Thursday, January 28, 2010

Pilihanraya Kampus

(Ini adalah intipati tulisan saya berkaitan pilihanraya kampus tempoh hari. Cara penyampaian berbeza namun isinya tetap sama.)

PILIHANRAYA KAMPUS


1) Basuh Baju,

Kalau dilihat sekarang hampir kebanyakan universiti telah dikuasai oleh Pro-Mahasiswa. Geng Pro-Aspirasi sudah ditendang ketepi. Ada yang kata ini adalah perubahan anak muda di Malaysia. Benarkah? (Mahasiswa bebas)

Saudara mahasiswa bebas,

Sebenarnya baik pro-aspirasi atau pro-mahasiswa, kedua-duanya geng syok sendiri. Satu geng berangan menjadi jurucakap BN/UMNO, satu lagi geng perasan merekalah pejuang Pakatan Rakyat. Kita boleh perhatikan isu-isu yang mereka bawa. Yang aspirasi akan cakap Anwar itu ini yahudi, pengkhianat bla bla bla...yang pro-mahasiswa akan balas balik Najib mongolia, rosmah bla bla bla...

Bila pro-aspirasi menang, Utusan dan seangkatan dengannya bukan main keluar tajuk berita 'pelajar menyokong kerajaan'. Dan bila pro-mahasiswa sapu bersih kerusi, Suara Keadilan dan konco-konconya pulak bising 'Mahasiswa menolak kerajaan.' Tak ke jelas di sini, kedua geng ini hanya menjadi the next UMNO dan Pakatan?

Paling best, ada universiti yang mewajibkan pelajar turun mengundi. Kemudian buat e-vote. Macam manalah pelajar tak turun mengundi. Nak tak nak kena jugak undi. Nak buat undi rosak pun tak boleh sebab e-vote. Hampeh. Tak ke macam syok sendiri ni?

Pilihanraya kampus adalah manifestasi kepada budaya politik Malaysia. Malah ia adalah kesinambungan budaya politik lama. Di kampus kita hanya diberi dua pilihan, pro-aspirasi dan pro-mahasiswa. Saling tak ubah macam Barisan dan Pakatan. Dahlah pilihan pun sama, budaya berpolitik pun takde beza.

Jadi apa yang berubahnya?

13 comments:

  1. buat je undi rosak
    dua-dua tak berguna...
    erk888

    ReplyDelete
  2. >>__<<

    hahahhaha
    wa pown x paham
    per kaitan luar tu dgn dalam u ni?
    agaggagagaggaga ~
    pangkah jer dedua ...

    ReplyDelete
  3. Salam, Basuh Baju.

    Saya telah ikut membaca beberapa tulisan berkaitan pilihan raya kampus kali ini. Nampaknya, pilihan raya kampus sudah menjadi cermin pilihan raya sebenar di Malaysia. Sayangnya, kita masih boleh menafsirkan bahawa pilihan raya kampus bukan suara mahasiswa dalam erti kata yang sebenarnya. Serupa dengan kes sudut pidato di IPT. Ada, tetapi sekadar mengaburi mata hati.

    ReplyDelete
  4. Shahrul: gua tak turun sebab tak payah turun pun. Calon menang tanpa bertanding..haha

    Deus: kalau e-vote tak boleh undi rosak. cane? kasi rosak PC?hehe

    Kaseh: ok. itupun kalau calonnya baik..:p

    Frodo: kaitannya yang luar tu cuba luaskan pengaruh kat dalam. Kalau pengaruh yg bagus takpe, ini pengaruh yang hampeh.

    habis dah belasah aduka taruna tu bro? kui3

    Marni: Mungkin di satu sisi kita boleh agak mahasiswa sekarang cenderung kepada pakatan. Tapi kita jgn lupa lagi ramai mahasiswa yang tak ambek pot atau dalam kata lain menyampah dengan keadaan politik yang ada sekarang.

    pasal sudut pidato tu saya kurang bersetuju sebab ia adalah usaha yang bagus untuk menjadikan suasana kampus lebih demokratik.

    Saluran untuk bersuara sudah ada, tinggal pelajar sahaja yang perlu gunakan.

    Maksud saya, pelajarlah yang menentukan sama ada sudut pidato itu akan menjadi projek mengaburi mata atau projek membuka mata mereka.

    (di UNITEN sudah ada belum?)

    ReplyDelete
  5. frodo kaw2 sekarang belasah aduka taruna...erk888

    tak payah ngundi leh kan bro
    setakat kena duduk luar apa ada hal kan
    erk888

    ReplyDelete
  6. Deus: U gua semua kena duduk dalam. asrama terlebih dari pelajar..haha

    ReplyDelete
  7. bukan masalah politik tu xbest ke ape
    tp klu dah sape menang
    die ada hak untuk buat kat u
    erk, bukan 100% ponat least banyak dieorg boleh buat
    dan boleh dikatakan yg menang akan jadi 'raja'

    dalam kes nak jadi 'raja' ni
    nak tak nak kene jugak masuk politik

    xsuke satu
    amek satu lagi
    xsuke 2 2
    tubuh sendiri

    same goes to our malaysia
    'raja' atau kerajaan ni hanya boleh ditentukan melalui pilihanraya
    bukan sebab xde cara lain
    sebab cara ni dah turun temurun

    lgpon islam tak kata tak ok cara ni
    cuma politik malaysia dah terkotor sangat
    yg ada tsqafah ni la perlu mengisi politik supaya tak kotor
    harap kite jadi sebahagian
    bukan jadi sebahagian yg lain

    harapkan perubahan
    tp xbuat pape

    ahaaksss
    terpanjang pulak
    -nak exam, mood xstabil-

    ReplyDelete
  8. head shot.you r damn right.

    ReplyDelete
  9. sebelum ni lu macam awang selamat....sekarang ni siap dah ada sesi soal jawab sendiri...dah boleh ganti dr ismail thamby ni.....naik klcc sempat tak melawat ayahanda? mana tahu akan datang dapat keje kat mana2...mungkin boleh dapat gelaran datuk kalau ampu lebih sikit

    jibam

    ReplyDelete
  10. salam. aku setuju cakap kau bro. dua2 sama je. sebab sikap orang sendiri yang suka korup. sape2 amek msia/u pon akan korup jugak.

    ReplyDelete