Politik dan bisnes memang tidak dapat dipisahkan. Ia ibarat irama dan lagu walaupun ia sepatutnya menjadi seperti minyak dan air.
DARI MANA KRONI DATANG?
Kita semua tahu ahli politik kerjanya adalah berpolitik. Antara caranya ialah dengan berkempen kepada orang ramai. Tetapi untuk berkempen mereka memerlukan dana. Selalunya dana ini diperolehi daripada towkey-towkey bisnes. Yang menariknya, walaupun ahli politik itu berketuanan melayu, penyumbang dananya tidak semestinya towkey melayu. Ada juga towkey cina dan india. Di sini membuktikan warna kulit dan agama tidak diambil kira bila hal ekonomi dilibatkan.
Yang hairannya pula, walaupun ada ahli politik yang mengaku berketuanan rakyat, tetapi dana yang diperolehi bukannya dari rakyat biasa tetapi dari towkey-towkey pemodal juga. Di sini kita dapat lihat bagaimana ahli-ahli politik kita- tak kira pakatan mahupun barisan- sangat memerlukan dana daripada towkey-towkey bisnes.
Apabila towkey-towkey bisnes memberikan dana kepada ahli politik, mereka tidak menganggap ianya sebagai sedekah mahupun amal jariah. Sebaliknya ia adalah satu bentuk pelaburan. Sama ada pelaburan ini mendatangkan hasil ataupun tidak, bergantung kepada ahli politik itu berjaya menjadi wakil rakyat atau memegang jawatan seperti menteri besar misalnya. (ps: kalau mahukan risiko rendah- melabur dekat ahli politik Barisan. Kalau risiko tinggi- pergi melabur dekat ahli politik Pakatan. Tapi jangan lupa, risiko tinggi-pulangannya tinggi.)
Antara pulangan yang dinantikan daripada 'pelaburan' towkey-towkey ini pastilah kontrak-kontrak dan lesen-lesen untuk membuat duit. Ini kita semua pun tahu. Dan demi memastikan pelaburan ini berterusan, towkey-towkey ini akan terus menyumbang dana kepada ahli-ahli politik. Beginilah kitaran bisnes dan politik yang berlaku di negara kita. Ini jugalah bagaimana rasuah dan kronisme terjadi.
Kita tidak perlu berasa hairan. Perkara ini bukan sahaja berleluasa di Malaysia malah di negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika pun ada.
PENYELESAIANNYA?
Untuk memisahkan hubungan bisnes dan politik adalah seperti memutuskan hubungan Alex Ferguson dengan Manchester United. Ia adalah perkara mustahil. Towkey-towkey akan terus melabur kepada ahli-ahli politik selagi mana mereka memegang kunci kepada punca ekonomi.
KETELUSAN YANG BAGAIMANA?
Bagi saya, langkah terbaik adalah dengan mengamalkan ketelusan (transparency). Bunyinya klise. Yelah, ia jadi klise sebab geng Pakatan selalu gunakan perkataan ni tanpa memberitahu kepada kita ketelusan yang bagaimana. Asyik-asyik menjerit 'ketelusan' untuk menentang geng Barisan yang korup. Tetapi tidak pernah memberi idea bagaimana untuk mencapai ketelusan.
SIARKAN SENARAI KONTRAK DAN LESEN
Bagaimana kalau disiarkan senarai kontrak yang diberikan? Beritahu sahaja kepada rakyat 'kontrak membuat jalanraya X telah diberikan kepada towkey bisnes Y aka kroni kepada ahli politik Z.' Biar rakyat tahu dari sumber rasmi daripada buat spekulasi sendiri. (bila orang ramai buat spekulasi, kerajaan tuduh itu propaganda pembangkang. Sekarang ni biar kerajaan sendiri beritahu. Amacam?)
Mungkin cara ini dilihat seperti meng'legal'kan budaya kroni. Tapi legal ataupun tidak, kroni memang tetap berlaku. So kita boleh pilih sama ada mahukan kroni yang legal tetapi kita tahu atau illegal tetapi kita tak tahu.
Setidak-tidaknya langkah ini dapat memberi tekanan kepada ahli politik untuk memilih kroni yang benar-benar layak. Ahli politik juga akan memastikan kroni mereka berjaya. Bukan sekadar bagi kontrak dan lepas tangan.
Dan apabila kroni mereka gagal menjalankan sesuatu projek dengan baik, kita boleh menghukum mereka. Mungkin dengan tidak memangkah mereka dalam pilihanraya. Sebaliknya jika kroni mereka berjaya menyiapkan projek dengan cepat dan menjimatkan kos, ahli politik boleh jadikan ia sebagai modal kempen.
Senang cerita, kroni mereka adalah penentu karier politik mereka. Rakyat akan menilai ahli politik berdasarkan kroni mereka. Nak tak nak ahli politik seperti 'dipaksa' untuk memilih kroni yang positif.
(dalam entri yang lepas, rata-rata pembaca bersetuju bahawa apa salahnya diberikan kontrak kepada kenalan dan keluarga asalkan ianya kronisme positif)
DI AKHIRNYA...
Fikir punya fikir sebenarnya tak ada sebab untuk tidak menyiarkan senarai kontrak dan lesen kepada orang ramai. Orang ramai tak akan rugi. Yang cuak hanyalah ahli politik dan towkey-towkey bisnes.
Saya percaya langkah ini tidak terlalu idealistik. Malah memberikan situasi menang-menang kepada ahli politik, towkey bisnes dan orang ramai.
Apa kata anda?
ps: masih ingat lagi kesan kepada Rafidah Aziz bila senarai penerima AP dikeluarkan?
DARI MANA KRONI DATANG?
Kita semua tahu ahli politik kerjanya adalah berpolitik. Antara caranya ialah dengan berkempen kepada orang ramai. Tetapi untuk berkempen mereka memerlukan dana. Selalunya dana ini diperolehi daripada towkey-towkey bisnes. Yang menariknya, walaupun ahli politik itu berketuanan melayu, penyumbang dananya tidak semestinya towkey melayu. Ada juga towkey cina dan india. Di sini membuktikan warna kulit dan agama tidak diambil kira bila hal ekonomi dilibatkan.
