Monday, April 13, 2009

Kaji penggunaan kotak- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Kebanyakan pemborong ikan di Utara dan Pantai Timur Semenanjung meminta Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) meneliti semula penggunaan kotak ikan berinsulasi (KIB).

KIB dikatakan tidak tahan lama serta mudah pecah berbanding kotak fiber yang dibeli dari Thailand kerana ia lebih murah dan tahan lama.

Beliau berkata, harga bagi satu kotak fiber keluaran Thailand adalah RM150 berbanding RM225 yang dijual oleh LKIM.

LKIM telah mewajibkan penggunaan KIB kepada nelayan-nelayan pada beberapa bulan yang lepas bagi meningkatkan produktiviti perikanan dan juga menjamin kesegaran.

Hahahaha sejak bila tukar kotak dapat banyak ikan? hahaha

Mesti kotak baru ni cantik dan kotak lama buruk. Tukar kotak sebab nak naikkan imej negara di persada dunia. Lepas tu keluar berita cakap nelayan di Malaysia berkelas dunia.hahaha

Kenapa kotak baru yang mudah rosak lagi mahal dari kotak lama yang bagus? hahaha Kenapa penggunaan kotak ni diwajibkan? hahaha

Cuba teka apa maknanya..hahaha Maknanya ada orang buat duit atas kotak.hahaha Celaka ini orang. Menyusahkan nelayan-nelayan. Ingat nelayan ni gaji tinggi ke?

Kalau nak tingkatkan hasil bukan tukar kotak mahal lah! hahaha Tau tak bila tukar kotak mahal nanti harga ikan naik sebab kos operasi naik?

Ini penyelesaian atau tak selesai-selesai?

Pengundi makan dakyah PAS, DAP- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir, berkata kemenangan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana mendapat sokongan pengundi Cina yang terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah Pas dan DAP.

“Sokongan besar yang diperoleh di kawasan pengundi Cina membuktikan Pas dijadikan boneka oleh DAP. " katanya dalam temu bual dengan Berita Harian, di sini semalam.

Hahahaha ini ke badan bebas yang nak kaji kekalahan tu?hahaha Satu pandangan yang maaaassssyyyyuuuukkkk...hahaha

Dari dulu asyik cakap 'termakan dakyah Pembangkang.' hahaha Nak tunjukkan pembangkang ni jahat. BN tu tak ada dakyah ke?hahaha Dalam politik memanglah berdakyah. Ada yang guna dakyah agama, ada yang guna perkauman. hahaha

Macam mana kaum cina dan india tak tolak BN. Depan melayu pergi cakap melayu perlu bersatu takut nanti Cina nak ambik alih. Siapa sokong cina, dia pengkhianat dan boneka. hahaha

Tup tup depan Cina pulak kata semua kaum diberi layanan yang adil. Nak takutkan lagi, pergi mainkan isu hudud. hahaha Ini taktik lama lah- Pecah dan Perintah. hahaha Tak kan tu pun tak faham lagi?

Ini penyelesaian atau tak selesai-selesai?

Sunday, April 12, 2009

Inilah orang cakap- Bodoh Sombong


PAKATAN RAKYAT AKAN TUBUHKAN KABINET BAYANGAN- mStar

Petaling Jaya: Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan PAS telah bersetuju untuk membentuk Kabinet bayangan.

Kata Anwar, anggota Kabinet bayangan itu akan terdiri daripada wakil ketiga-tiga parti berkenaan.

USAHA UNTUK GULINGKAN KERAJAAN- mStar

Alor Setar: Tindakan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kabinet bayangan dilihat sebagai usaha untuk menggulingkan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddon Yassin.

" Kami tidak takut kerana kami di sini untuk berkhidmat kepada rakyat."

Sebelum kita sama-sama ketawa, izinkan saya untuk menerangkan apa sebenarnya Kabinet Bayangan.

