Sunday, July 26, 2009

Kisah Putrajaya


1- Sesiapa yang pernah lalu lalang di Putrajaya pada hari cuti dan waktu malam pasti menyedari bahawa bandar ini sangat bosan. Dalam erti kata lain, Putrajaya adalah bandar yang mati, tidak hidup dan macam pekan 'koboi'. Sekali pandang macam set pengambaran berskala besar di Universal Studio pun ada.

2- Asalnya Putrajaya dibina dengan mengambil contoh bandar Paris sebagai model pembangunan. Kononnya Putrajaya akan menjadi 'city of light' di Asia- bandar yang bergemerlapan dengan cahaya di waktu malam. Kononnya bandar ini akan sentiasa hidup dan tidak akan mati.

3- Tetapi apa yang berlaku di Putrajaya bukannya 'city of light' sebaliknya 'city of tiang lampu'. Di waktu malam- hanya tiang-tiang lampu sahaja yang setia menjadi penghuni di bandar ini. Itupun kerana tiang-tiang lampu ini tidak tahu jalan ke Paris untuk mereka berhijrah. Kalaulah Air Asia ada penerbangan terus ke Paris, pasti sudah lama Putrajaya menjadi gelap tanpa tiang lampu.

4- Saya tidak faham mengapa pihak berkuasa Putrajaya dan juga perancang bandar tidak menyedari hakikat ini? Adakah mereka tidak pernah tahu betapa sunyinya keadaan di Putrajaya? Tidak percaya? Sila lihat di jalan-jalannya. Sehinggakan kalau saya baring di tengah jalan pun pasti tidak akan dilenyek kenderaan kerana jalannya yang sangat lengang.

5- Itu tidak dikira lagi dengan kebosanan ketika berlegar-legar di Putrajaya. Tidak banyak perkara yang boleh dilakukan. Tidak ada teater untuk saya tonton. Tidak ada galeri lukisan untuk saya lawat. Tidak ada perpustakaan untuk saya singgah. Tidak ada McD, KFC, Pizza Hut dan kedai mamak untuk saya melepak bersama kawan-kawan. (Tiba-tiba saya terfikir, di Putrajaya ada kawasan perkuburan tak untuk orang mati?)

6- Paling saya tidak boleh terima ialah di Putrajaya tidak ada awek lalu lalang untuk saya berkenalan! Bandar apa camni yang tidak ada awek di dalamnya. Selayang, Kodiang dan Kuala Nerang pun ada awek. Takkan Putrajaya begitu cekai? Agaknya kalau saya membesar di Putrajaya pasti saya akan terfikir untuk menjadi sami kerana tidak jumpa jodoh.

7- Sepatutnya hal ini tidak boleh dibenarkan berlaku. Kita sudah berhabis begitu banyak wang untuk membina bandar mega ini. Dianggarkan hampir RM10 bilion telah dibelanjakan. Pernah saya terbaca di akhbar Daily Telegraph UK di mana projek Putrajaya ini antara 10 projek paling membazir di dunia yang pernah dilakukan. Saya tidak bangga. Malah berasa sedih.

8- Sebagai pelajar seni bina, saya masih beranggapan Putrajaya masih boleh dibangunkan. Ia bukannya perkara yang mustahil. Kita cuma perlu berfikir di luar pengaruh KBSM untuk mencari idea-idea best. Aiyyo- Takkanlah pegawai-pegawai yang berkot dan bertali leher di pejabat air-cond itu tidak boleh memikirkan cara penyelesaiannya?

Saturday, July 25, 2009

Putrajaya dan 1Malaysia

1- Hari ini saya ke Putrajaya.

2- Saya amat yakin, sesiapa sahaja yang memasuki Putrajaya pasti akan terpegun dengan rekaan bangunannya yang moden dan canggih. Daripada Kompleks Perdana Menteri hinggalah kepada Pusat Konvesyen Putrajaya. Daripada Masjid Putra hinggalah kepada Masjid Besi. Semuanya tersergam indah.

3- Ditambah pula dengan jalan raya yang teratur, laluan pejalan kaki yang lebar serta landskap yang menarik. Ini semua sudah cukup membuktikan bandar terancang ini memang bernilai berbilion-bilion ringgit.

3- Mahu tidak mahu- saya terasa bangga kerana Malaysia mempunyai bandar yang indah sebegini.

4- Mungkin ada pembaca yang beranggapan Putrajaya adalah sesuatu perkara yang membazir. Tetapi saya tidak ingin bercakap mengenai perkara tersebut kerana bandar Putrajaya telahpun selamat dibina. Nak cakap benda yang dah hanguskan duit buat apa? Lebih baik kita berbicara bagaimana hendak memanfaatkan Putrajaya.

5- Kita diberitahu bahawa Putrajaya adalah pusat pentadbiran negara Malaysia. Seperti yang telah ditulis di wikipedia, Malaysia adalah sebuah negara yang ditadbir oleh sebuah kerajaan yang berbilang bangsa dan agama.

6- Tetapi apa yang berlaku ialah Putrajaya telah menjadi bandar orang melayu. Hampir 95% penduduk Putrajaya adalah orang melayu.

7- Adakah ini satu ironi?

8- Bukankah Putrajaya- sebagai pusat pentabiran Malaysia, sepatutnya memberikan contoh yang baik dalam menunjukkan Malaysia sebagai negara berbilang bangsa?

8- Di mana kaum cina di Putrajaya? Di mana warga India? Di mana yang lain? Bukankah bagus jika Putrajaya didiami oleh semua bangsa?

9- Kalau Putrajaya sendiri pun tidak berjaya memberikan contoh integrasi kaum, tidak hairanlah mengapa perpaduan Bangsa Malaysia masih belum dapat dicapai.



ps: Sekarang heboh di sana sini tentang 1Malaysia. Daripada sibuk-sibuk nak cipta slogan dan lagu 1Malaysia, adalah lebih baik kerajaan mengSATU Malaysiakan Putrajaya terlebih dahulu.

Friday, July 24, 2009

Rehat Kejap..

Rehat kejap. Esok ada temuduga biasiswa di PICC. Jumpa lagi semua!



ps: Sekarang di Cyber Cafe. Duit broadband tak bayar lagi. Owh, aku memang perlukan biasiswa itu....

Thursday, July 23, 2009

Mari Kita Analisa


Jom kita analisis berita utama di semua akhbar tempatan. (kecuali akhbar cina dan tamil sebab tak faham).

*****************************************************************************************

RATES MAY RISE- The Star

PETALING JAYA: The possibility of higher electricity rates will be discussed at the Cabinet meeting today and, if approved, will take effect next month, said Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Peter Chin Fah Kui.

CABINET TO DISCUSS- NST

SEPANG: The cabinet will decide today if there is a need for a royal commission of inquiry into the case of Teoh Beng Hock, who died after he was questioned by the Malaysian Anti-Corruption Commission.

KABINET PUTUSKAN HARI INI- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet hari ini dijangka membuat keputusan berhubung saranan pelbagai pihak supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

PENEGASAN AZLAN- Utusan Malaysia@ Meloya

- Selagi kerajaan dan pihak berkuasa mengurus tadbir kuasa bersandarkan undang-undang, dilaksanakan secara telus dan terbuka, tidak ada mahkamah yang boleh menyalahkan kerajaan.

ROSLIN TUNTUT RM50,000- Harian Metro

KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Roslin Hashim, 34, merancang mengemukakan saman RM50,000 terhadap bekas isteri yang dikahwininya 12 hari sebagai tuntutan ganti rugi terhadap belanja dan kos perkahwinan yang dikeluarkan sebelum ini.

PEMBURU COLI ANAK DARA- Kosmo

KEMAMAN - Beberapa anak gadis di beberapa buah kampung sekitar Binjai di sini, 'bingung' kerana seluar dalam dan coli mereka yang dijemur di ampaian kerap hilang sejak seminggu lalu.

******************************************************************************************
Basuh Baju ingin meminta pandangan daripada pelayar sekalian. Akhbar mana yang menyiarkan isu dan akhbar mana yang mencipta isu? Akhbar mana yang bijak dan akhbar mana yang bangang? Adakah akhbar menyiarkan berita mengikut kehendak masyarakat atau akhbar sengaja mahu memandulkan masyarakat?

Sila berikan pendapat anda. :)


Notakaki: Harian Metro merupakan akhbar terlaris. Mingguan Malaysia merupakan akhbar melayu terlaris. Lu fikirlah sendiri.....

Monday, July 20, 2009

Prejudis dan Perbezaan

TAK KENAL MANA NAK TAHU

"
Thus coming to the conclusion that they are the most stupid black blocks on earth - they are coloured black and stink like a garbage dump." Reek.

"Boo pendatang boo." Che.

"Melayu balik ke Indonesialah!" Anonymous.

******************************************************************************************************

Sesuatu yang pasti- kita semua memiliki sifat prejudis di dalam diri. Tanyalah sesiapapun- tak kira orang itu liberal, agamawan, konservatif ataupun radikal- rasa prejudis tetap ada. Rasa saya, selagi mana perbezaan wujud, selagi itulah perasaan prejudis ini wujud. Prejudis lahir daripada perbezaan. Dan prejudis hanya dapat diatasi dengan mengetahui perkara yang diprejudiskan itu. Dalam bahasa mudah, kita berkenalan.

Sebelum itu, apa itu prejudis? Kita selalu mendengar perkataan prejudis tetapi pernah atau tidak kita memahami makna perkataan ini?

Prejudis ialah tanggapan awal yang dibuat tanpa berasaskan sebab yang kukuh. Contoh yang paling dekat dapat diambil ialah keadaan berbilang kaum dan agama di negara kita. Begitu banyak prejudis yang muncul tanpa kita sedari. Tidak percaya? Sila lihat.

Orang melayu sering dikatakan malas, dengki, rasis dan perlukan tongkat. Orang cina pula digambarkan merompak ekonomi negara dan ingin menjual hak melayu. Orang india disebut sebagai suka menipu dan cakap berbelit-belit.

