Wednesday, April 29, 2009

Utusan wajib disunatkan sekali lagi


Utusan wajib disunatkan sekali lagi.

Inilah kesimpulan yang dapat saya lakukan selepas menjadi hakim pertandingan Debat Antara Sekolah Malaysia baru-baru ini. Pandangan ini amatlah wajar memandangkan dosa yang telah dilakukan Utusan kepada rakyat di negara kita. Utusan pada hari ini telah memandulkan fikiran para pelajar. Utusan juga telah mencabul intelektual para hakim. Utusan turut meracuni jalur pandangan penonton-penonton yang datang.

Apa yang saya cuba timbulkan ialah bagaimana pandangan rasis sempit yang cuba diperjuangkan oleh Utusan telah berjaya menerobos masuk ke dalam minda mereka. Pandangan mengenai Ketuanan Melayu telah mula tertanam di fikiran mereka. Sepanjang menjadi hakim ,situasi ini saya kira sangat membimbangkan. Saya sedikit risau generasi muda kita akan menjadi generasi Utusan- sama seperti generasi orang tua kita.

Untuk bukti, mari saya sertakan beberapa contoh.

Contoh pertama: Usulnya mengenai orang melayu semakin terancam. Saya sudah ketawa terbahak-bahak apabila hujah papan tanda di Pulau Pinang dikeluarkan. Gila. Sejak bila papan tanda yang tidak dimelayukan ini menjadi ancaman kepada orang melayu? Nak jadi lebih kelakar- hakim di sebelah saya turut bersetuju dengan hujah ini. Malah katanya hujah mengenai ladang babi patut dikeluarkan juga. Gila. Waktu ini, ingin sahaja saya lempang cikgu di sebelah saya ini. Tetapi memikirkan dirinya sudah berumur- saya batalkan hasrat itu.

Contoh kedua: Usulnya mengenai sistem kuota di Malaysia. Saya sangat terkejut dengan kenyataan 'kaum cina akan menghalau orang melayu jika tidak ada sistem kuota' yang terpacul dari mulut pendebat. Saya jangkakan pihak lawannya akan bangun membidas dengan hujah yang lebih bagus. Tetapi yang keluar ialah 'sistem kuota ini perlu kerana orang melayu merupakan tuan di tanah ini.' Sekali lagi gila! Adakah ini yang wujud di fikiran anak muda negara kita? Ketika sesi komen, 2 hakim yang lain boleh mengatakan sesi perdebatan ini sengit dan berilmu. Mahu sahaja saya hantukkan kepala ke dinding kerana susuk yang bercakap itu ialah pensyarah.

Satu pertanyaan: Dari mana contoh-contoh ini datang? Utusan atau Tukar Tiub? Jawapannya pastilah Awang Selamat Utusan..hahaha

Masih tak percaya Utusan wajib disunatkan sekali lagi? Siapa tidak percaya sila bisik-bisik dengan Awang Selamat.

Ps: Maka dengan ini saya benarkan jika ada sesiapa yang ingin mengambil segala berita ruangan perestroika untuk ditaruk di blog mereka. Biarlah segala kebodohan Utusan dapat ditelanjangkan.

Monday, April 27, 2009

Guna lambang bulan tarik pengundi- mStar

PETALING JAYA: PAS mengambil satu lagi langkah 'bertolak ansur' dengan mahu membenarkan calon bukan Islam menggunakan lambang parti itu ketika pilihan raya dalam usaha menarik lebih ramai penyokong bukan Islam.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub berkata, cadangan membolehkan calon-calon bukan Islam untuk menggunakan lambang parti itu akan diputuskan secara muktamad oleh Majlis Syura Ulamak yang akan bermesyuarat selepas Muktamar tahunan parti bulan Jun ini.

Satu diskusi sihat lagi (tiada unsur-unsur emosi); apa sebenarnya simbol Islam ini? Apa kaitan bulan dan Islam? Apa kaitan hijau, bulan sabit dan bintang pula dengan Islam? Adakah Islam ini sekadar simbol? Atau sekadar dikomersilkan untuk dijual bagi menarik perhatian?

Adakah bulan, hijau dan bulan sabit telah masuk Islam? Satu persoalan.

Apa pula kaitan raja-raja dengan Islam? Kita selalu dengar raja adalah simbol Islam di Malaysia. Adakah simbol ini bermaksud membuat peraturan wajib di masjid untuk mendoakan raja setiap kali solat jumaat? Basuh Baju mengajak anda berdiskusi secara sihat.

