Memahami Sosialis
Sosialis seperti mana sistem ekonomi yang lain, merupakan satu bentuk social engineering. Dalam erti kata yang lain sosialis cuba menyelesaikan masalah-masalah sosial melalui dasar-dasar ekonominya. Masalah seperti kemiskinan, jenayah dan kesihatan akan diatasi dengam menyelesaikan masalah ekonomi dahulu. Caranya ialah dengan menyusun kembali masyarakat berasaskan pengagihan kekayaan ekonomi dengan adil dan saksama.
Dalam mengagihkan kekayaan ekonomi, perkara utama yang wajib dilakukan ialah mengumpul dan memilik negarakan segala macam sumber kekayaan. Syarikat minyak jadi milik negara. Syarikat air, letrik, telefon jadi hak negara. Jalan raya milik kerajaan. Kayu balak kerajaan punya. Senang cakap, kerajaan akan memegang semua punca ekonomi. Bila kerajaan dah memegang semua kekayaan ini, barulah pengagihan boleh dilakukan.
Untuk memastikan hal pemilikan negara ini berjaya, undang-undang akan digubal dan dilaksanakan. Jika masih tidak berjaya, kadang-kadang kekerasan akan digunakan. Ini ialah secara asasnya bagaimana sosialis bergerak dan berjalan.
Noktah sebentar. Tulisan ini bukan bertujuan untuk mempersoalkan sama ada sosialis adalah sistem yang bagus mahupun tidak. Pertama kerana bagus atau tidak adalah subjektif. Bagus kepada orang ramai tidak semestinya bagus kepada kerajaan dan pelabur. Kedua kerana sesuatu sistem itu boleh jadi bagus pada mulanya dan merosakkan pada akhirnya. Dan ini pun yang berlaku dalam sistem kapitalis sekarang. Dulu bagus sekarang tidak.
Apa yang saya ingin cuba timbulkan ialah bagaimana dalam melaksanakan sistem sosialis kita memerlukan sebuah kerajaan yang benar-benar kuat. Tidak semestinya bersifat autokratik atau totalitarian. (woit, pemerintahan kuku besi dan diktator la). Tetapi paling tidak pun mesti kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang yang kuat. Dalam bahasa mudah, kerajaan yang tidak begitu mengamalkan demokrasi. Ada tapi tak banyak.
Mungkin ada yang bermimpi mengharapkan sosialis diamalkan oleh kerajaan yang demokratik. Lagi teruk ada yang berdoa agar sosialis diterapkan oleh sistem dua parti. Bagi saya ini terlalu idealistik. Demokrasi tulen dan sosialis tidak boleh jalan seiring. Tidak boleh disatukan. Ini samalah seperti Mahathir dan Anwar. Tak akan boleh bersama dan duduk semeja. Buatlah macam mana pun, doa lah kuat mana pun- sosialis dan demokrasi tulen tetap tak akan berjalan sekali.
Kalau tidak percaya sila perhatikan negara-negara seperti Iran, Cuba, Venezuela, Korea Utara, China, dan Bolivia. Ada yang pemerintahannya bercorak kuku besi, ada yang pemerintahan tentera, ada yang berAyatollah. Mungkin ada yang menjalankan pilihan raya tetapi ia masih belum cukup demokratik. Di akhirnya kita dapat lihat kesemua contoh negara ini memberikan gambaran bahawa tidak ada demokrasi tulen yang diterapkan di sebalik hakikat mereka ialah negara sosialis.
Para penyokong sosialis mungkin akan mendakwa negara-negara ini tidak mengamalkan sistem sosialis yang sebenar. Mereka akan berselindung di sebalik hujah 'itu Castro-ism, Ayatollah-ism dan Chavez-ism. Bukannya sosialis.' Mungkin mereka benar...... Mungkin?
Mereka perlu menyedari hakikat bahawa sistem sosialis sukar dilaksanakan jika demokrasi diamalkan. Mereka perlu lihat untuk menggubal undang-undang yang anti-kapitalis, perlu dilakukan dengan suara majoriti yang besar. Ini bermakna tidak boleh ada tentangan daripada pembangkang. Jika tidak.... jika pembangkang yang ada sama kuat seperti kerajaan, undang-undang tidak akan dapat digubal.
Ini pun yang berlaku di Amerika apabila Obama cuba melakukan reformasi dalam bidang kesihatan. Pelan kesihatannya yang menentang kapitalis kesihatan Amerika telah ditolak. Kerana apa? Kerana ada pembangkang yang kuat. Dan untuk perhatian Amerika ialah negara sistem dua parti. Nampak- bukannya tak nak diwujudkan demokrasi dalam sosialis, tetapi tak boleh.
Mereka juga perlu menyedari untuk merampas kekayaan kapitalis, kadangkala kekerasan perlu digunakan. Kekerasan seperti tindakan kerajaan menggunakan tentera, polis, dan mahkamah adalah perlu. Jika tidak bagaimana dasar sosialis ingin dilaksanakan? Dan tindakan kekerasan ini pastilah bukan demokratik. Nampak- sekali lagi demokrasi tidak boleh diwujudkan dalam sosialis.
Di akhirnya saya telah terangkan bagaimana sifat sosialis yang tidak membenarkan demokrasi hidup. Sama ada ia perkara yang bagus atau tidak- itu perkara lain. Apa yang pasti selagi ada demokrasi, selagi itu ada pilihan. Dan selagi ada pilihan selagi itulah kapitalis akan wujud. Mahu tidak mahu jika sosialis mahu berjaya pastilah bukan dengan demokrasi.
Sosialis dan demokrasi- boleh bercinta tetapi tidak boleh berkahwin.
Segala komen dan pandangan amatlah diperlukan dan dihargai.
BB, Sebagai silent reader saya selallu mengikuti blog anda. Selaku orang lama di dalam kerajaan banyak sudah pengalaman yang saya tempuhi.
ReplyDeleteKiranya saya digolongkan dalam insan banyak makan garamlah. Mengenai perkara yang anda bangkitkan di dalam tulisan ini saya cukup bersetuju.
Saya pernah ke China dan negara-negara bekas jajahan soviet. Apabila saya berbual dengan mereka memang mereka kata mereka tidak ada banyak pilihan di dalam kehidupan.
Jadi memang betul sosialis tidak berjaya 'berkahwin' dengan demokrasi.
Tahniah bagi anak muda seperti anda yang berjaya menulis dengan penuh artikulasi dan kritis. Orang macam anda yang membuatkan orang tua seperti saya berasa gembira.
Saya amat berharap tulisan seperti ini diperbanyakkan lagi kelak.
Tanpa nama: terima kasih. nak tulis camni amek masa..sy kan org muda.. mana byk ilmu lg..huhu
ReplyDeleteapapun, teruskan membaca!
bro, tiada sistem yg sempurna. semuanya ada kepentingan. sperti main bola lah...kau gunalah 4-4-2 ke 4-3-3 ke 3-5-2 ke, pasti ada kepentingannya. cuma gunakan kepentingan itu untuk keadilan dan kesaksamaan hak rakyat dan kerajaan.
ReplyDeleteP/S: bolih tak 4-4-2 kawin dengan 4-3-3? bolih jika sir alex ferguson bagi aku jadi pengurus man utd.
Kahkahkah!
Cerialah.
Respond kepada Anonymous di atas.
ReplyDeleteItu adalah Stalinisme bukan sosialis yang dirujuk oleh Karl Marx.
