OPS SIKAP GAGAL?- Utusan Meloya
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Ops Sikap Ke-20 yang berakhir semalam, merekodkan jumlah kematian kedua tertinggi dalam sejarah operasi itu sejak diperkenalkan lapan tahun lalu dengan 261 pengguna jalan raya terbunuh. Ini bersamaan dengan purata 17.4 kematian dalam sehari.
KEADAAN SEKARANG
Malaysia mencatatkan rekod kematian sebanyak 3.7 bagi setiap 10,000 kenderaan. Ini merupakan kadar tertinggi di Asia. Untuk perbandingan, Indonesia (2.6), Singapura (2.5), Jepun (1.8) dan Korea Selatan (1.7). Satu statistik yang menakutkan?
Tidak juga. Pada tahun 1996, kadar kematian Malaysia ialah 8.2. Maknanya? Kita semakin bagus.....tapi benarkah?
Belum lagi sebenarnya. Kebanyakan negara-negara maju mencatatkan kadar kematian di bawah 2. Jadi bagaimana? Apa yang boleh dilakukan? Ada cadangan?
NAIKKAN KADAR SAMAN?
Di Malaysia, denda maksimum ialah RM300- jauh lebih murah berbanding kadar denda di negara-negara lain. Perancis sebanyak RM19290, Portugal RM12860 dan Thailand RM1040.
Tapi kalau naikkan kadar saman lagilah kadar rasuah meningkat. Pemandu mesti lagi suka nak bayar rasuah kepada polis daripada nak bayar saman yang mahal. Lagi satu, saman mahal-mahal ni silap-silap boleh tukar kerajaan.
KETATKAN UJIAN LESEN MEMANDU?
Untuk pengetahuan, sesetangah negara eropah membenarkan pemandu yang mempunya lesen daripada negara lain seperti Singapura untuk memandu di jalan raya mereka. Tetapi tidak negara Malaysia. Ini kerana lesen kita tak laku.
Dan kita pun tahu betapa senangnya nak dapat lesen di Malaysia. Ada sahaja 'pakej sampai lulus'. Ada duit, semua boleh lulus. Reti memandu atau tidak, belakang kira.
Mungkin kerajaan perlu mengetatkan penguatkuasaan? Atau sekolah memandu perlu ada kesedaran untuk tidak mengamalkan rasuah? Atau bakal pemandu itu sendiri?
Ini baru masalah moraliti. Belum lagi masalah ujian yang digunakan untuk mengeluarkan lesen memandu.
SEDIAKAN JALAN RAYA YANG SELAMAT?
Ada benarnya. Jalanraya di Malaysia masih lagi bercampur antara kereta dan motosikal. Semuanya berjalan sekali. Macam rojak. Mana tak bahayanya kalau lori dan motosikal bertemu?
Untuk rekod, kurang daripada 20% jalanraya di negara ini yang menyediakan laluan khas untuk penunggang motosikal.
Tetapi adakah jalanraya puncanya? Di Indonesia yang kita tahu infrastruktur jalannya tidaklah sebaik kita tetapi jumlah kematiannya jauh lagi rendah.
KURANGKAN KENDERAAN?
Macam mana kalau jumlah kereta dikurangkan? Mungkin satu keluarga patut dibenarkan memiliki sebuah kereta sahaja. Ikut logik mudah, kurang kereta, kurang kemalangan, maka kurang kematian. Tapi bila kurang kereta, jalanraya lengang, maka lagi mudah nak memecut laju.
BANGUNKAN PENGANGKUTAN AWAM SELURUH NEGARA
Tak perlu hurai panjang lebar. Ini idea terbaik. Tetapi........adakah benar? Idea yang baik ialah idea yang dilaksanakan. Mengapa idea tentang pengangkutan awam yang sistematik dan menyeluruh tidak dapat dilaksanakan di Malaysia?
Masalah kos yang mahal? Atau tidak ada kertas kerja yang bagus?