Menteri Buat Kerja- Utusan Meloya

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 'tangkap' doktor HKL

KUALA LUMPUR 26 April — Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan hari ini “menangkap” dua doktor di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana membaca akhbar, bukannya merawat lebih 20 pesakit yang menunggu dalam kesakitan untuk mendapat rawatan.

Penemuan yang memeranjatkan Saravanan itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ini apabila beliau pergi ke hospital berkenaan untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau (Saravanan).

hahaha Tak sangka sekarang menteri pun dah macam melodi. Ada rancangan Terjah.hahaha

Kesian doktor ni dah kantoi. Kenapa tak baca Utusan? Mesti tak kena marah..haha Ini kes baca surat khabar apa ni sampai kena liku dengan menteri? hahaha

Penemuan yang terperanjat? Baca surat khabar pun terperanjat? Pernah baca paper tak? Cuba tengok orang yang baca Utusan. Semua gelak macam nak mati. Konfem terperanjat..hahahaha

Sunday, April 26, 2009

Sedikit Maklumat

Maaf kerana lama tidak mengupdatekan diri dengan blog ini. 2 hari tanpa internet ibarat 2 hari tanpa cinta- malah lagi teruk. Badan dah mula gigil-gigil nak tau apa berita terbaru. Manalah tau Samy Vellu dah jadi PM ke. Najib jadi duta Monggolia ke.

Apa khabar semua? Sihat? Aku menjadi hakim untuk debat Antara Sekolah 2009 di UIA. Tengok budak-budak ni berdebat- aku rasa nak menangis pun ada dengan idea di fikiran mereka. Bayangkan- tak habis-habis dengan hujah 'pengaruh barat', 'budaya kuning', 'HINDRAF'.. Aku terpaksa membasuh pemikiran mereka ketika memberi komen. Tapi alih-alih hakim yang lain pulak yang tak bersetuju dengan aku. Tak pasal je aku kena terang kat hakim sekali.

Sebenarnya tak habis lagi pertandingan. Ada lagi 4 hari. Sehingga jumpa lagi. Selamat Membasuh! (Punyalah sibuk sehinggakan nak baca Utusan pun aku tak larat. Takut tergelak sorang2 masa jadi hakim.) hahahaha

Thursday, April 23, 2009

Bukan politik: Cerita dulu-dulu


Begitu lama dahulu ketika saya tinggal di rumah papan. Waktu itu sangat indah. Kami tidak punyai banyak, tetapi kami bahagia. Bahagia dengan cara kami dalam merayakan cuti sebagai kanak-kanak. Zaman itu- zaman yang telah berlaku- zaman yang telah diambil masa.

Bila cuti sekolah sampai, saya paling teruja. Inilah masa untuk meroka yang baru dan meraikan yang lama. Bukan sebagai kanak-kanak yang baik tetapi budak yang nakal.

Ketika itu tiada istilah menonton wayang di Mid Valley. Malah Mid Valley ketika itu pun hanyalah perkampungan melayu setinggan. Jadi yang menjadi aktiviti kami ialah permainan kampung yang percuma. Ini sahaja yang kami mampu. Tetapi semuanya indah.

Ketika bercuti, ada harinya kami akan bermain polis entry. Ada hari kami bermain nyorok-nyorok. Dan ada hari kami berpusing-pusing ke tempat baru menaiki basikal. Segalanya terisi. Tidak pernah ada hari kami kebosanan duduk di rumah. Malah ibu bapa kami naik risau dan memarahi kami kerana asyik merayap dan bermain panas.

Saya masih ingat ketika itu, di rumah atuk saya ada kolah yang cukup besar. Kolah ini seperti yang ada di surau untuk mengambil wuduk. Apabila sesudah berpanas dan berpeluh, kami akan terjun ke dalamnya. Selalunya kami tidak tertangkap, tetapi ada sekali kami terkantoi dan hukumannya kami dirotan dan direndam. Sungguhpun begitu kami tidak pernah serik.

Jika kami lapar, kami akan ke gerai Tok Bakar. Kami akan memesan air cincau. Sehingga sekarang saya masih ingat kemanisan air cincau 50 sen itu. Selalunya kami akan mendapat pisang goreng percuma dari Tok Bakar. Beliau seperti atuk kami. Dan sebagai balasan, kami akan menolong menolak gerainya ke rumah.

Ini terlalu lama dahulu, di saat kejiranan masih menebal di kalangan penduduk.

