Saturday, September 12, 2009

Usia sekadar angka

Saya sangat pasti saya bukanlah penulis blog termuda yang menulis mengenai hal politik dan ekonomi. Tetapi saya pasti saya masih muda untuk bercakap mengenai perkara tersebut. Untuk rekod saya memulakan blog ini di usia 19 tahun.

Sehingga blog ini mellintasi angka 29 ribu pengunjung, adalah perkara biasa untuk pandangan saya dikritik dan dipertikaikan. Bagi saya ini perkara biasa. Setiap pandangan ada benar dan salahnya.

Namun saya agak terkilan apabila para pengkritik bukannya mengkritik pandangan yang saya berikan sebaliknya mengambil jalan mudah dengan mengatakan saya baru berusia 19 tahun. Bagi mereka hanya kerana saya belum berusia berpuluh-puluh tahun bermakna pandangan saya wajib ditolak. Hanya kerana yang memberikan pandangan ini 19 tahun maka pandangan saya tidak perlu didengar. Semudah itu logik mereka.

Ini samalah seperti pengkritik Dr Mahathir. Setiap kali mereka tidak bersetuju dengan Dr M, perkara paling hebat yang mereka boleh lakukan ialah dengan memanggil orang tua ini sebagai mamak dan india. Sekalipun benar, apa masalahnya kalau beliau mamak? Adakah mamak golongan yang hina? Adakah masalah hanya timbul apabila negara dipimpin oleh mamak? Atau adakah golongan mamak sahaja yang membawa masalah? Hmm ..persoalan yang menarik untuk golongan yang suka mengkritik dengan jalan yang mudah.

Okey, itu pasal Dr M. Berbalik kepada diri saya, suka untuk saya bertanya- bagaimana kalau sekarang saya berumur 30-40 tahun? Adakah pandangan saya yang salah menjadi betul secara tiba-tiba?

Saya kira perkara yang patut dilakukan oleh pengkritik ialah memberikan fakta dan membetulkan pandangan saya yang salah. Saya akui saya tidak cukup bijak. Tetapi sekadar berselindung di sebalik usia saya yang muda untuk mengkritik ,juga bukanlah perkara yang bijak. Terutama dalam kita berdiskusi dan berbincang.

Ingatlah- usia sekadar angka
.
ps: Saya bukan belasan tahun lagi.

pss: tulisan ini bukan bercakap pasal Mahathir. Nanti ada pulak yang komen bercakap tentang Mahthir. :p

10 comments:

  1. Anda akan tua jika anda merasa tua... Hehee..

    ReplyDelete
  2. well, selamat ulangtahun..moga panjang umo..n x letih memberi pendpt2 di luar kotak..selamat...

    ReplyDelete
  3. hahaha....

    ko ingatkan aku masa aku umur 17 tahun...time tu Sept 11 ngan US invaded Afghan...aku bg komen pasal Taliban dan keadaan politik sempadan Iran-Afghan...cikgu sekolah aku cebik aku abis masa tuh...dorang ckp aku ni SPM pun belum tentu lg...jd toksah cakap pasal hal dunia...kecewa aku masa tuh..aku takleh bersuara sebab umur aku dan masa tuh aku budak sekolah..apa salahnya cikgu2 kongsi pandangan ngan aku dan borak sama2...lagi masa aku form 2...cikgu suruh aku buat karangan pasal masalah sosial...aku buat story pasal malay cohabitation dan domestic partnership plus pengaruh porn industry dalam teknologi internet, tv manufacturing etc...