Yang hairannya pula, walaupun ada ahli politik yang mengaku berketuanan rakyat, tetapi dana yang diperolehi bukannya dari rakyat biasa tetapi dari towkey-towkey pemodal juga. Di sini kita dapat lihat bagaimana ahli-ahli politik kita- tak kira pakatan mahupun barisan- sangat memerlukan dana daripada towkey-towkey bisnes.
Apabila towkey-towkey bisnes memberikan dana kepada ahli politik, mereka tidak menganggap ianya sebagai sedekah mahupun amal jariah. Sebaliknya ia adalah satu bentuk pelaburan. Sama ada pelaburan ini mendatangkan hasil ataupun tidak, bergantung kepada ahli politik itu berjaya menjadi wakil rakyat atau memegang jawatan seperti menteri besar misalnya. (ps: kalau mahukan risiko rendah- melabur dekat ahli politik Barisan. Kalau risiko tinggi- pergi melabur dekat ahli politik Pakatan. Tapi jangan lupa, risiko tinggi-pulangannya tinggi.)
Antara pulangan yang dinantikan daripada 'pelaburan' towkey-towkey ini pastilah kontrak-kontrak dan lesen-lesen untuk membuat duit. Ini kita semua pun tahu. Dan demi memastikan pelaburan ini berterusan, towkey-towkey ini akan terus menyumbang dana kepada ahli-ahli politik. Beginilah kitaran bisnes dan politik yang berlaku di negara kita. Ini jugalah bagaimana rasuah dan kronisme terjadi.
Kita tidak perlu berasa hairan. Perkara ini bukan sahaja berleluasa di Malaysia malah di negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika pun ada.
PENYELESAIANNYA?
Untuk memisahkan hubungan bisnes dan politik adalah seperti memutuskan hubungan Alex Ferguson dengan Manchester United. Ia adalah perkara mustahil. Towkey-towkey akan terus melabur kepada ahli-ahli politik selagi mana mereka memegang kunci kepada punca ekonomi.
KETELUSAN YANG BAGAIMANA?
Bagi saya, langkah terbaik adalah dengan mengamalkan ketelusan (transparency). Bunyinya klise. Yelah, ia jadi klise sebab geng Pakatan selalu gunakan perkataan ni tanpa memberitahu kepada kita ketelusan yang bagaimana. Asyik-asyik menjerit 'ketelusan' untuk menentang geng Barisan yang korup. Tetapi tidak pernah memberi idea bagaimana untuk mencapai ketelusan.
SIARKAN SENARAI KONTRAK DAN LESEN
Bagaimana kalau disiarkan senarai kontrak yang diberikan? Beritahu sahaja kepada rakyat 'kontrak membuat jalanraya X telah diberikan kepada towkey bisnes Y aka kroni kepada ahli politik Z.' Biar rakyat tahu dari sumber rasmi daripada buat spekulasi sendiri. (bila orang ramai buat spekulasi, kerajaan tuduh itu propaganda pembangkang. Sekarang ni biar kerajaan sendiri beritahu. Amacam?)
Mungkin cara ini dilihat seperti meng'legal'kan budaya kroni. Tapi legal ataupun tidak, kroni memang tetap berlaku. So kita boleh pilih sama ada mahukan kroni yang legal tetapi kita tahu atau illegal tetapi kita tak tahu.
Setidak-tidaknya langkah ini dapat memberi tekanan kepada ahli politik untuk memilih kroni yang benar-benar layak. Ahli politik juga akan memastikan kroni mereka berjaya. Bukan sekadar bagi kontrak dan lepas tangan.
Dan apabila kroni mereka gagal menjalankan sesuatu projek dengan baik, kita boleh menghukum mereka. Mungkin dengan tidak memangkah mereka dalam pilihanraya. Sebaliknya jika kroni mereka berjaya menyiapkan projek dengan cepat dan menjimatkan kos, ahli politik boleh jadikan ia sebagai modal kempen.
Senang cerita, kroni mereka adalah penentu karier politik mereka. Rakyat akan menilai ahli politik berdasarkan kroni mereka. Nak tak nak ahli politik seperti 'dipaksa' untuk memilih kroni yang positif.
(dalam entri yang lepas, rata-rata pembaca bersetuju bahawa apa salahnya diberikan kontrak kepada kenalan dan keluarga asalkan ianya kronisme positif)
DI AKHIRNYA...
Fikir punya fikir sebenarnya tak ada sebab untuk tidak menyiarkan senarai kontrak dan lesen kepada orang ramai. Orang ramai tak akan rugi. Yang cuak hanyalah ahli politik dan towkey-towkey bisnes.
Saya percaya langkah ini tidak terlalu idealistik. Malah memberikan situasi menang-menang kepada ahli politik, towkey bisnes dan orang ramai.
Apa kata anda?
ps: masih ingat lagi kesan kepada Rafidah Aziz bila senarai penerima AP dikeluarkan?
thumbs up for this post. such a good idea articulated by a very young man. :)
ReplyDelete-jOhn
Ada betul jugak tu. Macam ko cakap, kroni akan tetap wujud. Tapi antara kroni tu layak ataupun tak je.
ReplyDeleteDedahkan semua latar belakang projek, siapa yang dapat projek tu. Biasanya kalau tengok satu-satu projek, hanya terpampang projek kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan je. General. Tapi tak tahu siapa yang pegang.
Macam ni la Basuh Baju,ni pendapat aku lah.
ReplyDeleteYang penting approval rakyat.Kalau jalan raya baik,kalau jambatan tak retak macam MRR2,kalau stadium tak runtuh,ok aje.
Rakyat ni,dia xnak banyak soal sebenarnya.Infrastruktur dia nak yang bermanfaat kepada mereka.Kalau infrastruktur dibina oleh kaum kroni tapi baik,binalah - tapi apabila cost RM200 juta jadi RM2 billion,positif ke negatif - rakyat tetap marah.