Orang Islam dilihat sebagai umat yang mundur dan pengganas. Mereka dilihat menolak kemajuan, kolot dan berpemikiran sempit. Orang kristian dianggap sebagai cuba mengkafirkan orang Islam dan cuba menggugat agama Islam. Bagi orang Islam, orang kristian dan penganut agama lain adalah musuh mereka.

Inilah antara prejudis yang berlaku di dalam hidup kita.

Cuba kita tanya kepada diri kita- apakah tujuan kita dilahirkan di muka bumi ini? Adakah untuk bergaduh? Adakah untuk bersangka buruk? Adakah perlu kita membenci terhadap perkara yang kita tidak ketahui dan kenali? Bukankah kita disuruh 'mengenali' segala perbezaan yang wujud? Jika tidak, mengapa Tuhan jadikan segala perbezaan di dalam kehidupan kita? Untuk kita prejudis atau untuk kita saling memahami?

Sedarlah...

Prejudislah yang menyebabkan perpaduan di Malaysia tidak dapat dicapai. Prejudislah yang menyebabkan kita masih berfikir 'aku melayu, ini tanah aku. Orang cina dan india adalah pendatang.' Prejudislah yang menyebabkan kita menganggap 'orang melayu kejam, zalim dan bersifat rasis.' Prejudislah yang menyebabkan kita berfikir 'cina hendak merampas hak aku.' Prejudislah yang menyebabkan penganut agama Islam dan agama lain bertelagah sesama sendiri.

Semua ini kerana kita tidak mahu mengenali antara satu sama lain.

Orang melayu tidak pernah hendak mengenali orang cina dan india. Tidak pernah hendak mempelajari skil-skil berniaga dari mereka. Orang melayu juga tidak memahami perasaan mereka apabila hak mereka seperti biasiswa dan kerakyatan dinafikan. Disebabkan itu, timbul prejudis seperti 'mencabar hak melayu dan merampas kek ekonomi'. Orang cina pula enggan memahami masalah ekonomi orang melayu. Asyik-asyik mengutuk itu dan ini. Adakah dengan cara mengutuk, masalah orang melayu dapat diselesaikan?

Tidak. Sebaliknya prejudis terus dan akan berlaku....

Kita menjerit terlolong menyanyikan lagu negaraku 'tanah tumpahnya darahku' tetapi berapa ramai kawan kita yang terdiri daripada berbilang bangsa?

Kita sedap menyebut 1Malaysia dan Bangsa Malaysia tetapi pernahkah kita cuba mengetahui dan memahami budaya, perangai dan masalah satu sama lain?

Ingatlah- perbezaan untuk diraikan dan dirayakan. Jadi kenal dulu. Baru kita fahami. (BB)

Friday, July 17, 2009

Sedikit catatan

Basuh Baju sedikit sibuk minggu ini. Keluar bilik dengan matahari, balik bilik dengan bulan. (tapi kadang-kadang tak nampak bulan sebab langit berjerebu).

Maaf jika tidak dapat singgah ke blog para pelayar. Maaf jika jarang update. Cukuplah dua kali maaf- ingat hari raya ke?

Satu amaran untuk semua: Jangan ambil rasuah. Takut akan disoal-siasat. Nanti mati jatuh bangunan. Tak sempat nak kahwin. (Tapi, kalau tak rasuah pun kena soal siasat jugak. Argh!!!!)


ps: Basuh Baju sudah berkira-kira untuk tidak mengambil duit baki ketika membeli barang. Takut dianggap rasuah. Pergh, gua nak hidup lagi......

Thursday, July 16, 2009

Cerita pemandu teksi


Kami tidak pernah bertemu. Dia dari Segambut, saya dari Selayang. Dia pembawa teksi dari kota ke kota. Saya 'membasuh' dari blog ke blog.

Di dalam teksi- malam 16 haribulan Julai kami bertemu.

Saya sudah tertinggal bas. Nawaitu saya hanya satu- iaitu ingin pulang ke rumah secepat mungkin. Siang tadi kelas dari pagi hingga petang- badan terasa letih.

Dia merayau-rayau mencari penumpang kerana ingin mencari hasil pendapatan. Dia sangat letih- walaupun dia tidak ada kelas.

Takdir Yang Maha Esa- Saya menjadi penumpangnya.

Kerana terlalu letih, saya telah mengemukakan cadangan gila kepadanya iaitu menghantar saya terus ke Selayang dari UIA, Gombak. Dia hanya ketawa- ' Apa yang gilanya. RM 14 je'. Saya tergamam. Seolah-olah saya baru mengetahui Maya Karin sudah kahwin. Cis- selama setahun saya telah membuang masa menaiki bas ke Greenwood, dari sana saya tukar bas. Dua kali kerja. Dua jam masa yang terbuang. Selepas ini, saya akan naik teksi terus pulang ke rumah.

Saya memberi tanda setuju. Maka kami ke Selayang.

Janggutnya tidak terurus, tetapi uniformnya smart. Dari raut wajahnya, sahih dia bukan orang KL. Dia mula menghulur keretek kepada saya. Saya menolak. Saya tidak 'berasap'. Dia menyalakan keretek itu.

Dalam gian asap keretek itu kami mula mengenal antara satu sama lain. Memang kegemaran saya bersembang dengan pemandu teksi. mungkin ada yang bersurah saya seperti 'makcik' kerana kuat bersembang. tetapi saya tak ambik pot pon. Fair Dinkum.

Abdul Hakim- 26 tahun lebih tua dari saya. Si pemandu teksi ini- seperti pemandu teksi lain- mempunyai pekerjaan lain. Dia bekerja sebagai kerani di siang hari. Saya pula hanya tidur di siang hari.

Saya bertanya bagaimana ekonomi abang sekarang. dia berkata ' macam ni lah adik. Sara hidup makin meningkat. duit yang dapat cukup-cukup je'. Kali ini kami telah mesra. Dia bertanya apakah saya membuat pinjaman PTPTN ataupun biasiswa. Saya menjawab FAMA. Dia tidak faham dan terus menasihati saya belajar rajin-rajin dan jangan jadi sepertinya.

Hati saya tersentuh. Sungguh, inikah nasib golongan pertengahan? siang kerja, malam kerja. bila masa hendak berehat? bila masa hendak bermesra dengan anak bini? dan bila masa dirinya harus seperti begitu?

20 minit kemudian, saya tiba di rumah. Saya hulurkan dua not merah dan berkata 'halal'. Dia gembira dalam teragak-agak. Namun ada senyum di bibirnya. Saya gembira. Dia pun suka.

Dari jauh, saya lihat dia membakar keretek baru lalu beransur hilang dengan kereta saganya. Sampai kiamat saya tidak akan lihat kereta saga itu. Dan sampai kiamat pun saya tidak akan bertemu lagi dengan si Pemandu Teksi itu. Yang tinggal..... hanyalah ingatan.

(Saya terbaca kerajaan akan menaikkan tambang untuk teksi. Saya gembira dengan berita tersebut. Entah- saya sahaja yang setuju mungkin? )

Tuesday, July 14, 2009

Impian hari esok....


Permatang Pauh sudah.
Kuala Terengganu sudah.
Batang Ai sudah.
Bukit Selambau sudah.
Bukit Gantang sudah.
Penanti sudah.
Manek Urai pun sudah.

Selayang bila lagi? Gua pun nak jugak tengok Selayang ada jambatan. (walaupun gua tak tahu jambatan untuk merentasi apa)

Monday, July 13, 2009

Budaya Politik Bodoh

MENGAPA NAJIB TIDAK MUNCUL DI MANEK URAI?- Harakah Daily

Kuala Krai, 12 Jualai (Hrkh)- Ini persoalan yang belum terjawab biar pun sudah dilontarkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada penamaan calon sebelum ini.

NASHARUDDIN HANYA SANDIWARA- Utusan Meloya

KUALA KRAI 12 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kedatangan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam hanyalah satu sandiwara.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Inilah masalah sebenar yang kita hadapi di Malaysia. Kita terus dibodohkan oleh politikus-politikus. Kita dikhayalkan dengan candu-candu mereka.

Ada apa masalah ke kalau Najib tak datang MU (Manek Urai)?
Penduduk Kg MU akan keluar daripada kepompong kemiskinan ke bila Nasharuddin datang?

Ini tidak dicampur lagi dengan isu-isu bodoh seperti altantuya, siapa lagi Islamik, siapa belajar tak tinggi, dan karut-marut yang lain. Semuanya digunakan untuk menunjukkan lawan mereka 'lagi teruk'. Yang BN akan cakap Pakatan tak bawa pembangunan. Yang PAS akan kata UMNO tidak islamik. Yang UMNO akan cakap PKR pengkhianat melayu. Yang PKR akan kata UMNO korup. Yang MCA akan cakap DAP sokong Negara Islam. Yang DAP akan kata MCA anjing UMNO.

Adakah semua ini adalah isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia terutamanya penduduk Manek Urai?

Tak boleh ke politikus-politikus dari Barisan dan Pakatan berkempen dengan bijak sikit. Guna otak. Jangan guna lutut. Ingat rakyat bodoh ke? Ingat rakyat suka ke isu-isu ini? Cubalah masing-masing tunjuk pandai. Tunjukkan kepada penduduk Manek Urai pelan pembangunan, ekonomi dan sosial parti masing-masing. Jangan sekadar ambil satu isu- dan kemudian sensasikan. Selepas habis pilihan raya- terus senyap.

Ini bukan caranya untuk berkempen. Ini bukan budaya politik yang kita mahu. BUKAN! Budaya politik cara koboi ini sudah lapuk. Ini cara orang dulu-dulu. Cara generasi tua. Cara ini patut diubah. Sudah tiba masanya untuk kita membudayakan cara baru. Cara yang lebih segar. Cara yang lebih bijak bukan bodoh.

Caranya tidak susah. Tidak perlu sibuk-sibuk mengutuk, menuduh, mencabar dan memaki antara satu sama lain. Ini semua tidak perlu. Buang masa sahaja. Kalau benar-benar mahu 'memperjuangkan rakyat', begini caranya untuk berkempen di Pilihan Raya:

Beritahu bagaimana untuk pastikan nelayan-nelayan di sana akan hidup lebih selesa. Adakah dengan menghapuskan orang tengah? Adakah dengan memberi mereka pinjaman tanpa faedah supaya mereka tidak meminjam wang daripada along? Kaji dan bentangkan pelan ekonomi anda!