Intrepretasi Stalin dan Karl Marx adalah berbeza.
Dan respond kepada Basuh Baju.
"Kita sebenarnya diberi pilihan yang bangang".
Itu adalah statement nko sendiri masa perjumpaan kat CM hari tu.
Demokrasi tulen hanya boleh wujud,bila pilihan itu kita sendiri yang boleh pilih.Kalau sekarang,apa yang tinggal untuk kita pilih adalah pilihan yang bangang.Itu dari kata nko sendiri.
Sekarang aku nak tanya nko,kalaulah pendemokrasian tulen macam nko cakap tu,tak melibatkan kaum pekerja dan kaum petani yang tertindas dengan sistem sekarang ni,top-down approach,macam mana tu?
Beb,ini anomali la.
p/s:Pendemokrasian tulen bukan pilihanraya semata-mata beb.5 tahun sekali pergi mengundi(kecuali kalau YB mati),selain dari tu,duit rakyat dibuat macam duit mak bapak sendiri.
Kalau sosialisme yang dirujuk dari negara China(Mao) dan Russia(Stalin) tu,itu top-down approach.
Beb,baca buku State and Revolution Vladimir Lenin.Oh ya,Transition Programme Leon Trotsky pun kena baca,baru boleh faham tentang sosialisme bottom-up approach.
Selagi top-down approach,selagi tu la pendemokrasian tulen nko tu umpama nak mimpi Kaka pergi Hull City.
Kalau tidak percaya sila perhatikan negara-negara seperti Iran, Cuba, Venezuela, Korea Utara, China, dan Bolivia. Ada yang pemerintahannya bercorak kuku besi, ada yang pemerintahan tentera, ada yang berAyatollah.
ReplyDeleteSiapa cakap negara-negara ni sosialis?
Mana ada negara sosialis setakat ni la.Tak pernah ada.
Yang ada pun menyamar je.
Serupa Chandra Muzaffar mengaku Melayu.Serupa Mahathir mengaku Melayu.
Iran sosialis?Tolonglah.Leader kesatuan sekerja kat sana asyik kena jail je.Venezuela?Siapa cakap depa sosialis?Yang cakap tu Amerika,kepala kapitalis.
Serupa macam suruh Rais Yatim berbicara tentang Revolusi Perancis dan hubungan antara raja dan gilotin.
salam,
ReplyDeleteentry yg meransang minda... memang apa apa fahaman atau sistem selalunya tak mungkin dapat dilestarikan... semua fahaman dan sistem biasanya digunakan untuk sesetengah golongan menjadi lebih autokratif... mungkin itu yg menjadikan ia tidak boleh bercampur mahupun menerima saduran fahaman lain... sosialis mahupun demokrasi... dua dua ciptaan manusia... maka akan wujud pro serta kontranya... syabas... entry yg bagus...
Nami: 'Mana ada negara sosialis setakat ni la.Tak pernah ada.'
ReplyDeletekenapa tak ada? atau diadakan? kerana idea sosialis adalah idea yg gagal? atau terlalu idealistik utk dilaksanakan? atau bila cuba hendak dilaksanakan didapati sgt susah nak dicapai objektifnya?
bagi aku samalah jgk mcm idea kapitalis..apa yg berlaku di Amerika tu dah tersimpang jauh dari idea asal kapitalis. Idea asal kapitalis utk membiarkan pasaran menentukan harga barangan melalui permintaan dan pengeluaran.
di akhirnya org yg uruskan sistem tu jgk yg menentukan segalanya..
Bbe, nko sendiri ckp ko seronok duduk kat England hari tu. Sekarang ni England tu negara kapitalis kan? Tapi kenapa pengangkutan awamnya bagus? kenapa pemikiran rakyatnya terbuka dan bebas? kenapa pengangur di sana dapat elaun? kerana sistem kapitalis atau kerana pemimpin mereka yg memperjuangkan benda2 begini?
Kenapa Malaysia tak boleh ada sistem pengangkutan awam yg bagus ttp singapura boleh? Padahal keduanya berasaskan kapitalis. Kenapa?
Kenapa Perancis dan German boleh memberikan pendidikan yg murah dan mampu kepada rakyatnya tetapi Amerika tidak? Padahal keduanya kapitalis. Kenapa?
Semuanya kerana orang yg memimpin kerajaan kan?
Nko boleh kata Iran, Venezuela tu bukan sosialis. Ok, fine. Mungkin bukan.
Tapi Cuba? Masih tidak cukup sosialis?
sebenarnya kita tidak perlu taksub terhadap mana2 ideologi. Kapitalis ada masalahnya. Begitu juga sosialis mahupun komunis.
Yg perlu kita buat ialah memilih ciri2 yg baik di dalam Kapitalis, sosialis dan komunis. Tidak ambil semua dan tidak tolak semua. Pilih mana yg bagus dan elok utk negara. Itu sahaja.
appaun, entry ini bukan nak kata sosialis ni bagus atau teruk.
ReplyDeletePoint aku ialah- nak laksanakan perkara2 yg sosialis ni ko mesti kena ada kerajaan yg kuat. Mesti.
Kalau takat kerajaan yg hanya majoriti mudah, memang tak akan ke mana. Nak gubal undang2 pon jadi masalah.
Tak payah pergi jauhla. Kita ambil contoh Malaysia.
Mungkin ramai yg tak tahu kita juga pernah berada di bawah pemerintahan auotkrasi. Iaitu di zmaan MAGERAN. Masa tu Tun Razak merupakan org plg berkuasa ke atas seluruh badan kerajaan. Parlimen pun digantung. Tentera, Polis, Kehakiman semuanya di bawah kuasa beliau.
So apa yg kita dapat? Masa itulah Tun Razak wujudkan Dadar Ekonomi Baru, Felda, dan bermacam lagi dasar kerajaan yg sosialis. Iaitu dasar yang menolong orang ramai.
Sebab apa Tun Razak boleh buat dasar2 yg pro-sosialis ni? Sebab tak ada tentangan. Dah kata dia yg plg berkuasa.
So dari sini apa yg dpt kita lihat? Nak capai benda yg bersifat sosialis ni, mesti kena dgn cara autokrasi dan kerajaan yg kuat. dlm erti kata lain bukan cara demokrasi..
Kalau tak, jadilah macam kat Amerika skrg. Obama nak buat reform pelan kesihatan pon dah kena tentang giler2 kat senat. Sebab apa? Sebab sistem dua parti. Dua2 hampir sama kuat.
So nampak tak point aku? Sosialis dan demokrasi tak boleh seiring.
rase2nye la, lu dah cukup umur tak bila PRU akn dtg?
ReplyDeletegua calonkan lu jd PM nak..
lu ada klas la BB.
England pengangkutan awam best,Jerman dan Perancis boleh beri kepada rakyatnya kemudahan terbaik.
ReplyDeleteMalaysia tak boleh.Padahal England pun negara kapitalis jugak.
Itu hujah nko.
Hujah aku pulak - pemikiran manusia ni berevolusi.Sorry to say - pemikiran di Malaysia adalah lambat berbanding dengan di sana.Orang Perancis dah buang raja tahun 1793 - orang Malaysia sampai sekarang ni ada sibuk nak bercerita tentang ketuanan diraja.
Orang England dah tak kisah kes gay dan lesbian - orang Malaysia masih lagi ada bersikap homophobia.