Seperti diketahui Malaysia mengamalkan sistem parlimen Westminster. Sistem ini juga diguna pakai oleh banyak negara seperti UK, Australia dan New Zealand. Salah satu perkara yang terdapat dalam sistem ini ialah kabinet bayangan atau bahasa PPSMI nya- Shadow Cabinet.

Kabinet bayangan ini dipilih daripada ahli-ahli Parlimen Pembangkang. Kalau di Malaysia, dipillih daripada Pakatan Rakyat. Tugas memilih ini diberi kepada Ketua Pembangkang iaitu Anwar. Masing-masing akan diberi tugas untuk memeriksa atau membayangi setiap kementerian. (sebab itu namanya shadow cabinet.)

Contohnya katakan Nurul Izzah dilantik sebagai menteri bayangan untuk Kementerian Belia dan Sukan, maka tugas Nurul Izzah adalah memerhati dan meng'counter' setiap dasar yang dibuat oleh Shabbey Chik. Kalau ada yang silap, maka Nurul Izzah boleh mengajak Shabbey untuk berdebat. Nurul Izzah berpeluang untuk menunjukkan kepada rakyat yang dirinya lebih bijak berbanding Shabbery.

Begitulah juga dengan Anwar selaku Ketua Kabinet Bayangan akan mengetuk kepala Najib kalau Najib masih membeli kapal selam atau berjumpa dengan Altantuya lagi.

Jadi dengan cara ini, setiap kementerian akan lebih banyak membuat kerja dari berpolitik kerana mereka akan sentiasa diawasi. Rakyat juga boleh menilai dan berfikir antara Kerajaan dan Pembangkang- siapa lagi bagus. Rakyat juga akan tahu sekiranya Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan, siapa yang akan naik menjadi PM, TPM dan menteri-menteri lain.

Tamat sesi penerangan. Baru boleh gelak.

Hahaha Alahai TPM ku yang baru.. faham tak apa dia kabinet bayangan ni? hahaha

Sejak bila tubuh kabinet bayangan nak guling kerajaan? hahaha Kabinet bayangan nak pastikan kerajaan tak terguling lah..hahaha Nak pastikan kabinet buat kerja. Kalau tak buat nanti rakyat gulingkan..hahaha

Tapi memang betul pun.. Pakatan Rakyat memang nak jadi kerajaan. Sebab tu tubuh Kabinet Bayangan dulu..hahaha

Di UK dah ada kabinet bayangan. Di Canada, Australia, New Zealand, Poland, Itali pun ada. Nak lagi terkejut dekat Bahamas pun ada! hahaha Malaysia bila lagi?

Saturday, April 11, 2009

Penyelesaian dan tak selesai-selesai


Seperti yang diketahui segala benda, masalah, dan perkara di dunia ini pasti berpunca daripada sesuatu. Punca ini kemudiannya melahirkan kesan. Punca dan kesan adalah dua hukum asas dalam kehidupan kita. Untuk kita fahami perkara ini tidak susah. Cuba perhatikan di sekeliling dan berfikir apa punca dan kesannya. Contoh yang paling besar ialah bumi dan diri kita.

Alam semesta berpunca daripada satu letupan besar yang dipanggil Big Bang. Kesannya adalah bumi yang menjadi tempat tinggal kita.

Lahirnya manusia di muka bumi ini berpunca daripada setitis air mani. Kesannya ialah wujud masyarakat yang hidup bersama.

Noktah sebentar. Saya perhatikan di dalam kehidupan ini ramai yang tidak menyedari dua perkara asas ini. Kesan daripada kegagalan memahami punca dan kesannya telah mengakibatkan masalah yang sama berulang kembali.

Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita wajib kembali kepada dua hukum asas ini- punca dan kesan. Dalam istilah wawasan 2020, punca ialah 'long term solution' manakala kesan ialah 'short term solution'. Bagi istilah yang lebih cool, long term solution ialah 'penyelesaian' dan short term solution ialah 'tak selesai-selesai'.

Di sini saya senaraikan beberapa punca dan kesan. Kemudian sila tanya pada diri, mana satu penyelesaian dan mana satu 'tak selesai-selesai.'

