- bekas Naib Presiden MIC. Itu belum lagi dicampur dengan banyak lagi 'bekas-bekas' dari parti Gerakan dan PPP.

Saya amat pasti mereka yang bersorak apabila bekas-bekas politikus melompat masuk ke dalam Pakatan tidak memahami apa itu politik. Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa dilihat dengan kedudukan dan jawatan. Untuk berjawatan dan berkedudukan, sokongan diperlukan. Ada politikus yang menagih sokongan dengan agama. Ada yang menggunakan bangsa. Ada yang menggunakan rakyat. Dan ada juga politikus yang membeli sokongan. Ini hakikat. Politikus akan berbuat apa sahaja demi kuasa.

Inilah yang sebenarnya berlaku apabila bekas-bekas politikus ini melompat masuk ke dalam Pakatan. Mereka bukannya melompat kerana suka-suka ataupun hobi. Mereka bukan melompat kerana tertarik dengan ketuanan rakyat. Mereka bukan melompat kerana ingin memperjuangkan rakyat kelas bawahan. Apa yang mereka mahukan ialah kuasa. Kerana mereka sedar mereka tidak lagi mendapat sokongan dalam parti lama mereka. Jadi dengan melompat masuk ke dalam Pakatan, mereka mendapat kuasa. Dan paling penting mereka mendapat sokongan daripada orang ramai yang tertipu dengan bekas-bekas politikus ini.

Jika tidak percaya- sila berasa hairan, mengapa sehingga sekarang masih belum ada ahli parlimen atau politikus yang berjawatan di dalam Barisan melompat masuk ke dalam Pakatan? Jawapannya kerana mereka masih lagi mempunyai kuasa dan sokongan. Jadi untuk apa mereka mahu melompat? Untuk jadi katak seperti Ibrahim Ali?

Kita menulis dan berbincang di blog mahukan budaya politik yang baru. Kita berhimpun di jalanan menuntut kepada perubahan. Kita berpeluh-peluh turun mengundi dan memangkah Pakatan Rakyat kerana kita percaya Pakatan Rakyat akan membawa kepada perubahan. Jika kita benar-benar jujur mahukan budaya politik kita berubah- kita perlu menolak budaya bekas-bekas politikus yang melompat ke dalam Pakatan Rakyat. Mereka tidak menyumbang kepada idea baru sebaliknya membawa budaya lama- budaya politik bodoh yang mereka warisi daripada parti lama mereka.

Kenapa Pakatan suka sangat nak ambil 'bekas-bekas' politikus ini sebagai pemimpin mereka? Adakah dalam PKR sendiri tak ada pemimpin lain yang lebih berbakat? Adakah Pakatan tidak mempercayai kebolehan pemimpin mereka sendiri? Hebat sangat ke bekas-bekas politikus ini sehinggakan Pakatan memerlukan mereka di dalam parti? Mungkin selepas ini Pakatan boleh menukar nama mereka kepada Pakatan (bekas) Rakyat.

Sedarlah, perubahan hanya dapat dilakukan oleh generasi baru. Golongan yang belum menjadi bekas-bekas. Mereka masih segar dengan idealisme. Masih suci dari rasuah. Masih bertenaga untuk menentang ketidakadilan. Mereka inilah yang patut Pakatan lantik menjadi pemimpin. Bukannya merekrut bekas-bekas politikus yang melompat.

Saya amat yakin perubahan tidak akan dicapai jika bekas-bekas politikus ini masih berkeliaran di dalam Pakatan Rakyat. Lagilah malang jika mereka diberikan kuasa sebagai pembuat dasar dan keputusan. Silap-silap Pakatan akan menjadi sama dua kali lima seperti Barisan. Jika ini berlaku, lebih baik kita mengundi blogspot di pilihanraya akan datang. Lagi cool. (BB)

Tuesday, July 28, 2009

Okey, yang ni kelakar...

ROSMAH LANCAR KEMPEN HARI PAHLAWAN 2009- Utusan Meloya

BB: Jasa Rosmah sebagai pahlawan?