Paling seronok ketika waktu berangin kencang. Kami akan bergegas balik ke rumah untuk mengambil surat khabar lama. Penyapu lidi di rumah juga akan diambil lidinya. Semua ini adalah untuk membuat layang-layang. Seperti mana adegan dalam filem mukhsin, begitulah cara kami menaikkan layang-layang tersebut. Jarang sekali layang-layang kami dapat naik ke atas.

Apabila hari hujan, kami tidak menjadi budak baik yang duduk di rumah. Kami akan keluar dan mandi beramai-ramai. Padang bola menjadi kolam kami. Dan hujan pula ialah mandian untuk kami daripada Tuhan. Waktu pulang, seperti biasa telinga kami akan dipulas. Silap-silap pintu dikunci tanda didenda. Ketika ini kami akan menangis tanda merayu simpati.

Waktu malam, kami terus bermain. Memang ibu bapa melarang kami keluar. Tetapi kami bijak berhelah. Kami berpura-pura mahu ke surau. Tetapi saya yakin pastilah Yang Maha Esa mengetahu niat kami untuk merayakan zaman kanak-kanak.

Di bawah lampu neon, kami akan bermain guli dan gasing. Sesekali kami bermain tuju selipar. Bila bermain, pasti ada yang menang, ada yang kalah. Hasilnya akan berlaku pergaduhan. Tetapi pergaduhan itu merapatkan kami. Malah gaduh itu juga menguji sifat kejantanan kami. Tidak pernah kami bergaduh kemudian mengadu kepada ibu bapa.

Inilah budaya kemeriahan cuti sekolah ketika itu.

Kini, zaman dan waktu itu telah dicuri oleh kemodenan. Rumah telah menjadi penjara untuk budak-budak. Bermain di luar rumah cukup berisiko. Layang-layang telah bertukar dengan internet. Gasing dan guli diganti dengan PlayStation. Mandi hujan telah berubah kepada menonton wayang. Semuanya hampir tiada.

Saya hanya mampu tersenyum apabila mendengar adik-adik saya merungut kebosanan ketika cuti sekolah ini. Sungguh, mereka tidak akan dapat menikmati apa yang berlaku di zaman saya.

Ps: Saya baru habis cuti. Sudah mula sibuk.

Tuesday, April 21, 2009

Noktah Sebentar


SEMUA DIMINTA BANTU PELAJAR CEMERLANG- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran meminta semua pihak memberi sokongan dan pengiktirafan kepada pelajar cemerlang dalam menghargai pengorbanan mereka.

Ketua Pengarahnya, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pengiktirafan itu juga adalah supaya mereka seterusnya dapat menyumbang kepada negara.

“Kita galakkan semua pihak memperbanyakkan lagi sumbangan dan bantuan kepada pelajar cemerlang. Selain itu, ia juga sebagai satu simbol bahawa negara ini mempunyai budaya ilmu yang tinggi,” katanya.

Noktah Sebentar.

Adakah dalam hidup ini kita perlu bersikap prejudis terhadap mereka yang tidak 'pandai'? Adakah mereka yang 'pandai' sahaja yang wajib diberi sokongan, bantuan dan penghargaan? Adakah pandai itu hanya sekadar mendapat berpuluh A? Adakah orang itu dikatakan pandai hanya kerana cemerlang di dalam peperiksaan?

Tidak pandaikah orang itu jika dirinya gagal dalam matematik tetapi pandai bermain alat muzik? Tidak pandaikah orang itu jika tidak dapat menjawab teori fizik tetapi hebat dalam menendang bola? Tidak pandaikan mereka yang dikatakan tidak pandai mengikut kayu ukur peperiksaan?

Di mana nilai kita sebagai manusia? Siapa kita untuk mengatakan orang itu pandai atau tidak? Sejarah telah menunjukkan orang yang dikatakan 'tidak pandai' ini sebenarnya yang menggegar dunia. Albert Einstein, Thomas Edison, Bill Gates, Alexander Grham Bell adalah cebisan nama yang telah membuktikannya.

Sistem ekonomi sekarang juga telah melihatkan kepada kita yang 'tidak pandai' ini sebenarnya yang akan menjadi ketua, boss, manager dan pemimpin kepada yang 'pandai'.

Mengapa perlu kita diskriminasikan antara pandai dan yang tidak pandai? Tidak bolehkah kita menghargai, memberi pengiktirafan, dan memberi sokongan kepada mereka yang tidak pandai? Jika tidak, mengapa perlu kita memaksa yang 'tidak pandai' ini menjadi pandai mengikut acuan kita- acuan yang tidak sesuai untuk mereka?