Beritahu bagaimana pelajar-pelajar di sana dapat terus bersaing dengan pelajar di bandar. Adakah dengan mengadakan tuisyen percuma untuk mereka? Adakah dengan menghantar guru-guru cemerlang ke sekolah mereka? Fikir dan bentangkan pelan pendidikan anda!

Beritahu bagaimana Manek Urai dapat dimajukan. Adakah dengan menjadikan Manek Urai sebagai 'bandar tanpa kereta'? Agar ia dapat dijadikan sebagai tarikan perlancongan. Atau adakah dengan membina jambatan? Beri cadangan dan bentangkan pelan pembangunan anda!

Alangkah indahnya jika kempen yang dilakukan adalah seperti begini. Daripada asyik-asyik mendengar mengenai isu-isu yang merepek, dapat juga kita mendengar idea-idea daripada Barisan dan Pakatan. Di akhirnya kita dapat berfikir sendiri pihak mana yang lagi bagus dan berkualiti.

Bukan sekadar tahu berpolitik tetapi 'akai pun tarak!'

Saturday, July 11, 2009

Tun Dr Mahathir


Semalam Dr M sudah berusia 84 tahun. Suka ataupun tidak, manusia yang bernama Mahathir Muhammad ini telah memerintah Malaysia lebih daripada 22 tahun.

Suka ataupun tidak, kehidupan kita telah dipengaruhi dengan dasar-dasar beliau. Dasar Pandang Ke Timur, PPSMI, Penswastaan, Malaysia Inc. Mungkin ada dasar yang baik, mungkin ada yang tidak. Bergantung kepada bagaimana kita melihatnya.

Suka ataupun tidak, kita membesar dengan melihat KLCC, KLIA, Litar Sepang, Putrajaya, Cyberjaya dan Kl Sentral. Ada yang kata kita tidak perlukan projek-projek ini. Namun ada yang kata kerana projek-projek inilah ekonomi kita berkembang.

Suka ataupun tidak, Mahathir Muhammad seorang ahli politik yang cukup berpengaruh. Tak percaya? Lihat sahajalah, setiap kali beliau membuka mulut (dan menulis blog) pasti media dan kita semua akan memberi perhatian dan komen. Tak kisahlah komen baik ataupun tidak. Hakikatnya beliau memang berpengaruh.

Suka ataupun tidak- marilah kita menilainya bersama.

Basuh Baju ingin mengajak para pembaca memberi pandangan mengenai mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat ini. Sila berikan pendapat anda. Kalau suka- beritahu mengapa suka. Jika tidak suka- berikan sebab.

Selamat Berdiskusi

Friday, July 10, 2009

Swamp

Ketika gua sedang melipat baju, adik lelaki gua bertanyakan satu soalan kepada gua.

" Abang, swamp tu apa?"

- " Swamp tu paya." Gua agak bangga kerana dapat menjawab walaupun gua tidak belajar Math dan Sains dalam BI.




" Owh. Kiranya air suam tu air paya la ye?" Adik gua membuat suatu penaakulan mantik.



Gua senyap dan terus melipat baju. Dalam hati macam nak lipat-lipat je budak ni.

Thursday, July 9, 2009

Lipat Baju

(Untuk 2-3 hari ini, Basuh Baju akan berpuasa daripada menulis hal politik. Saje ubah selera. Gua pun manusia normal juga. Ada hari nak berlawak jugak.)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedang gua melipat-lipat baju untuk berkemas pulang ke rumah, datang seorang makhluk Tuhan yang tidak sexy menegur gua.

" Ai, lipat baju ke bang? "

" Iyelah...lipat baju.." Gua jawab acuh tak acuh.

" Kenapa lu lipat? Sumbat je kan senang."

" Lipatlah baru elok. Kasi cantik sikit.. tak gitu? " Gua senyum. Ada unsur sarkastik di situ.

" Tapi ada benda yang kalau dillipat tak cantik tau.. Buruk lagi adalah..."

" Amende?"




" Perut yang berlipat...."




Nota kaki: dah dah. Jangan nak pegang perut lak bila baca ni. Bawak-bawaklah bersenam. Asyik berblogging je. :p

Tuesday, July 7, 2009

Murah! Murah! Murah!

EKONOMI SEKARANG MAKIN GAWAT

Dah ramai dah orang cakap kat aku. Ekonomi
sekarang dah teruk. Tapi aku tak nak percaya. Mana ada ekonomi teruk. Aku rasa surat khabar menipu. Saje nak buat gempak dan suspen. Kenapa aku cakap camni? Tak percaya sila pergi beli barang kat kedai. Harga barang masih mahal. Kalau betullah ekonomi sedang jatuh merudum, kenapa harga barang tak murah-murah?

Ikut teori ekonomi, zaman gawatlah zaman harga jatuh. Sebab permintaan berkurang kerana orang tiada duit. Bila permintaan berkurang, harga kena bagi turun. Kalau tak turun, siapa nak beli mahal-mahal. Betul tak?

Tapi hari ni aku dah percaya yang ekonomi negara memang sedang tenat. Harga sudah turun. Sudah jadi murah. Lagi-lagi hartanah di Shah Alam. Semalam aku baca banglo satu ekar lebih kat kawasan bukit-bukit HANYA bernilai RM3.5 juta. Pergh, dah murah ye hartanah sekarang. Best betullah kalau aku ada duit. Tak payah nak kena kumpul sampai RM24 juta untuk beli mahligai ala-ala bali kat seksyen 7.

Jadi sekarang aku rasa aku kena jadi Menteri Besar Selangor dululah. Baru aku dapat beli dengan murah. Lagi senang. Tak payah nak tunggu ekonomi merudum.

ps: Borang nak jadi menteri bedar ada jual dekat kaunter JPN tak?

Oh ye, Basuh Baju sakit gigi semalam. Dalam perjalanan nak jumpa doktor gigi, ternampak pulak banglo besar ni. Sebagai pelajar seni bina, Basuh Baju tertarik dengan keindahannya. Korang rasa bagaimana? Cantik kan? Kalau cantik, Basuh Baju nak apply PTPTN untuk beli sebuah. Murah je....









Coretan Sebentar

Masuk hari ini-dah 4 hari aku buntu. Tak tahu nak tulis apa kat blog. Bangun pagi bukak komputer. Duduk tercongok di depan skrin. Dekat sejam dua tercongok- masih lagi tiada tulisan untuk dipostkan.

Masa mandi-fikir apa nak tulis. Masa makan- fikir apa nak tulis. Masa memandu-fikir apa nak tulis. Mujur masa sembahyang tak terfikir nak tulis apa.. Haish....

Agaknya inilah yang dialami oleh mana-mana blogger kan. Betul tak? hehehe

Saturday, July 4, 2009

Jangan Mandulkan Minda


BUKAN BARISAN ATAU PAKATAN

Ramai di antara kita yang mula mengambil berat tentang apa yang berlaku di dalam negara. Dalam bahasa mudah, semakin ramai yang berminat tentang politik. Ini perkara yang bagus dan sihat untuk negara Malaysia.

Rakyat yang baik bukanlah rakyat yang bersifat angguk-angguk geleng-geleng; apa yang kerajaan cakap, semuanya diterima tanpa mempertikai. Rakyat yang baik juga bukanlah rakyat yang mudah mempercayai sesuatu perkara tanpa usul periksa. Maksudnya menerima bulat-bulat. Rakyat yang baik ialah rakyat yang mengambil tahu. Dengan mengambil tahu sesuatu perkara, minda kita akan berkembang. Kita akan mengetahui lebih banyak perkara daripada pelbagai sumber dan dari situ kita mampu untuk berfikir tentang apa yang terbaik untuk negara.

Namun saya perhatikan terdapat satu kekangan besar terhadap minda kita mengenai politik di negara. Kekangan ini menyebabkan minda kita terhalang untuk terus berfikir. Kekangan ini membuatkan kita tidak mampu untuk melihat sesuatu perkara itu daripada pelbagai perspektif. Kekangan yang saya maksudkan ialah sifat kepartian.

Sifat kepartian muncul apabila kita terikat dengan mana-mana parti politik. Sifat kepartian ini menyebabkan minda kita mandul. Sifat kepartian ini menyebabkan kita akan 'membetulkan' apa yang salah oleh parti kita. Dan 'menyalahkan' apa yang betul oleh parti lawan. Ini bukanlah perkara yang bagus. Kerana di akhirnya, tanpa kita sedari kita menjadi patung untuk kedua-dua belah pihak. They play, we pay. Whoever wins, we lose. Remember?

Kenapa perlu kita menjadi Barisan dan Pakatan sahaja? Kenapa kita perlu memilih antara Najib dan Anwar? Kenapa kita perlu terikat antara Khairy dan Nurul Izzah? Tidak bolehkah kita menilai sesuatu perkara tanpa kita lihat partinya? Personalitinya? atau imejnya? Tidak bolehkah kita membenarkan apa yang benar dan menyalahkan apa yang salah? Tidak bolehkah kita?

Bagaimana kalau Pakatan menentang kezaliman ISA dan mahukan ISA dihapuskan? Adakah ahli-ahli UMNO akan setuju? Tidak. Ini bukanlah kerana ahli-ahli UMNO bersifat kejam dan zalim. Mereka juga berhati perut. Tetapi mereka berkata tidak kerana mereka terikat dengan polisi parti mereka. Tidak bolehkah mereka berlainan pendapat dengan parti mereka? Boleh.

Bagaimana kalau Barisan Nasional mahu menghapuskan sistem kuota yang dilihat hanya menguntungkan golongan melayu elit sahaja. Adakah penyokong-penyokong Pakatan akan bersetuju? Jawapannya tidak. Sebaliknya Pakatan akan berkata Barisan 'menjual' hak melayu pula. Nampak tak bagaimana minda kita dimandulkan dengan sifat kepartian ini?

Bagaimana kalau Khairy Jamaluddin menentang ISA, menyokong merit digunakan untuk pembahagian biasiswa. Adakah kita akan tetap membencinya hanya kerana dia merupakan ketua pemuda UMNO?

