Only five-star hotels and resorts to be allowed on island.
The Terengganu government yesterday announced that now, only five star hotels and resorts would be allowed to operate on the island.
The decision had to be made to protect the island's precious and fragile environment, especially its rich diversity of coral reefs and marine life, said Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

*
Semalam kerajaan Terengganu buat keputusan nak jadikan Pulau Redang sebagai destinasi percutian mewah. Nak target orang-orang kaya duit berkepuk-kepuk datang. Pada masa yang sama nak jaga keindahan alam sekitar pulau itu yang semakin teruk. Caranya dengan membenarkan hotel 5 bintang sahaja dibina di pulau itu. Maklumlah berapa ramai orang yang mampu bayar bilik RM500-RM1500 satu malam. Memandangkan tak ramai orang yang mampu, jadi tak ramailah yang akan datang bercuti ke Pulau Redang. Oleh itu, kemusnahan alam sekitar pulau tersebut dapat dikurangkan.*
Ada banyak pandangan atau 'angle' yang boleh kita lihat mengenai isu ini. Sudah tentu ada yang bersetuju dan ada yang tidak.Sama ada pandangan kita benar atau salah, itu tidak penting. Tak ada pandangan yang benar dan tidak ada pendapat yang salah. Benar dan salah adalah subjektif dan bersifat relatif.
Yang penting, kita ingin merayakan budaya berdiskusi. Dari sini kita dapat lihat bagaimana kita mempertahankan pandangan kita serta meyakinkan orang ramai.
Tak perlu mencarut atau mengamuk sakan- kerana ini bukan blog Aduka Taruna.
Tak perlu nak kutuk-kutuk Barisan atau Pakatan- kerana ini bukan kawasan pilihanraya kecil.
Tak perlu nak gaduh pasal Mahathir dan Anwar- kerana ini tak ada kena mengena pun.
BasuhBaju ingin mengajak para pembaca untuk berdiskusi. Adakah langkah menjadikan Pulau Redang sebagai destinasi mewah adalah wajar? Atau tidak?
Selamat Berdiskusi!
tidak wajar! sebab banyak cara lain lagi untuk memelihara alam sekitar.
ReplyDeletepenggunaan frasa 'memelihara alam sekitar' tu hanya alasan untuk dapat pulangan duit yang berganda.
sama la macam nak naikkan harga gula. ayat 'mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan rakyat' digunakan.
hoh. sungguh cliche
menikmati alam sekitar adalah hak bersama. so, menjaga alam sekitar pun tanggungjawab bersama. sebagai pencinta pulau, aku membantah
tak wajar..
ReplyDeleteKalau dilaksanakan juga..memang PRU akan datang ni milik pembangkang lah..
HAHA
OH YA satu lagi..apakah dengan cara ini alam sekitar dapat dipelihara dengan jayanya?
ReplyDeleteHanya orang miskin,fakir tidak berduit sahaja kah yang membuat sampah di pulau redang?
orang kaya?
saya setuju. kita ada byk lg pulau2 yg lain yg boleh kita pergi. conservation is priority, and conservation needs money. now, bukan org miskin je yg buat sampah, but org kaya buat sampah and they pay good money...lots of money yg beri pulangan kat pulau tu sendiri.less people, the better utk environment pulau tuh.
ReplyDeleteOrang kaya pun buat sampah jugak.
ReplyDeleteSape pernah duduk Jalan Telawi tau la sepah tak bersepah sampah-sampah kat belakang food court tu.
Kalau orang kaya raya tapi takde kesedaran sivik pun tak guna.
Aku pernah pergi vacation kat satu tempat kat Belgium,kebanyakan yang melancong kat situ semua orang2 working class @ kelas pekerja.Tapi tempat bersih je,no hal pun.
Copa Cabana kat Brazil tu,walaupun dia letak sewa US$25,000 satu bilik pun,kalau nak bersepah,bersepah jugak.
Ini bukan soal ekslusif,ni soal mentality.
Kalau cakap macam ni,seolah-olah nak associatekan orang miskin dengan sampah sarap.Apa daa..
cadangan pelik yang menjual hak untuk menikmati keindahan semulajadi dengan wang ringgit.
ReplyDeleteTak wajar. Kalau kata nak protect alam sekitar, proses nak bina resort-resort mewah ni pun akan musnahkan alam sekitar. Alasan ini bunyinya macam escapism.
ReplyDeleteApa pulak nasib resort-resort kecil yang sudah lama kat sana? Berapa banyak periuk nasi rakyat yang akan tutup?