Sebenarnya di dalam hidup ini tidak ada yang pandai, dan juga tidak wujud yang tidak pandai. Pandai atau tidak hanyalah ilusi dan berubah-ubah mengikut kayu ukur kita. Mana mungkin kita mengatakan seseorang fobia nombor sebagai pandai jika kayu ukur kita ialah ujian Matematik tambahan. Begitu jugalah mana mungkin kita mengatakan si kaki bangku sebagai pandai jika kayu ukur kita ialah perlawanan bola sepak.

Diri kita juga boleh menjadi pandai hari ini dan tidak pandai keesokan harinya. Semuanya bergantung kepada kayu ukur.
Pandai atau tidak pandai adalah satu sikap yang prejudis terhadap mana-mana insan. Tidak perlu kita mengutuk sesorang itu tidak pandai sedangkan mungkin dirinya lebih pandai daripada kita dalam sesuatu perkara. Janganlah kita berlagak pandai takut-takut kita lebih bodoh daripada orang lain dalam perkara yang lain.

Yang ada dalam hidup ini hanyalah yang berani dalam meneruskan kehidupan. Yang berani inilah yang wajib kita iktiraf dan beri sokongan.

TAJA UTUSAN

SEBANYAK 15 buah sekolah di dalam kawasan Parlimen Jerlun akan menerima naskhah percuma Utusan Malaysia selama setahun.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun menaja akhbar tersebut.

Tajaan itu membolehkan 10 buah sekolah rendah dan lima sekolah menengah di kawasan tersebut menerima akhbar tersebut setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu.

Kata Mukhriz, tajaan akhbar Utusan Malaysia itu untuk membantu meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah-sekolah.

Hahaha habislah murid-murid di Jerlun.. Kesian kena baca Utusan Meloya..hahaha

Bukak muka depan, nampak ucapan-ucapan PM. Selak ke belakang, kena bisik-bisik dengan Awang Selamat. Pergi ruangan tengah, kena takut-takutkan dengan berita ketuanan melayu..hahaha

Paling sakit hati kena main teka teki bila baca berita sebab selalunya Utusan akan tulis 'seorang datuk Y, bekas pemimpin...' Hahaha kesian-kesian..

Baca Utusan rupanya dah cukup nak tingkatkan mutu pembelajaran. Tak payah nak berfikirla camni. Baca Utusan ketawa je dapat. hahaha Memang kualiti pendidikan kita akan berjaya melahirkan Raja Lawak..hahaha

Taja Utusan ni sebab dah tak laku ke? hahaha

Kisah Aneh

WANG DBP LAMBAT KERING- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 20 April - Biasanya kebanyakan ketua jabatan mahu pun organisasi sering 'sakit kepala' memikirkan masalah dana yang tidak pernah mencukupi.

Namun, berbeza pula dengan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz yang mungkin mengurut dahi bagi memikirkan cara untuk menghabiskan dana yang terlampau banyak.

"Daripada dana RM10 juta, sebanyak RM8 juta sepatutnya diagih kepada penerbit buku bumiputera bagi membantu mereka menjalankan kerja-kerja penerbitan, manakala RM2 juta lagi diperuntukkan untuk melatih tenaga kerja penerbit tersebut.

"Malangnya, setakat ini, hanya RM3 juta sahaja dana yang digunakan." katanya.

Ini kisah aneh.. Pelik.. Misteri.. Macam mana boleh tak habis ni? Tak kan tak ada kontaktor kelas F nak sapu? Mana dia bumiputera-bumiputera pergi?

Siapa tau? Kesian mamat ni dah berkerut dahi. Duit banyak sangat..

5% penjawat awam ponteng kerja- Berita Hairan

PORT DICKSON: Kira-kira lima peratus kakitangan awam terbabit dalam gejala ponteng kerja dengan ada kes tidak datang bekerja hingga tiga bulan.

Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Ahmad Shah Mohd Zin, berkata kebanyakan kakitangan terbabit adalah kumpulan sokongan dua (gred 1-17) yang bekerja di luar pejabat dan tidak perlu menggunakan kad perakam waktu.

"Kami berpendapat lebih baik kementerian dan jabatan kerajaan mengadakan seminar kesedaran khusus kepada kumpulan pekerja yang terbabit dalam gejala itu.

Sila tengok minda KBSM (Kemahiran berfikir secara moron) nak selesaikan sesautu masalah..

Ada masalah je, sikit-sikit nak kempen..sikit-sikit nak seminar..sikit-sikit nak jelajah.. hahaha

Lepas habis seminar, habuk pun tarak. Yang dapat ialah makan free..hahaha

Kalau seminar pun diorang ponteng camne? Nak buat apa pulak? Kenduri? hahaha

Monday, April 20, 2009

PERHATIAN!