Ada yang memberi teori idea ini terbiar begitu sahaja kerana terdapat tentangan daripada pihak kapitalis dan kaum pemodal kereta. Mungkin benar atau salah. Tetapi kalau benar, mengapa tidak diberi kontrak bina pengangkutan awam kepada pihak pemodal yang menentang ini? Bukankah ianya situasi menang-menang?
Bayangkan Proton dan Toyota diberi kontrak membina tren dan bas. Hmmmm....
Mungkin ada yang akan berpendapat di akhirnya pemandu itu sendiri punca kemalangan atau tidak. Sebenarnya hujah ini ada meritnya. Cuma untuk membuat perubahan, kadangkala yang perlu diubah bukan manusia sahaja sebaliknya perkara-perkara lain juga.
Ada idea lain untuk masalah ini? Mari Ops Idea!

*************************************************************************************
" Saya hilang kawalan ketika memandu." Ini merupakan alasan yang paling kerap diberikan. Tak ada alasan lain. Balik-balik 'hilang kawalan'. Jarang pemandu akan mengaku mereka eksiden kerana pandu laju, mengantuk, dan berbahaya. Biasalah manusia memang suka menyalahkan segala benda di sekeliling kecuali diri sendiri.KEADAAN SEKARANG
Malaysia mencatatkan rekod kematian sebanyak 3.7 bagi setiap 10,000 kenderaan. Ini merupakan kadar tertinggi di Asia. Untuk perbandingan, Indonesia (2.6), Singapura (2.5), Jepun (1.8) dan Korea Selatan (1.7). Satu statistik yang menakutkan?
Tidak juga. Pada tahun 1996, kadar kematian Malaysia ialah 8.2. Maknanya? Kita semakin bagus.....tapi benarkah?
Belum lagi sebenarnya. Kebanyakan negara-negara maju mencatatkan kadar kematian di bawah 2. Jadi bagaimana? Apa yang boleh dilakukan? Ada cadangan?
NAIKKAN KADAR SAMAN?
Di Malaysia, denda maksimum ialah RM300- jauh lebih murah berbanding kadar denda di negara-negara lain. Perancis sebanyak RM19290, Portugal RM12860 dan Thailand RM1040.
Tapi kalau naikkan kadar saman lagilah kadar rasuah meningkat. Pemandu mesti lagi suka nak bayar rasuah kepada polis daripada nak bayar saman yang mahal. Lagi satu, saman mahal-mahal ni silap-silap boleh tukar kerajaan.
KETATKAN UJIAN LESEN MEMANDU?
Untuk pengetahuan, sesetangah negara eropah membenarkan pemandu yang mempunya lesen daripada negara lain seperti Singapura untuk memandu di jalan raya mereka. Tetapi tidak negara Malaysia. Ini kerana lesen kita tak laku.
Dan kita pun tahu betapa senangnya nak dapat lesen di Malaysia. Ada sahaja 'pakej sampai lulus'. Ada duit, semua boleh lulus. Reti memandu atau tidak, belakang kira.
Mungkin kerajaan perlu mengetatkan penguatkuasaan? Atau sekolah memandu perlu ada kesedaran untuk tidak mengamalkan rasuah? Atau bakal pemandu itu sendiri?
Ini baru masalah moraliti. Belum lagi masalah ujian yang digunakan untuk mengeluarkan lesen memandu.
SEDIAKAN JALAN RAYA YANG SELAMAT?
Ada benarnya. Jalanraya di Malaysia masih lagi bercampur antara kereta dan motosikal. Semuanya berjalan sekali. Macam rojak. Mana tak bahayanya kalau lori dan motosikal bertemu?
Untuk rekod, kurang daripada 20% jalanraya di negara ini yang menyediakan laluan khas untuk penunggang motosikal.
Tetapi adakah jalanraya puncanya? Di Indonesia yang kita tahu infrastruktur jalannya tidaklah sebaik kita tetapi jumlah kematiannya jauh lagi rendah.