Point aku sekarang,kalau kita tak bergerak,sampai bebilalah tak bergerak.Ini baru ada idea progresif sikit Pak Rais Yatim dah bising-bising.
Sekarang ni even though England dan Jerman boleh provide rakyatnya perkhidmatan terbaik - tapi pemikiran kita manusia masih belum sampai ke level sosialisme lagi.
Untuk mencapai sosialisme nko memerlukan anjakan pemikiran nko lebih jauh lagi.60 peratus rakyat Jerman mahukan negara sosialis - itu temuramah hasil kajian yang sah.Ini bukan bohong.England - 50 peratus rakyatnya nak buang raja lepas Elizabeth.Ini bukan bohong.
Nko kena tengok progress pemikiran dorang.Walaupun mereka kapitalis - tapi mereka sedang menuju ke arah sosialis.Pemikiran rakyatnya sudah menuju ke arah tu.Di Jepun,Parti Komunis menang 9 kerusi sedangkan sebelum ni parti tu asyik hilang wang pertaruhan je.
Itu bermakna mereka sedang menuju ke arah itu.
Macam jugak nko download video,lagging tetap ada.Masalah tetap ada.Janganlah nko ingat revolusi tu akan berjalan smooth je.
OK?
Dan sebab tu aku pernah kata dulu,sistem dua parti bukanlah demokrasi tulen.Apasal nko cakap sistem dua parti demokrasi tulen?
ReplyDeleteBalik kepada ayat nko "kita sebenarnya diberi pilihan yang bangang",dah dua-dua bangang,maknanya kita dah terhad kepada dua pilihan.
Beb,sebab tu bagi aku demokrasi bukan hanya parti dan pilihanraya.Ia lebih dari tu.Kalau setakat parlimentarian punya demokrasi takkan pergi mana la.
Demokrasi yang terbentuk dalam dunia sosialisme adalah terbentuk commune-commune dan soviet-soviet(jangan terkeliru dengan Soviet Union).Soviet atau commune ni adalah komuniti.
Macam contohnya,bila satu kampung nak bina balai raya baru,satu kampung yang decide - bukan YB atau ketua kampung sorang je.
Daripada sekecik-kecik perkara sampai sebesar-besar perkara - semua didecidekan oleh komuniti.
Sampai satu tahap - manusia tak perlukan negara lagi sebab komuniti ni bekerjasama antara satu sama lain.
Beb,evolusi satu bangsa manusia,manusia tanpa negara ni bukan besok boleh buat.Jauh lagi - tapi perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama.
Sebab tu,definisi demokrasi tulen nko berdasarkan pilihanraya bagi aku la,intrepretasi aku la,adalah salah.Sebab yang berada di Parlimen itu adalah geng-geng borjois yang tak pernah hidup susah macam kaum pekerja.
Cuba pun bukan sosialis la.Selagi Castro tak kojol - selagi tu la demokrasi tak wujud.Itu top-down approach.Bila Castro mengaku Cuba tu negara sosialis - macam Chandra Muzzafar mengaku diri Melayu.
ReplyDeleteNegara sosialis ni kena ada dua elemen - pertama elemen ekonomi perancangan dan kedua demokrasi kepada rakyat.
Cuba ada satu je elemen,elemen kedua takde.
Sama jugak kalau nko buat rendang,kalau takde lengkuas ke,halia ke,kerisik ke,tak jadi la.Kena ada lengkap.Mana boleh nko ambik satu elemen satu lagi nko nak buang.
Now,cuba nko tengok sosialis kat England - sampai 2,000 orang.2,000 orang tu kira besar banding kat sini.Dan mereka sedang berkembang.Sebab pemikiran mereka dah jauh dari kita.Tapi kalau kita tak bergerak langsung - makin jauh la kena cicir dengan pemikiran dorang.
Pasal Amerika pulak,nko ingat dorang maju ke?Pergi New York,Chicago,LA boleh lah.Pergi kat Oklahoma ke,Kansas ke - mundur gak.Sebab tu dorang tak boleh sosialis lagi.
Pemikiran secara berperingkat-peringkat,ok?
Ko ttp tak menjawab point aku di dalam entry ni..
ReplyDeletenak capai benda yg sosialis ni ttp memerlukan kerajaan yg kuat. tak boleh dalam demokrasi.
kalau ko ckp boleh dgn memberi cth bagaimana pengangkutan awam yg berjaya di negara kapitalis, itu dah membuktikan yg kapitalis dan sosialis boleh dicampurkan. (sebelum ni kata dua ni ibarat langit dan bumi)
so bagaimana?
boleh atau tidak sosialis dilaksanakan dlm demokrasi?
Kalau ko ckp boleh dgn memgambil kira cth2 yg berjaya di negara kapitalis, itu sudah ckp nak buktikan kapitalis dan sosialis bukan langit dan bumi sebaliknya saling melengkapi.
stick to the issue. Skrg bukan nak bincang soal pemikran progresif, demokrasi tulen, pilihanraya atau tidak..
the point is sosialis boleh berjya dalam demokrasi atau tidak.
bila ko bg demokrasi kat rakyat, situlah puncanya para pemodal masuk. Sebab ko bg pilihan.
ReplyDeleteItu yg aku ckp, selagi mana ada demokrasi, susah nak laksanakan benda2 bersifat sosialis ni.
sbb tu kalau tgk Cuba, bukan tak nak bagi demokrasi kat rakyatnya tp cuba ko bygkan kalau Cuba bagi. takke amerika akan menyusup masuk? katakan Cuba bagi rakyatnya pilihan pilih pemimpin, tak mustahil kan Amerika atau pemodal2 ni letakkan calon mereka utk bertanding?
nampak tak- selagi ada demokrasi, selagi itu ada pilihan. Sleagi ada pilihan, jgn mimpilah nak buang kapitalis.
suka atau tidak, nak capai benda sosialis mesti bukan cara yg demokratik. Ini hakikat.
Kerajaan yang kuat adalah datang dari rakyat.Kalau semua rakyat tidak berbaris dan berpakat - tapi berbolshevik,dan runtuhkan Parlimen - macam mana?
ReplyDeleteBoleh lah.
Dan pada masa itu - kita tak perlu kerajaan lagi.Kita tak perlu ada negara lagi.
Sebab tu nko kena faham,negara ni dibuat garis sempadannya sebab nak memisah-misahkan manusia.
Tak payah ada negara dan kerajaan untuk progress.
Jauh lagi nak achieve level pemikiran macam tu.
Serupa macam Wright Bersaudara bercerita tentang kapal terbang masa Alfonso D'Albourque menyerang Melaka.
Tapi sekurang-kurangnya kenalah mulakan perjalanan tu dari tak bergerak langsung.
Dan menjawab soalan terakhir nko,aku amik je quote Ravi.
ReplyDelete"War is inevitable - between workers versus the capitalist".
The final war - dan jika seluruh kaum pekerja sedar - senapang,peluru,bom dan jet pejuang tu semua kaum pekerja yang buat dan mereka tak nak jadi hamba pemodal lagi - kaum pemodal akan kalah jugak.
boleh atau tidak sosialis dilaksanakan dlm demokrasi?