Siapa nak bergelak ketawa secara percuma? Hiburan ini lebih lawak dari Nabil, lebih kelakar dari Afdhlin Shauki. Dijamin ketawa sampai terguling-guling. Silap-silap boleh menangis. Basuh Baju berjaya menjumpai sitkom temubual kelakar di abad ini. Cakap banyak pun tak guna kan.

SILA KLIK SINI. Untuk hiburan lanjut dan lebih santai, boleh klik sini dan sini.

Oh ye, pelakon utamanya ialah Khir Toyo. Kenapalah ada lagi manusia bodoh macam dia ni? Kenapalah aku boleh ada Menteri Besar macam ni? Kenapa? Kenapa?

Nami, Marni, Fahmi, Baginda Reformasi, Did, Seladang, Sheikh, Mamai, dan semua pembaca; KENAPA? hahahaha

Apa Itu Rasuah?


Apa itu rasuah?

Ketika saya di sekolah rendah dulu, saya ada bertanyakan kepada cikgu tentang perkataan rasuah ini. Jawapan paling mudah yang mampu beliau berikan adalah; rasuah ialah memberi sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang salah. Contoh yang cikgu saya berikan ialah situasi di mana saya didenda kerana datang lewat. Untuk melepaskan diri, saya memberi cikgu saya gula-gula sebagai ganjaran. Inilah pemahaman rasuah ketika saya berumur lebih kurang 9 tahun.

Selepas 10 tahun, saya perhatikan semua orang suka bercakap tentang rasuah. Rasuah dilihat sebagai perkara yang cukup jijik di khalayak awam seperti dadah. Kadang-kadang saya hairan, mengapa selepas 19 tahun saya hidup di bumi ini masalah rasuah masih tidak selesai-selesai? Lalu saya terfikir sebentar tentang rasuah....

Ada rasuah yang menyebabkan kos sesuatu projek naik. Rasuah ini datang dalam bentuk direct nego (runding terus). Kalau kos asal hendak bina masjid kristal sebanyak RM50 juta, dinaikkan hingga RM300 juta. Ada juga rasuah yang menyebabkan jenayah. Rasuah ini berlaku antara Taiko Samseng dengan Ketua Agensi Keselamatan. Kedua pihak tidak mengacau antara satu sama lain. Hanya duduk di tepi-tepi. Tetapi yang menjadi mangsa di tengah ialah orang ramai. Contoh yang paling jelas ialah sindiket pelacuran, dadah, dan curi kereta.

Senang cerita, rasuah ini cukup pelbagai jenisnya. Malah kalau dikatelogkan mungkin ianya mampu menjadi kitab.

Saya mempunyai dua pandangan tentang rasuah. Pertama rasuah tidak boleh dihapuskan tetapi boleh dikurangkan. Kedua selagi mana persahabatan wujud selagi itulah rasuah tetap muncul. Kalau perhatikan, pandangan kedua saya telah menjelaskan mengapa pandangan pertama saya timbul.

Noktah sebentar. Mengapa saya katakan begini? Untuk kita fahami perkara ini tidak susah. Kita wajib bertanya kembali kepada diri kita, Apa Itu Rasuah?

Rasuah pada hari ini bukanlah seperti memberi gula-gula untuk mengelakkan diri daripada didenda. Rasuah dalam konteks kehidupan sebenar jauh lebih besar daripada itu . Dalam bermacam jenis rasuah, ada satu rasuah yang cukup halus untuk dilihat tetapi cukup ramai yang mengikut. Rasuah ini bersangkut paut dengan persahabatan.

Sebagai contoh katakan kita menjadi Pegawai Besar di sesebuah kementerian. Pada masa yang sama kita mempunyai kawan baik yang bekerja sebagai kontraktor juga. Suatu hari, kita ditugaskan untuk memilih kontraktor bagi suatu projek. Kuasa memilih dan meluluskan tender itu ada pada kita. Tiba-tiba kawan baik kita yang juga kontraktor ini pun turut masuk untuk merebut peluang. Ikut logik persahabatan, pastilah kawan baik kita ini akan cuba mempengaruhi keputusan kita.

Saya ingin bertanya; Apakah tindakan anda jika berada dalam situasi ini? Hendak beri projek itu kepadanya atau tidak? Di sini, mungkin ramai yang akan bercakap 'kalau dia tak layak, tak bagilah.' Betul. Pandangan ini tidak salah. Tetapi bagaimana kalau dia layak dan berkebolehan? Adakah anda akan berikan? Saya yakin 99% orang pasti akan memberikan projek itu kepadanya.