Kemalangan jalan raya berpunca daripada satu mesin yang dipanggil kereta. Kesannya ialah beribu orang yang mati saban tahun. Mengadakan kempen keselamatan jalan raya, mengadakan ops sikap berbelas-belas, menaikkan saman trafik beratus-ratus atau mengharamkan kereta dari bergerak. Tanya pada diri-Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Kesesakan jalan raya di bandar-bandar berpunca daripada bilangan kereta yang banyak. Kesannya begitu ramai manusia yang menjadi bodoh tersangkut di atas jalan. Melebarkan jalan raya, membina laluan bertingkat, menggali terowong atau menghadkan pemilikan kereta bagi setiap orang. Tanya pada diri-Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Bil air, elektrik dan telefon yang mahal berpunca daripada satu rompakan siang hari yang dipanggil penswastaan. Kesannya, pemegang saham yang kaya raya sementara orang ramai mengikat perut. Mendesak kerajaan memberi subsidi, mengadakan kempen berjimat cermat, menukar pengurusan GLC atau memilik negarakan entiti tersebut. Tanya pada diri-Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Kos sesuatu projek meningkat gila-gila berpunca daripada direct nego- runding terus. Kesannya rasuah berleluasa dan bangunan runtuh rantah. Menangkap si perasuah, mengadakan inkuiri awam untuk menyiasat, mendedahkan salah laku pentadbiran atau menukar kepada open tender. Tanya pada diri-Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Krisis kewangan global berpunca daripada sistem kapitalis yang begitu tamak. Kesannya kilang-kilang ditutup dan pekerja dibuang. Mem'bail out'kan bank-bank, menyuntik dana berbilion kepada syarikat-syarikat, mencetak lebih banyak duit atau menukar sistem kapitalis. Tanya pada diri- Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Penolakan rakyat terhadap BN berpunca daripada politik perkauman. Kesannya Pakatan Rakyat dipilih orang ramai. Menubuhkan badan bebas untuk mengkaji, menukar pucuk pimpinan, menyiarkan berita-berita mengarut di Utusan atau menolak politik perkauman. Tanya pada diri-Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Jika masih tidak dapat menjawab mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai, tanya pada diri- aku ni bodoh ke bangang? Dan kesannya- saya akan terus ketawa dan ketawa. Aiyyah, itu pun tak boleh fikir ka?

Apabila krisis ekonomi melanda...

Seperti yang diketahui, Malaysia sudah mengalami kesan daripada krisis kewangan kapitalis yang berlaku di seluruh dunia. Antara kesannya ialah pekerja dibuang. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah seperti pengambilan pekerja asing dibekukan.

Sila baca tiga berita ini untuk melihat kebenarannya:

SYED HAMID MAHU MENULIS BUKU- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 10 April – Tidak lagi menjawat jawatan dalam Kabinet tidak bererti memberikan lebih masa untuk dirinya.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu Utusan Malaysia, selepas 19 tahun menjadi menteri sepenuh masa, beliau kini mahu menumpukan perhatian untuk menulis buku.

“Mungkin ramai tidak ingat pun, tetapi saya pernah menerbitkan sebuah novel bertajuk Di Perjalanan ketika usia saya dalam lingkungan 30-an,” katanya.

KHAIRY SEDIA JADI GURKHA UMNO- Berita Hairan

RAWANG: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sedia menjadi gurkha Umno bagi memastikan parti berjaya mengembalikan keyakinan rakyat, terutama generasi muda terhadapnya.

" Saya bersedia berkhidmat sebagai gurkha Umno sekalipun bagi memperkukuhkan dan menarik semula minat rakyat terhadap parti. "

TUNGGU PINANGAN UMNO- Utusan Meloya

KOTA BAHARU 10 April - Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menunggu 'pinangan' daripada pimpinan UMNO untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

"Saya tidak akan meminang UMNO, kecuali UMNO yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku)," katanya

Ini barulah berita

KEMENTERIAN SIASAT UFO- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengarahkan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) segera menyiasat laporan mengenai kewujudan pesawat makhluk asing atau UFO di ruang udara Larkin, Johor, kelmarin.

