Sunday, May 3, 2009

Satukan kaum melayu berpecah empat- mStar

'TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu'...itulah pepatah yang begitu sesuai dengan Ketua Penerangan Umno yang baru, Ahmad Maslan, 43.

Mengenai cabaran, Ahmad menggariskan aspek yang beliau akan beri penekanan.

Pertama menyatupadukan kembali orang Melayu yang telah berpecah empat iaitu Melayu Umno, Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu atas pagar.

"Cabaran utama adalah menyatukan Melayu sebagai bangsa induk selain mengakui hakikat kita bersama-sama dengan kaum Cina, India dan Bumiputera lain," ujar beliau.

"Mereka pernah menyokong UMNO dan bersatu di bawah kami. Kita menghormati pandangan itu dan akan mengembalikan sokongan mereka kepada UMNO," jelas Ahmad.

Adoi...letih betullah dengar kaset melayu bersatu ni. Dari zaman dulu lagi. Tak habis-habis melayu bersatu.

Mahathir dulu pun kata 'melayu bersatu'. Tapi hasilnya 'melayu mudah lupa.' Pak Lah pun kata Melayu perlu bersatu. Tapi hasilnya 'melayu mudah tidur.' Kali ni mamat Maslan pulak nak berusaha menyatukan melayu. Tapi masih tak tahu hasilnya apa.hahaha

Satu pertanyaan: Kenapa kalau bersatu perlu di bawah UMNO? Tak boleh ke bersatu bawah DAP atau KIMMA? Hahahaha

Satu lagi pertanyaan: Sejak bila melayu ada 4 golongan je? Kenapa nilai melayu dari segi pegangan politiknya? Kenapa tak nilai melayu dari agamanya? Lagi senang. Ada 2 golongan je. Melayu Islam dan melayu bukan Islam. Kan kerja dah senang. Lagi sikit dari 4 golongan. hahaha

Asyik nak bercakap tentang melayu bersatu sahaja. Kenapa tak bercakap tentang menyatukan rakyat malaysia?

5 comments:

  1. Daripada satukan Bani Melayu ni baik satukan Bani Adam.

    Tanpa pengenalan bangsa.Satu bangsa manusia.

    Lagi bagus.Tak payah aku pening kepala nak pergi Sepanyol fikir visa ke passport.

    ReplyDelete
  2. kahkahkah!
    satu malaysia?
    kahkahkah!
    satu melayu plak?
    kahkahkah!

    ReplyDelete
  3. walaupun kita tak bersatu tetapi kita bolih menyanyi bersama :

    bersatu kita bersatu
    dengan setia berganding bahu
    jiwa teguh berpadu
    kita rumpun melayu

    kahkahkah. kahkahkah. kahkahkah

    buatlah apa saja asalkan yang baek

    ReplyDelete
  4. nami: kalau gi sepanyok xpyh visa, aku nak wat umrah pon senang..haha

    did: satu melayu? kalau melayu mcm diana danielle? haha

    dari jalan kopi: itu lawak..hahaha

    ReplyDelete
  5. hmmm, definisi melayu telah disempitkan mnjd begitu... lebih baik bersatu semua mcm bro Nami kata, paling tidak pun bersatu atas nama Islam.. lebih baik berbanding tiket perkauman ini..

    ReplyDelete