(Tak payah tipulah. Asalkan yang tak layak pun anda akan bagi jugak inikan pula yang memang layak)

Jadi selepas mendapat projek itu, pastilah kawan baik anda itu akan memberikan sesuatu kepada anda sebagai ganjaran. Adalah perkara gila dan seorang kawan yang bangang untuk tidak memberi apa-apa ganjaran selepas mendapat apa yang diinginkan. Dalam hal ini, ganjaran ini dipanggil rasuah.

Noktah sebentar. Sila tanya pada diri, apa itu rasuah? Adakah perkara yang saya sebutkan tadi ialah rasuah? Jika ya, maka tepatlah DUA pandangan saya mengenai rasuah kerana selagi mana wujud persahabatan selagi itulah adanya rasuah. Dalam hal ini, bagaimana untuk kita atasinya? Tidak bersahabat? Ini kerja gila. Atau mungkin, kita tidak menganggapnya sebagai rasuah? Siapa tau....

Nota kaki: Tulisan ini tidak bermakna saya menyokong rasuah. Sebaliknya sebagai mencabar pemikiran kita. Bukan pembebasan utama adalah pembebasan minda?

Kenapa kena jimat?

SULTAN PAHANG SERU RAKYAT BERJIMAT CERMAT- Utusan Meloya

KUANTAN 20 April — Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan berhemat dalam perbelanjaan harian serta berbelanja mengikut kemampuan ketika harga barangan naik mendadak ekoran kesan kemelesetan ekonomi global masa kini.

“Harga barangan yang mendadak naik dan pendapatan rakyat yang mengecil mendatangkan beban kepada rakyat, justeru beta menyeru semua rakyat supaya berjimat cermat,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. - Bernama

COURT ORDERS PAHANG MB TO PAY RM63M TO LOGGING FIRM- Malaysian Insider

KUANTAN, April 20 — The High Court here today ordered the Pahang Mentri Besar to pay RM63mil to a logging firm for breach of contract.

Justice Abdul Halim Aman said his decision was not a matter of litigation but an enforcement of an earlier order the company had obtained following its successful suit against the state government.

Sunday, April 19, 2009

Jelajah Terengganu perjelas isu 10 ADUN- Berita Hairan

MARANG: Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Terengganu akan menjelajah ke seluruh negeri ini untuk memberi penjelasan ketidakhadiran 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Selasa lalu.

Setiausahanya, Alias Abdullah, berkata penjelasan itu perlu dilakukan bagi mengelakkan kemarahan rakyat.

Hahaha nak naik basikal pulak keliling kampung.. macam-macam.. hahaha

Kali ni tak nak bangkitkan soal membazir pulak? hahaha Jelajah satu negeri mesti guna duit kan. Tak kan guna air liur je.hahaha

Nak jelajah-jelajah ni pastikan ada permit polis. Nanti kena tangkap masuk lokap..hahaha

Apalah susah sangat nak jelaskan kat rakyat. Ingat rakyat bodoh ke? Mana ada rakyat marah 10 ADUN tak pergi dewan. Ala, macam ponteng sekolah je. No big deal la bro. hahaha

10 ADUN ni tak datang sebab kena ugut bunuh. Tup tup menyorok kat bilik hotel ramai-ramai. hahaha Yang patut dijelaskan kepada rakyat ialah:

"APA YANG MEREKA BUAT BERAMAI-RAMAI DALAM SATU BILIK HOTEL ITU?"

Henti jaja sentimen perkauman- Utusan Meloya

BUKIT MERTAJAM 18 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah mahu pembangkang berhenti menjaja sentimen perkauman sebagai bahan kempen terutama pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti nanti.

Arif Shah berkata, ‘permainan’ seperti itu akan hanya membangkitkan perasaan benci-membenci antara satu kaum dengan satu kaum yang lain.

Gila berani mamat ni perli pembangkang. hahaha Tau tak siapa jadi pembangkang di Pulau Pinang? UMNO ke MIC? hahaha

Cayalah! Akhirnya mengaku juga UMNO mainkan sentimen perkauman. hahaha Terima kasih Utusan kerana hari ini menyiarkan berita yang betul. Ini barulah berita. hahaha

Utusan mainkan sentimen perkauman tak? hahaha

Satu idea bodoh

GUBAL AKTA LARANG ADUN LETAK JAWATAN- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 18 April - Kerajaan disaran menggubal undang-undang bagi memastikan anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak meletakkan jawatan.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, langkah itu wajar bagi mengelakkan berlakunya kekerapan pilihan raya kecil yang banyak membazirkan masa, wang serta tidak menghormati sistem demokrasi.