Timbalan Menterinya, Fadillah Yusof, berkata "Kalau betul benda itu masih ada, memang kita akan tengok di sana, bawa peralatan sekali. Siasatan itu penting bagi mengetahui kewujudan makhluk berkenaan, dan sekiranya benar, pegawai Angkasa akan berkampung di kawasan itu,"

DAVUD ARCHULETA KACAK BERBAJU MELAYU- mStar

Diaju tentang baju Melayu yang dipakainya itu, David memuji ‘cool, awesome’ pantas memberitahu yang dia kelihatan seperti orang melayu.

“Memandangkan saya baru pertama kali memakainya, ia memberikan satu pengalaman baru yang berbeza untuk saya,” luahnya yang menghabiskan masa selama empat hari di sini.

Hahahahahaha ada berita lain tak? Macam nak bodohkan minda kita je..hahaha

Bukan tempoh bulan madu- Utusan Meloya

PUTRAJAYA 10 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan tempoh empat tahun mendatang ini bukan ‘masa bulan madu’ seluruh kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan segala keperluan dan penyelesaian masalah rakyat dipenuhi dan disegerakan.

Hahaha bulan madu? Siapa yang kahwin? Rosmah? hahaha

Woit! Siapa yang kata tukar kabinet ada bulan madu?hahaha Budaya mana ni? hahaha

Kalau nak jugak berbulan madu, sila tanya Khir Toyo. Dia tau port mana best nak pergi..hahaha

Siapa tau jawapannya?

Friday, April 10, 2009

Apabila Politkus berkata lagi

Basuh Baju masih tidak mahu ketawa pada hari ini. Sebenarnya Basuh Baju berasa sedih kerana Khairy tidak dipilih menjadi menteri Pertanian. Basuh Baju baru bercita-cita ingin mendapatkan kontrak mengeksport ubi ke Maghribi.

Jadi Basuh Baju telah mengutip beberapa kata-kata politikus mengenai kabinet baru bermuka lama ini.

Selamat Membaca.

" Kasihan Mukhriz kena balik. Dia baru sampai Jepun ke Disneyland." Siti Hasmah ketika ditanya perlantikan Mukhriz. (Nota: Mukhriz tidak bersama dengan Khir Toyo ke sana.)

" Ini bukan masalah bagi saya malah saya sedia dikritik pengguna." Ismail Sabri yang menjadi menteri hal ehwal pengguna.

" UMNO Perlis kecewa. Negeri yang kalah teruk ada menteri. Perlis tidak ada satu pun." Shahidan Kassim merupakan Pengerusi UMNO Perlis. Perlis merupakan negeri yang cemerlang dalam PRU.

" Saya dah berniaga dekat 30 tahun. Nampaknya saya terpaksa serahkan bisnes kepada bini. " Raja Nong Chik. Muka baru yang dilantik menjadi menteri wilayah persekutuan.

" Saya dapat tahu pun masa tengah beri ucapan. Tiba-tiba dapat panggilan." Ong Tee Keat. Ketika itu beliau sedang memberi ucapan kepada golongan belia.

" Kabinet ni macam pasukan bola. Tempatnya terhad. Hanya terbaik dipilih untuk main." Adnan Yaakob memberi komen.

" Isteri saya akan masak laksa lebih sedap berbanding biasa." Ahad Zahid berkata mengenai perlantikannya sebagai menteri pertahanan.

" Saya tak sangka. Hati saya tersentuh kerana PM mempercayai saya." Anifah Aman. Merupakan menteri luar yang baru.

" Mungkin bercuti sekejap. Nak kena fikir masa depan dan karier." Ahmad Zin. Bekas menteri kerja raya yang digugurkan dari kabinet.

" Saya tak perlu komen. Saya dah berkhidmat dengan 3 PM. Patutnya minta komen dari menteri baru." Nazri Aziz. Menteri yang uruskan hal undang-undang dan kehakiman.