ReplyDeletetentulah boleh.sebab nko tak faham kata aku,sebab pemikiran ni bertransaksi.
sekarang aku tanya kat nko,boleh tak kapitalis dilaksanakan dlm demokrasi?
jawapannya boleh tapi demokrasi main-main lah.
pilihanraya tu demokrasi main-main.
sosialis pun boleh laksanakan demokrasi yang tulen - sebab ia datang dari suara rakyat.
bukan pak menteri atau tengku diraja.
kalau berlaku revolusi hari ni - dan golongan bolshevik ambik alih kerajaan hari ni - negara tu masih belum sosialis lagi.ingat magic ke?kena berdepan dengan kapitalis.memang betul kata nko - tapi kalau nko sedar - dari peluru berpandu yang sebesar-besar tu sampai skrew kereta kebal pun pekerja yang buat.Pemodal mana boleh berperang dengan pekerja.They all knows that if they declare war with workers,and if workers unite,they will lost.
Cuba bayangkan nko hidup di zaman Hang Tuah Hang Jebat - ada tak nko nak berfikir tentang pilihanraya?Takkan punya.
Samalah macam sekarang - nko tak dapat berfikir demokrasi dalam sosialisme sebab nko tak nak berfikir jauh ke depan macam tu.nko mengambil pendirian realist.aku pun cakap tak mungkin sosialis dapat dilaksanakan SEKARANG,tapi sekurang-kurangnya kita bergerak ke arah tu.
Pemikiran realist adalah realistik,tapi tak bergerak.Futurist mungkin tak realistik,tapi ia bergerak.
Nko study arkitek,kan?Kalaulah nak ambik pemikiran realist memang kreativiti takkan ke mana.Bangunan bentuk petak jugak.
Dalam politik,kapitalis adalah realist,dan sosialis adalah futuristik.
Dan Cuba mahupun Soviet Union mahupun China bukan negara sosialis.China siap hantar pelabur sini-sana - sosialis ape plak tu?
aku: gua baru umor 20. masih belum ckp nak mengundi pon..haha
ReplyDeletegua dah jadi PM dah..project manager utk event di universiti..haha
Nami: isunya bukan ada kerajaan atau tidak. isunya bukan pekerja gaduh dgn pemodal. jauh sekali isunya pasal pemikiran prograsif.
Isunya ialah sosialis dan demokrasi: boleh jalan atau tidak. Kalau boleh, tunjukkan cth. Apa yg aku tunjukkan ialah jwpnnya tidak boleh. Absolutely no.
Terima Kasih
Sekarang aku tanya nko balik,boleh tak kapitalis berjalan dalam demokrasi?
ReplyDeleteJawapan aku tak boleh.Sebab 3 billion manusia masih hidup dalam kemiskinan dan kebuluran.
Nampak tak anomali tu,beb?
Tanpa pemikiran yg realisitik, futursitik takkan dapat dicapai.
ReplyDeleteFikirlah ttg idealisitik mana sekalipun di mana satu hari nanti tiada manusia yg kebuluran, tiada identiti bangsa, tiada peperangan, tiada penindasan ttp kalau tidak berpijak di bumi yg nyata pun tak ke mana.
Samalah macam fikir nak kahwin dengan diana danielle tapi kalau penampilan diri sekarang tak diubah dan harta tak dicari- adakah ia dikatakan bergerak?
Mungkin aku hanya ambil arkitek- dan sebab itu aku tidak kreatif seperti orang seni. ttp hakikatnya arkitek menggabungkan seni dan sains.
soalan kapitalis boleh bergerak di dalam demokrasi ke tidak, ko tgk je la dunia skrg. Ramai kan kapitalis? Masih tidak berjaya?
Pasal 3 billion manusia hidup kelaparan. Ya, mmg benar. Takkan aku nak nafikan. Tapi kena ingat, tanpa kapitalis, lagi ramai yg berada di bawah kemiskinan.
ambil cth mudah shj- tanpa kapitalis takkan ada gajet2 canggih spt komputer dan internet.
Tp ini tidak bermakna kapitalis adalah sempurna. Kapitalis juga byk masalahnya spt sosialis.
So mcm aku ckp posting ini bukan nak defend kapitalis atau hendak persoalkan sosialis. Tetapi ingin menunjukkan sosialis dan demokrasi tak akan dapat bersama.
stick to the issue guys.
ps: Nami, tq di atas beberapa pndgn. ada yg bgs walaupun tidak semua. :)
hmm,lain kali aku ajak nko gi Bukit Bintang.Bawak kamera nko beb.
ReplyDeleteAku respect kat nko sebab nko mewakili generasi yang suka bertanya.
Dalam entry aku terbaru nko ada bercakap - kadang-kadang nko menentang tapi nko sendiri tak faham apa yang nko tentang.
Tapi kadang-kadang jawapan yang diberikan oleh orang tua tak memuaskan hati kita.Kita terus bersoal - tapi mereka tetap jawab jawapan yang sama.
Mind evolution starts from the word "why"?
Bila nko bertanya,nko mahukan jawapan.Nko mahukan jawapan sebab nko tak puas hati dengan keadaan sekarang.
Aku hanya memberi jawapan berdasarkan apa yang aku tahu.Kalau aku bagi jawapan yang nko tak puas hati lagi - memang la patut.Sebab aku bukan kamus komputer Bestari yang Dr Fazley jual.Tapi aku sudah menjawab - mengikut kemampuan aku.
Selamat Hari Raya beb.
p/s:nko memang nak kawin dengan diana danielle ke?hahahaha!
ReplyDeleteMaaf mencelah, Aku rasa macam aku lepak kat kedai kopi dengan korang then dengar korang berdiskusi. Best..
ReplyDeletekenapa Cuba, Venezuela, Korea Utara, China, dan Bolivia saja? mana pergi Perancis, Jerman, Sweden dan kebanyakkan negara2 lain di eropah yang mengamalkan sistem sosialis? Bolivia, Korea Utara dan China bukan sosialis. tiada negara yang mengamalkan hanya 1 jenis sistem, untuk satu negara itu bergerak pelbagai sistem perlu disatukan dan digunakan.
ReplyDeleteDemokrasi dan sosialis tidak boleh bersatu? tengok saja macam mana Perancis boleh mempraktikkan dua sistem ini dengan begitu bagus. Ye mereka juga mengamalkan kapitalism, tapi rakyat mereka diutamakan. tengoklah macam mana kerajaan mereka betul2 hormat rakyat sendiri. sebab itu media US asyik membuat impressi yang Perancis ni negara sampah.
sistem sosialis yang mengamalkan pembangkang tidak kuat, kekerasan itu semua dipanggil komunis, bukan sosialis.
"appaun, entry ini bukan nak kata sosialis ni bagus atau teruk." kalaulah pembaca tidak tahu apa itu sosialis, mereka baca ini je, dah boleh buat konklusi yang sosialis ini jahat.
*US dah boleh buat healthcare reform, dah cukup pun 60 undi yang diperlukan, tapi Obama sebuk dengan bipartisanshipnya masih mahukan undi daripada Republican. tapi tu kisah lain.
Riise: see, the reason why I didn't state France and Germany as examples simply because there are driven by mixed-system.
ReplyDeleteThey don't stick and trapped within one system framework. This is what we called a progressive nation.
So walaupun saudara Riise telah menunjukkan agenda sosialis berjaya di Perancis, Sweden dan Germany yg mana wujud demokrasi, ia juga tlh membuktikan sosialis dan kapitalis boleh bersatu.
With all due respect, I agree with u.
sebab tu sy ckp, kita jgn terperangkap dgn mana2 sistem.
Even Malaysia pon ada dasar sosialis wlpn kita mengamalkan ekonomi kapitalis. Kita juga merancang ekonomi kita. Bukan hanya biarkan pasaran bebas mengawal kesemuanya.
