Tuesday, June 9, 2009

Budaya Bodek yang Tak Ada Makna


Cuba perhatikan iklan-iklan di akhbar sekarang. Kita akan perhatikan budaya membodek yang cukup hebat dan tersusun. Budaya ini tersorok di sebalik foto-foto warna warni yang telah diphotoshop. Budaya ini bukanlah datang daripada susuk politikus tetapi datang daripada syarikat-syarikat besar di Malaysia.

Semenjak konsep 1Malaysia diperkenalkan, berlumba-lumba syarikat-syarikat ini membodek PM baru kita (atau Ketua Kampung menurut Nami). Cara terbaik untuk membodek ialah dengan meletakkan iklan syarikat mereka dengan terpampang konsep 1Malaysia di moto syarikat mereka. Sekali pandang budaya ini macam beruk meniru beruk. Bila satu syarikat ini buat, syarikat lain turut terangsang untuk meng'1Malaysia'kan syarikat mereka. Ini perkara bodoh dan bangang.

Jangan mudah tertipu dengan budaya bodek ini. Syarikat-syarikat ini bukanlah ikhlas atau bermurah hati secara tiba-tiba meng'1Malaysia'kan syarikat mereka. Mereka hanya ingin dilihat sebagai syarikat yang menyokong PM. Dengan cara ini mereka akan diberi keutamaan dalam mendapat kontrak kerajaan. Lihat betapa kuasa ekonomi jugalah yang menjadi tujuan dan matlamat.

Tak ada maknanya syarikat-syarikat ini meng'1Malaysia'kan imej mereka kalau pekerja-pekerja terus ditindas. Tak ada maknanya 1Malaysia kalau gaji minum masih lagi tidak diperkenalkan. Tak ada maknanya 1Malaysia kalau pekerja terus susah dan pemodal terus kaya. Semua ini tak ada makna.

Nota: Maybank, Pos Malaysia, Mas, TM- semuanya syarikat-syarikat besar yang telah mengeluarkan iklan syarikat mereka yang telah disunatkan dengan pisau 1Malaysia.

11 comments:

SwEetForEst said...

huhuhu..
^__^

HBM Consultant said...

Saya masih 'kelam' dengan maksud sebenar 1 Malaysia. Berkali-kali PM perjelaskan berkali-kali juga saya geleng kepala tanda tidak faham. Padahal, saya guru bahasa Melayu dan penjelasan dibuat dalam bahasa Melayu. Aduh, masalah betul.

Apa sebenarnya 1 Malaysia? Ada sesiapa boleh jelaskan dengan bahasa yang paling mudah?

hai said...

dulu malaysia cemerlang,gemilang,terbilang.
sekarang 1 malaysia temberang!

Jay Harun said...

sukati diorglah.....jgn sampai perang sudah....zzzzzzzzzzz..

Azfa Abdul Rahman said...

isu bodek membodek nih dalah lama diketengahkan..now dah jadi satu budaya.. bila dah jadi budaya, mmg susah la nak diperangi... menteri kebudayaan sure bz pasal dah tambah satu budaya baru..

Basuh Baju said...

Sweetforest: hehehe

Marni: Sekarang ni semua benda nak di 1malaysiakan. produk2, syarikat2, iklan2, silap2 pasni mesin basuh pun 1 malaysia..haha

Sebenarnya konsep 1Malaysia ni samalah seperti slogan untuk mana2 pemimpin yg baru. Kalau dulu bersih, cekap dan amanah. sekarang 1Malaysia.

Konsep 1Malaysia ni untuk menunjukkan semua rakyat terbela dan dibela hak nya di negara ini. Pemahaman paling simple la kan..

Hai: Banyak dah kena temberang kita ni..

Penagih: Kalau perang kenapa? haha

Azfa: Menteri kebudayaan dah mula buat kajian budaya bodek ini untuk dieksport ke Harvard dan Cambridge..haha

endiem said...

Mula mula ni 1Malaysia, tah.. tah .. esok lusa 1isteri pulak .. tak ke susah nak menikah lagi?

fahmi said...

kena sunat dgn pisau 1Msia?? hahahah tp yg BB sebut sume GLC, so mmg biasalah... tp klu ade kompeni2 lain yg sebok, mmg nmpkla dh sangap nk kontrak.. hehehe pelik2 je baca kompeni ntah sape2, ttibe promote 1Msia.. hahaha

Abang said...

ini kes sunat pakai kapak ni.. 1malaysia x penting... dlm hidup kita sebagai Muslim, 1Islam la yg perlu dijaga... tp syarikat2 besar x jemu ke kalo asyik buat benda yg sama tiap kali bertukar PM? aku tgk je pun duk muntah je...

Dari Jalan Kopi said...

1Malaysia ni - prinsip2 dan isi-isi kandongan pun belom siap lagi.

buat nama dulu - falsafahnya belum siap.

ini dah leceh brader!!

berak dah berbakol - baru nak gali lubang.

mas64 said...

1malaysia...cuma kata-kata retorik untuk melambangkan penyatuan. Memang pun kita bersatu di bawah satu negara. Kononnya dengan slogan itu rakyat dan pemimpin lebih bersatu..Hakikatnya . adakah tahap lebih tinggi dari bersatu? Sebab itu saya katakan retorik,,cakap2 saje, pelaksanaannya , tiada. Rakyat masih hidup seperti biasa, yang terpinggir , terus dipinggirkan.