" Politik macam bola sepak. Ada pertahanan, ada penyerang. Portfolio saya macam penyeranglah sebab kena berhubung dengan golongan muda." Shabbery Chik yang baru dilantik menjadi menteri belia dan sukan. Harap-harap lepas ni makin ramai belia yang nak berdebat.

Apabila Politikus berkata-kata


Basuh Baju tidak mahu bergelak sakan pada hari ini sebagai tanda menghormati hari Jumaat. Basuh Baju risau ini akan menjejaskan tumpuan ketika solat Jumaat nanti.

Jadi, Basuh Baju mengambil beberapa kata-kata politikus Barisan mengenai barisan kabinet yang baru.

Selamat Membaca.

" Jawatan dalam Kabinet tak boleh dilobi." Najib.

" Saya dan Najib mampu menjadi gandingan mantap. " Muhyiddin.


'' Saya bukan pemimpin glamour.'' Shafie Apdal.

" Saya terharu terus diberi kepercayaan walaupun sebagai orang lama." Rais Yatim.

" Saya tak sangka kembali ke Kabinet. Ini satu penghargaan kepada wanita." Shahrizat.

" Melaka kecewa dengan kabinet baru. " Ali Rustam.

" Saya tidak kecewa. PM memberi saya tugas lain untuk sayap Pemuda. " Khairy.

"Saya dah kata, saya tak campur tangan dalam pelantikan dia (Mukhriz). Kalau tak lantik pun, tak apa juga. Tapi ini dah lantik saya gembiralah. " Mahathir.

‘‘Mukhriz mampu menggalas tanggungjawab itu. Beliau belajar banyak dari bapanya dan beliau juga seorang anak yang baik. ’’ Siti Hasmah.

“Kepercayaan yang diberikan beliau itu boleh dianggap sebagai hadiah hari lahir saya esok (hari ini)." Ng Yen Yen- Menteri Perlancongan.

" Saya dapat tahu pagi tadi (semalam) kira-kira jam 9 pagi, tiba-tiba menerima panggilan telefon meminta saya berada bersama mendokong kerajaan." Jamil Khir- Menteri hal ehwal Agama.

" Saya tidak terperanjat dengan keputusan PM. Saya terima dengan berlapang dada dan anggap ini qada' dan qadar." Syed Hamid Akhbar.

" Mampu kembali kepercayaan rakyat. Saya sokong 100% siapa sahaja yang dipilih. Inilah saf terbaik yang saya lihat." Khir Toyo ketika berucap di Disneyland sambil memegang penyapu.

Thursday, April 9, 2009

Kambing hitam yang telah dihitamkan

Basuh Baju mempunyai satu pandangan tentang akhbar. Apabila kita membaca berita, kita wajib memahami berita yang ingin disampaikan mempunyai makna tersembunyi. Dalam bahasa mudah, surat khabar dan segala macam media perdana cuba menipu kita dan menutup perkara sebenar.

Hari ini Basuh Baju akan menunjukkan apa yang tersembunyi itu.

Penemuan ini bukanlah kerana Basuh Baju seorang yang pakar. Tetapi kerana benda yang hendak disembunyikan itu terlalu besar- macam Big Mama.

Sila baca dua berita ini. Tanya pada diri- mana satu berita, mana satu wayang.

AZILAH, SIRUL DIHUKUM GANTUNG- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 9 April - Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh wanita Mangolia, Altantuya Shaariibu pada Oktober 2006 lalu.

NAJIB UMUM KABINET BARU- Mkini

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan barisan kabinet barunya
dengan menampilkan tujuh muka baru dan menggugurkan lapan anggota jemaah menteri yang lepas.Kabinet baru ini menyaksikan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran.

Cuba fahami mana satu berita, mana satu berita yang cuba menutup berita. Jika masih tidak percaya, sila baca surat khabar esok. Berita tentang Altantuya akan ditulis sekecik yang mungkin.