*
sistem sosialis yang mengamalkan pembangkang tidak kuat, kekerasan itu semua dipanggil komunis, bukan sosialis.
Salah jugak. Dalam komunis mana ada pembangkang lgsg. so tak timbul isu pembangkang tidak kuat.
Dalam demokrasi adalah istilah pembangkang tak kuat dan kita tak kata ia komunis. Cthnya Singapura dan mgkn Malaysia sebelum PRU 12.
*
Isu Obama tu hanya kerana konsep bipartisan yg kononnya menjunjung amalan demokrasilah yg membuatkan reformnya masih tidak berjaya.
You know, Amercia si the only developed country yg xde healthcare system yg bagus.
Bila Obama cuba reform, dia ditentang kerana Republikan hanya mahukan dia kalah. Itu je sebabnya
sbb tu sy kata lg- kalaulah Obama ada powerful government mcm Singapura, healthcare reformnya pasti tak banyak tentang.
Jadi kita dapat lihat, nak buat sesuatu sosialis ni mmg payah dlm demokrasi.
Even Perancis pon wlpn anda kata mengutamakan rakyat ttp terpaksa smpai berdemonstrasi dan mogok utk mencapai agenda sosialisnya. Bukan senang2 hantar memorandum shj.
*
Tq
salam....bagus3 teruskan lagi dengan tulisan anda....saya sokong...hhehheehhe....tak boleh ker sosialis dan demokrasi bersatu...huhuhu..
ReplyDeleteBB,
ReplyDelete1. LABEL (sosialis/demokrasi/ etc) hanya akan menyusahkan hidup.
2. Saya agak setuju yg sosialis tak boleh "berkahwin" dgn demokrasi.
3.Saya percaya pada pembangkang yg kuat. Tanpanya mcammana nak ada "check n balance"? Boleh ke kita hanya yakin dan percaya kepada kerajaan yg kuat?? Tentu tidak. Kerajaan pun terdiri dari MANUSIA, bukan "ANGEL"
4. Teruskan penulisan anda. Anda anak muda harapan negara :)
-umiQ
Basuh baju..u the man!!!
ReplyDelete=D
p:S Politics are frail.Too heavy for me to swallow..Can we talk about ice cream n cotton candy =)
saya terlalu di sini!=p..heheh
ReplyDeleteBB, entri yg baik ttp bukan perbincangan yg bisa menarik massa. Hati2 jgn terbawa-bawa menunjuk intelektualisme sdgkan pada akhirnya masa dan tenaga dihabiskan utk membahas isu yg tidak membawa kita ke mana2. Aku cdgkan agar kau dan Nami just agree to disagree, and move on to a more constructive topic.
ReplyDeletePemilihan MIC baru2 ni pastinya menghairankan outsiders kerana Samy Vellu masih mengekalkan kuasa melampaui 30 thn. Mahathir pun tak stay selama itu! With due respect, kalau kita letakkan diri sendiri di tpt Samy, bolehkah kita tinggalkan takhta parti begitu saja?
salam kunjungan,
ReplyDeletesatu diskusi yang briliant
Salam Bro Basuh Baju,
ReplyDeleteDemokrasi sosial atau sosaial kapatalis. Mana-mana pentadbiran pun saya lihat bagus, jika mempunyai pemimpimnya melakukan yang terbaik untuk wrganya.
Jika sistem baik macamanapun, kalau warga dan pentadbiran teruk. Negara bolh jahanam.
aku tiada pengetahuan yang ckup untuk mengatakan -is apa yang terbaik, whether sosialis, kapitalis atau cannabis.
ReplyDeletetapi aku bersetuju sama pandangan kena ada kerajaan yang kuat, dikepalai oleh titik yang kuat, baru semua dasar mudah berjalan.
benda macam ni, aku masa umur 5tahun pun boleh fikir. simpel macam makan nestum.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H
ReplyDeleteMAAF ZAHIR DAN BATIN
bil letrik kat umah aku rm12.
ReplyDeletejadi aku tak payah bayar bulan2.
Alimaz: Tak boleh ke sosialis dan demokrasi bersatu? Bila aku fikir2 balik- bergantung kpd sosialis yg bgamana dan demokrasi yg bgmana.
ReplyDeleteKalau sosialis spt yg cuba dibuat Cuba, mmg tak boleh. tp kalau agenda sosialis spt Perancis, mmg boleh.. :)
(Tq kpd Riise yg memberikan point yg bgs).. :)
Umiq: mmg label menyusahkan. Sebabkan label byk benda yg terganggu..kan?
tgk di malaysia shjala..sebuk nak label sbg pejuang melayu la, pejuang bahasa la, pejuang agamala..di akhirnya semua bergaduh..adoi ai..
Ada pro n kons jg pembangkang yg kuat dan kerajaan yg kuat.
Anda rasa di malaysia kita perlukan pembangkang yg kuat atau kerajaan yg kuat?
Koyuki: Bulan posa ni nak candy2..hehe
zedmagel: di akhirnya anda cuba kata ia bergantung pada org yg memimpin kan? Sy setuju dgn pndpt itu..
Jigsaw: Kalau di Malaysia kena ada kerajaan yg kuat atau pembangkang yg kuat? hehe
salam..
ReplyDeletewalaupun 'aku pun tak tau' tapi aku tau negara kita cuba diperintah secara demokrasi terpimpin, tidak sempurna tapi tidak mustahil untuk dicapai..sama ada sosialis boleh kawin dengan demokrasi? itu aku tak tau..yang aku tau, aku dgn kau boleh kawen...hahahaaa!!
thanx for drop by..keep sharing good things ya!
Nami: gua xnak diana danielle..gua minat maya karin..haha
ReplyDeletebese ar kan. anak muda mmg byk bertanya..aku tanya sbb tak tau dan nak tau..
apapun bro, tq sbb byk kongsi knowledge kat aku.. kui3
Selamat Hari Raya jgk beb! :)
(wei, pas raya kita diskusi lg. Kali ni kita fikir ttg tindakan apa yg perlu dibuat utk negara kita.)
MMH: cth constructive topik Abg Lan?
Samy vellu tu mungkin patut dijadikan mursyidul am MIC kot..hehe Tp betul la. Siapa nak lepaskan kuasa dgn begitu mudah kan. Mungkin di sini kredit utk Dr M..
Saudara BB,
ReplyDeletePersoalan yang dibangkitkan oleh saudara pada kali ini amat penting untuk memahami apa sebenarnya sosialisma dan kaitannya dengan demokrasi. Perbincangan ini saya harap adalah lanjutan daripada perbincangan saudara sebelum ini tentang sistem kapitalisma (http://basuhbaju.blogspot.com/2009/09/cerita-3-hari-sebelum-duapuluh.html). Persoalan saudara kali ini bukan baru dan telah diungkit semenjak kemunculan pemerintahan kukubesi Stalin di Rusia di dalam tahun 1930 yang sewenang-wenangnya telah dikaitkan dengan idea sosialisma oleh golongan Stalinist/Maoist dan juga golongan Kapitalis untuk discredit idea/matlamat sebenar sosialisma. Ada beberapa persoalan perlu dihalusi untuk menjawap persoalan saudara dalam perbincangan ini ( harap maaf kerana hujah-hujah yang panjang) :
1)Apa itu ekonomi terancang dalam sosialisma?: Di dalam dua perengan yang pertama, saudara telah jelaskan tentang ekonomi dan peranan negara/kerajaan untuk menyelaraskan ekonomi tersebut. Ekonomi yang dirujuk di sini adalah Ekonomi terancang yang mana negara atau kerajaan pro-rakyat biasa akan merancang ekonomi berlandaskan kepada keperluan-keperluan rakyat biasa. Iaitu, aktiviti-aktiviti ekonomi dan kekayaan/keuntungan yang dijanakan oleh rakyat biasa akan dipergunakan untuk memaksimumkan keperluan rakyat biasa. Manakala Ekonomi pasaran bebas adalah ekonomi kapitalisma untuk memaksimumkan keuntungan segelintir kapitalis dengan mengekspoitasikan tenaga buruh dan sumber-sumber alam. Di sini negara/kerajaan adalah pro-kapitalis untuk menyelaraskan ekonomi pasaran bebas. Maksudnya kedua-dua jenis ekonomi tersebut menjurus kepada dua matlamat yang berbeza. Manakala peranan kerajaan/negara akan berlandaskan kepada sistem ekonomi yang dipraktikkan.