Yang paling penting - sebut harga kena tulis dalam paper.Takde selindung-selindung.Cuba tengok negara Sweden - setiap kali bajet je,semua ditulis - takde hiding2.Rakyat berhak tahu berapa kos harga membina itu dan ini.
Cuma kadang-kadang rakyat ni kena pusing-pusing.Nombor - kalau tengok lama2 jadi pening.Jadi kerajaan yang jujur adalah yang paling penting.Kalau kroni atau nepotisme berlaku,bila ada kesalahan atau kerosakan,blacklist la nama dia.Jangan diam2 nak buat siasatan - stadium Sultan Mizan punya runtuh dari aku belum pergi Belgium sampai sekarang - kata sebulan je siasat?Itu yang rakyat tak nak.
Explain kepada rakyat - kenapa harga dia macam tu.Harga asal berapa,kos buruh berapa.Bukan susah sangat.Rakyat takde banyak songeh pun kroni ke bukan - yang penting tak runtuh,tak jahanam,tak ranap.
Macam nko modify rumah,nko suruh member nko buat - mesti nko nak sebut harga kan?Kalau nko bagi duit bulat2,pastu mintak bil tak nak bagi,tengok barang harga tak sama,nko pun marah kan?
Itu je point aku hari ni.
Realitinya, bila politikus memberi projek kpd kroni; most likely both of them only want to squander the rakyat's money and has no intention to deliver the project. Ini namanya buat duit atas angin - pemodal melabur pada politikus, bila politikus menang dia luluskan projek dan permit pada pemodal, dan seterusnya memastikan duit terus masuk sedangkan projek mungkin terbengkalai atau tak dimulakan langsung. Jadi 'transparent' ttg siapa dpt projek dan permit tidak memadai; jika duit rakyat tetap lebur akhirnya. Open tender system perlu digabung dgn 'accreditation' proses supaya hanya genuine businesses are entrusted with gomen's projects.
ReplyDeletependapat aku sama dengan MMH..
ReplyDeletetapi harus diingatkan open tender system ni tak menjanjikan kesaksamaan kepada pembida yang weaker financially..
open tender jugak boleh dimanipulasi..contoh,spesifikasi sesuatu projek diletakkan untuk menyebelahi kepakaran kroni..
Izzuddin: 'satu lagi projek kerajaan barisan Nasional'
ReplyDeletesaound familiar right? haha
Nami: approval rakyat tu ada betulnya since mereka punya duit kan.
tapi melalui apa? referendum? undi? kau rasa mekanisme apa yg sesuai yg baru boleh dikatakan approval rkayat?
cthnya kalau kat selayang ni nak dibina stadium lagi sebijik: mcm mana nak tau rakyat nak ke tak?
satu lagi aku rasa kalau semuanya nak kena diapprove oleh rakyat, payah jugak. silap2 projek2 yg economy viable utk long term direjek oleh rakyat.
cthnya macam projek PLUS dulu.
mati2 pembangkang dan rkayat bising.
tp sekarang? sampai sesak bila nak raya. so aku rasa walaupun approval rakyat tu penting tp aku tak rasa rakyat selalu betul wlpn mereka mempunyai hak.
fhm kan?
MMH: saya rasa saya tak sentuh lagi soal niat ahli politik yg masuk politik kerana nak buat duit.
ReplyDeletetapi takpe, boleh juga kita discuss.
ahli politik yg masuk politik utk buat duit sepatutnya ditendang keluar. tp ini terlalu idealistik sebab trend sekarang org mmg nak masuk politik sebab nak buat duit senang.
mat2 belia yang masuk putera umno bukan kerana nak majukan melayu ttp nak dptkan pink platform.
belia2 yg masuk pakatan pula nak jadi cool. tapi bila dah pegang kuasa pun dua kali lima jugak.
so bagaimana?
Open tender memang tidak seteruk sistem tender tertutp dan direct nego tp bukan juga lagi baik.
syarikat boleh je masuk tender dgn daftar 5-6 syarikat atas nama berlainan wlpn org yg sama.
dan panel yg memilih pun biasanya akan terpengaruh jg dgn suara ahli politik.
Malah syarikat juga boleh jgk nak rasuah semua ahli panel. (hal ni boleh berlaku). dan akhirnya kos jauh melambung tinggi sbb nak kena rasuah lagi banyak.
sorry to say- it seems direct nego or tender tertutup mgkn lg better dlm hal ni sbb hanya kena rasuah sorg dua je..hehehe
'accreditation' proses adalah satu langkah yg bagus.
Basuh Baju - jangan lupa open tender ni details dan proses dia is for public scrutiny..aku rasa susah nak lepas dr kantoi kalau orang sama guna banyak2 nama syarikat lain..
ReplyDeletehmmm byk kerenah .
ReplyDeleteif xde kabel susahla.
Bro,
ReplyDeletePada aku penyelesaian yang paling ideal adalah dengan cara PENGAGIHAN YANG ADIL.
Kronisme.
Atas bawah, kiri kanan, depan belakang. The bottom line is...Kronisme adalah satu amalan yang tidak sihat.
Bila kita mengatakan ada masa kronisme adalah satu amalan yang baik ianya seperti menghalalkan yang haram. Seperti. Note the word. Saya bukan implicate saudara ye.
Kita tak boleh kata : TAK SALAH Ber-KRONI JIKA KRONI ITU MAMPU MELAKUKAN KERJA DENGAN BAIK.
Tak boleh macam tu. Kita bercakap berkenaan dengan Negara. Bila bercakap berkenaan dengan Negara, kita ada masyarakat ataupun society yang membentuk Negara tersebut. Setiap orang daripada RAKYAT didalam negara tersebut berhak untuk mendapatkan sebahagian, potions ataupun shares diorang. Tidak kira la kontrak ker, tender ker, alam semulajadi ke, tanah ker, security ker aper ker.
Ada bahagian untuk setiap rakyat. SEBAB ITU HAK/RIGHTS MEREKA SEBAGAI RAKYAT.
Jadi pada saya PENGAGIHAN YANG ADIL adalah salah satu cara untuk menyelesaikan masalah kronisme ni semua.
BUKAN BERDASARKAN CAPABILITY,KEMAMPUAN ATAUPUN MERIT(SEPERTI YANG DIGEMBAR GEMBUR PR).
