Monday, June 1, 2009

Akhbar Melayu dan Akhbar Inggeris


Projek membodohkan melayu masih lagi diteruskan. Sila perhatikan di sekeliling kita, bermacam cara digunakan untuk memastikan akal orang melayu tidak berkembang dan jumud. Daripada hal politik hinggalah kepada cerita sosial. Semuanya diolah oleh media bagi membonsaikan fikrah melayu. Saya tidak pasti adakah ini usaha terancang atau perbuatan tidak sengaja.

Bagi mengesan usaha membodohkan minda melayu ini tidak susah. Kita hanya perlukan modal RM5 atau modem broadband untuk mengakses internet. Sila baca akhbar Utusan Meloya, Harian Metro. (Kalau tak tahan nak habiskan bacaan, sila sediakan plastik di sebelah takut termuntah). Langkah seterusnya, sila baca pula akhbar The Star dan NST. Sudah selesai, banding bezakan kandungan berita antara akhbar melayu dan inggeris itu.

Jika kita rajin menganalisis dan berfikir, kita akan dapati perbezaan utama ialah jenis berita yang dimasukkan. Di akhbar melayu, unsur-unsur tahyul dan seks begitu berleluasa. Lihat sahajalah tajuk utama Harian Metro dan Kosmo. Selalu sangat ditulis berita-berita seperti 'Jeritan Maut', 'Mangsa berkelakuan aneh sebelum kejadian', 'Siswi sanggup berbogel', 'Puja syaitan amalan remaja' dan bermacam lagi berita murahan seperti ini. Yang hairannya, akhbar metro adalah akhbar terlaris Malaysia!

Nota tambahan: majalah Mastika adalah majalah terlaris Malaysia. Mastika cerita pasal apa ek?

DI akhbar Utusan dan Berita Hairan pula, mereka akan memainkan isu perkauman dan agama. (baca Melayu dan Islam). Jadi, adalah perkara biasa ulasan dan rencana mengenai kedudukan bahasa, hak istimewa, kuasa politik melayu disiarkan dengan begitu hebat. Yang kelakarnya, rencana-rencana tidak ditulis pula nama penulisnya. Betul-betul tiada kredibiliti. Ada pula yang menyorok dengan 'bisik-bisik awang selamat' bagi menghasut.

Berita di akhbar melayu juga tidak 'panjang' dan analitikal. Sekadar menyiarkan berita tangkap muat yang pendek-pendek. Jarang kita mendapat pandangan kedua dan ketiga. Kemudian akhbar melayu sangat segan dan pemalu menyiarkan berita-berita ekonomi. Ruangan ekonomi sangat-sangat nipis. Seolah-olah ekonomi bukan perkara penting dalam kehidupan. Apa yang penting ialah akhbar sisipan khas hari ahad yang menyiarkan gosip-gosip murahan Mama Juwie dan Kak Pora.

Mengapa akhbar melayu begini? Adakah kerana orang melayu sendiri yang gemarkan bahan bacaan picisan seperti hiburan dan tahyul? Saya kira tidak. Orang melayu terutama anak-anak muda semakin kritikal pemikirannya. Lihat sahajalah kemunculan blog-blog anak muda yang mempunyai pemikiran-pemikiran jauh ke hadapan melangkaui unsur tahyul orang tua di akhbar.

Tetapi alasan akhbar- mereka menulis perkara-perkara mengarut ini kerana kehendak pembaca. Mereka menjual berita yang orang ramai mahukan. Bukan apa yang orang ramai perlukan. Jadi dalam hal ini siapa yang perlu berubah dahulu? Akhbar atau orang melayu? Saya kira akhbar yang patut berubah. Sampai bila lagi akhbar melayu terus diperlekehkan dengan akhbar inggeris?

Noktah sebentar: apa pula kandungan akhbar Inggeris? Siapa yang tidak tahu nampak sangat masih lagi membaca Harian Metro. Hahahaha

33 comments:

  1. Komenla dulu pagi-pagi ni... sapa nak komenla cepat.. aku tak nak komen lagi... tengah drive ni nak komen cam mana...tangan kanan dog pegang stereng ni...tangan kii\ri pegang handphone nii...tapi kaki aku standby kat bereeeek laaaaa..

