ISA MENGIKUT STANDARD KEMANUSIAAN- Utusan MeloyaBeliau berkata, ada proses habeas corpus di mana seseorang yang ditahan di bawah ISA, boleh membuktikan dirinya bebas daripada semua pertuduhan terhadapnya.
Sejak bila ISA ni ada nilai manusia? ISA sekarang jauh lagi kejam dari Ordinan Darurat 1948. Masa itu pun Sir Edward Gent hanya tahan orang tak lebih dari setahun. Sekarang? Ada yang tujuh lapan tahun masih tak balik-balik rumah.
Ada nilai manusia? Tahan orang tanpa bukti dan tanpa perbicaraan tu nilai kemanusiaan ke? Pembunuh, perogol dan perompak pun dihadapkan ke mahkamah dan tahu apa kesalahan mereka. Ini dikatakan nilai manusia?
Ada nilai manusia? Kuasa nak tangkap orang bawah ISA hanya berada di tangan Menteri Dalam Negeri. Ikut suka dia lah nak tangkap sesiapa. Ini nilai manusia ke atau dah macam berlagak Tuhan?
Habeas Corpus? Jangan nak berlagak pandai. Habeas Corpus bukan nak buktikan dirinya tak bersalah terhadap segala pertuduhan. Pertuduhan pun tak ada. Nak buktikan apa lagi. Sebab tu ISA ni kejam.
Habeas Corpus di Malaysia hanya boleh dilakukan sekiranya prosedur menangkap tahanan itu ada kesalahan. Macam salah isi borang dan salah seksyen yang ditahan. Jangan tipu-tipu. Nilai manusia tak menipu di sebalik undang-undang.
ISA hanya tahan 60 hari? Betul. TAPI, dalam seksyen 8(1) lepas 60 hari boleh tahan lagi 2 tahun. Lepas habis 2 tahun, boleh tahan lagi 2 tahun. Macam top up kredit. Dah tamat tempoh, tambah kredit lagi. Di British tahan 21 hari, kalau masih tiada bukti, terus bebas. Jangan tipu-tipu. Nilai manusia tak menipu di sebalik undang-undang.
ISA ni untuk apa? Kalau dulu British guna sebab tak nak kena guling dengan gerakan komunis. Sekarang ni untuk apa? Untuk keselamatan negara? Selamat dari apa? Dari Al-Qaeda? Pengganas? Tapi kenapa tangkap ahli politik dan blogger? Mereka pengganas ke? Kalau jadi ahli politik dan blogger pun pengganas, susahlah camni. Baik masuk Pemuda UMNO atau Kelab belia 4B.
ISA ada nilai Islam tak? Islam tidak menzalimi. Islam memberi hak kepada umatnya. Antara hak itu ialah hak untuk dibicarakan. Hak untuk mendapatkan keadilan. Mendapat keadilan daripada mahkamah. ISA tak ada mahkamah. Sila fikir sendiri.
ISA ada nilai melayu tak? Ada yang kata ISA tanda ketuanan melayu. ISA menjaga kepentingan melayu. Ini tak payah fikir. Hanya si bodoh je yang perlu fikir.