TETAPI BERDASARKAN PENGAGIHAN YANG ADIL. EQUAL DISTRIBUTION OF NATURAL RESOURCES.
CONTOH PENGAGIHAN YANG ADIL?
Simple : Dasar Ekonomi Baru.
Dimana pengagihan mengikut komposisi kaum.
Bumiputera 60% Cina 30% India 10%
Kita kena ingat dalam Islam :
Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Jika kita lihat pada kemampuan kroni kita. Kita bagi semua kontrak pada kroni kita. Kita tak agih pada RAKYAT2 yang lain.
Adakah itu adil? Adakah kita meletakkan sesuatu pada tempatnya?
Adakah membiarkan rakyat yang lain lapar, KRONI kita kenyang adalah sesuatu yang adil? Adakah kita telah meletakkan sesuatu pada tempat yang betul?
Adakah Melayu mampu bersaing dengan kaum lain jika berdasarkan Merit?
Kalau mampu. With all means. Hapuskan DEB. Jika tidak mampu...
Gunakan MECHANISM DEB INI UNTUK MEMBOLEHKAN MELAYU BERDIRI SAMA TINGGI DAN DUDUK SAMA RENDAH. Bersama-sama kaum lain.
Simpan Mechanism Pengagihan Secara Adil ini sehingga melayu menjadi bangsa yang berdaya maju dan mampu untuk bersaing.
Sekian.
p/s : Orang kata DEB adalah diskriminasi positif. Pada aku positif ke negatif ke. Ia masih satu diskriminasi.
p/ss : Open Tender - no direct nego - list of tender holder should be publish -
Semua pun transparent. Tapi the question is how transparent is transparent?
p/sss : Aku perasan ada pembaca blog saudara lebih cenderung kepada socialism dan marxism. Well, pengagihan secara adil adalah sebahagian daripada ideologi tersebut.
Johan: sebenarnya boleh je lepas. daftar banyak syarikat guna nama lain2. ada nama bini. nama kawan, nama sedara mara. tapi sbnrnya syarikat2 ni hanyalah satu.
ReplyDeletetak percaya? pernah tak dgr berita berapa ratus ribu kontraktor kelas F. bukan sebab syarikat tu byk tp sbb seorang ada smpai sepuluh syarikat.
Patriot:
aku tak rasa kroni ni totally tak bagus. Ada yang bagus.
cthnya projek PLUS yg diberi kepada Tan Sri Halim Saad. Ada yang kata beliau kroni Daim dan Mahathir. Sebenarnya betul pun.
Tapi kontrak diberi kepada beliau bukan kerana hubungan kroni satu sekolah semata2. tapi kerana hanya beliau bumiputera yang layak.
Hasilnya projek tu berjaya. Walaupun kroni.
apa yg aku cuba buktikan ialah ada kroni yg bagus dan ada yang tidak.
The bottom line is adakah kroni ni layak ataupun tidak.
beb, even kroni tu rakyat jugak kan? hehe so bagaimana?
Granted: aku pun tak setuju kalau kroni tu bolot semua. Yelah, orang lain pun nak jugak kan?
ps: DEB diskriminasi ke? Kita boleh kata diskriminasi kalau ianya menafikan hak kaum lain. Tapi DEB hanya menghadkan beberapa perkara shj. Malah kaum cina dan india pun ada yang berjaya.
*
Adil bagi anda ialah mengikut komposisi kaum. Dan anda menolak pemberian mengikut merit dan capability.
So demi memenuhi kuota 60% (sprti yg dicadgkan saudara), maka tak kisahlah dia layak ataupun tidak?
Kita boleh mengamalkan merit dalam kuota. Maksudnya 60% kuota tu diberi kepada org melayu yg layak.
Tp masalah berlaku bila tak ramai org melayu yg layak. dlm hal ni, adakah kita masih nak penuhkan kuota itu for the sake nak cukupkan kuota?
Boleh bagi kpd org melayu yg tak layak. But the question is, adakah kita sanggup ambil risiko?
aku rasa kita boleh kurangkan risiko tu dgn menyiarkan kontrak2 yg diberi. Biar melayu2 yg tak layak ni ada rasa pressure sikit. Dan biar mereka malu kalau gagal. so nak tak nak kenalah berjaya.
Dan ini yang aku cadangkan- siarkan kontrak2 yg diberi.
Saya rasa ramai peminat bola di sini. Saya ikut juga kadang-kadang tapi bukanlah peminat tegar.
ReplyDeleteJadi apa kata kita ambik permainan bola jadi contoh. Apa kata kita cuba adaptasikan permainan bola dalam cadangan yang diberi.
Ambik la Malaysia Vs Brazil.
Berdasarkan kepada cadangan saudara tuan rumah.
1. Pengadil dan penjaga garisan mesti dari Malaysia. Lupakan perinsip ambil pengadil berkecuali. Jadi dalam konsep ini, pembuat keputusan tetap akan dibenarkan buat keputusan walaupun memiliki kepentingan (interest).
2. Oleh kerana pasukan Brazil lebih kuat dan lebih ternama dari pasukan Malaysia maka kita kena buat kuota. Setelah dibuat anggaran, skill, stamina seorang pemain Brazil sama dengan 3 orang pemain Malaysia. Maka sistem kuota diperkenalkan. Pasukan Brazil cuma dibenarkan 4 orang saja pemain manakala pasukan Malaysia mempunyai barisan penuh.
3. Pengadil hendaklah memberi keutamaan kepada pemain Malaysia sebab sama-sama warganegara. Untuk 'ketelusan', pengadil hendaklah berterus terang setiap kali memberikan keputusan. Sebagai contohnya apabila ada seorang pemain Malaysia sepak kaki pemain Brazil, pengadil boleh kata "dia sepupu aku!" apabila enggan berikan kad merah pada pemain tersebut.
4. Di saat-saat akhir permainan, jika score Brazil lebih dari Malaysia, pengadil hendaklah memberikan sepakan penalti percuma pada pasukan Malaysia demi 'keadilan'. Kata la Malaysia ketinggalan 3-0, maka hendaklah diberikan sepakan penalti sebanyak 9 kali (seorang pemain Brazil = 3 orang pemain Malaysia).