Bagaimana kalau Nurul Izzah memperjuangkan hak gaji minimum pekerja. Adakah pekerja-pekerja yang menjadi ahli BN akan menyokong sedangkan beliau merupakan ahli Pakatan?

Kita mengatakan perkara itu salah- adakah ia berasaskan pandangan kita atau pandangan pemimpin parti politik kita? Kita bercakap perkara itu benar- adakah kerana hati kita berkata demikian atau polisi parti politik kita yang menyatakan begitu? Sila buka mata dan lihat Sila buka minda dan sedar.

Sudah tiba masanya untuk kita membebaskan minda kita daripada kekangan kepartian. Kita perlu menjadi matang dalam berpolitik. Kita boleh berparti tetapi bukanlah dengan menyerahkan minda kita kepada pemimpin parti politik. Mereka hanya berfikir dan bertindak untuk kepentingan politik mereka sahaja. Mengapa perlu kita mempercayai mereka bulat-bulat? Mengapa tidak kita berfikir dan menilai sedalam-dalamnya? Kita tidak perlu takut berlainan pandangan dengan sesiapa walau pemimpin no 1 parti politik kita sekalipun.

Kita perlu menyokong apa yang benar dan menentang apa yang salah. Tidak kiralah siapa yang lakukan. [BB]

Thursday, July 2, 2009

Patutlah....

ADUN PAS TIDAK PERLU ILMU TINGGI- Utusan Meloya

KUALA KRAI 1 Julai – Pas berpendapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini tidak perlu berpendidikan tinggi kerana peranan mereka hanya dalam ruang lingkup di kawasan yang diwakili.

“Berkhidmat kepada rakyat lebih penting. Kalau ada Ph.d (ijazah doktor falsafah) sekali pun tidak boleh guna ilmu itu kalau sekadar jadi ADUN Tendong yang berkhidmat untuk rakyat Tendong saja,” kata Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron kepada pemberita di sini hari ini.

Kadang-kadang rasa nak buat kajian je berapa ramai MP dan ADUN Malaysia yang ada Phd. Berapa ramai ada Master. Berapa ramai ada ijazah. Berapa ramai belajar luar negara. Berapa ramai belajar dalam negara.

Berapa agak-agaknya?

Siapa Kerajaan? Siapa Pembangkang?

TUNTUTAN KG BUAH PALA PENGAJARAN KEPADA KERAJAAN PEMBANGKANG- Utusan Meloya

PENDUDUK Kampung Buah Pala, Gelugor yang kini berhadapan dengan masalah rumah mereka bakal dirobohkan kelihatannya tidak mahu mendengar sebarang penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kini kerajaan pakatan pembangkang yang telah menjanjikan rakyat akan dimanjakan di bawah pemerintahannya perlu berusaha gigih untuk memulihkan imejnya. Anggota kumpulan Hindraf telah beralih arah.

Kerajaan pembangkang? Opposition Government? Apalah bodoh sangat berita ni.

Di Pulau Pinang, kerajaannya Pakatan Rakyat. Pembangkangnya ialah BN.

Di peringkat persekutuan, kerajaannya BN. Pembangkangnya ialah Pakatan Rakyat.

Tolonglah jadi cerdik sedikit surat khabar oi...

Wednesday, July 1, 2009

Gaji Setiap Minggu?

Macam mana kalau gaji dibayar setiap minggu? Setiap hari Isnin, gaji masuk.

Agak-agak boleh rancakkan ekonomi tak? Orang mesti sentiasa ada duit je kat tangan. Tak adalah nak hutang sana pinjam sini.

Dapat gaji pun sikit-sikit. Bukan sekali banyak. Manusia ni bila dah pegang duit banyak-banyak mulalah fikiran tu terbayang macam-macam. Jadi bila pegang duit sikit-sikit, terkawallah sikit nafsu tu. Tapi kalau dah memang orang tu bernafsu sakan, duit tak ada pun boleh belanja macam-macam. haha

Cara ni bagus untuk pekerjalah. Siapa yang tak suka dapat gaji kan. Tapi majikan mesti tak setuju punya. Tak ada duit nak pusing modal. Kalau duit asyik keluar dari akaun je tiap-tiap minggu, macam mana nak cukup duit beli barang? Kadang-kadang bayaran untuk projek pun tak masuk lagi. Bayaran tak masuk, duit mana ada nak bayar gaji pekerja.

Rasa-rasa macam mana idea gaji dibayar setiap minggu?

Jom diskusi!

Sukan itu penting

SUKAN....BUKAN BELAJAR SAHAJA.

Sekarang ini gosip-gosip mengenai sistem pendidikan di negara kita masih belum reda. Gosip-gosip ini nampaknya sudah berlanjutan berpuluh tahun lamanya. Saya agak hairan mengapa gosip mengenai sistem pendidikan kita masih belum berakhir? Apa yang ingin dicapai sebenarnya? Bila saya bertanya- jawapan yang muncul ialah 'melahirkan pelajar yang holisitik dalam semua bidang.'

Sekali baca, pernyataan ini cukup comel. Entah apa yang holisitik pun saya tidak faham. Kalau plastik tu dapatlah jugak saya bayangkan rupanya. Lalu saya terfikir sesuatu- Pelajar kita ni kerjanya belajar sahaja ke? Pergi ke sekolah dengan menggalas beg besar-besar. Di dalamnya pula buku teks berkilo-kilo. Balik dari sekolah, kerja latihan bertimbun-timbun. Siang bersekolah malam bertuisyen. Adakah ini hidup seorang pelajar? Hanya belajar semata-mata?

Saya kira sistem pendidikan kita terlepas pandang satu aspek yang sangat penting dalam pendidikan pelajar kita. Aspek itu ialah SUKAN. Sukan di sekolah telah dipinggirkan sama sekali. Sukan telah ditolak ke tepi oleh sains dan matematik. Sukan telah dibungkus oleh Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sukan dilihat sebagai sesuatu aspek yang tidak penting dalam pendidikan seorang pelajar.

Untuk kita melihat kesahihan fakta ini tidak susah. Cuba kita tanya diri kita, adakah sukan diberi keutamaan kepada pelajar-pelajar? Adakah ibu bapa mengiktiraf kepentingan bersukan? Jawapannya tidak. Ibu bapa tidak mahu anak-anak mereka aktif bersukan. Katanya nanti pelajaran terganggu.
Jika kita lihat pun, ibu bapa sanggup berhabis beribu ringgit demi tuisyen bahasa inggeris. Ada yang sanggup memanggil cikgu datang ke rumah lagi untuk mengajar sains dan matematik. Satu persoalan: Ada tak ibu bapa yang sanggup berhabis duit demi anak-anak mereka bersukan? Tidak. Eeelek.

Cuba kita lihat di sekolah pula. Sekolah hanya menghargai pelajar yang pandai. Yang dapat no 1,2,3 baru boleh naik ke pentas. Yang dapat semua A baru dapat hadiah dan sijil. Hasilnya semua pelajar sibuk mengejar 'cemerlang dalam pelajaran sahaja'. Kemudian, setiap kali perhimpunan, ada pengetua atau guru besar mengajak pelajar-pelajar untuk turun bersukan dan memeriahkan padang sekolah? Tak ada.. Semuanya bercakap tentang pelajaran itu pelajaran ini...

Masih tidak percaya? Sila pergi jenguk-jenguk di sekolah. Kira berapa luas padang bolanya. Periksa ada ke tidak tiang gol. Tengok berapa banyak kayu hoki di stor sukan. Cukup ke tidak. Masih elok atau sudah rosak. Satu peringatan: Jangan terkejut kalau terjumpa sekolah yang tiada sebuah padang pun. Perkara ini merupakan fenomena biasa di sekolah-sekolah Malaysia. Yang konfem ada di sekolah Malaysia ialah makmal komputer.

Lepas jenguk di sekolah, sila tanya pula berapa banyakkah masa yang diperuntukkan untuk bersukan di sekolah? Selalunya sejam seminggu, Itupun kadang-kadang masa itu diambil untuk diajar subjek-subjek lain. Kemudian sila perhatikan berapa ramaikah cikgu jasmani yang benar-benar layak untuk mengajar? Sila berasa kagum bila melihat cikgu-cikgu jasmani di sekolah kita hanya berbaju kurung dan bertali leher untuk turun ke padang. Mungkin inilah rahsia kejayaan Malaysia di dalam arena sukan.

Di akhirnya jika kita masih tidak percaya sukan adalah penting dalam sistem pendidikan, sila tanya kepada pelajar-pelajar kita. Soalan yang perlu ditanya ialah 'Apakah subje kkegemaran anda di sekolah?' Saya amat yakin jawapan yang diberi ialah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan- PJK. Penting kan?

Tuesday, June 30, 2009

It's all about economy, stupid! Not race or religion...

Entry ini susulan daripada entry sebelum ini. (Soal-jawab bersama Basuh Baju)

Kepada semua (bukan kepada Reek sahaja).

Sila baca entry daripada blog Teh Tarik Gelas Besar. Saudara Nami telah menjelaskan sebaik mungkin tentang apa yang berlaku di dalam kehidupan kita. Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin tidak. Tetapi di akhirnya kita saling memperbaiki pandangan masing-masing.

Sebarang pandangan dan pendapat adalah dialu-alukan. Mari Berdiskusi! Terima Kasih.

Monday, June 29, 2009

Soal Jawab Bersama Basuh Baju


1- Basuh Baju,


Saya berasa amat risau bila mendengar mengenai wabak HINI yang semakin hari semakin teruk di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja sudah 100 lebih kes jangkitan. Bagaimanakah kerajaan Malaysia menangani wabak ini? Adakah langkah yang diambil mampu menyelesaikan masalah wabak HINI?
( Rais Yatim, Jelebu)

- Saudara Rais Yatim,

Malaysia telah mengambil satu langkah yang sangat bijak. Tidak ada satu negara pun yang sanggup mengambil risiko dengan mengambil langkah ini. Malah Mexico, China, Australia dan USA juga kelihatan bengap kerana tidak mampu berfikir bagaimana hendak mengawal wabak HI1NI. Difahamkan langkah ini adalah yang pertama di dunia. Kerajaan Malaysia wajar diberi pengiktirafan di dalam Guinnes World Book of Record.