ReplyDelete2)Apakah demokrasi dalam kapitalisma?: Ekonomi pasaran bebas + demokrasi (atas ke bawah-top down) = kapitalisma. Dalam sistem kapitalisma, segala entiti-entiti kerajaan adalah untuk mengawal rakyat biasa mematuhi undang-undang atau lumrah tertentu untuk menjustifikasikan aktiviti-aktiviti ekonomi kapitalis untuk memaksimukan keuntungan. Ini yang dirujuk dengan demokrasi ala kapitalis di mana keperluan-keperluan rakyat dan hak-hak asasi akan dicabul dan dianaktirikan dengan sewenang-wenangnya untuk matlamat keuntungan segelintir Kapitalis. Ini yang sedang berlaku di negara kita dan di negara-negara lain. Sebab itu, berlakunya implikasi-implikasi buatan kapitalis seperti kebuluran, pengangguran, peperangan, prajudis agama/kaum dan sebagainya yang sedang membinasakan kehidupan manusia. Ini berlaku kerana dua sifat sistem kapitalisma yang sedang kita alami. Satu, penumpuan kekayaan/keuntungan kepada segelintir kapitalis yang didokong oleh kerajaan/negara. Kedua, tiada penglibatan rakyat biasa untuk menentukan bagaimana kekayaan/keuntungan tersebut perlu diagihkan untuk memenuhi keperluan-keperluan mereka.
3)Apakah demokrasi dalam sosialisma?: Ekonomi terancang + demokrasi (bawah ke atas-bottom up) = Sosialisma. Jadi untuk mengembangkan ekonomi terancang kerajaan/negara perlu berperanan dalam mengembangkan demokrasi rakyat biasa. Demokrasi yang dimaksudkan di sini adalah penglibatan warga pekerja, petani, nelayan, anak muda dan sebagainya di sesuatu kilang/syarikat, kawasan, daerah, negeri, negara dan juga antarabangsa dalam membuat keputusan dan perancangan untuk meningkatkan keperluan rakyat. Tetapi untuk mengorganisasi masyarakat berlandaskan demokrasi sepenuh sebegini, keperluan-keperluan asas seperti gaji, masa kerja, perumahan dan lain-lain keperluan asas haruslah adil untuk membolehkan mereka mempunyai masa yang secukupnya untuk terlibat secara langsung dalam perancangan. Pada masa yang sama, kerajaan tersebut juga perlu mempertingkatkan pengetahuan/ilmu dan informasi rakyat biasa ke taraf yang sepatutnya, maksudnya sekurang-kurangnya ada 3M (Membaca, Mengira dan Menulis). Ini tidak mustahil dicapai dengan teknologi tinggi dan sumber-sumber yang kita ada.
ReplyDelete4)Mengapa tiada demokrasi (bottom-up) dalam Stalinism/Maoism? Ekonomi terancang + birokrasi (top-down) = Stalinisma. Argumen saudara adalah lebih menjurus kepada Stalinism atau Maoism daripada idea sosialisma yang sebenarnya. Ini bermakna Ekonomi terancang dikawal oleh golongan birokrats yang menitikberatkan kuasa dan ingin mempertahankan keistimewaan mereka. Justeru itu seperti kata saudara, paksaan dan ugutan digunakan untuk mengimplementasi kehendak golongan birokrats tanpa penglibatan sedar rakyat biasa.
5)Bagaimana negara-negara Stalinist/Maoist berjaya meningkatkan taraf hidup? : Walaupun tiada demokrasi di negara-negara Stalinist, oleh kerana ianya berlandaskan kepada ekonomi terancang, negara-negara seperti Rusia (1920-1980) dan China (1950-1980) berupaya meningkatkan taraf hidup rakyat dengan menyediakan utiliti-utiliti asas seperti pendidikan dan perubatan yang percuma, dan juga dengan memajukan industri/teknologi di negara mereka ke suatu tahap tertentu. Manakala Negara kecil seperti Cuba dengan ekonomi terancang berupaya menyediakan sistem pendidikan dan perubatan yang percuma dan berkualiti. Inilah kelebihan dan kekuatan ekonomi terancang. Tetapi, tanpa demokrasi bottom-up yang akan bertindak sebagai check and balance, lapisan birokrat akan menjadi lebih berkuasa/autokratik dan dalam jangka masa panjang akan menjurus kepada sifat keuntungan kapitalisma. Manakala, tanpa demokrasi sihat pekerja dan rakyat biasa, ekonomi terancang tidak dapat berkembang dan akan terencat. Inilah yang telah menyebabkan kepada keruntuhan ekonomi terancang di negara-negara Stalinist pada tahun 1989 dan China pada masa kini. CUBA juga akan melalui proses yang sama yang dilalui oleh Russia, jika demokrasi rakyat biasa tidak didirikan.
ReplyDelete6)Bolehkah sosialisma bertahan di satu negara ? Sosialisma di satu negara adalah retorik golongan Stalinist untuk mengekalkan kuasa mereka. Sosialisma dan internationalism adalah saling memenuhi di antara satu sama lain. Sosialisma harus berkembang dari satu negara ke negara-negara lain untuk membolehkan negara-negara saling bantu membantu untuk meningkatkan keperluan umat manusia sejagat. Jika ianya tidak dikembangkan, maka ianya akan menjurus sama ada kepada Stalinisma atau akhirnya kembali kepada kapitalisma.
7)Adakah negara Berkebajikan (welfare state) atau ekonomi bercampur (mixed economy) itu sosialisma + kapitalisma?: Pada tahun 1950n dan 1960an seperti yang kita tahu adalah era perang dingin ( Negara-negara Kapitalis dengan negara-negara Stalinist/maoist ). Apabila negara-negara Stalinist mengimplementasikan program-program seperti pendidikan, perubatan percuma, maka rakyat biasa di negara-negara kapitalis maju seperti Britain, Perancis, german dan lain-lain mendesak kerajaan mereka juga memenuhi kehendak rakyat. Untuk menghalang penularan perjuangan pekerja dan menghadkan perkembangan idea-idea berhaluan kiri, kerajaan-kerajaan kapitalis tersebut terdesak untuk memenuhi permintaan rakyat biasa. Maka terbentukalah pendidikan, perubatan, pengangkutan baik dan berkualiti di negara-negara tersebut. Untuk pengetahuan saudara, kemudahan-kemudahan yang dimenangi pada satu ketika tersebut sedang diswastakan satu per satu dan rakyat biasa di sana terpaksa melancarkan perjuangan sekali lagi untuk menuntut hak mereka. Pada realitinya kapitalisma bukan sahaja tidak boleh berkahwin dengan sosialisma bahkan bercinta sekalipun sukar kerana matlamat mereka yang amat bercanggah di antara satu sama lain. Jadi slogan negara berkebajikan atau ekonomi bercampur hanya untuk sementara waktu untuk menyelematkan kapitalisma. Samalah seperti pakej perangsang Keynesian yang diheboh-hebohkan pada masa sekarang. Hanya untuk merangsangkan keuntungan golongan kapitalis dan bukannya untuk merangsangkan keperluan rakyat biasa.