5. Katalah setelah tamat permainan, keputusan adalah 3-3, maka rakyat Malaysia diseru berbangga kerana:
a) Pasukan Malaysia sudah boleh dikira setaraf dengan pasukan Brazil sebab score 3-3 (seri).
Lupakan bagaimana permainan itu dimainkan (pengadil dari Malaysia, 4 pemain Brazil vs barisan penuh pasukan Malaysia, 9 kali sepakan penalti percuma dan sebagainya)
Yang penting keputusan akhir kan? Kita kan seri dengan pasukan Brazil, pasukan ternama tue!
b) Kita adalah penganjur perlawanan yang sangat 'adil' kerana mengambil kira faktor pemain Malaysia lebih lembik dari pemain Brazil dan telah mengambil 'langkah-langkah berkesan' untuk mengatasi masalah itu.
Saudara-saudara semua,
Fikir-fikirkan lah.
Basuh Baju :
ReplyDeleteKroni Mahathir? Saya tak mau cakap. Sebab saya tak tau kebenaran. Saya tak pernah lihat kontrak PLUS dgn Kerajaan. Kerana ia diklasifikasikan under Official Secret Act. Cuma until recently (waktu Pak Lah) telah direveal. Mungkin saudara pernah tengok dan tau. Saya tak tau. Jadi saya tak mau cakap benda yang saya tak tau. Boleh jadi fitnah dan umpat.
Yeap bro,
KRONI memang part of rakyat.
Kalau kita agih secara adil..
Kroni akan dapat part dia
Rakyat yang lain akan dapat mereka.
Takder sesiapa deny hak kroni disini bro. Mereka ada hak mereka dan mereka tak boleh ambil lebih daripada hak mereka. Itu tidak adil orang panggil. Berdosa dalam islam.
Kroni adalah kroni, bro.
Kita bercakap berkenaan dengan keadilan. Adil ke KALAU KRONI BOLOT EVERYTHING?
Let say semua kontrak diberikan pada KRONI kerana KRONI ITU BERKEMAMPUAN.
Prinsip meritokrasi digunakan disini.
JADI SEMUA KONTRAKLAH DIBERIKAN PADA KRONI TERSEBUT.
KRONI DAPAT SEMUA. Mana keadilan disini?
Saya bagi satu analogi mudah :
Sorang ayah ini dia ada 2 orang anak. Sorang pandai dan sorang kurang pandai. Si ayah ni dia hanya keluarkan duit untuk pembelajaran anak yang pandai ni ajer. Sebab dia tau anak yang pandai ni for sure akan berjaya dan investment dia mesti dapat pulangan yang berbaloi. Untuk anak yang kurang pandai ni pulak dia tak nak keluarkan duit sebab dia TAKUT anak ni tak berjaya dan pada dia kalau invest pun tak berbaloi.
Adil tak ayah ni terhadap kedua-dua anak dia?
Dia tak nak tolong anak dia yang kurang pandai. Kalau ayah dia tak nak keluarkan duit untuk anak dia yang kurang pandai ni, macam mana anak dia nak improve kepandaian beliau?
Pada aku, bapak ni bersikap tak adil.
Begitu lah halnya.
Kenapa kita TAK NAK AGIHKAN SUMBER NEGARA KEPADA RAKYAT?
Kenapa nak BER-KRONI?
Kenapa tak nak bagi ORANG LAIN PELUANG UNTUK MEMBUKTIKAN KEMAMPUAN MEREKA?
KALAU DAH TAK BAGI PELUANG KAT RAKYAT LAIN UNTUK MEMBUKTIKAN KEMAMPUAN MEREKA. Susahlah.
Kenap nak takut pada risiko? Ini bukan Syarikat. Ini adalah Negara. Negara adalah hak rakyat. Bukan hak pemimpin dan kroni mereka.( Eh, Aku dah cakap mcm pembangkang lak :P)
After all, lagi tinggi risiko. Lagi tinggi pulangannya.
For the sake of nak cukupkan Kuota? Bila masa aku kata begitu? Itu contoh jah. Anyway. Sebab amalan kronisme lah DEB telah diconsider gagal.
Alasan?
Senang. Macam bagi kontrak kat Kroni-kroni dalam UMNO. Alasan sebab diorang mampu melaksanakan projek.
Tak nak bagi chance. Orang Melayu yang lain untuk tunjukkan kemampuan melaksanakan projek.
Because of diz, elemen jahat diluar sana mengatakan DEB gagal.
Jadi apa salahnya cukupkan Kuota dengan memberi pembahagian yang adil pada orang-orang melayu yang apply utk projek dan tender.
Ini boleh dijadikan batu loncatan untuk mereka lebih maju dan berdaya saing dalam bidang mereka.
Yeap. Meritokrasi adalah asas kepada Kapitalisme dan Kapitalisme adalah cabang kepada sekularisme.
Jadi pada saya Meritokrasi boleh. Tapi tak seharusnya absolute. Ada masa kita kena pilih orang yang betul layak dan ada masanya tidak.
Sekarang ni di Malaysia.Bukan MASA yang sesuai untuk mengamalkan prinsip meritokrasi. Ianya harus diagihkan secara telus dan adil.
The bottomline is di Malaysia sekarang banyak Kroni yang tak layak dan Kronisme adalah satu elemen yang tidak sihat dan ditegah dalam Islam kerana involve pembahagian secara tidak adil.Ini padah sebab ada pihak menghalalkan kronisme dari awal.
Dan aku setuju dengan cara publish to publish berkenaan dengan tender2 yang diberi.
Anyway. Pakai PROXY untuk obtain contract adalah salah dari segi undang-undang. Ramai yang buat. Ramai yang tau salah.
Enforcement takder. Kena ada whistleblower pergi kat polis report benda ni.
Tambahan :
ReplyDeleteOops.. tak pasan lak kau cakap kau tak setuju everything bagi kat kroni.
Yeap.