Langkah tersebut ialah dengan mengarahkan media menggunakan istilah selesema babi. Istilah H1N1 tidak sesuai digunakan kerana ianya susah hendak disebut di dalam Bahasa Melayu. Di samping itu istilah selesema babi juga dilihat lebih bersifat kebangsaan. Basuh Baju amat yakin dua-tiga hari selepas istilah selesema babi digunakan, Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang bebas daripada wabak H1N1 ops...wabak selesema babi.

ps: Sepatutnya guna selesema khinzir. Bukan lagi Islamik ke?

2- Basuh Baju,

Saya merupakan insan yang banyak melakukan dosa. Sepanjang hidup saya, saya telah mengambil rasuah, menindas orang miskin, bersifat rasis dan menipu orang ramai. Namun sekarang jiwa saya sudah sedar dan insaf. Saya ingin bertaubat. Harapan saya agar diri saya ditempatkan di kalangan insan yang memasuki syurga Yang Maha Esa. Basuh Baju boleh mengajar atau memberi saya sedikit nasihat?
(Muhyiddin Yassin)

- Saudara Muhyiddin,

Pertama sekali Basuh Baju bukanlah mereka yang 'layak' bercakap soal agama. Basuh Baju risau apa yang dinasihati oleh Basuh Baju akan menyebabkan ada golongan yang akan menuduh Basuh Baju menghina agama Islam. Basuh Baju tidak mahu ada laporan polis dibuat yang akhirnya membazir kertas dan secara tidak langsung menyumbang kepada penebangan pokok.

Namun, Basuh Baju merupakan seorang blogger. Dan sebagai blogger, Basuh Baju mempunyai idea yang sangat mudah dan bernas untuk saudara. Untuk memasuki syurga tidaklah sepayah yang disangkakan. Saudara hanya perlu menunggu pada pilihanraya akan datang dan silalah pergi mengundi. Di kertas undi nanti, saudara hanya perlu memangkah parti BN. Kemudian ambil gambar kertas undi tersebut untuk dijadikan bahan bukti di akhirat kelak.

ps: Ini bukan fatwa. Tetapi ini candu daripada parti politik yang menggunakan agama untuk menarik undi.

3- Basuh Baju,

Sekarang ini heboh di sana-sini mengenai konsep 1Malaysia. Sebagai kontraktor yang dilantik untuk menyediakan baju, topi, banner, risalah, papan tanda, buku, dan model logo '1' di bangunan-bangunan kerajaan, saya amat bertuah. Berjuta-juta ringgit saya perolehi daripada kontrak 1Malaysia. Namun, saya tertanya-tanya bagaimanakah konsep 1Malaysia ini dapat diterapkan ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia? Basuh Baju mempunyai cadangan?
(Nazri Aziz)

- Saudara Nazri,

Sebenarnya bukan saudara sahaja yang mengaut keuntungan daripada konsep 1Malaysia. Pencipta logo, pengubah lagu dan juga pereka tarian 1Malaysia juga mendapat manfaat. Basuh Baju difahamkan tidak lama lagi setiap sekolah dan universiti akan diwajibkan untuk mengajar tarian senam robik 1Malaysia pada waktu riadah. Tetapi awas, jurulatihnya bukanlah Linda Jasmine tetapi seorang anak dara bernama Rosmah Mansor.

Oh ye, hampir terlupa dengan soalan saudara. Basuh Baju sangat yakin konsep 1Malaysia ini akan berjaya, cemerlang, gemilang, dan terbilang sekiranya Biro Tata Negara (BTN) yang mengendalikannya. BTN merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang sangat mementingkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Hidup BTN!

4- Basuh Baju,

Saya merupakan editor di akhbar arus perdana. Saban hari saya mempunyai masalah untuk memilih berita di muka hadapan. Kadangkala saya keliru, mana satu berita dan mana satu auta.
(Awang Selamat)

- Saudar Awang,

Senang saje. Bila Obama telefon Najib, itulah yang patut dijadikan berita utama. Hal-hal seperti rumah rakyat kena roboh, kos sara hidup meningkat dan pekerja dibuang tidak patut dijadikan berita. Kalau hendak letak pun, sila letak di bahagian yang kecik-kecik.

Ps: Agaknya kalau Basuh Baju telefon kawan bernama Najib, boleh masuk muka hadapan tak?

5- Basuh Baju,

Saya mempunyai masalah rumah tangga. Suami saya mempunyai perempuan lain. Sudah 2 minggu dia tidak pulang ke rumah. Bagaimana untuk saya memenangis hatinya balik?
( Diana Danielle)

- Saudari Diana,

Errr....maaf. Basuh Baju bukan blog mengenai masalah peribadi.

Saturday, June 27, 2009

Gembira!

Akhirnya telah selesai juga. Segalanya sudah tamat. Syukur kepada Yang Maha Esa.

Sesudah habis peperiksaan, datang pula musim cuti.

Cuti hendak buat apa? Entahlah. Siapa ada idea atau cadangan?

Mungkin cuti ini kuarantin diri sendiri di rumah...Ops! hahaha

ps: Basuh Baju akan mula menulis pada hari Isnin. 2 hari cuti ini mahu lari daripada ketagihan internet. Itupun kalau berjaya la. hehe

Selamat Bercuti! -BB-

Thursday, June 25, 2009

Perangai Pelajar Melayu


1- Sekarang ini jika kita bercakap mengenai Melayu, kita akan dituduh rasis. Apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu, kita akan berasa tidak sedap hati. Saya mungkin tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Tetapi jika dilihat, ada juga sedikit kebenarannya.

2- Hari ini saya ingin bercakap tentang orang Melayu. Sebenarnya saya cuba untuk mengelak menggunakan perkataan 'orang melayu'. Saya risau dituduh menggunakan bangsa untuk memecah-belahkan manusia.

3- Namun perkara yang ingin saya cakapkan ini memang bersangkutan dengan orang melayu. Betapa hebat saya nafikan pun, ia tetap berkaitan dengan orang melayu. Noktah.

4- Apakah perangai Orang Melayu?

5- Pernah tak kita terfikir mengapa pelajar melayu suka duduk di belakang? Walaupun kerusi di depan begitu banyak yang kosong. Tidak kisahlah program apa sekalipun- yang ilmiah mahupun hiburan- semuanya gemar duduk di belakang. Kenapa ye? Kurang keyakinan diri?

6- Pernah tak kita terfikir mengapa pelajar melayu malu hendak bertanya? Kalau kita lihat, nak tanya satu soalan pun punyalah berat nak bukak mulut. Nak kena ramai-ramai bersuara baru berani. Tak ada pun yang cool- angkat tangan, berdiri dan bertanyakan soalan. Kenapa ye? Kurang keyakinan diri lagi?

7- Pernah tak kita terfikir mengapa pelajar melayu suka memandang pelik mereka yang suka bertanya dan bertukar pendapat dengan cikgu/pensyarah? Kalau kita perhatikan bagaimana budaya belajar pelajar Cina, India dan juga pelajar luar negara, kita akan dapati mereka sangat berani dalam menyuarakan pendapat mereka. Mana yang tidak faham-mereka tanya. Mana yang tidak setuju- mereka pertikaikan. Dengan cara ini ilmu dapat berkembang. Bukankah ini budaya yang bagus dan betul?

8- Tetapi lihat apa yang pelajar melayu fikirkan tentang mereka. Mereka dikatakan berlagak kerana bersuara. Mereka dikatakan tunjuk pandai kerana memberi pandangan. Mereka dikatakan kurang ajar kerana bercanggah pendapat dengan pensyarah. Tetapi apa yang pelajar melayu dapat dengan berfikiran begini? Pernah tak kita terfikir hal ini? Kenapa ye?

9- Ada sesiapa punyai pandangan? Mari berdiskusi!

Tuesday, June 23, 2009

Perang, Ah Long dan nilai ketimuran

PERANGI AH LONG- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 22 Jun - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengisytiharkan perang ke atas ah long hari ini.

Beliau menegaskan, fenomena ah long tidak boleh diterima sama sekali apalagi dibiarkan menular kerana ia adalah jauh daripada nilai ketimuran.

''Saya beri amaran sekeras-kerasnya kepada ah long. Saya nyatakan dengan tegas di sini bahawa saya mengisytiharkan perang terhadap ah long.

********************************************************************************************

1- Perang datang lagi. Kali ini perang terhadap Ah Long. Sebulan yang lepas perang juga telah berlaku. Ketika itu perang terhadap Mat Rempit. Entah apa yang jadi kepada perang itu tidak pula diketahui. Mat rempit masih steady. Mat peragut masih banyak.

2- Nampaknya cara terbaik bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku di negara kita sekarang ialah dengan berperang. Pak-pak menteri akan turun padang, jalan 20-30 minit dan buat sidang akhbar.

3- Dalam sidang akhbar, menteri akan cakap berdegar-degar dan mengutuk 'sekeras-kerasnya'. Entah apa yang keras, tidaklah saya nampak. Siapa tahu? atau nampak?

4- Esoknya, media akan menyiarkan berita amaran 'keras' dan perang ini di muka-muka depan. Perkara ini akan terus dimainkan sehingga 2-3 hari. Adakah ini untuk menunjukkan pak menteri buat kerja? Saya tidak tahu. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa.

5- Mungkin ini kaedah terbaru bagi mendapatkan sokongan. Sekolah-sekolah politik di dunia sila ambil perhatian. Perkara ini boleh dijadikan sebagai modul baru. Tidak perlu pening untuk mengajar modul ini dalam bahasa apa kerana ia tidak tertakluk di bawah PPSMI.

6- Lepas perang, apa jadi? Selalunya perang akan membawa kepada lebih banyak kerosakan. Amat jarang perang dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Malah perang menambahkan lagi masalah yang ada.

7- Kita perlu sedar perang merupakan rundingan yang gagal. Perang merupakan langkah terakhir yang diambil selepas langkah-langkah sebelumnya gagal dan menemui jalan buntu.