KURANGKAN KENDERAAN?
Macam mana kalau jumlah kereta dikurangkan? Mungkin satu keluarga patut dibenarkan memiliki sebuah kereta sahaja. Ikut logik mudah, kurang kereta, kurang kemalangan, maka kurang kematian. Tapi bila kurang kereta, jalanraya lengang, maka lagi mudah nak memecut laju.
BANGUNKAN PENGANGKUTAN AWAM SELURUH NEGARA
Tak perlu hurai panjang lebar. Ini idea terbaik. Tetapi........adakah benar? Idea yang baik ialah idea yang dilaksanakan. Mengapa idea tentang pengangkutan awam yang sistematik dan menyeluruh tidak dapat dilaksanakan di Malaysia?
Masalah kos yang mahal? Atau tidak ada kertas kerja yang bagus?
Ada yang memberi teori idea ini terbiar begitu sahaja kerana terdapat tentangan daripada pihak kapitalis dan kaum pemodal kereta. Mungkin benar atau salah. Tetapi kalau benar, mengapa tidak diberi kontrak bina pengangkutan awam kepada pihak pemodal yang menentang ini? Bukankah ianya situasi menang-menang?
Bayangkan Proton dan Toyota diberi kontrak membina tren dan bas. Hmmmm....
Mungkin ada yang akan berpendapat di akhirnya pemandu itu sendiri punca kemalangan atau tidak. Sebenarnya hujah ini ada meritnya. Cuma untuk membuat perubahan, kadangkala yang perlu diubah bukan manusia sahaja sebaliknya perkara-perkara lain juga.
Ada idea lain untuk masalah ini? Mari Ops Idea!
idea terbaik - lesen, dan pengangkutan awam.
ReplyDeletelesen kt malaysia, asal taw bawak keta da jadi lesen. kalo da time kecemasan/kritikal, driver mula menggelabah. kadang2 mistake tu kecik je, nk elak keta depan, tp sbb bad decision, boom! accident.
pengangkutan awam ni toksah cakap ah. not only to reduce accident rate, tp menda alah ni penting bagi untuk kasi up ekonomi. aku mls nk huraikan, korg pepandai r topup. tiba jah. haha
aku minat tang car-pooling tu...
ReplyDeletemmg terbaek la..
Pengangkutan awam-KTM...'the best'. Entah berapa tahun masih level yang sama.salah satu sebab kenapa orang prefer bw kereta sendiri ;)
ReplyDeletesemua idea bagus harap perlaksanan
ReplyDeletejuga bagus seperti idea yang diberi
pengangkutan awam kena banyak dan efisien. kalau sikit, camne kita nak bergerak dengan cepat. kalau tak punctual pun susah gak.
ReplyDeletenak bgantung kt public trnspotpn kdg2 susa..
ReplyDeleteade je mslhnyer..b4 tmbh pengangkutan awm..upgrade dulu y sedia ada..n xsmue tmpt dpt reach public trnsport.kt kL mungkin byk..tmpt laen?
cadangan lain => bagi kenderaan percuma kpd rakyat
ReplyDeletecar-pulling
ReplyDeleteassalammualaikum
ReplyDeletepengangkutan awam la, biar merata keefisienannya... bukan di bandar sahaja... dan perbanyakkan syarikat, bukan 1 syarikat yang monopoli sahaja...
Bro Basuh Baju,
ReplyDeleteMinda dan sikap pemandu Malaysia yang harus berubah.
Salam. Lama sungguh tidak memberi ulasan di blog ini (hanya sempat membaca tanpa sempat memberi pandangan).
ReplyDeleteKita harus juga mencari idea bagaimana hendak menangani masalah "sudah ada berpuluh-puluh saman tetapi masih boleh perbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahkan boleh pula menjadi pemandu pengangkutan awam"... selepas kemalangan barulah diberitakan si polan itu sudah ada berderet-deret saman dan waran tangkap...