Kita kena define Kroni disini. Pada aku biasanya Kroni ni hanya timbul biler mereka mendapat lebih daripada apa yang sepatutnya.
dan
aku rasa Kroni ni memberi konotasi negatif.
Thanx.
Sekadar pandangan. :)
Johan: sebenarnya boleh je lepas. daftar banyak syarikat guna nama lain2. ada nama bini. nama kawan, nama sedara mara. tapi sbnrnya syarikat2 ni hanyalah satu.
ReplyDeletetak percaya? pernah tak dgr berita berapa ratus ribu kontraktor kelas F. bukan sebab syarikat tu byk tp sbb seorang ada smpai sepuluh syarikat.
Basuh Baju-memang boleh lepas tapi berbanding dengan tender tertutup,chances of dorang ni kantoi lagi tinggi..
kalau pasal boleh rasuah seluruh panel,dah tentu kos untuk rasuah lagi tinggi berbanding tender trtutup dan hakikat ni akan put off some of these bidders..
jadi however flawed pun sistem tender terbuka ni,dia definitely boleh eliminate hanky-panky to a certain extent..
Patriot Garang- aku pun perasan kat sini ramai yang tak faham maksud 'kronisme' dan 'nepotisme'..dua2 istilah ni memang membawa maksud negatif..dua2 bermaksud memberi kuasa,kontrek,manfaat ,etc tanpa mengambilkira kelayakan..no such term as 'kronisme positif'..itu dah dikira sebagai meritokrasi sebab orang tu memang layak walaupun dia kawan atau kaum kerabat..
Patriot Garang,
ReplyDelete"Saya bagi satu analogi mudah :
Sorang ayah ini dia ada 2 orang anak. Sorang pandai dan sorang kurang pandai. Si ayah ni dia hanya keluarkan duit untuk pembelajaran anak yang pandai ni ajer."
dan
"Jadi apa salahnya cukupkan Kuota dengan memberi pembahagian yang adil pada orang-orang melayu yang apply utk projek dan tender."
------
Saya kurang bersetuju dengan analogi dan pendapat saudara.
Untuk 'adil' dan untuk supaya orang Melayu maju, kena belanja lebihkan orang Melayu dan beri lebih byk kuota?
Perlukah kita tukar peraturan demi untuk mencapai sasaran?
Kalau saya ayah yang mempunyai dua anak seperti yang saudara sebutkan dalam analogi tadi, saya akan:
1. Suruh anak saya yang kurang pandai itu untuk menghabiskan lebih banyak masa untuk belajar. Kalau anak yang pandai kena belajar/buat homework selama 2 jam sehari, dia pula mestilah habiskan sekurang-kurang nya 3 atau 4 jam.
Sebabnya adalah mungkin dia kurang pandai sebab lebih lambat tangkap pelajaran. Jadi penyelesaian adalah USAHA LEBIH dan bukannya saya berbelanja lebih atau bagi sistem kuota.
2. Saya akan kurangkan aktiviti dia yang tidak bermanfaat. Contohnya adalah main playstation. Kalau anak saya yang pandai main playstation 2 jam sehari, anak yang kurang pandai pula mesti kurang dari itu.
Sebabnya adalah supaya dia tidak hilang fokus.
3. Saya akan ajar dia untuk disiplinkan diri sendiri terutamanya dari segi pengurusan masa.
Dia hendaklah buat jadual harian sendiri- bila hendak buat kerja sekolah, bila hendak bermain, bila hendak mandi.
Sesudah ada jadual harian sendiri, saya akan pastikan dia sendiri menghormatinya.
4. Saya akan ajar dia budaya-budaya pembelajaran yang baik. Sebagai contohnya sentiasa bertanya jika tak tahu. Ajarkan bahawa tidak perlu malu untuk bertanya pada orang yang lebih tahu walaupun perkara itu terlalu mudah. Jika malu, maka sendiri akan rugi.
5. Saya sebagai ayah juga mempunyai peranan saya sendiri. Oleh kerana anak saya kurang pandai, saya bolehlah buat perkara berikut:
a) Setiap hari pergi check buku-buku dia untuk tahu apakah homework yang diberi oleh guru dan pastikan dia habiskan homework itu.
b) Berjumpa dengan guru kelas dia sekali sebulan atau sekali dua bulan. Tujuan adalah untuk mengenali guru itu dan bertanyakan tentang perkembangan anak saya di dalam kelas - contohnya adakah anak saya menumpukan perhatian dalam kelas? adakah anak saya sering nakal dan bercampur dengan pelajar yang kurang berminat dgn pelajaran?
Bagaimana saudara, jika saya ambil tindakan di atas, perlukah saya habiskan lebih banyak duit untuk anak saya yang kurang pandai itu, atau perlukah saya minta dari cikgu 'kuota-kuota' untuk pelajar yang dapat gred A?
Fikir-fikirkan lah.
Nizam: walaupun analogi kau tak berapa tepat untuk memggambarkan kroni, rasuah, etc: tp kita tgk di akhirnya kesan daripada analogi kau ialah: penganjur di Malaysia akan diboo dan dianggap berat sebelah/tak adil.
ReplyDeleteso lepas ni jangan haraplah orang nak percaya kat penganjur Malaysia ni kan?
samalah jugaknya dengan ahli politik kita. kalau dipublish kontrak2 yg dia edar kepada kroni, kesan akhirnya kita dapat nilai dan KPI dia. hehe
cadangan aku lebih kepada lanjutan daripada open tender. open tender utk eliminate dan kurangkan rasuah. siarkan senarai kontrak ni lebih kepada pressure utk ahli politik dan kroni perform. (siapkan kerja/kontrak yang diberi.)
Johan: setuju. dan aku silap dgn mengatakan open tender tidak lebih baik.
tapi aku tetap percaya ada kalanya direct nego dan tender tertutup ada perlunya. cthnya projek2 yang berskala besar dan lagi2 bila tak ramai syarikat yg banyak kepakaran ttg hal tersebut.
Patriot: mgkn kita perlu define kroni. Kroni- bagi aku ialah kenalan. Neoptisme- ialah kaum kerabat.
Aku menganggap baik positif dan negatif- ia tetap kroni dan nepotisme.