8- Adakah kerajaan telah mengkaji mengapa orang ramai meminjam daripada ah long? Adakah kerajaan sedar punca utamanya adalah kerana keengganan pihak bank dalam memberi pinjaman? Adakah kerajaan telah cukup berusaha dalam memaksa bank melonggarkan syarat pinjaman?

9- Mengapa masih ramai yang meminjam daripada Ah Long? Apa yang Ah Long 'ada' yang tiada pada bank-bank? Adakah Pak menteri tidak ingin menyiasat?

10- Atau mungkin berperang adalah budaya kita- budaya yang penuh dengan nilai ketimuran. Siapa tau........

Bayar untuk keselamatan? (updated)

(Aku tersilap. Yang aku maksudkan bukan penswastaan tetapi ganjaran. Ada perbezaan antara keduanya. Maaf)

Kadar jenayah makin meningkat. Rogol, bunuh orang, pecah rumah dan ragut makin hari makin banyak. Polis buat kerja ke tak ni?

Polis kata 'tak cukup orang'. Tapi..........

Tangkap orang berhimpun menentang ISA- laju je. Tapi buat report pecah rumah- hampeh.
Tangkap orang jual CD cetak rompak- cepat je. Tapi masalah ah long- tak setel-setel.

Cukup orang ke tak ni?

Tiba-tiba ada idea best datang masa sibuk ulangkaji pelajaran.

Polis ni manusia jugak kan? Manusia ni suka kat duit kan? Duit ni mampu membuatkan orang lagi semangat kan?

Macam mana kalau polis dibayar bagi setiap penjenayah yang dicekup? Mesti ramai polis yang berlumba-lumba nak cari orang jahat kan? Siapa tangkap pencuri, dibayar RM200 ke. Siapa tangkap perogol, dibayar RM311 ke. Amacam?...

Ps: idea di luar kotak. Mungkin betul mungkin salah. Apa kata anda?

Saturday, June 20, 2009

5 perkara wajib bangga tentang Malaysia


Apa yang boleh dibanggakan tentang Malaysia?

Lama saya fikir. Puas saya cari. Apa benda yang boleh saya banggakan? KLCC? Dari sudut seni bina, ya. Saya boleh bangga. Malaysia ada simbol tersendiri. Kalau Mesir dengan Piramid, Paris dengan Eiffel Tower, Malaysia ada KLCC. Tetapi dari sudut fungsi? Saya rasa tidak.

Litar Sepang? Putrajaya? Sukan Komanwel? Ini lagi tak boleh dibanggakan. Tengok sendiri apa yang terjadi kat litar sepang. Berdebu, kotor, dah tak menarik. Putrajaya? Memang bandar terancang. Bangunan pun cantik-cantik. Tetapi sila lalu di sana pada waktu malam. Kosong, sunyi, tak ada life. Bandar apa begini? Bandar hantu? Sukan Komanwel? Lepas habis guna- kompleks sukan Bukit Jalil terus hilang ceria. Berapa kali sangatkah stadium itu penuh? Dan yang paling penting, ada sukan kita maju dengan wujud fasiliti itu?

Jadi apa yang boleh dibanggakan?

Perpaduan kaum? Jangan tipu-tipu. Kita sering digambarkan sedemikian rupa. Tetapi hakikatnya kita punya perpaduan sangat plastik. Nak bincang isu biasiswa pun dah mengamuk tak tentu pasal. Masing-masing ada prejudisnya. Melayu dengki kat kekayaan cina. Cina rasa didiskriminasi oleh hak melayu. Ini perpaduan? Cuba tanya diri kita sendiri. Sila berlaku jujur- berapa ramai sangat kawan kita daripada bangsa lain?

Habis tu apa lagi yang boleh dibanggakan?

Infrastruktur kelas pertama, minda kelas ketiga? Betul ke pernyataan ni? Sistem pengangkutan awam kita kelas pertama ke? Naik tren macam sardin. Tunggu pun dekat setengah jam. Bas pun kena tukar-tukar sampai 3 kali. Lebuhraya kita kelas pertama ke? Bayar tol mahal-mahal. Tapi masih lagi sesak. Lebuhraya untuk untung atau untuk menyenangkan? Sistem pendidikan kita kelas pertama ke? Ini malas dah nak ulas. Nilailah sendiri.

Tapi... fikir punya fikir sebenarnya ada juga yang boleh dibanggakan sebenarnya.

Tabung Haji. Mungkin ramai yang tak sedar, institusi ni berjaya membantu dan menguruskan rakyat Malaysia yang beragama Islam pergi menunaikan haji. Ingat senang ke nak uruskan berpuluh ribu jemaah ke sana? Okeylah, mungkin Tabung Haji ni ada silap sikit tentang pelaburannya. Tetapi masih lagi top kat dunia ni. Tak percaya sila pergi ke Mekah dan lihat betapa kelasnya Tabung Haji.

Felda. Ini projek yang bagus. Kerajaan bagi insentif terhadap peneroka-peneroka tanah. Lepas tu bangunkan pula tanah tu dengan kemudahan-kemudahan. Sampai dah ada felda yang jadi bandar. Kan secara tak langusng membangunkan negara? Kemudian daripada rakyat dulu tak ada tanah, sekarang dah ada tanah. Ada yang kaya lagi sebab jual tanah mahal-mahal. Anak-anak felda pun ramai yang berjaya. Agaknya kalau rancangan felda ni tak wujud, apalah nasib rakyat-rakyat di luar bandar kan?

KWSP. Ramai yang tak tahu KWSP antara institusi yang mempunyai banyak aset di dunia. Lebih RM300 billion kalau tak silap (kalau silap, tolong betulkan). Tapi bukan sebab KWSP ini kaya saya nak banggakan. Saya bangga sebab KWSP berjaya membantu dan memaksa pekerja-pekerja kita menyimpan untuk hari tua. Seboros-boros pekerja kat Malaysia pun, bila dah bersara nanti adalah duit sedikit. (Cukup tak cukup tu belakang kira. Kalau duit sejuta pun kalau belanja bagai nak rak habis jugak kan?) Bayangkan KWSP ini tak ada. Tak menabung pekerja-pekerja kita nanti.

PNB. Sebenarnya ramai tak tahu PNB ni banyak membantu rakyat Malaysia. Bukak akaun, masuk duit untuk pelaburan dan duduk rileks sambil berdoa. Setiap tahun duit itu bertambah. (Konfem akan bertambah. Sebab kalau rugi, matilah kerajaan kena jawab. Silap-silap boleh kena guling.) Okey, saya tau mungkin ada yang kata ini kapitalis ke apa. Saya tak nak bincang pasal itu.

Apa yang saya nak cerita bagaimana PNB dengan ASB, ASM, ASW 2020 berjaya membantu rakyat di negara kita. Berjaya dari segi menambahkan pendapatan melalui pelaburan. Kalau masuk RM10 ribu, setiap tahun dapatlah dalam RM800-900. Ada sesiapa nak bagi ke kalau PNB tak ada? Kalau masih ada lagi tak setuju, sila tanya ibu bapa dan sedara mara kita, mesti ada yang masuk melabur dalam PNB jugak. Tak kisahlah mereka orang BN atau Pakatan. Tak kisah kaum apa sekalipun PNB tetap di hati. Dan, untuk rekod ada lebih 8 juta pelabur dalam PNB. Tak ke banyak tu yang mendapat manfaat?

PETRONAS. Nak menjadi kapitalis terbesar di dunia bukan senang. Tapi PETRONAS berjaya muncul sebagai antara 500 syarikat terbesar di dunia. Mungkinlah ada benda-benda mengarut yang PETRONAS buat seperti taja FI sampai beratus-ratus juta. Uruskan simfoni kat MPO dekat RM500 juta. Benda-benda ni saya pun tak faham tujuannya.

Namun hakikatnya PETRONAS banyak berjasa. Kalau bukan PETRONAS, tak adanya dana-dana untuk kerajaan kita menguruskan negara. Tak ada duit bina sekolah, subsidi makanan dan tenaga. Kalau bukan PETRONAS, tak wujud beribu-ribu peluang pekerjaan di dalam dan luar negara untuk rakyat tempatan. (dahlah bayar gaji mahal). Kalau bukan PETRONAS, tak ada univerisiti dan biasiswa untuk pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran. Kalau bukan PETRONAS, tak taulah nak bayangkan macam mana.

Ini antara sedikit sebanyak yang sempat saya fikir malam tadi. Saya memilih 5 perkara ini berdasarkan sumbangannya kepada rakyat Malaysia. Saya menilai bagaimana institusi ini berjaya membantu ibu bapa kita, atuk nenek kita, pakcik makcik kita, kawan-kawan kita dan juga diri kita sendiri.

Ada rasa bangga tak?


Ps: tulisan terpanjang Basuh Baju.

Friday, June 19, 2009

Perkara yang boleh dibanggakan tentang Malaysia

Bila kita membaca akhbar, membuka blog, mendengar radio dan menonton TV, fikiran kita akan terganggu tentang segala macam berita yang menyakitkan otak. Semuanya berkisar tentang negara kita, Malaysia. Semua benda rasa nak dikomen. Semua isu rasa nak dikupas. Mana yang boleh marah- kita marah. Mana yang boleh gelak- kita gelak. Mana yang boleh tibai-kita balun.

Kejap-kejap bising pasal Perak. Dah senyap pasal Perak, pasal PAS dan kerajaan pepaduan. Dah diam pasal PAS, pasal konsep 1Malaysia. Dah reda pasal 1Malaysia, pasal melayu dan Islam. Tak ckup dengan itu pasal sekolahlah, pasal Bahasa Inggerislah, pasal SPM dan biasiswalah. Kemudian kritik tentang perpaduan, tentang agama, tentang ekonomu- Semuanya isu-isu hangat dan negatif.

Mungkin ada benarnya kritikan dan pandangan kita. Dan itupun memang hak kita sebagai rakyat untuk bersuara dan memberikan pandangan. Tiada salahnya di sini. Yang salah bila hak bersuara ini dinafikan. Yang salah bila suara kita tidak didengari dan disenyapkan.