Satu lagi idea mengarut. hahaha Baru sekarang nak cakap pasal pembaziran duit? hahaha

Sebenarnya tak mahal pun kos untuk SPR jalankan PRK. Yang jadi mahal bila beribu-ribu polis diletakkan. hahaha Kenapa sampai perlu letak 6000 anggota polis masa PRK Kuala Terengganu dulu? Malaysia zon perang kah? hahaha

Tak hormati sistem demokrasi? hahaha Faham tak demokrasi itu apa? Jangan sedap je cakap. Demokrasi ialah hak untuk memilih. kalau ada undang-undang ni lagilah tak wujud demokrasi. Sebab dah tiada hak untuk memilih. hahaha

Susahlah kalau ada undang-undang ni nanti. Macam mana kalau ada ADUN atau Ahli Parlimen yang didapati bersalah dalam kes rasuah atau jenayah? Masih nak kekalkan ADUN tu?

Macam mana kalau ada ADUN mati? Undang-undang ni boleh menghalangnya dari letak jawatan? hahahaha

Wajarkah BN bertanding?- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 18 April - Wajarkah Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan (DUN) Penanti?

Persoalan ini mendapat reaksi yang berbeza daripada pelbagai pihak.

Hahahaha Wajar ke tidak?

Para pembaca sila jawab..hahaha

Saturday, April 18, 2009

Satu skrip drama tentang pilihan raya kecil


COSTLY BY-ELECTIONS- The Star

The five by-elections which have been held in the country following the 2008 general election have cost Malaysian taxpayers RM33.4mil.

NO, SAY THE PM- NST

"The principle of by-elections, according to the Constitution, is about a member of parliament or state assemblyman who is incapacitated because of death, bankruptcy or of some inability to perform.

PKR BAGAI MERESTUI KESALAHAN MORAL ELIZABETH APABILA KEKAL SEBAGAI ADUN- Utusan
____________________________________________________________

" Aku dengar nak ada pilihan raya kecil lagi. Membazir betul! " Najib Ibrahim.

" Kenapa tiba-tiba baru sekarang timbulkan soal membazir pulak? Habis tu pergi Disneyland, beli kapal selam, dan beli kapal perang itu tak membazir?" Anwar Razak.

" Itu hal lain. Sekarang ni kan kita patut fokus terhadap masalah ekonomi dari sibuk berpolitik." Najib Ibrahim.

" Nak buat macam mana, kita kan ahli politik. Kerjanya berpolitik je lah. Lagipun politik ni kan kehidupan." Anwar Razak.

" Berpolitik sampai ekonomi lingkup? Itu matlamat kau dengan adakan PRK tiap-tiap bulan?" Najib Ibrahim.

" Siapa kata ekonomi lingkup masa PRK? Masa PRK lah ekonomi sesuatu kawasan tu nak naik. Duit berjuta-juta akan dipamkan. Restoran penuh, hotel penuh. Projek sana projek sini, dapat itu dapat ini. Senang cakap 'duit rakyat untuk rakyat untuk memilih wakil rakyat." Anwar Razak.

" Pilih wakil parti..... bukan wakil rakyat. Tapi yang kau sengaja suruh ADUN kau letak jawatan tu kenapa? Alasannya nak sambung belajar buat master. Kalau dah tahu nak belajar, kenapa bertanding?" Najib Ibrahim.

" Guna akal la beb. Sebenarnya dia letak jawatan sebab rasuah kuari kat Penang. Aku nak bersihkan parti aku dari ADUN-ADUN yang korup. Aku tak nak parti aku jadi macam parti kau." Anwar Razak.

" Masalahnya kau jugak yang pilih diorang untuk bertanding dulu masa PRU. Nampak sangat calon-calon kau jenis bidan terjun dan tak ada kelayakan. Sekarang bila dah jadi camni, membazirkan duit rakyat je. Elok-elok duit tu boleh buat projek pembangunan, terpaksa dihabiskan kat PRK yang sengaja diadakan. Kau ni tak fikirkan rakyat ke?" Najib Ibrahim.

" Inilah harga yang perlu dibayar untuk nilai sebuah demokrasi. PRK ialah satu cabang demokrasi. Kau pun kata asas PRK ialah ketidak keupayaan seseorang calon untuk berkhidmat. Ha, ADUN aku ni memang tak ada upaya dah nak khidmat kepada rakyat. Itu yang aku suruh dia letak jawatan." Anwar Razak.