Maknanya boleh jadi kroni baik dan tidak.
Sama macam kapitalis. Ada kapitalis yang sosialis. Ada kapitalis yang kapitalis habis. Tak kira alam sekitar dan kebajikan.
Keduanya kapitalis bukan? Tp macam kapitalis, kronisme dan nepotisme dianggap such a bad word.
(ini definisi dan pemahaman aku. Definisi ini aku buat berdasarkan realiiti di mana hampir semua syarikat2 kebanyakannya ialah kroni kepada mana2 ahli politik. Baik BN mahupun PR.)
Patriot:
ReplyDelete1)memang tak adil kalau kroni bolot semua even kalau dia layak.
Aku setuju dgn ni.
Di Amerika- senarai kroni yg menderma kepada kempen politikus disiarkan. Kemudian bilamana politikus itu memberikan kontrak kepada kroni yg menderma itu, politkus itu ada limit utk bagi byk mana.
maknanya even dia kroni, ada had utk dpt kontrak.
Sistem ini mungkin boleh dikaji dgn lebih mendalam atau dibincangkan bagi menambah baik open tender dan juga amalam kroni. (baik kroni positif dan negatif).
2) " Kenapa tak nak bagi ORANG LAIN PELUANG UNTUK MEMBUKTIKAN KEMAMPUAN MEREKA?
KALAU DAH TAK BAGI PELUANG KAT RAKYAT LAIN UNTUK MEMBUKTIKAN KEMAMPUAN MEREKA. Susahlah."
"The bottomline is di Malaysia sekarang banyak Kroni yang tak layak."
Aku rasa kau bercanggah dgn diri sendiri.
Tau tak, sebabkan kerajaan nak bagi peluang kat melayu yg tak layakllah- skrg ni byk kroni yg tak layak.
cuba ko fikir- macam mana kroni2 yg tak layak ni wujud dan mcm mana kita tahu mereka tak layak?
at the first place- mereka dah diberi peluang utk buktikan kemampuan mereka.
Bagi lesen. Bagi kontrak. Bagi loan. Semua dah bagi.
Tp btlla kau ckp- risiko tinggi, pulangan tinggi. Sebab tu melayu yg berjaya tak ramai. Dan melayu yg tak ramai ni la kerajaan bagi byk kontrak sbb mereka dah buktikan mereka layak.
Fikir punya fikir pening sbnrnya. Tak bagi- dikatakan bagi kat kroni semua. Bila bagi- risau projek lingkup. Kalau berjaya baguslah. Tp yg dah berjaya ni mestilah akan diutamakan utk kontrak2 yg mendatang kan? So bila bagi kepada yg dah buktikan kemampuan ni- dikatakan kroni bolot semua pulak.
Bila lingkup macam yang ramai kroni tak layak ni- rakyat akan kata kerajaan rasuah pulak.
Di akhirnya kita boleh pilih tahap risiko mana yang nak diambil.
Kau kata ini duit rakyat. Dan duit rakyat mestilah digunakan sebaik mungkin.
Adakah duit rakyat patut diperjudikan dgn mengambil risiko melantik kontraktor2 yg tak dibuktikan layak? Atau mengurangkan risiko dgn memberi kepada kontraktor2 yg dah buktikan kemampuan?
Nak risikokan semua duit rakyat atas nama memberi hak kepada smeua rakyat? Atau sebahagian sahaja? Atau tak payah ambil risiko langsung?
Kesimpulan:
ada dua kesimpulan yg dapat aku buat antara hujah patriot dan nizam.
1) Terapkan meritkorasi dalam kuota. Pilih yg betul2 layak untuk cukupkan kuota.
- masalahnya tak ramai yang layak. (sebab kalau dah ramai layak, at the first place tak payah kuota pun kan?)
2) Tak payah kuota2. Terus meritokrasi.
- daripada kita beri org2 melayu 'ikan' iaitu lesen dan kontrak, kita beri mereka 'mata kail' iaitu kepakaran tenaga kerja dan bantuan kewangan melalui pelaburan oleh kerajaan (ekuinas).
Nizam: walaupun analogi kau tak berapa tepat untuk memggambarkan kroni, rasuah, etc: tp kita tgk di akhirnya kesan daripada analogi kau ialah: penganjur di Malaysia akan diboo dan dianggap berat sebelah/tak adil.
ReplyDelete------
Saudara,
Alamak, sia-sia la saya taip panjang-panjang. Tertinggal dua perkara penting!
Satu, kronisma akan membunuh produktiviti. Siapa nak usaha lebih, siapa nak ubah budaya kerja, siapa nak tambahkan produktiviti jika untuk menang tender adalah melalui amalan kronisme dan bukannya meritokrasi (yang terbaik akan menang)?
Kedua, kita kata kita berjaya jika sekadar capai sasaran tetapi hakikatnya kita masih di takuk lama!
Sama juga dalam analogi permainan bola di atas. Jadi kalau kita seri 3-3 dengan Brazil(setelah segala peraturan ditukar dan kronisma pengadil diamalkan), apakah maksud nya pasukan kita sama taraf dengan Brazil?
Kita guna satu lagi analogi - pelajar Melayu ketinggalan dalam bidang akademik.
Adakah kita nak:
1. Mintak gred untuk dapat A diturunkan. Kalau markah 60% pun dah boleh dapat A. Dgn buat begitu lagi ramai pelajar Melayu dapat A. Jadi sasaran tercapai. Tapi betulkah pelajar Melayu sudah maju dalam bidang akademik?
2. Mintak sistem kroni diamalkan. Jadi kroni cikgu/pensyarah. Kalau pelajar favourite, mudah dapat markah tinggi. Pensyarah tutup mata kalau buat pelajar bagi jawapan silap. Jawapan betul sikit bagi markah tinggi-tinggi.
Jadi ramai pelajar Melayu dapat A sebab rajin bodek dan jadi kroni pensyarah.
Tapi tahap ilmu ada meningkat ker?
ATAU !
Kita tukar budaya mereka, kita desak mereka lebih serius dalam pembelajaran, kita desak mereka usaha lebih, kita desak mereka menjadi rajin mencari sumber-sumber.