Berbalik pada is-isu tersebut, kita asyik-asyik mengkritik kerajaan. Kerajaan buat ini pun salah. Kerajaan tak buat itu pun salah. Seolah-oleh teruk sangat kerajaan ni. Dan secara tak langsung teruk juga negara Malaysia.

Basuh Baju- sebagai seorang remaja 19 tahun pun kadang-kadang rimas jugak. Yelah, kalau dah tiap-tiap hari baca benda-benda serius je, mau tak sakit otak. Mata pun dah kabur semacam asyik duduk depan laptop baca artikel.

Tiba-tiba hari ini tmbul satu persoalan. Persoalan ini timbul selepas sesak dengan isu-isu dan berita-berita negatif. Asyik-asyik cerita tentang masalah dan isu je, takkan kat Malaysia ni tak ada apa yang boleh dibanggakan langsung? Takkan tak ada satu pun kejayaan yang boleh kita eksyen kat negara luar? Mesti ada kan.

Siapa ada cerita positif? Siapa ada pandangan?


Mari kita berdiskusi dan berkongsi!

Thursday, June 18, 2009

Apa itu politik?


Politik tidak berat, tidak serius dan tidak menakutkan....

Bila kita bercakap mengenai politik, begitu ramai yang salah faham. Politik dianggap sesuatu yang 'berat' dan menyusahkan. Malah ada pula golongan yang membencinya. Kata mereka politik itu kotor dan jijik. Golongan ini akan cepat-cepat menutup telinga dan tersenyum sinis bila topik politik dibuka. Sebenarnya perkara ini berlaku disebabkan kegagalan mereka dalam memahami apa sebenarnya politik.

Satu peringatan: politik bukan sekadar Barisan Nasional. Politik tidak terhad kepada Pakatan Rakyat semata-mata. Politik tidak berlingkar di antara UMNO, PAS, DAP dan PKR sahaja. Politik lebih daripada itu. Politik ialah kehidupan seharian kita. Suka atau tidak- hidup kita sentiasa dikelilingi oleh politik. Tidak percaya?

Pergi ke tempat kerja dan belajar, sila perhatikan apa yang berlaku. Semuanya bersaing untuk mendapatkan sesuatu. Kalau di tempat kerja, benda yang selalu direbut ialah jawatan dan kuasa. Kalau di tempat belajar selalunya markah dan gred yang dikejar. Untuk mendapat perkara ini, macam-macam benda yang sanggup dilakukan. Hal ini timbul kerana adanya persaingan. Persaingan memaksa manusia untuk melakukan apa sahaja untuk terus kekal.

Sebab itu kita selalu mendengar ada pelajar mengipas pensyarah, ada pekerja membodek taukey dan ada orang mencucuk orang lain. Tangan menghulur-hulur, mulut bermanis-manis, muka tersengih-sengih, dalam hati- ada maksud.

Sebab itu ada kes kawan tikam belakang, ada kes kawan pijak kawan, dan ada kes kawan makan kawan. Di depan kita baik, di belakang kita taik. Di depan kita bercakap indah, di belakang kita bercakap padah.

Sebab itu ada orang mencipta pengaruh. Pengaruh dibina dengan berkenalan dengan orang-orang tertentu. Pengaruh juga datang dengan mewujudkan persepsi. Semuanya dilakukan bukan kerana hobi atau suka-suka sebaliknya untuk mencapai matlamat iaitu mendapat sesuatu. Bukankah tujuan berpolitik untuk mendapatkan sesuatu? Bukankah politik berkaitan persepsi dan pengaruh?

Noktah sebentar. Memahami konteks politik di dalam kehidupan adalah penting. Ini kerana daripada kesedaran yang timbul barulah kita dapat membebaskan pemikiran kita. Pemikiran yang bebas-yang tidak membenci politik- barulah dapat melahirkan rakyat yang lebih peka terhadap apa yang berlaku di negara kita. Dan inilah yang sedang menjadi persoalan: Adakah rakyat Malaysia benar-benar peduli tentang apa yang berlaku di Malaysia?


Sudah faham apa itu politik? Masih membenci politik?

Wednesday, June 17, 2009

Mak Nyah, Lelaki lembut dan Pondan

Tokoh Agama Seru Pulihkan Mak Nyah- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 16 Jun - Tokoh-tokoh agama dan pendidik hari ini menyeru semua pihak berpadu tenaga membantu golongan 'mak nyah' kembali menjalani kehidupan sebagai lelaki normal.

Mereka berkata, golongan tersebut tidak boleh dibiarkan hidup dalam 'kelompok sendiri' kerana dikhuatiri mengakibatkan masalah sosial lain termasuk seks bebas yang merosakkan bangsa dan negara.


Basuh Baju mengajak para pelayar memberikan pandangan mengenai isu ini. Macam biasa, selepas berdiskusi, Basuh Baju akan memberikan pandangannya pula. (mungkinlah sebab Basuh Baju tidak ada pengetahuan sangat tentang isu ini.hehe)

Selamat Berdiskusi!

Tuesday, June 16, 2009

Jangan Buat

Blog-blog jugak. Esok gua exam. Jumpa lagi lepas hari esok.



ps: Jangan beli Utusan Meloya. Nanti awang selamat berbisik.

pss: Jangan pergi majlis formal. Nanti lemas tercekik tali leher.

psss: Jangan tonton sidang parlimen Malaysia. Nanti terasa nak pergi zoo negara.

Monday, June 15, 2009

Wajib, gagal dan sijil


Kenapa manusia ke sekolah? Persoalan ini saya timbulkan bagi menjawab segala kekalutan yang timbul sekarang. Ketepikah isu bahasa dan subjek wajib seketika. Mari kita pergi kepada persoalan asas: Kenapa manusia ke sekolah?

Sekali pandang soalan ini cukup lekeh, tidak bermakna dan tidak penting. Namun tanpa kita sedari kegagalan daripada memahami persoalan ini menyebabkan kita gagal memahami apa yang berlaku mengenai sistem pendidikan kita.

Kenapa manusia ke sekolah? Jawapannya adalah untuk belajar menguasai ilmu. Mungkin ada yang berkata kita ke sekolah kerana kerajaan mewajibkan kita pergi. Mungkin juga ada yang menjawanb kita ke sekolah untuk mengenal kehidupan. Semua ini betul tetapi di akhirnya kita perlu akui sekolah dibina untuk memberi ilmu. Dan kita ke sekolah untuk menimba ilmu dan belajar.

2-3 hari ini begitu kecoh di negara kita mengenai Bahasa Inggeris ingin dijadikan subjek wajib lulus SPM. Siapa yang tidak lulus maka tidak layak mendapat sijil SPM. Siapa yang tidak mendapat sijil SPM, maka tidak dapat memohon pekerjaan. Dianggarkan lebih 130 ribu pelajar akan tidak bersijil sekiranya langkah ini dilaksanakan. Sekali pandang langkah ini begitu merugikan pelajar di sekolah.

Noktah sebentar. Adakah kita ke sekolah kerana sijil? Apa kejadahnya sijil ini?

Sijil hanya alat yang memperakui tahap penguasaan kita terhadap sesuatu ilmu. Tidak lebih daripada itu. Apa yang penting ialah ilmu yang kita pelajari yang dicatatkan di sijil. Kita boleh hilang sijil tetapi kita tidak akan boleh hilang ilmu yang diperoleh. Kita tetap seorang bodoh jika kita gagal menguasai sesuatu ilmu itu. Mempunyai sijil atau tidak- ia bukan perkara yang penting. Yang harus ditekankan ialah menguasai ilmu itu ataupun tidak. Adalah lebih baik tidak bersijil tetapi berilmu daripada bersijil tetapi tidak berilmu.

Lihat sahajalah bagaimana sijil SPM diberikan. Kita boleh gagal semua subjek tetapi masih diberikan sijil asalkan subjek BM lulus. Adakah ini bermakna pelajar itu sudah berjaya menguasai ilmu yang diajar di sekolah? Untuk subjek BM, ya. Tetapi untuk subjek lain yang gagal? Adakah pelajar ini sudah dikira mencapai tujuannya untuk ke sekolah? Adakah tujuan ke sekolah untuk mempelajari ilmu tercapai?

Kita perlu kembali kepada tujuan kenapa manusia ke sekolah. Kita perlu berlaku jujur terhadap diri kita. Kita mesti jelas manusia ke sekolah adalah untuk belajar. Membenarkan pelajar kita mendapat sijil walaupun gagal BI, Matematik, Sains, etc adalah langkah yang tidak jujur. Ini merupakan langkah yang berlawanan dengan tujuan utama kita menghantar pelajar ke sekolah. Malah bertentangan dengan objektif penubuhan sekolah sebagai institusi penyebaran ilmu.

Ingatlah: 130 ribu pelajar yang bakal tidak bersijil memang merupakan jumlah yang besar. Tetapi jumlah ini menjadi besar HANYA JIKA kita tidak berbuat apa-apa. HANYA JIKA kita berpeluk tubuh dan sekadar berdoa. Untuk saya, menjadikan subjek BI sebagai wajib lulus adalah langkah yang tepat. Malah saya mengalu-alukan subjek-subjek lain juga diwajibkan lulus untuk sijil SPM. Ini langkah ke hadapan.

Sudah tiba masanya kita melahirkan pelajar yang menguasai ilmu dan bersijil. Bukan pelajar yang bersijil tetapi gagal dalam menguasai ilmu.

Kenapa manusia ke sekolah? Untuk sijil? Untuk gagal? Atau.....untuk belajar menguasai ilmu?

Sunday, June 14, 2009

Anak dara dan dua jejaka tampan

Mencari titik pertemuan dua parti melayu- Utusan Meloya

Seorang rakan menganggap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kerajaan perpaduan dengan UMNO sebagai satu gimik politik.

Pas katanya, ibarat anak dara idaman yang cantik molek, ingin disunting dua jejaka tampan. Idea kerajaan perpaduan hanyalah strategi Pas untuk meningkatkan saham politik dengan bermain tarik tali antara Pakatan dan UMNO, katanya.

UMNO jejaka tampan? Bukan dah 62 tahun ke?

Pas anak dara? Bukan dulu pernah 'kahwin' dengan BN ke?