AFRIKA PELAJARI CARA MALAYSIA TANGANI RASUAH- Utusan Meloya

BB: Alhamdulillah. Semoga lepas ni Afrika belajar cara Malaysia menyiasat kes rasuah.

NAZRI AZIZ IKRAR BANTERAS RASUAH- Utusan Meloya

BB: Angkat sumpah lagi bagus daripada berikrar. Lebih 'Islamik'.

SPRM TIDAK GUNA KEKERASAN FIZIKAL- Utusan Meloya

BB: Hmm..mungkin jatuh bangunan adalah kekerasan mental sahaja.

RAKYAT SYRIA,TUNISIA DIANUGERAH BENGKUNG SILAT GAYUNG- Utusan Meloya

BB: Bila nak dapat anugerah datuk pulak?

APA SEBENARNYA PEMBANGKANG MAHU?- Utusan Meloya

BB: Nak tubuh kerajaanlah.

KAJI KEIKHLASAN PAS HULUR TANGAN- Utusan Meloya

BB: Kaji guna apa? Meter teksi?

Kisah Putrajaya (jawapan balas)

Basuh Baju ingin menjawab beberapa komen mengenai artikel Kisah Putrajaya.

ANTARA SUNYI, KESELAMATAN DAN BANDAR HANTU

Echah_syed: sunyi ler bagus..aman & tenteram heheh.. :p

PenagihAyamGoreng: tapi ia sangat sunyi di hari cuti.....

Hahnin: apa2 pun, mungkin rakyat2 putrajaya boleh jd proaktif utk meng'happening'kan habitat mereka tu..

Seperados: aku tak sokong langsung kalau tempat tu terlebih hidup mcm KL.

Firdausrosli: ....bukannya menjadi satu bandar "hantu" penuh dengan bangunan berseni bina.

zedmagel: Alangkah harunya bila sebuah bandar macam Putrajaya dipenuhi hiruk pikuk kebisangan kenderaan , tentu bingit dan membosankan.

Marni: Seseorang yang mencintai kedamaian dan ketenangan pasti akan mudah jatuh cinta pada Putrajaya. HEehee..

sang kegelapan: ko amik je sebina..tp xkn ko xth psl bandar baru utk elakkan kesesakan pembangunan?putrajaya underconstruction bro.

************************************************************************

1- Ramai di antara kita yang memiliki satu pandangan yang salah tentang bandar. Bagi mereka biarlah bandar itu sunyi supaya tenang dan mendamaikan. Untuk itu mereka lebih gemar bandar tidak mempunyai ramai penduduk.

2- Tetapi kita perlu faham 'nature' sebuah bandar itu sendiri. Bandar adalah tempat yang 'hidup'. Tempat yang aktif dengan aktiviti. ekonomi, pentadbiran, etc. Tempat tumpuan orang ramai.

3- Nama pun bandar. Sebab itu ada perbezaan antara kampung, pekan dan bandar. Kalau tempat tu tak ramai orang dan tak berapa besar, kita tak panggil bandar. Kita panggil pekan. Kalau tempat tu jadi tumpuan penduduk dan juga nadi kepada kawasan itu, kita panggil bandar.

4- Setakat yang saya tahu, Putrajaya adalah sebuah bandar. Malah bandar yang sangat besar dan lengkap dengan pelbagai infrastruktur. Adakah logik sebuah bandar yang 'ada semuanya' tetapi sunyi di waktu cuti dan malam? Beritahu saya kat ceruk mana di dunia ini bandar yang moden tetapi sunyi tiada aktiviti? Tak pun, cuba bandingkan Putrajaya dengan Ipoh, Kota Bharu, Shah Alam, Skudai dan Gombak- lihat sendiri bagaimana sebuah bandar gah bernama Putrajaya begitu lengang.

