Selepas sahaja sahur, aku terus ke Parlimen. Bukan sebagai wakil rakyat mahupun wakil parti. Jauh sekali sebagai peserta perarakan hari kemerdekaan. Aku ke sana sebagai seorang photographer runcit-runcit- yang baru belajar. Dengan Canon E450D, aku mahu mengstatikkan pemandangan pada hari ini. Cukuplah jika dapat 2-3 keping gambar yang boleh buatkan aku puas. Namun...
Aku tertinggal bateri kamera di rumah. Malam tadi charge, tapi lupa nak ambil. Satu kesilapan bodoh di hari yang ke 52.
Marah dengan diri sendiri, aku terus beredar keluar daripada bangunan Parlimen. Tidak perlu menyeksa diri dengan majlis yang sebegitu bosan. Kadang-kadang aku terfikir, apa kaitan perarakan/perbarisan/lintas hormat dengan merdeka? Tidak bolehkah setiap tahun pengisiannya berubah? Mana ada peraturan bertulis yang kata setiap kali merdeka kita perlu berarak dan berbaris.
Lalu aku terfikir, bagaimana kalau merdeka tahun depan disambut dengan mengharamkan kereta persendirian daripada bergerak di Kuala Lumpur. Biarkan hari itu jalan raya KL menjadi lengang tanpa kereta. Biarkan bumi Kuala Lumpur bernafas segar tanpa asap hitam. Biarkan rakyat Malaysia bergerak dan menapak. Biarkan merdeka daripada penjajahan kereta. Jangan kata ini idea gila. Di Itali dan Jakarta pernah diadakan acara car-free ini.
Tidak terus pulang ke rumah- aku melepak di Taman Tasik Perdana. Akhirnya manusia memerlukan kehijauan untuk ketenangan. Ini hakikat. Di sana aku membaca surat khabar hari ini- edisi 52. Tidak sampai 15 minit, aku sudah selesai khatam The Star dan NST. Ceh, banyak iklan dari berita. Iklan merdeka versi 1Malaysia bersepah-sepah. Semuanya daripada syarikat-syarikat besar. Ini lagi satu perkara bodoh. Kenapa perlu beli iklan besar-besar untuk ucapan merdeka? Untuk potong cukai kan? Tak pun untuk bodek pemimpin?
Tak boleh ke syarikat-syarikat ini memikirkan cara lain yang lebih bermanfaat? Beli iklan bukan orang miskin boleh makan. Beli iklan bukan dapat jadikan rakyat kita lebih bijak. Beli iklan ni adalah perkara kosmetik sahaja. Macam mana kalau duit beli iklan itu digunakan membeli buku-buku berkualiti untuk diberi kepada sekolah dan universiti? Takpun guna duit tu untuk tubuhkan satu pasukan bola sepak. Amacam?
Selesai membaca akhbar, aku ke KLCC pula. Di sana aku duduk dan memikirkan tentang Malaysia. Oh, bunyinya seakan poyo. Tetapi aku cuba berkata jujur. Aku asyik bertanya pada diri, 'ke mana Malaysia selepas ini?' Melihat kepada situasi sekarang, aku berasa sangat risau. Perkara kecik seperti sebat dan kuil pun tidak selesai-selesai. Bukankah sekarang ini krisis ekonomi? Jiran kita Indonesia pun sudah mula bangkit mengatur langkah. Dah jadi negara jemputan untuk G-20. Kita? sibuk bising-bising tentang hak cipta tarian Pegan dan Manohara.
Apa sebenarnya orang-orang tua yang memimpin negara ni buat?
Makin lama aku fikir makin aku mengerti apa erti kemerdekaan bagi diriku. Bagiku, merdeka ialah apabila orang muda macam aku diberi peluang untuk menentukan hala tuju negara kita. Merdeka ialah apabila suara kami lebih didengari dan diambli kira. Merdeka ialah apabila generasi muda didekati bukan dihukum perbuatannya, dikutuk pandangannya dan dihina mindanya. Bukan juga sekadar turun mengundi 5 tahun sekali.
Aku mahu negara ini benar-benar kepunyaan semua. Bukan terhad kepada generasi tua yang memerintah. Tetapi terbuka untuk generasi muda juga. Inilah erti kemerdekaan bagiku.