Kambing hitam dikorbankan

AZILAH DAN SIRUL DIHUKUM MATI- Mkini

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Manakala ketua pihak pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Akhirnya kambing hitam akan dikorbankan.

Ini bukan korban percintaan. Ini korban politik.

Kambing putih pula sudah angkat sumpah menjadi PM.

Misteri- apa dia kejadian tertentu?- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 8 April - ''Penyokong merusuh bukan kerana Kelantan kalah tetapi kerana tidak berpuas hati terhadap insiden tertentu di luar stadium."

Itu penjelasan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengenai kejadian penyokong penyokong pasukan tuan rumah merusuh selepas perlawanan separuh akhir Piala FA di antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, kelmarin.

Menurut Annuar, rusuhan penyokong yang melibatkan perbuatan membakar kereta dan memecahkan cermin kenderaan tiada kaitan dengan keputusan perlawanan.

''Ketika lebih 20,000 penonton keluar stadium, tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah tercetus insiden tertentu di luar stadium yang menyebabkan penyokong tidak berpuas hati lalu merusuh."

Hahaha nak tau tak apa yang best bila baca akhbar perdana? hahaha Pertama sebab kelakar terguling-guling..hahaha Kedua sebab misteri terbaring-baring..hahaha

Apa dia kejadian tertentu ni? hahaha UFO datang serang stadium ke? hahaha Ada hantu main wau ke kat trak FRU?hahaha Kalau bukan sebab kalah, sebab apa? Bagitau la..hahaha

Satu persoalan timbul- kenapa berita ini menjadi tajuk utama di akhbar-akhbar? Adakah sebab ia berlaku di Kelantan atau kerana malu nak siar berita kemenangan Pakatan.hahaha

Jawapannya- hendak membuatkan orang ramai cintakan bola sepak tempatan. Asyik nak tengok Champions League je.hahaha

Awang nak pasang telinga- Utusan Meloya

DATUK Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan senarai Kabinet hari ini.

Itulah saf terbaik untuk memacu kejayaan negara.

Sudah tentu Najib telah mengambil kira pelbagai perkara dalam melantik anggota Kabinetnya.

Bagi Awang, pokok pangkalnya ialah setiap parti komponen perlu melihat cermin, ukur prestasi dan peranan diri dalam pilihan raya umum lepas dan pilihan raya kecil yang baru berakhir.

Cuba bertanya diri sendiri, apakah peranan meraih sokongan pengundi daripada kaum yang diwakili sudah diperoleh dan kalau diperoleh apakah memadai?

Jangan sama sekali sekadar pandai mendesak sedangkan sumbangan tidak seberapa.

Awang – Pasang telinga.

Hahaha saf? Kalau ada saf, mesti ada imam. Najib boleh jadi Imam tak?hahaha Siapa pula bilal? Azalina atau Khir Toyo? hahaha Mestilah Samy Vellu. hahaha

Meraih sokongan dari kaum diwakili? hahaha Ini macam perli MCA dan MIC je. hahaha Woit! pilih menteri bukan sebab dia melayu, cina atau India la. Pilih menteri sebab dia layak! hahaha Kenapa menteri pengangkutan mesti dari MCA? Kenapa menteri pendidikan mesti dari kaum melayu? hahaha

Lihat cermin dulu? hahaha senang je rupanya nak jadi menteri. Tengok cermin dan ukur prestasi.hahaha Kalau Rosmah macam mana? Cermin mana muat. Nak ukur lilit nak guna apa?hahaha

Basuh Baju: Nak pasang telinga kat kedai mana? Berapa ringgit sejam? Ke ikut kilo?

Bisik-Bisik

Disebabkan Awang Utusan Meloya masih lagi hendak berbisik, maka Basuh Baju merasakan sudah tiba masanya untuk Basuh Baju 'bercakap' dengannya.

Basuh Baju akan tampil dengan ruangan 'bisik-bisik'- khas untuk Awang.

Basuh Baju berharap Awang akan berubah supaya tidak lagi berbisik. Basuh Baju tidak mahu orang ramai tertipu dengan bisikannya.