5- Ada orang sukakan sunyi. Tak suka ramai orang. Kata mereka, ini lebih selamat. Tetapi saya hairan. Bukan kalau tak ramai orang ke yang menyebabkan jenayah lebih mudah berlaku? Yelah, bila jalan-jalan pun sunyi siapa berani lalu lalang di situ. Macam-macam perkara boleh terjadi. Lagipun siapa suka sunyi-sunyi bila berjalan di kawasan awam. Sunyi di kawasan perumahan cukuplah. :)

6- Ada yang salah faham bila saya mahukan Putrajaya menjadi bandar yang meriah. Mereka beranggapan Putrajaya akan menjadi sesak dan sibuk seperti KL. Ini tidak benar. Apa yang saya maksudkan ialah Putrajaya telah menjadi bandar yang 'under capacity'. Tidak cukup orang. Yang jadi kat KL tu ialah 'over capacity'. Saya pun tak nak Putrajaya jadi sebegitu.

7- Kalau tak percaya? Sila pergi ke Putrajaya Sentral- tengok berapa kerat yang gunakan bas. Sila ke taman botani- tengok berapa orang yang datang. Tengok kat PICC. Tengok kat Masjid Putra. Semua ini jelas menunjukkan segala infrastruktur Putrajaya tidak digunakan sepenuhnya. Maknanya Putrajaya memerlukan lebih ramai lagi manusia datang untuk memeriahkannya. Bukan untuk penduduknya sahaja.

8- Jadi, masalah Putrajaya sekarang bukannya ia 'under-construction' sebaliknya under-utilisation. Putrajaya ni macam makanan untuk 10 orang, tetapi yang datang makan hanyalah seorang. Bukannya seperti KL- yang ibarat makanan untuk seorang tetapi 10 orang yang datang makan.

9- Basuh baju harap para pelayar faham perbezaan antara bandar yang sunyi dan bandar yang tidak digunakan sepenuhnya.

10- Jika masih tak faham- sila tanya pada diri. Kalau begitu untuk apa bandar ini dibina? Untuk segelintir rakyat hidup dengan tenang dan damai di sebuah bandar yang menelan duit rakyat sebanyak RM10 billion?

**************************************************************************************************

ANTARA KUBUR, MCD, KFC, KEDAI MAMAK DAN AWEK

Ok, yang ni melawak sahaja. :p

Sunday, July 26, 2009

Kisah Putrajaya


1- Sesiapa yang pernah lalu lalang di Putrajaya pada hari cuti dan waktu malam pasti menyedari bahawa bandar ini sangat bosan. Dalam erti kata lain, Putrajaya adalah bandar yang mati, tidak hidup dan macam pekan 'koboi'. Sekali pandang macam set pengambaran berskala besar di Universal Studio pun ada.

2- Asalnya Putrajaya dibina dengan mengambil contoh bandar Paris sebagai model pembangunan. Kononnya Putrajaya akan menjadi 'city of light' di Asia- bandar yang bergemerlapan dengan cahaya di waktu malam. Kononnya bandar ini akan sentiasa hidup dan tidak akan mati.

3- Tetapi apa yang berlaku di Putrajaya bukannya 'city of light' sebaliknya 'city of tiang lampu'. Di waktu malam- hanya tiang-tiang lampu sahaja yang setia menjadi penghuni di bandar ini. Itupun kerana tiang-tiang lampu ini tidak tahu jalan ke Paris untuk mereka berhijrah. Kalaulah Air Asia ada penerbangan terus ke Paris, pasti sudah lama Putrajaya menjadi gelap tanpa tiang lampu.

4- Saya tidak faham mengapa pihak berkuasa Putrajaya dan juga perancang bandar tidak menyedari hakikat ini? Adakah mereka tidak pernah tahu betapa sunyinya keadaan di Putrajaya? Tidak percaya? Sila lihat di jalan-jalannya. Sehinggakan kalau saya baring di tengah jalan pun pasti tidak akan dilenyek kenderaan kerana jalannya yang sangat lengang.

5- Itu tidak dikira lagi dengan kebosanan ketika berlegar-legar di Putrajaya. Tidak banyak perkara yang boleh dilakukan. Tidak ada teater untuk saya tonton. Tidak ada galeri lukisan untuk saya lawat. Tidak ada perpustakaan untuk saya singgah. Tidak ada McD, KFC, Pizza Hut dan kedai mamak untuk saya melepak bersama kawan-kawan. (Tiba-tiba saya terfikir, di Putrajaya ada kawasan perkuburan tak untuk orang mati?)