    ReplyDelete
  2. tipu kanan
    tipu kiri

    ReplyDelete
  3. aku tak baca surat khabar sekarang nie....terutama utusan dan berita kosmo dan Metro tu umpama surat picisasn pada aku....

    buat sampah ajer

    ReplyDelete
  4. aku ada saorang kawan. bila dengar dia bercakap aku tak perlu baca suratkhabar melaoya ke hairan ke sebab otak dia mmg otak berita hairan dan meloya.

    tgk dia saja kena sediakan plastik sebab nak muntah. kahkahkah.

    dia ni bukan bodoh. tapi bingai.

    kahkahkah.

    ReplyDelete
  5. paper English lebih analitikal berbanding Melayu.. betul.. klu nk baca paper Melayu, baca Sinar Harian xpe, paper2 lain x abes2 kisah tahyul, perkauman, gosip, gmbar seksi meksi.. betul ni.. tp klu lbih best, bukak internet cukup.. lebih tepat, lebih pantas.. paper Melayu?? hahahaha

    ReplyDelete
  6. baca akhbar melayu - kmu melihat malaysia...

    akhbar inggeris - kamu mengenal dunia ...

    mcm tu la hakikatnya...

    ReplyDelete
  7. anda punya pilihan untuk memikirkan setiap isi yang anda baca dalam media cetak arus perdana.

    adalah satu bentuk kelucuan apabila corak aliran pentadbiran 'sang pemegang kuasa' tidak ada kepincangan.


    Dan percaya lah semuanya indah2 belaka.

    ReplyDelete
  8. ubaidah: memandu? ingatlah org yg tersayang..hehe

    blogger: tipu atas
    tipu bawah..

    mamai:aku rasa surat picisan lagi bagus..haha

    dari jalan kopi:
    kesian utk dia. salam takziah utknya..haha

    fahmi: betul. itu masalahnya.. aku tgk masalah yg akan timbul kerana situasi ini ialah, org tak akan respek BM dah..kerana BM asyik digunakan utk menulis benda2 murahan.. aish..

    kusut: baca akhbar melyu dpt gmbran malaysia? aku kira macam tak tepat..baca akhbar melayu dpt gambaran awang selamat je..haha

    rajuna: selamat dtg.. :)

    ReplyDelete
  9. gua baca zine je skrg
    akhbar boikot abis :P

    ReplyDelete
  10. bacalah suratkhabar apa pun, sebenarnya sama je. yang membezakan ialah cara kita menganalisis berita tu... dan itu memerlukan ilmu. kau pun baca suratkhabar melayu kan? sebab tu boleh komen pasal suratkhabar melayu ;)
    ye, ilmu itu penting.

    ReplyDelete
  11. aku ingat aku sorang jaa rasa harian metro 2 bodo.
    kawan aku ramai yang baca papaer haram jadah tu.
    hak3.

    ReplyDelete
  12. metro tu akhbar utama ke?tengok tajuk depan hari-hari macam picisan/tabloid.he3.(saya x beli utusan malaysia,berita harian kira ok sikit)

    ReplyDelete
  13. adeh aku tak baca sangat surat kabar ni.
    tapi kalau ada yang seks mesti terpikat.
    hahaha

    ReplyDelete
  14. hahahahha...


    aku suke bace URTV dan mangga

    majalah playboy malaya

    perghhh..awek2 tangkap gambar tepi swimming pool...

    perghhhhhhhhhh.....lentoq siott

    ReplyDelete
  15. aku x suke bace surat khabar..trutama surat khabar metro suke sgt letak front page berita yg bajet hot..
    dan aku tak suke tengok berita..
    kalo tgk berita pun..antara jam 8.00 sampai 8.30mlm..aku bukak berita mandarin..senang..mmg sah2 aku tak fhm..pukul 8.30 baru buke berita melayu sbb ada berita oversea..

    ReplyDelete
  16. paper?

    lalu depan kedai..
    sambil jalan sambil baca muka depan..
    tak payah bli..
    tergantung kat memana kedai runcit..

    err.. dosa tak? tak mintak izin pun.. huhu!

    ReplyDelete
  17. saya baca megaziness saja..
    lalala~

    bro,
    isu GAZA wa baca kat internet je!

    ReplyDelete
  18. .. saya beli NST sebab murah(1.20 termasuk sunday times) dengan berita yang sama lagi pun firsthand bukan terjemahan utk berita2 dunia.. akbar melayu tak payah beli.. bole baca kat kedai2 kopi.. safe duit beb..

    ReplyDelete
  19. terima kasih kerana hit blog saya... kerana mengangap anda bukan lah seorang yang frequent so saya akan jawab di sini...

