Tuesday, October 13, 2009

Amy Search, senyum dan risalah

Hari ini sudah tamat pesta graduasi di UIA.

Dua hari lepas, Amy Search datang membuat konsert di sini. Pada mulanya gua terkejut jugak. Maklumlah Amy Search bukannya geng bernasyid atau berzanji. Gila apa Amy nak datang. Maunya ada yang buat demonstrasi membantah karang.

Tapi selepas budak bilik gua menunjukkan poster Amy dan logo UIA, barulah gua percaya. Terus gua bergegas ke tapak pesta. Ini silap-silap boleh jadi berita muka depan Harakah ni- gua terfikir dalam hati.

Cakap pasal konsert ni, gua memang ada beberapa pengalaman. Oh ye, gua hanya layan konsert kat dalam universiti je. Setakat konsert Michael Learns To Rock atau konsert Beyonce- gua tutup mata je. Baik gua tengok konsert diraja kat RTM. Hassle free- omputih kata. Maknanya tak ada kecoh-kecoh walaupun sebenarnya konsert diraja dan konsert beyonce MLTR adalah sama. Konsert jugak kan.

Berbalik kepada kisah tadi, pada mulanya gua yakin akan dapat tempat duduk grandstand. Alah, berapa kerat je sangat kutu rock kat universiti islam ni. Mana budak-budak ni layan Amy. Diorang layan Inteam.

Tapi tekaan gua silap. Jangan kata grandstand, dekat bus-stand pun gua tak dapat duduk. Peh- punyalah ramai kutu-kutu rock yang turun. Siap ada yang berkopiah dan berjubah lagi! Ini betul-betul satu malaysia. Amin Takabballah waminkum.

Dalam gua sedang syok tengok Amy, tiba-tiba ada geng datang kat gua bagi risalah. Kutu-kutu lain pun dapat gak risalah tu. Ceyt- ini betul-betul macam iklan yang keluar ketika kita asyik menonton drama samarinda di TV. Gua tak baca pun. Tak berapa nampak sebab yang ada hanyalah cahaya dari lampu jalan. Jadi gua lipat dan simpan ke dalam poket seluar.

Gua perhatikan kutu-kutu rock yang berkopiah dan berserban tadi. Gua nak tengok sama ada diorang nyanyi jugak ke tidak. Tapi yang gua nampak ialah mereka ke hulu ke hilir macam ajk konsert. Punyalah sibuk pastikan lelaki dan perempuan tidak bercampur. Gua senyum je. Dah biasa dah.

Masa fakulti gua buat konsert dulu pun dah jadi dah benda camni. Bukan takat lelaki dan perempuan dipantau pergaulannya tetapi penyanyi perempuan yang dijemput buat persembahan pun disuruh pakai tudung. Kalau tidak- tak boleh naik pentas. Masa tu gua senyum jugak. Bab-bab agama ni gua tak berani cakap lebih-lebih. Nanti kalau diorang dah keluarkan kitab dan hadis- gua nak jawab apa lagi? Baik gua senyum. Boleh jadi gua setuju boleh jadi gua tak setuju. Demokrasi jugak kan?

*
Amy Search tak menghampakan kutu-kutu rock yang hadir. Memang otai. Suara rockers sejati. Kalau Anuar Zain. ada mesti nangis. Silap-silap terus berhenti jadi rockers. Sejak bila Anuar Zain rockers pulak ni?

*

Habis je konsert, muka gua masih tak lekang dengan senyuman. Ini kali pertama gua tengok Amy Search secara live. Bukan rakaman dari studio TV. Gua balik ke bilik dengan perasaan yang bahagia. Tiba-tiba gua teringat risalah yang gua dapat tadi. Gua seluk poket seluar dan keluarkan. Gua baca dengan senyuman. Tapi tak lama kemudian..........

*
Gua dah tak senyum. Risalah itu bertajuk 'Hiburan melalaikan punca umat Islam mundur.' Tak cukup dengan itu, tiba-tiba gua juga naik risau bila memikirkan apakah berita utama keluaran Harakah akan datang.


ps: terpaksa guna gua. Barulah kutu rock.

pss: kutu-kutu rock gua pun, malam ni gua pergi jugak tengok konsert nasyid Islamik kat UIA.

psss: Gua bukan kaki konsert. Nak kata kaki masjid pun tak cukup syarat. Mungkin kaki blogging agaknya.

pssss: woit! entri ini ditulis untuk membincangkan pasal konsert. Bukan pasal gua budak UIA..haha

21 comments:

  1. assalammualaikum

    susah gak nak cakap ni... hiburan mesti ada... abih, takkan nak dengar ceramah je, kan

    ReplyDelete
  2. Pendekatan konservatif begini yang menyebabkan ramai orang (termasuk Muslim) tidak selesa dengan wajah dan semangat Islam.

    ReplyDelete
  3. mundur?? klu tak tgk konsert camtu dah tentu tak mundurle gamaknya? perkaitannya mungkin ada...tp byk sbb lain yg ketara memundurkan yg perlu dulu dipantau. cthnya mungkin sistem pendidikan hatta mungkin diperingkat universiti cam di UIA itu pun...wallahualam.