6- Paling saya tidak boleh terima ialah di Putrajaya tidak ada awek lalu lalang untuk saya berkenalan! Bandar apa camni yang tidak ada awek di dalamnya. Selayang, Kodiang dan Kuala Nerang pun ada awek. Takkan Putrajaya begitu cekai? Agaknya kalau saya membesar di Putrajaya pasti saya akan terfikir untuk menjadi sami kerana tidak jumpa jodoh.

7- Sepatutnya hal ini tidak boleh dibenarkan berlaku. Kita sudah berhabis begitu banyak wang untuk membina bandar mega ini. Dianggarkan hampir RM10 bilion telah dibelanjakan. Pernah saya terbaca di akhbar Daily Telegraph UK di mana projek Putrajaya ini antara 10 projek paling membazir di dunia yang pernah dilakukan. Saya tidak bangga. Malah berasa sedih.

8- Sebagai pelajar seni bina, saya masih beranggapan Putrajaya masih boleh dibangunkan. Ia bukannya perkara yang mustahil. Kita cuma perlu berfikir di luar pengaruh KBSM untuk mencari idea-idea best. Aiyyo- Takkanlah pegawai-pegawai yang berkot dan bertali leher di pejabat air-cond itu tidak boleh memikirkan cara penyelesaiannya?

Saturday, July 25, 2009

Putrajaya dan 1Malaysia

1- Hari ini saya ke Putrajaya.

2- Saya amat yakin, sesiapa sahaja yang memasuki Putrajaya pasti akan terpegun dengan rekaan bangunannya yang moden dan canggih. Daripada Kompleks Perdana Menteri hinggalah kepada Pusat Konvesyen Putrajaya. Daripada Masjid Putra hinggalah kepada Masjid Besi. Semuanya tersergam indah.

3- Ditambah pula dengan jalan raya yang teratur, laluan pejalan kaki yang lebar serta landskap yang menarik. Ini semua sudah cukup membuktikan bandar terancang ini memang bernilai berbilion-bilion ringgit.

3- Mahu tidak mahu- saya terasa bangga kerana Malaysia mempunyai bandar yang indah sebegini.

4- Mungkin ada pembaca yang beranggapan Putrajaya adalah sesuatu perkara yang membazir. Tetapi saya tidak ingin bercakap mengenai perkara tersebut kerana bandar Putrajaya telahpun selamat dibina. Nak cakap benda yang dah hanguskan duit buat apa? Lebih baik kita berbicara bagaimana hendak memanfaatkan Putrajaya.

5- Kita diberitahu bahawa Putrajaya adalah pusat pentadbiran negara Malaysia. Seperti yang telah ditulis di wikipedia, Malaysia adalah sebuah negara yang ditadbir oleh sebuah kerajaan yang berbilang bangsa dan agama.

6- Tetapi apa yang berlaku ialah Putrajaya telah menjadi bandar orang melayu. Hampir 95% penduduk Putrajaya adalah orang melayu.

7- Adakah ini satu ironi?

8- Bukankah Putrajaya- sebagai pusat pentabiran Malaysia, sepatutnya memberikan contoh yang baik dalam menunjukkan Malaysia sebagai negara berbilang bangsa?

8- Di mana kaum cina di Putrajaya? Di mana warga India? Di mana yang lain? Bukankah bagus jika Putrajaya didiami oleh semua bangsa?

9- Kalau Putrajaya sendiri pun tidak berjaya memberikan contoh integrasi kaum, tidak hairanlah mengapa perpaduan Bangsa Malaysia masih belum dapat dicapai.



ps: Sekarang heboh di sana sini tentang 1Malaysia. Daripada sibuk-sibuk nak cipta slogan dan lagu 1Malaysia, adalah lebih baik kerajaan mengSATU Malaysiakan Putrajaya terlebih dahulu.