Ini ibarat 'menyewa' khazanah tempatan untuk orang luar
Ini adalah idea core capitalist
-bokbon-
ReplyDeletemarahkan nyamuk,kelambu yang dibakar. situasi ni sama la jugak dengan suara-suara yang menginginkan motosikal diharamkan kerana adanya mat rempit. banyak lagi cara lain untuk memelihara alam sekitar, malas pula nak nyatakan salah satu, takut nanti jadi mengarut.
lagi pula, keindahan alam sekitar adalah milik bersama. bukan hanya milik manusia dengan jumlah duit yang banyak. orang kaya pun, kalau buang samaph merata-rata, kotor juga pulau tu nanti.
tak nak la cakap lagi, nanti nampak gua lagi bijak dari orang yang mencadangkan benda ni, keh keh keh..
salam,
ReplyDeletesaya terkejut kerana laporan menulis ada penginapan di pulau ini yg membuang isi jambannya ke laut.
ini apa hal!?!?! kita bukan di zaman batu lagi. kenapa dibiarkan sekian lama!?!?!
saya tak pernah ke pulau itu, dan setelah membaca berita ni, lagi tak akan pergi.
saya rasa tak perlu kasi orang kaya saja pulau ni. buatlan sistem kumbahan yg betul. dan lepas tu suruh hotel-penginapan yg buang najis kat laut tu suruh bayar.
tentu harga bilik naik, dan dengan sendirinya mengurangkan pengunjung.
jika hanya selera orang kaya nak dipuaskan, saya rasa lebih baik MB Terengganu gunakan sebuah pulau kosong yang berdekatan utk dinaikkan hotel lima bintang yang harganya mahal - seperti yg dilakukan oleh YTL dekat pulau pangkor -
baca di sini:
http://www.pangkorlautresort.com/
Apa kata kita tutup Pulau Redang?
ReplyDeleteHabis cerita.
golongan elit dah bersuara. mungkin benda ini berlaku disebabkan idea 'bernas' mat ni http://is.gd/bnQh4. sedikit orang yang buat masalah, habis satu golongan itu dipersalahkan, c'mon lah.
ReplyDeletetak lama lagi ada lah highway untuk orang kaya je, sebab jalan yang dipenuhi kereta-kereta murah menyakitkan mata golongan elit ini. memandangkan Malaysia ni tak banyak pulau yang tinggal, tak perlulah kategorikan pulau ini untuk ini, pulau itu untuk itu. bagilah semua orang enjoy.
cuba korang fikir, kerajaan nak naikkan pendapatan rakyat melalui MEB.
ReplyDeletekalau dah berjaya MEB tu, bermakna ramailah golongan kaya kat Malaysia.
Bila dah ramai orang kaya, tak ke ramai juga orang yang boleh pergi ke Pulau Redang?
Tup tup tercemar juga keindahan alam sekitar Pulau Redang..haha
tak setuju!!!!
ReplyDeletePulau Redang adalah milik semua, bukan hanya untuk mereka yang berpendapatan tinggi n mewah...
mungkin penguatkuasaan alam sekitar perlu lebih tegas....
eh.para pekerja kat pulau redang pulak nanti macam mana?kena amik orang2 kaya/berada jugak ke?ye lah,nanti kalau amik golongan "working class" takut banyak pulak sampah dorang buat.atau pun nanti pekerja nya digantikan dengan robot je?
ReplyDeleteamacam?
pulau redang memang cantik
ReplyDeleteadoi
baru nak pergi
xtercapai la hajat
tu lah akibat tidak pandai jaga alam sekitar, kan nikmat dah ditarik, bru nak menjerit.
ReplyDeletexyah vbuat exsklusif, buat limited permit, sehari cam kata la boleh 50 orng jek datang..., and max tourist nak tinggal situ pun x boleh lebih dari 3 hri...lagi berkesan, and kalo mosun season, tutup terus, bagi coral pulak hidup....
ReplyDeleteIni idea orang malas..seperti kata ramai komentar, ada banyak cara yg lebih efisien dan praktikal untuk mengawal pencemaran dan memelihara alam sekitar.
ReplyDeleteKalau malas sangat berfikir, boleh buat kajian tentang pulau-pulau di negara lain yang berjaya mengawal pencemaran (Australia, etc) dan ikut sahaja.
Salah satu contoh cadangan dari salah seorang pemimpin yang malas nak berfikir jauh. Typical Malaysian. Budaya mengkaji sesuatu perkara secara kritikal masih lagi belum diamalkan secara menyeluruh.
ReplyDeletemungkin keindahan dunia selepas ini akan terus dimiliki golongan yang ber-wang-
ReplyDeletemarhain hanay mampu menatap makalah di khutubkhanah...
Marhein,
ReplyDeletekau sekadar tengok gambar
dalam akhbar
dan makalah buruk
dalam pelancongan ada satu benda yang kita panggil carrying capacity.
ReplyDeleteMembuatkan redang sebagai tempat berdensiti rendah dengna pembinaan resort mahal akan dapat mengurangkan jumlah kemasukan pelancong jadi seterusnya mengawal carrying capacity tu.
jadi dapat memelihara alam sekitar.
lagi banyak pelancong, lagi rosak.
Jadi ia perlu dikawal.
salah satu measure nya ialah buat resort mahal lah.
Jadi perkara yang kerajaan nak buat itu ada betulnya.
tak wajar..keindahan semulajadi patut dinikmati bersama..adakah lepas ni rakyat malaysia sendiri tak mampu lagi untuk bercuti dinegara sendiri..
ReplyDelete