" Lain kali pilih calon yang betul-betul layak dan berkaliber." Najib Ibrahim.

" Elizabeth Wong ADUN berkaliber. Tapi bila aku kekalkan dia sebagai ADUN, kau pulak kata aku tak pentingkan isu moral. Bila aku suruh Fairus letak jawatan sebab isu moral, kau kata aku nak membazir duit rakyat pulak. Mana satu ni?" Anwar Razak.

" Errr.. aku balik dulu. Letih aku nak berdebat dengan kau. Lagipun Wan Rosmah ajak baca Utusan sama-sama." Najib Ibrahim.

Hari ini Basuh Baju ingin mengajak para pembaca memberi pendapat tentang pilihan raya kecil. Adakah anda semua bersetuju pilihan raya kecil dijalankan? Atau tidak?

Berita RTM kembali jam 8- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melakukan perubahan waktu bagi slot beritanya termasuk bagi berita utama Nasional@1 (Bahasa Melayu) yang akan kembali bersiaran pada jam 8 malam mulai Isnin ini selepas dipinda ke jam 9 malam sebelum ini.

Flip Flop? hahaha

Mula-mula jam 8... tup tup tukar jam 9 sebab nak tunggu orang kampung balik surau dulu.. sekarang jam 8 balik..hahaha

Faham tak apa maknanya? hahaha

Maknanya orang ramai dah tak tengok RTM la..hahaha Buatlah jam berapa pun. Berita RTM tetap orang tak nak tengok. hahaha

Woit! Yang patut ditukar bukan waktu siaran. Yang patut ditukar bukan pembaca berita. Yang patut ditukar bukan logo RTM. hahaha Apa yang patut ditukar?

Yang kena tukar ialah kandungan berita la! hahaha Orang dah menyampah tengok berita RTM sebab terlalu kelakar. Kalau berita kerajaan, semuanya baik. Kalau berita pembangkang, semuanya buruk. hahaha Tak boleh ke kritikal dekat kerajaan dan bagi peluang untuk pembangkang?

Macam mana internet dan blog tak menjadi sumber orang ramai sekarang.. aiyyah, ini pun mau ajar ka?

Lepas kotak, topi keledar pulak.

JPJ KAJI TINDAKAN PENGGUNAAN TOPI KELEDAR TANPA SIRIM- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengkaji bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap pengguna motosikal yang gagal mematuhi peraturan memakai topi keledar berlabel Sirim, kata Pengarah Penguatkuasaan JPJ, Salim Parlan.

" Pengguna motosikal sepatutnya mempunyai kesedaran terhadap undang-undang yang mewajibkan memakai topi keledar sirim. Tapi kita tak akan saman kerana undang-undang ini masih baru," katanya.

Ini satu lagi cara nak buat duit melalui undang-undang. hahaha

Hari tu pasal kotak ikan. Sekarang pasal topi keledar pulak.hahaha Tak habis-habis nak menyusahkan orang ramai.

Bayangkan, ada beratus ribu orang pakai topi keledar. Tiba-tiba kena beli topi keledar cop sirim. Tak pakai topi ni, kena saman. Dapat bayangkan tak berapa banyak untung kalau kita jadi syarikat pengeluar topi keledar cop sirim? hahaha

Macam-macam. Lepas ni seluar dalam pun nak cop sirim. Nasib baik pakai boxer. hahaha

Nak selesai masalah tol?

NAJIB ARAH EPU CARI PENYELESAIAN TOL- Berita Hairan

KLANG: Kerajaan telah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) supaya mencari satu penyelesaian yang komprehensif untuk menangani isu kenaikan tol yang perlu dilakukan setiap tiga tahun sekali, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Najib nak selesaikan masalah tol? Wow! Bagus-bagus.

Lebuh raya kat Malaysia ni memang kurang ajar. Nak bina jalan, mintak pinjaman dari kerajaan. Kerajaan bagi duit. Ingat, duit tu duit rakyat. Dah siap, kutip duit dari orang ramai melalui tol. Nak pastikan rompakan ini berterusan, ada perjanjian konsensi antara kerajaan dan tokey tol. Kalau kerajaan langgar perjanjian ni, kena bayar ganti rugi.

Ini tak kurang ajar ke? Kalau tau awal-awal, kenapa kerajaan tak bina lebuh raya sendiri je?

Nak selesaikan masalah tol? Senang je. Kosnya hanya RM4 billion untuk beli balik semua syarikat tol. Ada berani?