salam,
ReplyDeleteorg muda mcm kita 'tak matang' di mata mereka yg 'terlalu matang'...
Wahh aku memang sokong dgn idea car-free tu..tapi,majoriti org Malaysia mana boleh hidup tanpa kereta walaupun sehari.
ReplyDeletepeh. hang memang seorang yang 'super cool'
ReplyDeletebab 'car free' tu memang sokong sangat sangat. pengalaman masa di sweden dulu banyak mengajar betapa pentingnya sistem pengangkutan awam yang terbaik dan penguatkuasaan undang undang alam sekitar yang malaysia langsung tak ambil peduli.
heh..
ReplyDeleteslamat hari jadi malaysia..
stended la malaysia bro..
mmg mcm gitu..
kehkehkeh..
okeh, yang ni, saya rasa pandangan kamu matang. well done! ^.^
ReplyDeletesecara hakikat kemerdekaan kita sudah dibunuh oleh macam-macam anasir bro,
ReplyDeletesejauhmanakah kemerdekaan kita, jawapannya ada pada tamsilan masing-masing..
Bukan salah pengangkutan awam. Salah rakyat yg vendalisma.
ReplyDelete_____________________
View Profile: Rantong™
Jom nek gerek..No beskal-beskal..
ReplyDelete-___0
Kamu matang tapi tak tua..**,
merdeka lagi....citer lain bro...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeletePerbarisan dan perarakan setiap tahun? Itu sahaja yang boleh mereka fikirkan. Idea yang tua dan lapuk seperti pemiliknya.
anak muda,
ReplyDeletewalau jauh mata kita memandang ke depan tp jgn sesekali lupa menoleh ke belakang...
anak muda, (cewah)
ReplyDeletewalau hebat pun kata2 yang kamu ingin mereka dengar..jika mereka tdk peduli utk mndengar ia tdk berguna juga pd akhirnya...
'bapak' kdg2 susah nk dengar dan terima ckp 'anak' wlp kdg2 ia betul..
Sebab tu aku kata kita belum merdeka lagi.
ReplyDeletemerdeka..konon..konon..
ReplyDeletexde org muda semuda 20 an masuk bertanding
ReplyDeletetu la susah
Moeha: itu yg masalahnya bila matang diukur dgn usia..bukan dgn pandangan..
ReplyDeleteXam: betul juga..tp takkan kerana majoriti tak bolelh, bermakna kita tak boleh buat kan?
semut: sweden negara barat, malaysia kan tak nak ikut barat..hahaha
situasi di negara kita ni macam diluah mati emak ditelan mati bapak..rakyat nak naik pengankutan awam, tp pengangkutan awam macam sampah..nak naik kereta tp ada tol berlambak..
mael: hehe tp stander mas tak begini..dulu masa 1970, politik kita matang sket. even Tun Razak jadi PM pun ketika dia muda..waktu tu pon ramai pemimpin yg muda..skrg ni je yg len..standard sudah jatuh kot..
balqissy: selama ni pndgn tak matang ke? huhu
M-Yusof: cth anasir seperti?
ReplyDeleterentong: bukan salah pengankutan awam? Tren KTM llambat 30 minit salah siapa? bas takde samapi 2 jam salah siapa? hehe
bainun: nek gerek tgh KL? Peh- best giler..tp dgn syarat takde kereta,bas la..
akupentoi: yela, nnti aku tukar citer..
marniyati: bila yg muda bg cdgn, kata kita tak patriotik pulak..haha
ikan emas: Jangan pandang belakang..hehe :p
shemmi: haha tp kalau bapak pun, mesti akan buat yg terbaik utk anaknya kan? mslh kerajaan kita skrg, dah tak macam bapak dah...mcm bapak tiri je..haha
ReplyDeletenami: yelah.. ikut jg bg kita merdeka tu apa..
azhar: konon..
joeggrimjow: ada yg bertanding mcm izzah, nik azmi, tp diorg wakil parti bukan wakil rakyat..pndgn mereka terikat dgn parti..
pengisian lain merdeka tu aku setuju sgt! buatle benda lain selain perbarisan...
ReplyDelete