Basuh Baju pernah belajar- yang bisik-bisik ni syaitan dan iblis. Tapi Basuh Baju juga pernah baca- hanya orang yang hangat bercinta sahaja bisik-bisik. Basuh Baju hairan.

Jika ada pembaca yang merasakan ruangan 'bisik-bisik' Basuh Baju sekadar ingin membodek Utusan, jangan salah anggap. Basuh Baju tidak pernah bermimpi hendak menggantikan Awang di ruangan itu.

Basuh Baju lebih selesa membasuh dari bisik-bisik.

Selamat membaca dan jangan berbisik.

Hari ini bangun awal pagi


Hari ini bangun awal pagi,
Baru teringat ada game bola malam tadi,
Terus geram dan gigit jari.
Semalam dah bengang MU-Porto hanya seri.

Hari ini bangun awal pagi,
Bukak Utusan dah ketawa macam nak mati,
Ingatkan ada lagi berita pasal dua bukit dan batang Ai,
Tup tup semua dah lesap--hairan, macam mana boleh jadi ni?

Hari ini bangun awal pagi,
Petang nanti jawatan kabinet akan diisi,
Semua kontraktor kelas F, kaki bodek, dan kroni ternanti-nanti,
Kalau Khairy masuk- Mahathir tibai,
Kalau Mukhriz dapat- Pemuda tibai,
Kalau Khir Toyo dipilih- habislah pergi Disney lagi.

Hari ini bangun awal pagi,
Kejap lagi keputusan perbicaraan Altantuya diketahui,
Azilah dan Sirul mungkin dihukum mati atau jalan free,
Tapi yang pasti, rahsia pembunuhan Cik Aminah ini masih misteri.

Hari ini bangun awal pagi,
Di Indonesia 170 juta rakyatnya keluar mengundi,
Ada berkempen guna video, ada yang masuk TV, Ada juga yang goyang gerudi,
Ada muka artis, ada muka foreigner, ada muka yang kubur panggil mari,
Inilah dia demokrasi.

Hari ini bangun awal pagi,
Masuk ke dapur minum kopi,
Agaknya bagaimana nasib rakyat yang hanya makan maggie?
Agaknya bagaimana nasib yang duduk di setinggan Kerinchi?
Gian bercandu politik sampai lupa tentang ekonomi.

Hari ini bangun awal pagi,
Pakatan Rakyat menang lagi,
BN gigit jari dan kaki,
Najib dan Mahathir dah susah hati,
Basuh Baju terus suka hati................

Wednesday, April 8, 2009

Awas, badan bebas nak kaji- Utusan Meloya

TAIPING 7 April – Satu badan bebas akan ditubuhkan bagi mengkaji dengan lebih tepat punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di kawasan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mencadangkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hahaha badan bebas ni apa? Badan yang bebas ialah badan yang tidak berbaju..hahaha

Nak kaji apa lagi? Masih tak tau ke punca kalah kenapa?hahaha dah setahun lebih dah dengar nak kaji ni..hahaha

Nak kaji? Cuba kaji kenapa Khairy didapati bersalah rasuah tetapi dibenarkan bertanding. Kaji ni dulu.hahaha

Masih nak bisik-bisik lagi- Utusan Meloya

AWANG tidak terkejut apabila Barisan Nasional (BN) gagal merampas balik kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang.

Ini kerana sentimen kebencian yang dimainkan pembangkang sepanjang kempen berlangsung di dua kawasan terbabit amat kuat. Isu-isu lama banyak dibangkitkan.

Awang yakin kerajaan di bawah kepimpinan baru akan membawa perubahan yang jelas dalam sedikit masa lagi demi rakyat. Berikan ia masa dan ruang.

Awang – Tidak panik.

Hahaha engko ni awang oi. sape suruh bisik-bisik je. Siapa nak dengar.hahah

Patutnya engko cakaplah kuat-kuat kat BN. Barulah depa faham kenapa kalah. Tak payah nak buat badan berbebas.hahaha

Tapi hari tu engko yakin BN akan diterima rakyat. hahaha Itu engko bisik ke atau angan-angan engko.? hahaha

Basuh Baju- Lain kali cakap kuat-kuat. Baru Tak panik.