ReplyDelete8)Bolehkah sosialisma diimplementasikan atau ianya Utopia/idealistik? : Mengikut Sains, manusia telah hidup di muka bumi ini hampir satu juta tahun. Pada awalnya telah hidup sebagai ‘hunter-gatherer’ beratus-ratus ribu tahun. Private property hanya muncul 10,000 tahun lalu. Semenjak itu muncullah masyarakat berkelas ( golongan yang berada dan yang tidak berada). Peralihan sistem kelas telah berlaku daripada masyarakat perhampaan dan masyarakat feudal kepada masyarakat kapitalisma. Ini adalah atas desakan untuk memenuhi keperluan golongan majority ( golongan yang tidak berada) dan golongan tertindas yang lain. Kapitalisma hanya usianya 500 tahun. Maksudnya masyarakat sentiasa berkembang supaya keperluan-keperluan mereka dipenuhi. Kapitalisma pada awalnya dapat memenuhi keperluan manusia kerana perindustrian dan penggunakan teknologi. Tetapi matlamatnya adalah untuk memaksimumkan keuntungan, maka ianya tidak dapat memenuhi keperluan-keperluan majoriti rakyat biasa. Justeru itu kita perlukan satu sistem yang lebih advance daripada kapitalisma untuk mengelakkan kehancuran umat manusia daripada aktiviti-aktiviti kapitalisma yang tidak berperikemanusian. Dunia ini penuh dengan sumber-sumber alam dan teknologi yang tinggi yang perlu kita kongsi untuk kesejateraan sejagat. Tidak mustahil dengan mempergunakan semua kekayaan bumi dan kreativiti manusia kita boleh memerdekakan dunia ini daripada kekejaman dan keganasan yang sedang dicanangkan oleh kapitalisma. Transisi ini mahu tak mahu akan berlaku, tapi persoalannya bila. Ini bergantung kepada kuasa keramat pekerja dan rakyat biasa dan kepimpinan mereka untuk mengawal kekayaan dan keuntungan untuk keperluan rakyat biasa. Hanya dengan kepimpinan mereka, maka perubahan ini boleh berlaku. Sosialisma bukan idealistic, it is our future. Untuk ini kita bukan memerlukan ‘kerajaan yang kuat’ untuk menggondol hak rakyat tapi rakyat biasa yang sedar dengan kuasa keramat mereka untuk mengawal perjalanan kerajaan dan ekonomi untuk kepentingan dan keperluan majority.
Kesimpulannya:
ReplyDelete1) Sosialisma memerlukan demokrasi (bottom-up) bersama sistem ekonomi terancang untuk ianya berkembang.
2) Kapitalisma dan sosialisma adalah dua sistem dengan matlamat yang berbeza dan bercanggah. Mereka yang tidak dapat berkahwin dan bercinta.
3) Argumen-argumen BB hanya menjustifikasikan Stalinisma yang sama sekali bukannya Sosialis
Sekian berbincangan ini. Sebarang komen amat dialu-alukan. (cwi.malaysia@gmail.com)
1) Kelemahan utama dlm ekonomi terancang semata2 ialah dalam menetapkan harga dan ia membantutkan pertumbuhan ekonomi. Kenapa perlu rigid dan terlalu bergantung kpd ekonomi terancang semata2? tidak semua elemen pasaran bebas itu buruk. Malah mana ada negara yg berpasaran bebas shj tanpa merancang ekonomi mereka. Malaysia sendiri ada pelan ekonominya setiap 5 tahun dan disemak setiap tahun.
ReplyDelete2) Ok yg ini setuju di mana undang2 direka utk melindungi kapitalis. tapi to be fair, ada juga undang2 yg melindungi pengguna. Masalahnya ialah penguatkuasaan. Kita boleh gubal seribu macam undang2 ttp di akhirnya org yg berperanan menegakkan undang2 tersebut juga yg ptg.
3) Sekarang ini tidak ada lgsg ke penglibatan para pekerja? Memang benar suara mereka tidak begitu didengari. Berlaku penindasan sana sini ttp adakah dgn mengubah sistem adalah penyelesaiannya? Bootm up atau top bottom sekalipun mmg akhirnya akan ada sekelompok kecil yg menentukan dan membuat keputusan. Cuba bayangkan dlm isu perikanan. Takkan 100,000 ribu nelayan bg cdgn dan buat keputusan. Hbs tu sampai bila nak dicapai kata putus? Nampak, dari zaman berzaman lg konsep sekumpulan kecil yg akan memimpin kelompok besar. Cuma ianya bergantung sama ada kelompok kecil itu bagus ataupun tidak.
4) Apa yg beza sgt sosialis dgn stalinism? Dua2 ekonomi terancang. Nak lakukan ekonomi terancang semata2 tanpa pasaran bebas tidak praktikal bila elemen demokrasi dimasukkan. Kerana bila ada demokrasi bermakna ada pilihan. Bila ada pilihan, di situ pihak pemodal dan kapitalis akan menyusup masuk.
5) Nampak, di awalnya sistem sosialis spt di cuba dah berjaya sediakan segala macam kemudahan percuma..ttp kesannya wujud golongan autokrasi. Di sini bila kita memasukkan demokrasi pula, benda2 percuma tu mgkn akan hilang.. kan dah terbukti sosialis dan demokrasi susah nak berjalan.
6) Berckp psl internationalisme..ttp anda menetang globalisasi. Bukankah ia bercanggah? Bukankah gllobalisasi juga satu btk internationalisme? Mgkn sekdar nama je yg beza?
7) Negara berkebajikan adalah situasi menang2 sebanrnya. Ada kapitalis dan ada sosialis. Ada demokrasi dan ada pilihan. Ini menunjukkan kita jgn terikat dgn satu sistem shj.
8) Anda tunjukkan masyarakat berkebang daripada tiada negara kepada sistem berkelas2..kini anda nak ckp kita perlu kembali kpd keadaan tanpa negara pula..bukankah ia langkah ke belakang?
Kesimpulannya:
1) Di akhirnya orang di dalam sistem itu juga penting. Sistem sosialis mungkin lebih bersifat mesra pekerja dan rakyat biasa. Tttp adakah ia akan menghalang pekerja daripada menjadi pemodal? Dan menghalang daripada rakyat biasa menjadi rakyat elit? Tidak. Malah tidak ada sistem pun yg dpt menghalang.
2) Terikat kepada satu sistem sahaja tidak ke mana-mana. Di dunia ini tidak ada negara yg hanya bergantung kepada pasaran bebas semata2 mahupun agenda sosialis. Semuanya cuba bersikap pragmatik dgn mengambil mana yg bagus dan membuang mana yg tidak. Welfare state adalah buktinya. Hak pekerja dijaga, kemudahan disediakan secara percuma dan kapitalis tetap ada.