Bagaimana?
Say NO to cronyism!
Di negara kita ada tiga kaum utama.
ReplyDeleteKaum Melayu yang malas
Kaum Cina yang tamak
Kaum India yang sentiasa mempunyai peraturan sendiri
Idea memajukan diri dengan cara mengubah diri ni memang baik sekali. Sokong seratus peratus. Kalau mampu bagi lebih dari seratus pun saya bagi.
Tapi adalah menjadi tanggungjawab semua kaum bagi mengawal kelemahan masing-masing. Bila tak terkawal, akan adalah tangan-tangan yang nak mengawal (atau, kononnya nak mengawal). Tangan-tangan ini basanya nak mengawal kerana
1) mereka sejujurnya rasakan memang itu sepatutnya dan/atau
2) memang itulah tindakan yang popular
Kerana kelemahan-kelamahan setiap kaum itu juga kadang-kala kawalan itu berlebihan; mulanya seakan-akan nak 'melindungi' kaum daripada menjadi 'mangsa' kelemahan kaum lain yang tak terkawal, tapi bila berlebihan akan jadi 'menindas' kaum lain dan menambah kelemahan kaum sendiri pula.
Jadi, bila berbicara tentang ketelusan, meritokrasi, kroni dan sebagainya, mungkin kita boleh pertimbangkan hal ini juga; perlukah 'perlindungan' tersebut? Dan bilakah 'perlindungan' itu mula bertukar kepada 'penindasan' pula?
'Pasaran terbuka' amat baik. Tapi saya hanya akan menyokong 'pasaran terbuka' sekiranya semua orang di Malaysia, tidak kira di ceruk pedalaman mana pun, sudah mampu mencapai tahap pendidikan tinggi sehingga mampu berhujah seperti kebanyakan orang di sini.
Diskriminasi boleh datang dalam pelbagai bentuk, bukan kuota kemasukan ke IPTA sahaja. Fikir-fikirkanlah.
-Naj
Saudara,
ReplyDeleteSatu lagi hasil apabila "kroni" yang "layak" diberikan peluang.
Dari NST:
"Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau in Penang not only paid the price but bought two units of the same brand – Acer Aspire-5052ANWXMI, at a whopping price of RM84,640, said the Auditor-General’s Report."
Sebiji laptop berharga lebih kurang RM 42,320. Boleh beli MyVi cash tue!
Saya tak biasa dengan model itu, tapi kata la laptop itu jenis high end, mungkin harganya adalah sebanyak RM 10,000 saja.
Harap-harap la laptop model itu bukan dari jenis low end yang harga nya cuma RM2,000-RM3,000!
Saya benar-benar berharap tiada sesiapa di sini yang masih menyokong kronisme walau atas sebab apa pun. Dengan mudahnya kita justifikasi kan sebagai untuk membantu Melayu, maka sistem kroni masih hendak diteruskan.
Duit MARA itu adalah duit kerajaan. Mereka ini semua adalah pemegang amanah kepada duit itu bagi pihak kita semua.
Dua laptop yang bernilai RM84,000 itu boleh membeli 56 biji komputer untuk sekolah-sekolah luar bandar (dengan anggaran harga nya RM1,500 sebuah).
Dan duit ini cukup bagi perbelanjaan satu atau dua semester bagi pelajar kita yang di hantar mempelajari engineering di institusi-2 ternama luar negara.
Tetapi kita dah kaya sangat kan? Petroleum di dasar bumi tak akan habis bukan? Dan di Malaysia, tak ada pelajar-pelajar miskin yang kasutnya berlubang pergi ke sekolah bukan?
Saya minta sangat-sangat lah. Kronisme bukanlah caranya untuk Melayu maju. Dan bukanlah caranya untuk kita menguruskan duit amanah ini.
Say NO to cronyism!
=nice post.ho yea=
ReplyDeleteKronisme tidak akan lari dari sesiapa pun yang menjadi pemimpin.
ReplyDeleteTipu jika anda kata anda tidak akan menolong saudara dan rakan anda sekiranya anda menjadi Pemimpin.
Pembahagiaan tender terlalu terbuka sering membawa kesan padah.
Sebagai contoh apabila kontraktor2 yang bukan kroni diberi peluang untuk membina makmal komputer. Implikasinya, terdapat beberapa makmal komputer yang roboh dan berlaku kerosakan.
Memberi kemampuan kepada semua rakyat bukan diukur dengan pembahagian tender.
Sekiranya kerajaan mengamalkan tender terbuka dan menerima serta mengagihkan tender kepada semuanya sekali, adakah itu bermaksud kerajaan berlaku adil?
Sekiranya projek yang dibina itu tidak menjadi kenyataan atas kekhilafan kontraktor yang diberi secara open tender itu tadi, adakah ianya adil untuk rakyat yang lain?
Sebanyak mana lagi masa harus dibuang dengan bertolak ansur?
Demikianlah kebanyakan rakyat kini yang sering menyalahkan pelbagai prinsip kerajaan.
Katanya kerajaan bazir wang rakyat. Tapi, rakyat sering terlupa, bahawasanya hampir 50% government revenue disumbang oleh Petronas, sebuah agensi yang diterajui majoritinya adalah Melayu dan Bumiputera.
Cukai tol, jalan et cetera? menyumbang 50% selebihnya kah? Tidak.
Jadi, sebenarnya kerajaan perlu lakukan sesuatu untuk memberi penjelasan kepada rakyat bahawa mereka terlalu menganggap dimana mereka mempunyai hak yang terlalu tinggi kerana wang kerajaan itu adalah wang rakyat, katanya.
In sum, marilah kita semua insaf dan berterima kasih kepada kerajaan kerana telah mencuba sedaya upaya membantu Bumiputera khususnya disegenap sudut walaupun terdapat beberapa kelemahan. Biasalah, mereka juga adalah manusia.
DEB bukan satu diskriminasi. Jika anda katakan ia sebagai diskriminasi, maka anda sebenarnya setuju bahawa anda adalah "produk"
diskriminasi. Melayu mudah lupa.