Kaset lama masih berbunyi

GMP kesal ayat Al-Quran digunakan dalam kempen- Utusan Meloya

IPOH 7 April - Gagasan Melayu Perak (GMP) dan Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan kesal dengan tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang mempersenda ayat suci al-Quran dalam ceramah di Bukit Gantang.

Presiden GMP, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindakan DAP itu suatu penghinaan kepada seluruh umat Islam kerana sewenang- wenangnya mempermainkan Islam.

''GMP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kor Ming yang cukup melampau dan beliau perlu meminta maaf kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Hahaha dah la tu.. Pilihan raya dah habis dah..hahaha Siapa menang? GMP ke MIC?hahaha

Persendakan agama? Woit! Mamat ni baca ayat Al-Quran je la. Itu dikira persenda ke?hahaha Habis tu ilmuwan kristian berdebat dengan Ulama Islam guna ayat Al-Quran macam mana? Syeikh Ahmad Deedat petik Bible macam mana pulak? hahaha

sewenang-wenangnya dipermainkan? hahaha oit! Makcik Felda yang beragama Islam tak terasa pun. Lebai Imam Kg Durian Runtuh tak mek pot pun.hahaha

Minta maaf kat seluruh umat Islam? hahaha Kat dunia ada berbilion umat Islam.. Nak minta maaf guna apa? Hahaha Utusan? hahaha

Masih ternanti-nanti reaksi umat Islam di Sudan, Perancis, Iran dan China tentang isu ini..hahaha

Sorryla- dah lambat. Tak payah bodek-bodek.

Hapuskan Akta Media Cetak- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 7 April - Kementerian Dalam Negeri akan mencadangkan kepada kerajaan supaya memansuhkan dua akta yang tidak relevan dan mengkaji tiga lagi akta supaya disesuaikan mengikut peredaran semasa.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, akta yang boleh dimansuhkan ialah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Kediaman Terhad 1953.

Tambah beliau, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan boleh dimansuhkan bagi membolehkan syarikat- syarikat penerbitan bergerak lebih bebas sejajar dengan tuntutan rakyat masa ini.

"Rakyat tidak suka akta itu, syarikat-syarikat media pun tidak suka akta itu," katanya pada sidang akhbar khas di kediaman beliau di sini hari ini.

hahaha tak payahlah nak cadang-cadang.. dah lambat..hahaha Ini kes nak bodek supaya dapat jawatan menteri ke?hahaha

dulu masa ada kuasa, berlagak.hahaha Dulu kata rakyat mahukan undang-undang tu. Tapi sekarang, kata rakyat tak suka..hahaha Sejak bila mula baca media alternatif?hahaha

Dah kalah pemilihan UMNO baru boleh fikir apa yang rakyat mahukan..hahaha

Biasalah, ahli politik yang nak bersara adalah ahli politik yang mampu berfikir..hahaha

BN 1, PAS 1, PKR 1- Utusan Meloya

Barisan Nasional (BN) kekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Sarawak.

Pakatan pembangkang pertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah.

Keputusan status quo sama seperti kedudukan dalam pilihan raya umum lalu.

Semua calon Bebas hilang wang pertaruhan.

Ramai pengundi bukan Melayu Bukit Gantang dan Bukit Selambau sokong pembangkang.

Hahaha apa pulak 1,1,1.. hahaha salah tu.. patutnya 4-1..hahaha

Pakatan 4, BN 1.. hahaha betul-betul macam MU kalah dengan Liverpool..hahaha

Cuba perhatikan.. ramai bukan melayu sokong pembangkan.. apa maknanya? hahaha Utusan cuba nak bagi orang melayu marah sebab UMNO kalah kerana cina dan india.. hahaha

tolonglah jangan bodoh dan takutkan kami lagi.. hahaha kami tak mau candu..hahaha