Thursday, September 3, 2009

Cadangan-cadangan untuk Perpaduan

1Kawasan Perumahan untuk semua

Saya terbaca berita mengenai rancangan perumahan rakyat. Katanya kerajaan akan membina berpuluh ribu unit rumah mampu milik bagi rakyat- terutama rakyat miskin. Ini langkah bagus.

Macam mana kalau kerajaan wujudkan sistem perumahan terancang? Adakan kuota di setiap kawasan perumahan. Macam kerajaan buat untuk agihan unit amanah saham. Ada peratus untuk melayu dan ada peratus untuk cina dan india. Maknanya di setiap kawasan perumahan itu, akan ada semua kaum yang tinggal.

Bagi saya- selain daripada pendidikan, kita juga boleh memupuk perpaduan melalui kejiranan. Kalau tadi kita mula dengan anak-anak kecil. Bagaimana pula dengan golongan dewasa/tua? Inilah jawapannya. Takkan nak suruh orang dewasa ni pergi ke sekolah pulak kan. Jadi cara terbaik ialah dengan tinggal dan duduk bersama di kawasan perumahan.

Selain daripada wujudkan kuota, mungkin kerajaan boleh memberi insentif seperti rebet cukai pintu dan diskaun harga rumah untuk menarik perhatian semua warga.

8 comments:

Anonymous said...

salam basuh baju,

apa kau berani bertaruh tiada wujudnya pengheret kepala lembu?

Riise said...

itu bermakna ada kuil, tokong dan masjid yang terletak berdekatan. uish, mana boleh, habis segala kepala binatang bersepah tengah jalan nanti. nak buat tempat beribadah pun dah kecoh, lagi nak tinggal setaman?

harapan yang amat tinggi dari kau, tapi aku sokong.

Besi Karat said...

Cadangan yg agak ekstrim bagi aku..tp tak mustahil boleh buat kalau semua kaum ada sikap toleransi dan hormat menghormati.

Basuh Baju said...

aney: salam, di Malaysia ni banyak je kawasan perumahan yg ada masjid dan kuil di satu kawasan.. tp xde pon berlaku kejadian heret kepala lembu.. apa yg berlaku di S.alam hr tu tak bermakna seluruh malaysia akan jadi huru hara kalau ada rumah ibadat di kawasan perumahan..

cuba kau fikir, kenapa org cina di bukit bintang rilek je ada masjid kat tgh2 kwsn tu..padahal 80-90% adalah org cina yg beragama buddha..

mknanya apa di sini? rakyat malaysia more or less, still boleh hidup secara harmoni..

hbs tu, xkan kerana insiden kepala lembu hari tu, kita terus nak pisah2kan rakyat malaysia? :)

Riise: skrg ni xde ke kuil/tokong/masjid kat kwsn perumahan? ada je kan.. tinggal bersama tak bermakna semua rumah ibadat mesti dibina berdekatan.. mgkn di utara dibina masjid..di selatan dibina kuil..di timur dibina tokong.. tak pyhlah nak bina sebelah2..hehe

Xam: ekstrem ke cdgn ni? aku rasa tak..kalau kita tgk, kat bangsar dan TTDI pon kawasan perumahannya adalah berbilang bangsa..boleh je hidup aman..

apa slhnya kita perbanyakkan kwsn perumahan yg begitu kan? lg seronok.. org melayu nak tak nak mesti akan bergaul dgn org cina,india.. hujung2 minggu sembang2.. sebulan sekali buat gotong royong.. time raya ajak dtg rumah.. time kenduri, slg menolong.. bukankah indah?

jadi, cdgn aku ni utk menarik org ramai supaya berfikir utk tinggal di kawasan perumahan yg berbilang bangsa..yelah, bila harga rumah murah sikit, dpt pulak rebet cukai pintu, mestilah ia akan jadi tarikan..betul x? :)

Basuh Baju said...

oh ye, pada aku, insiden kepala lembu tempoh hari tu jgk ada hikmahnya..

kita tgk bagaimana kbykn rakyat malaysia mengutuk kejadian itu.. malah to the extent berasa malu (terutama yg beragama Islam).. maknanya di sini, kita semakin menerima dan menghormati ajaran agama org lain..

kedua, kita tgk reaksi rakyat malaysia yg tidak mudah diprovokasi bila insiden tu..cuba bygkan kalau rakyat kita tidak bertoleransi dan matang, mesti kejadian kepala lembu dah dibalas dgn kepala babi pulak..pastu gaduh sesama kaum dan agama..

so ini telah membuktikan rata2 rakyat malasyia mempunyai nilai tioleransi, hormat menghormati dan matang dalam perpaduan.. (mgkn la tak banyak, tp at least adalah jgk rasa tu)

Besi Karat said...

Mr basuh baju - Ish TTDI dan Bangsar tu dah kategori kawasan elit.Kalau diamati betul2,Bangsar pun majoriti melayu di sekitar flat KTM dan flat Sri Pahang saja.Tapi kawasan sekitar Jln Telawi tu memang muhibah la kan lagi2 di bistro dan pub sekitarnya.hehe.Untuk kawasan perumahan baru?sukar juga rasanya.

Riise said...

@Basuh Baju tak kata tak boleh, tak jauh dari rumah aku(Selayang) pun ada surau, kuil dan tokong duduk sebelah2 je, tak kecoh pun orang yang tinggal kat area tu. orang Malaysia perlu faham agama/adat lain, bukan toleransi je.

Anonymous said...

Flat Sri Pahang atau nama barunya Perumahan Rakyat Seri Pahang. Penghuni asal sejak dirasmikan oleh Bapa PM sekarang, allahyarham Tun Razak. Katanya Bayaran bulanan dijadikan sebagai advance dan seterusnya akan dijualkan kepada penghuni. Apakan daya, beliau meninggalkan kita dahulu. Tak boleh nak tuntut apa-apa. Tapi bagaimana kedudukan Flet ini. Nak dijual ke tidak. macam-macam cerita keluar. Ada kata nak diperbaiki, ada kata, nanti siap bangunan 20 tingkat di tapak perumahan 5 tingkat DBKL di kaki bukit, penduduk Flet SPhg akan dipindahkan atau unit baru akan dijual kepada siapa yang berminat. Kalau betul, bila nak mula tu ye. Kita yang dah umur 50++++ ni sempat ke nak duduk kat situ