    46% pemilih di penanti menunaikan tanggungjawab mereka...

    30% pula tidak di beri "upah" untuk mengundi...

    manakala selebih nya memang tahu siapakah pemenangnya... dok buat gi ndundi jugak nak buat apa...

    andai kata BN meletakkan dortor mahatihir di sana, mungkin doktor mahathir juga tersungkur... yang 30% tu jela yang mengundi UMNO

    ReplyDelete
  20. aku baca surat kabo kalau ade berita pasal chelsea ngan lee chong wei je..heheh..

    ReplyDelete
  21. wah...unsur tahyul???
    "mangsa berkelakuan aneh sblum kjadian"...mcm ade kaitan jek sume nih...hahaha!!!

    ReplyDelete
  22. ahaha...
    awang selamat???
    begitulah malaysia...hnya berani baling batu sembunyi tgn...tpi, trus trg, aku layan je metro ke, bhairan ke, kosmo ke, u meloya ke....he3

    ReplyDelete
  23. membaca jambatan ilmu.

    membaca akhbar utusan banyak sungguh faedahnya,

    boleh mengetahui kelemahan musuh dengan mudah sekali,

    semoga utusan melayu terus konsisten
    dengan gaya sekarang.

    ReplyDelete
  24. Apa-apa pun, aku sokong pendapat kamu tentang akhbar tu...

    ReplyDelete
  25. SETUJU! ala tak habis2 isu melayu.. melayu.. PROPAGANDA semuanya. patutnya tak payah dah ade perkataan tu kalau dah rasa itu isu sensitif. guna saja BANGSA MALAYSIA.

    ReplyDelete
  26. honestly, dlu i think mastika bes gle. byk isi2 yg bes. but now, tah.. Kurang mnarek r.

    ReplyDelete
  27. Nasib baik aku xbli suratkhabar.Eh,jap...ala...isi-isi kat blog aku pun xde faedah gak mcm dalam surat khabar.Hmm...kne berubah nie...

    p/s:BTW,aku dah link kan blog nie sbb mcm best jer isi kandungannya.

    ReplyDelete
  28. Aku ingat Mangga majalah paling laris hehe... Persoalan basuhbaju tu pernah dibangkitkan dgn begitu baik oleh hembusan. Boleh baca sini:

    http://hembusan.blogspot.com/2008/10/harian-metro-yang-sengal.html

    http://hembusan.blogspot.com/2008/10/setiap-negara-ada-akhbar-sengal-yang.html

    ReplyDelete
  29. pd ak pemikiran org melayu yg buat paper tu kena ubah. apb telah diubah, inti pati artikal pun berubah. dan dari situ secara tidak lansung bahan bacaan boleh merubah cara pemikiran org melayu sedikit demi sedikit. akhbar melayu kena berani untuk merubah konsep dan jangan takut sale jatuh. belum cuba belum tau.

    hnya pndpt yg tak seberape. i'm sorry..

    ReplyDelete
  30. semua:

    Sudah tiba masanya kita hentikan kebodohan media melayu ini.

    Kita perlu pastikan jualan Utusan, Metro, Mastika merosot!

    Biar mereka sedar dan faham yg minda kita sudah jauh ke hdapan..

    Kita tak mahu terus diperbodohkan..

    Paksa mereka berubah dan sediakan kandungan media yang berkualiti seperti Akhbar NST dan The Star..

    Noktah

    ReplyDelete
  31. Fikir2 balik, dah lama jgk aku x beli suratkhabar..

    ReplyDelete
  32. akhbar melayu ikut perederan pemikiran org melayu..entah ke mana.

    aku takde lah terel english sgt, tapi suka baca akhbar english disebabkan kandungannya.

    ReplyDelete
  33. salam...
    baru tau psl blog nih.ada org ofis recommend but so far, i love ur writing. especially about this. haha... sy ni lah rajin baca paper, tp if sy beli, sy beli NST. mmg x kan beli paper melayu. sebabnya, firstly, membazir duit je, x bnyk faedah.secondly, i'm an english student, so i read english papers to improve my english. klu beli paper melayu, habis baca, buang.buat lapik tu, lapik ni. if beli paper english, rasa syg sgt nk buang coz every word is meaningful for me.haha.kumpul smpi jd tinggi. tp mmg betul. english papers are more critical than malay papers. sbb sykt surat khabar not independent. they are bound to a party.so xley bebas berkarya. thats all from me. tq. salam.

    ReplyDelete