Terima Kasih
Bosan...
ReplyDeletesebab cuma ada dua perspektif saja..point yang diulang2 untuk pertahankan ideologi masing2...
satu pertahankan sosialis cuma tgk dari sudut trotsky...marx..ngan lenin...kenapa tak lihat dari sudut lain....
yang satu lagi sibuk cakap sosialis ngan demokrasi tak ngam...lihat cth penmerintahan ala Stalinism..Maoism..atau Badawism..
dan pendapat ko faridz?
ReplyDeleteBB has a good point even though he keeps repeating it.
ReplyDeleteBB seems persistent and consistent while Nami always come out with a new arguments. Ravi tend to make this debate complicated and deviate from the original posting.
All in all should I say our young generation has become more critical?
Good job BB!
gua SETuju JAh DEngAn BrO BB. AHAks
ReplyDelete1)Ekonomi terancang akan terbantut sekiranya tiada demokrasi bottom-up dan kalau kita lihat di negara-negara yang pernah mengamalnya, pada satu ketika ekonominya lebih baik daripada negara kapitalis itu sendiri. Ia hanya gagal kerana tiada demokrasi bottom-up. Sebab itu sosialisma tidak dapat dipisahkan daripada demokrasi. Dalam pasaran bebas, Multinational seperti Shel, Intel dan lain-lain juga buat perancnagan tetapi perancangan untuk memaksimumkan keuntungan. Pelan 5 tahun sebenarnya untuk menyelaraskan aktiviti kapitalisma. Sudah banyak pelan 5 tahun telah dilaksanakan, mengapa jurang kaya miskin semakin melebar ( Malaysia negara yang jurang kaya miskin yang terbesar di Asia). mengapa rakyat masih tak cukup rumah kos rendah ? Mengapa gaji pekerja pada tahap yang amat rendah ? Mnegapa pekerja asing dihina (bukankah mereka saudara-saudra kita) ? Adakah persoalan-persoalan ini dibincnagkan dalam plan 5 tahun ?
ReplyDelete2)Mengapa Penguatkuasaan tidak dilakukan ? Ini semata-mata untuk menjustifikasi keperluan kapitalisma. Di Malaysia ada undang-undang kesatuan sekerja, tetapi hanya 10 peratus sahaja pekerja berkesatuan. Yang lainnya tidak dapat tubuhkan kesatuan untuk memperjuangkan hak mereka kerana lubang-lubang tertentu yang digunakan oleh majikan untuk menghalang hak pekerja, dan kerajaan kita yang pro-kapitalis just tutup mata.
3)Bottom-up adalah untuk majority terlibat dalam perancagan. Saya rasa 100,000 nelayan tersebut hendak mempertengahkan isus-isu mereka tetapi suara mereka dihadkan oleh golongan pemerintah dan kapitalis. Saya juga rasa mereka mempunyai idea-idea yang bernas bagaimana industry perikanan di negara kita dapat dimajukan daripada menteri pertanian dan birokrat yang hanya duduk dalam bilik ekon. Saya rasa dengan teknologi dan komunikasi yang canggih tidak mustahil untuk melibatkan 100,000 nelayan tersebut dalam perancangan dan perbincangan.
4)Dalam perbincangan sebelum ini saya tegaskan yang stalinisma tiada demokrasi bottom-up, manakala sosialisma perlukan demokrasi bottom-up, walaupun kedua-duanya ekonomi terancang. Dalam ekonomi terancang tiada kapitalis (atau aktiviti mereka di tahap minima pada awalnya). Di sini, kerajaan akan merancang berlandaskan kepada keperluan rakyat biasa. Untuk memastikan ini berlaku penglibatan rakyat (demokrasi) perlu diperkembangkan.
6)Kalau dimasukkan demokrasi bottom-up di Cuba, birokrasi/autokrasi akan berkurangan, dan benda-benda percuma tadi boleh dipertingkatkan dan dipertahankan. Demokrasi bottom-up ini sebahagian daripada cirri-ciri sosialis. Tetapi ini tiada di Cuba sekarang ini.
7)Saya setuju, globalisasi dan internationalism adalah konsep yang lebih kurang sama tetapi dengan matlamat yang berbeza. Kapitalisma menggunakan globalisasi untum memaksimumkan keuntungan ( NAFTA, WTO, IMF, World Bank dan sebagainya untuk merealisasikan aktiviti kapitalisma). Manakala internationalism ini adalah untuk membina solidarity di kalangan golongan tertindas (yang berbillion-billion bilanganya)-pekerja, anak muda, petani, nelayan dan lain-lain- tanpa mengira sempadan untuk membolehkan kita saling bantu-membantu, hormat-menghormati, tukar-menukar dan sebagainya untuk merealisasikan sifat sebenar umat manusia dan meningkatkan keperluan bersama sejagat. ( CWI adalah organisasi yang bersifat internationalism).
8)Mana ada sosialis, hanya kapitalis sahaja yang menggunakan nama sosialis untuk menunjukkan muka baik kepada rakyat. Saudara kena faham talam dua muka kapitalisma ini. Contohnya labour Party(Britain), Social democrat(Germany) dll. Sebenarnya welfare state di bawah kawalan kerajaan kapitalis sebab itu hak-hak ini dicabuli di negara-negara tersebut untuk matlamat keuntungan. Samalah di negara kita sekarang, pendidikan dan perubatan yang pada awalnya tanggungjawap kerajaan, semua telah diswastakan dan sudah jadi bisness.
ReplyDelete9)Awal dulu memang tiada negara disebabkan tiada kelas yang menjajah/memiliki. Tetapi apabila mucul pemilikan sendiri (private property), maka berkembangla suatu kelas yang menjajah golongan majority rakyat biasa, maka wujudlah negara. Maksudnya peranan negara di sini untuk mengkongkong dan mengawal rakyat biasa. Dalam sistem perhampaan, feudal dan kapitalisma, pemilik hampa, raja/pemilik tanah dan kapitalis akan menggunakan negara untuk mengkongkong majority rakyat biasa. Manakala apabila wujud negara sosialis, peranan golongan menjajah ini akan dikurangkan dan peranan majority rakyat biasa akan ditingkatkan untuk merealisasikan keperluan mereka. Keadaan tiada negara boleh muncul jika tiada masyarakat kelas. Ini adalah peranan kerajaan sosialis untuk menuju kearah tersebut. Tetapi sebelum itu kerajaan sosialis perlu ditubuhkan. Ini semua adalah langkah ke hadapan untuk memaksimukan keperluan, kreativiti, solidarity umat manusia dan mempertahankan persekitaran kita.
Saudara BB dan Farid,
ReplyDeleteBosan...gua pun banyak bosanlah tengok peperangan, kebuluran, penindasan dan sebagainya disebabkan oleh aktiviti kapitalisma :)
Saya rasa untuk memahami Kapitalisma dan Sosialisma...kita boleh mendalami pengalaman negara-negara yang dipertengahkan oleh BB. harap perbincangan BB akan datang akan menjurus kepada tujuan tersebut.
Anyway terima kasih kepada komen-komen saudara.
Salam hari raya dan selamat bercuti.
ravi
points taken. I agree to disagree with you Ravi.
ReplyDeleteApapun di akhirnya kita perlu berbincang utk memperbaiki keadaan di Malaysia sekarang.hehe
Selamat Hari Raya