Anak angkat, diangkat dan terangkat

Manek Urai Anak Angkat BN- Utusan Meloya

KUALA KRAI 13 Jun - Kerajaan Pusat akan menjadikan Manek Urai sebagai 'anak angkat' sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan tersebut pada 14 Julai ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kawasan itu akan diberikan tumpuan khusus dari semua aspek terutama pembangunan infrastruktur sekiranya menjadi anak angkat kepada Kerajaan Pusat.

Bilalah Selayang nak diadakan pilihan raya kecil........hmmmmmmmm....

Lawak Hari Ahad

Tumpu Usaha Bangunkan Atlit- Utusan Meloya

LANGKAWI 13 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu persatuan-persatuan sukan di negara ini menghindarkan politik, tetapi memberi tumpuan lebih serius kepada usaha membantu dan membangunkan bidang itu.

“Ketepikan politik dalam sukan, tetapi lakukan lebih banyak kerja untuk membantu bakat-bakat sukan menyerlah. Kalau semua ini dapat dilakukan, saya percaya tahap sukan kita termasuk golf akan lebih baik daripada sekarang,” katanya pada majlis pelancaran kejohanan Cabaran Golf TSM 2009 di Tanjung Rhu di sini hari ini.

Golf tu sukan ke?

Saturday, June 13, 2009

Satu penilaian kembali pandangan


TIDAK SEMUANYA BETUL DAN SALAH

Setiap orang mempunyai pandangan mereka masing-masing. Tiada siapa yang pandangannya betul seratus peratus dan tiada pula pandangan yang salah sesalah-salahnya. Setiap pandangan boleh jadi betul untuk golongan ini dan boleh jadi salah untuk golongan lain. Betul atau salah pandangan itu tidak penting.

Yang penting yang perlu kita rayakan ialan: Kita semua perlu dibenarkan berbincang dan bertukar pandangan untuk memperbaiki pandangan kita.

Hari ini Basuh Baju ingin menunjukkan bagaimana kita memperbaiki pandangan kita dan juga mengakui kelemahan pandangan kita.

*********************************************************************************
LEPAS RUNTUH APA PULA- Basuh Baju

Ketepikan semua benda ini. Saya ada satu cadangan apa yang patut dilakukan mengenai stadium yang sudah runtuh ini. Saya mencadangkan agar MENGEKALKAN SAHAJA STRUKTUR yang tinggal sekarang.

*********************************************************************
Komen dari: Neollene


" proses construction sesebuah bangunan bukannya mudah. architecture yg berjaya adalah apabila bangunan itu functional. monumen bukan function. kita sudah banyak membazir..jangan bazirkan lagi duit , tapak, idea dan kreativiti people in construction industry."

*********************************************************************************
BASUH BAJU

Your argument is based on the fact monument is not functional. I beg to differ.

With all due respect (especially you’re my senior and friend) I certainly sure monument is not useless. You see, monument that I propose is functional. Maybe we both see things differently. But rest assured, I’ll clear the air.

The function of this monument are:

1) Give a reminder to the current and next generation.
2) It serves as a tourist attraction. Let me give you a fact:

What do a colloseum in Italy, Hanging Garden in Baghdad, and Great Wall in China have in common? There are structures that collapse and unfinished. One question: Why do the authorities did not repair and rebuild it? And you see these structures have become one of the major tourist attraction.

***********************************************************************************
NEOLLENE

monument. one of the function Of monument is to become the symbol of the ancient civillization:

“SUCH AS “…

1.colloseum is an amphitheatre that had been very useful- since the Roman empire.

2. Great wall china-great age and size. defense purpose.

3. hanging garden babylon- great garden structure, terrace roofs and water pipes..

they have been built in the world history for thousands of years.. great architecture..great structure..great history and uses.

but what does the stadium has? great..largest structure? showing the culture? footballs?

if i am a tourist.. would i decide to visit the stadium just because of it has been collapsed and became a monument?

*************************************************************************************
BASUH BAJU

You’re contradict with yourself.

1) You said: monumen bukan function. But now you said: monument. one of the function Of monument is to become the symbol of the ancient civillization.

2) You said: jgn bazirkan lagi duit , tapak, idea…. But from what you’ve been suggesting, we have to repair the structure/stadium. I wonder how can we rebuild/repair the roof without cost us amount of money? Or perhaps is there a new technology that can doesn’t involves single of penny? But to buy the ‘not-existing technology’ too, money is still needed.

Do I hear the sound ‘flip’ after ‘flop’? Lets wait for some explanation.

I wonder, is the stadium will be fully utilised if it was reopen to the public again? The fact that before the stadium is collapsed, only 10%-20% of its capacity are utilised by the people. The rest has become an empty seat. My fact based on the attendance when Terengganu hosted a football match. Such a not functional stadium after SUKMA 2008.

I wonder, is just because the stadium has not been built a thousand years ago, then you made a decision it can’t become a monument?

If this is your case, then until forever, we may not have any monument in Malaysia. Or else, we need to wait for thousand years later. Then, I’ll become a corpse; buried underneath the earth.

*****************************************************************************************
NEOLLENE

I said that the monument such as the ’stadium’ is not functional if it become a monument..

a monument is functional IF;

” it become the symbol of the ancient ‘civilization’.”- is the stadium reflect our civilization, or culture dear friend?

i’m asking u my friend, Is the stadium act as the first and the last stadium that had ever built in the world history? until it can be the most uniqueeeee structure in the world?

and.. what is the ‘unique history’ that the stadium has until it will be remembered except for its weakness in construction.

“”in architecture, useless/unfunctional building is a big wastage..”" lets do modification.. make it functional n dont do the mistakes again. use appropriate materials for the finishes and structure. reexamine the load. 25Million is still much lesser than 292Million..think again.

*****************************************************************************************

KESIMPULAN

Ini merupakan pertukaran pendapat antara dua minda. Di akhirnya kita dapat memperbaiki kelemahan pandangan kita.

Jadi, setiap kali kita mempunyai pendapat dan pandangan tentang sesuatu- kita juga perlu bersedia membuka minda kita dengan idea-idea baru dari pandangan orang lain. :)

(Dalam contoh ini, pandangan Basuh Baju telah salah. Neollene telah memberikan pandangan yang lebih bagus. Untuk itu, terima kasih :)

Thursday, June 11, 2009

Komen Basuh Baju

INI KOMEN BASUH BAJU

Siang tadi para pelayar telah berdiskusi mengenai isu BI yang wajib lulus untuk dapat sijil SPM. Terima Kasih Basuh Baju ucapkan. Daripada komen-komen yang diterima- 90% menyokong dan 10% menentang.

Dalam isu ini satu perkara yang kita perlu persetujui bersama: mahu tidak mahu, kita semua perlu belajar, memperbaiki dan memperkasa tahap penguasaan Bahasa Inggeris. Tidak kiralah kita orang melayu, bugis, jawa, cina, india, luar bandar, dalam bandar, luar kubur, Islam, Buddha, tak ada agama, pensyarah ekonomi, pelajar universiti dan pelajar sekolah.

Saya menyokong langkah ini. Malah kalau boleh, biar subjek-subjek lain juga begitu. Biar subjek seperti matematik, sains, sejarah turut diwajibkan untuk lulus. Tak lulus tak dapat sijil. Tujuan peperiksaan pun adalah untuk menilai kemampuan pelajar tersebut. (mungkin akan ada yang berkata peperiksaan bukanlah kayu ukur yang tepat. Tetapi itu cerita lain). Gagal dalam peperiksaan bermakna gagallah apa yang cuba diajarkan kepada pelajar tersebut. Takkanlah selepas 11 tahun belajar dari darjah 1 sampai tingkatan 5 pun payah sangat nak lulus? Lulus je. Bukan A1 pun.

Logiknya, kalau dah gagal mengapa perlu memberi sijil? Kalau begitu, baik tak perlu belajar dan jawab peperiksaan. Sekadar ke sekolah tiap-tiap hari dan bagi sijil bila dah tamat belajar.
Tujuan ke sekolah pun ialah untuk belajar. Sudah menjadi lumrahlah kan bila belajar ini ada yang gagal dan ada yang lulus cemerlang. Kalau semuanya nak lulus, baik tak perlu wujudkan gred gagal langsung. Habis cerita.

Mungkin ada yang akan bersentimen dengan mengatakan langkah ini akan menyusahkan pelajar di luar bandar. Langkah ini akan menyebabkan pelajar-pelajar di kampung terus ketinggalan. Lalu saya timbulkan persoalan-persoalan ini untuk anda sekalian.

Adakah kerana anda merasakan mereka 'tidak mampu lulus' maka kita perlu kasihankan mereka dengan cara mereka tidak perlu rajin belajar untuk lulus?

Adakah kerana kita kasihankan mereka, maka mereka perlu terus berada di dalam keadaan yang tidak pandai? Habis tu sampai bila golongan luar bandar ini hendak maju? Asal sahaja hendak disuruh maju dan kerja keras sedikit, kita tentang dengan alasan- kasihan.

Bukankah pelajar-pelajar bandar sekarang ini- ibu bapa mereka juga berasal daripada luar bandar? Bukankah ibu bapa mereka juga merupakan produk daripada sistem pendidikan kita sekarang? Jadi, mengapa mereka boleh berjaya walaupun digelar 'pelajar luar bandar?'

Satu perkara yang pasti- disebabkan kita mahukan mereka-mereka di luar bandar ini pandailah kita perlukan mereka untuk lulus di dalam subjek-subjek yang diajar. (Dalam isu ini: subjek BI). Apa yang kita perlukan hanyalah tenaga pengajar yang berkelayakan dan kemudahan pembelajaran yang mencukupi.

TAPI

Bila dah dilaksanakan langkah ini- akan wujud masalah lain pulak. Sila klik sini.


Mari Berdiskusi!

SPM: LULUS BI WAJIB?- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 8 Jun – Orang ramai dipelawa mengemukakan pandangan masing-masing kepada Kementerian Pelajaran mengenai isu mewajibkan calon lulus mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Basuh Baju ingin mengajak para pembaca berdiskusi mengenai isu ini. Apa pandangan anda?