    ReplyDelete
  4. aku pun minat amy search ni selain mas idayu dan elly mazelin

    tapi aku tak pernah minat riSALAH atau riBETOL

    ReplyDelete
  5. at least geng risalah tu tak membebel kat ko..hehe

    ReplyDelete
  6. hahhaa,,
    0it,,serunuk berkonsert
    AG da siapkah?..
    bhahhaha

    ReplyDelete
  7. budak uia ke.xsangka amy serach datang n penuh gile oarang tgk.igtkan lengang.hee

    ReplyDelete
  8. lepas ni ke konsert bootylicious plak la.hahaha

    ReplyDelete
  9. Piuweeeetttt...

    Syukurlah dan terima kasih kepada semua yang datang...jangan tinggal SHOLAT dan jadilah Muslim sebenar.

    Apapun, layan rock dan klik nama saya dan daftar percuma untuk rezeki halal yang lumayan...

    Salam Rock

    ReplyDelete
  10. Aslmualaikum bro

    elok diedarkn risalah tu kt luar stadium nasional masa beyonce dtg..

    ReplyDelete
  11. betolla risalah tu cakap.
    tapi kan.kalau nak hiburkan hati tak salah kot.melalaikan tu maknanya apa.
    kalau dah buat yang wajib contohnya dah sembahyang ke sebelum pegi takpe la kot.duduk pon dalam keadaan berasingan lelaki dan perempuan.

    ReplyDelete
  12. posting kali ni lu berjaya sampaikan mesej ttg konsert dgn cara humor. baguihla tu. takla puak2 polis moral nie naik hangin tak tentu pasal. kah3

    ReplyDelete
  13. A kl citizen: manusia memang berhibur dari dulu lagi. Kenapa perkataan hiburan seolah-olah satu perkara yang teruk? ceramah juga satu bentuk hiburan utk org2 politik dan kaki masjid. kan?

    salah taip: bukan sahaja tidak selesa. tapi mewujudkan impresi yang salah terhadap Islam. Konsert Nasyid boleh. tapi konsert rock tak boleh. Nasyid pun tempat gelap dan bercampur. Sama juga dgn konsert rock. Lirik lagu nasyid ada juga ttg cintan cintun. Sama dgn rock. Malah rock juga ada lirik ketuhanan.

    jadi, apa yg membezakan?

    Hanya kerana ada pihak tak suka dgn cara pihak lain berhibur dan memaksa mereka mengikut apa yang mereka lakukan.

    Nahmy: itulah..bila cakap pasal Islam, benda yg asyik2 dok main ialah konsert, kaunter berasingan, dan edar risalah.

    semua ini perkara kecik. Yg patut dilakukan dulu perkara2 besar seperti sistem pendidikan so-called islamic yg gagal merangsang pelajar utk berfikir. Bukankah ini satu tuntutan agama yg jauh lagi besar dan penting?

    Dari jalan kopi: risalah tu menyalahkan orang lain. Ribetul membetulkan diri sendiri..haha

    Johan: kalau dia membebel, gua dengar je. Pastu gua amin..hehe

    mizahanafi: amy dan inteam, mana lagi femes? haha ala, geng2 yg bagi risalah tu pun ada gak yg minat Amy.

    Besi karat: tak pergilah. bukan sebab mahu jadi alim tapi sebab tak minat.

    karatz: hiburan mesti lalaikan ke? hiburan2 hiburanlah. lalai perkara lain. jgnlah nak disatukan.

    mmglah hiburan boleh melalaikan tapi tidak semstinya. betul x?

    ReplyDelete
  14. Waah Amy datang UIA eh? Gempar jugak ni.

    ..siapa yang lebih Islam daripada siapa, atau siapa yang lebih 'baik' daripada siapa, bukan benda yang boleh dihitung (quantify) oleh manusia, ya tak?

    -Naj

    ReplyDelete
  15. salam...

    amy search ngan uia, suatu yg akronim....risalah tu menginsafkan ke tak? hehehe...

    ReplyDelete
  16. ape barang amy search..baik gua layan siti nurhaliza :P

    ReplyDelete
  17. hanggok-hanggok...
    layan beb!
    kahkahkah!
    ops...melalaikan.

    ReplyDelete
  18. ha ha ha
    aik...betul ke bila terhibur secara auto kita akan lalai?

    lalai dan hibur berlawanan?
    aduh...

    hibur = nikmat

    mungkin ini yang ngam:
    jangan LALAI dengan nikmat

    kah kah kah

    ReplyDelete
  19. betol lah.pd aku hiburan yang melalaikan tu luas.main gitar kapok bawah rumah pon kalau sampai tak kenal sejadah melalaikan juga namanya.

    hatta main game sekalipon kalau sampai lupa nak belajar lalai la tu.main game je pon.

    hiburan memang melalaikan.cukup lah asal kita tau batas2 dan kenal diri.

    ReplyDelete
  20. teringat apa yang Raihan selalu bagitau..

    "berhibur tiada salahnya.. kerna hiburan itu indah.. hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah.."

    tanyalah iman!

    ReplyDelete