    ko tau apa yang aku kena...tindakan disiplin dan hampir2 kena gantung sekolah....cikgu disiplin cakap aku dah bnyk terdedah ngan pengaruh barat yg rosak...cikgu aku cakap lagi aku umur kecik...baru 14...tak bole cakap pasal porn dan budaya songsang nih....aku masa tu cukup marah...rasa terasing..rasa pelik....salah ke? rasanya karangan aku masa tuh menganalisis apa yang jadi disekeliling kita...benda yang nampak dan dengar...cikgu nak aku buat karangan betul2 ikut isu2 yang paper utusan cakap zaman tuh...bodoh betul...nak aku buat karangan mcm artikel utusan...silap la...bnyk lg yg aku kena sebab cara aku berfikir dan bercakap masa dulu...kesan psychology nya aku jd pendendam....terus terang...aku cakap...bole dikatakan kena sisih gak time aku remaja sebab mcm nih...sekarang dah ok la....malas nak fikir..gi mapus la mana2 manusia yg tak nak berfikir dan xde kesedaran...orang yg berfikir dan berusaha sekali yg akan pacu dunia ni....yg pimpin umat....ish cakap pasal hal umur ni memang akua agak emo...geram....sabar3x...

    ReplyDelete
  4. gosh? 20? look older than your age~hhehe,,sesetengah orang memang lebih matang drpd usia~

    ReplyDelete
  5. Nafastari: tak nak sentiasa tua?

    hahnin: terima kasih..bukan fikir di luar kotak..tp fikir dgn otak..hehe

    pencacai: sebaya? hehe

    Faridz: peh, aku mcm respek sama ko bia baca kesah ko..kalau aku jadi cikgu ko time tu, aku dah jadikan ko sebagai think tank aku..haha

    btw, mmg pon. selalunya org yg pertikaikan umur kita ni sebab dia tak dapat terima pndgn kita yg mgkn benar..

    trouble: bilanya ko tgk gmbr aku? haha

    ReplyDelete
  6. Aku nak revisit comment Faridz.

    Aku ada kawan yang pernah berdebat dengan cikgu sejarahnya tentang fakta dalam buku Sejarah.

    Tetapi walaupun faktanya tepat dan padat,tetap diunderminekan oleh cikgu sebab statement ni,

    "weh,nko budak-budak,kanak-kanak hingusan".

    Sebenarnya kalau nkoram tengok,Karl Marx buat tesis dia masa umur dia 19 tahun.Che Guevara mengembara masa umur dia 18 tahun.Kalau nak ambil role model capitalist pun ada,Donald Trump start follow business abah dia masa belas2 tahun gak.

    Aku rasa orang tua yang suka undermine orang muda ni sebenarnya takut idea mereka tak digemari oleh yang muda.

    Sebab tu geng2 balairaya UMNO balik2 bukak lagu pop yeh yeh 60an.Sebab tu orang muda tak sokong UMNO.

    ReplyDelete
  7. Nami: itulah aku ckp. jenis org camni, diorang amek jalan mudah nak tolak pandangan org yg lagi muda..

    haha mungkin benar yg muda2 ni tak cukup pengalaman lg berbanding dgn mereka, ttp itu bukanlah caranya kalau tak bersetuju sekalipun..

    UMNO? Pas dan PKR pun dah mula cenggitu jugak kot. Kalau yang PAS, dia akan kata "ala, ko ilmu agama tak byk lg, diam je"..

    kalau yg PKR pon sama. tgk shjlah pemimpinnya. Tak semua org2 tua mcm UMNO? haha

    ReplyDelete
  8. tak bijak la nak tolak pandangan orang yang muda.

    dalam hadis pun kata kalau nak didik anak, ikut zaman anak tu.

    kalau salah, betulkan je la. takyah la tolak bulat2.

    kalau saya dapat student macam faridz tu, alahai bertuahnya. student skrg ni nak wat karangan pun malas. apatah lagi nak wat karangan yang bergaya dewasa!

    malaysia kan demokrasi. semua boleh bersuara.

    ReplyDelete
  9. SELAMAT HARI JADI KE 20 BRO...
    BIARPUN HANYA ANGKA TETAPI KITA SEMAKIN TUA...

    ReplyDelete