Tanpa dijangka, perlawanan 'runcit seperti biasa; antara Man Utd dan Man City menjadi 'lebih hangat daripada biasa'. Mungkin inilah penangan media (baca: sokernet) yang berjaya menaikkan nafsu semua peminat bola sepak. Hari raya pun gagal mengawal nafsu bola mereka. Ops, ini bukan review perlawanan semalam. Sebaliknya suatu cerita yang membasuh minda.
Ceritanya bermula begini....
Di kampung saya, astro adalah perkara asing untuk wujud. Di sini , di kawasan pedalaman, astro adalah kehendak untuk orang yang mampu. Yang tidak mampu seperti atuk nenek saya tak beli. Tidak seperti di bandar di mana astro sudah menjadi keperluan seisi rumah walaupun ada yang tak mampu. Jadi, tanpa astro, jangan mimpilah nak melihat pasukan setan merah beraksi. Namun asing atau tidak- saya tetap mahu menonton perlawanan ini. Sebagai peminat setan merah, saya mahu melihat benarkah gosip pasukan helang biru ini layak bergelak Top Four.
Mungkin ada yang berkata hari raya bukan untuk tercongok di depan TV. Kata mereka inilah masanya untuk bergembira dengan sanak saudara. Tetapi mereka perlu faham TV juga membawa kegembiraan kepada insan yang beraya. Lagi-lagi kepada kaki bola macam saya. Kepada mereka yang berpendapat bahawa TV perlu disorok atas alasan ia mengganggu kegembiraan hari raya, saya ada satu nasihat. Adalah lebih baik disorokkan sekali kereta yang ada. Kereta bukan sahaja mengganggu kegembiraan malah membunuh orang yang pulang beraya lagi. Setidak-tidaknya TV tidak membunuh.
Berbalik kepada cerita tadi, sebenarnya tak jadi masalah nak menonton bola kalau bukan kerana hari raya yang jatuh serentak. Ada je kedai makan yang menyiarkannya. Tetapi maklumlah, mana ada orang Islam yang nak bekerja di hari raya pertama. Jauh sekali nak bukak kedai. Bagi orang Islam- raya setahun sekali adalah acara yang mesti disambut. Tak kiralah liberal mana orang Islam itu- raya tetap raya. Perkara berkaitan raya ni memang tak boleh dikompromi.
Maka, selepas sejam mencari, lalu saya terjumpa satu kedai mapley di pekan. Adalah dekat 10km jauhnya. Jam di tangan dah menunjukkan pukul 9.30, bermakna sudah tamat 1st half. Tanpa membaca bismillah, saya terus mencari meja dan kerusi. Tapi jangan kata meja dan kerusi, nak berdiri tengok pun tak ada tempat. Setiap celah kedai mamak itu penuh dengan warga 1Malaysia.
Mungkin kita jarang tahu, kedai mapley adalah institusi perpaduan yang paling besar di negara kita. Kawasan majoriti melayu ke, cina ke, muslim ke, non-muslim ke, semuanya ada kedai mapley. Tak perlu pun nak promosi taruk iklan 1Malaysia kat surat khabar. Apatah lagi nak bersenam atau berlagu 1Malaysia. Dengan makanan dan bola, ia sudah cukup untuk menarik warga semua bangsa duduk melepak bersama.
Dari jauh saya sempat perhatikan towkey mapley itu sudah tersengih-sengih memegang buku bank. Hebat mapley ni. Tak sia-sia tak beraya. Kemudian saya perhatikan lagi nombor plate kenderaan yang ada. Kebanyakannya plate KL. Patutlah kedai mamak tu melimpah-limpah pelanggan. Overrated rupanya.
Disebabkan adalah perkara sia-sia terpacak tanpa dapat menonton di kedai mapley itu, saya pun beredar. Dengan hati yang pasrah, saya pulang ke rumah. Namun tiba-tiba saya terlihat sebuah restoran yang lengang tetapi menyiarkan perlawanan bola. Biar betul- saya macam tak percaya. Beberapa kali gosok mata. Takutlah ada hantu yang nak klepet saya ke. Yelah, dah kata bulan syawal ni setan dah tak diikat. Tak percaya? Tu yang setan merah nak beraksi malam ni tu apa dia.
Tengok punya tengok, rupanya restoran cina. Patutlah tak ramai orang. Dengan membaca bismillah, saya pun masuk. Siap duduk betul-betul depan TV. Memang heaven. Macam tengok di rumah je rasanya. Tapi bila ada amoi datang mintak order, saya mati kutu. Nak order apa ni? Halal ke tidak? Saya perhatikan di sekeliling, rata-rata yang datang minum air tiger. Tidak berapa jauh pula ada beberapa anjing yang sedang tidur nyenyak. Tiba-tiba saya berasa menyesal masuk.
Amoi itu tersenyum melihat keadaan saya. Mungkin menyedari saya seorang muslim, lalu terus dia berkata 'jangan risau ma, kita ada air tin.' Bayangkan betapa leganya diri saya mendengar kata-kata ini. Terus saya minta 100 plus. Ketika menonton perlawanan itu, saya terfikir- sebenarnya tak susah pun untuk kita hidup bersama-sama berbilang bangsa dan agama. Yang kita perlukan ialah memahami sensitiviti masing-masing. Itu sahaja.
Dan...apabila Owen menjaringkan gol di saat akhir perlawanan, semua penyokong setan merah berjabat tangan. Termasuk diri saya. Pada ketika ini, saya tidak menyedari bahawa saya seorang sahaja yang berbangsa melayu. Yang lain rata-ratanya berbangsa cina dan india. Pada ketika ini jugalah, saya terlupa hakikat saya sedang berada di restoran cina. Nampaknya bola sepak telah mengajar saya tentang perpaduan. Ini pun yang berlaku pada hari ini. Siapa yang sangka, dari kedai mapley ke restoran cina. Dari hal bola sepak ke hal perpaduan.
Selesai sahaja bersalaman, saya pun berangkat pulang. Dalam hati, nampaknya Man Utd lebih banyak menyatukan kita daripada para politikus sekarang. Ini rumusan berani yang saya buat daripada pengalaman ini. Sejujurnya, inilah kali pertama saya memasuki restoran cina. Namun ia sudah banyak memberikan pengalaman yang berharga ini. Saya pulang bukan kerana gembira Man Utd menang tetapi lebih gembira mengenangkan perpaduan di negara kita yang masih utuh. [BB]
16 comments:
ape da bro,
raYe bg meraikkan kemenangan umat Islam slepas sebulan b'pose,
bg meraikkan kemenangan kaye atau miskin....
huah.. kampung kamu mmg gile bola ah..
salute sama tokei mapley...
bekorban demi keuntungan..
OMG- so many points in this post. From race to religion. From media to economy.Grrr- seems my mind cant absorb all for once. Need to read it later. :p
hehe..saya pun gumbira.
glory.
semalam satu family tgk..
merapatkn kami satu famili juge..
yerp..tak ssh nak cari satu titik persamaan.
satu je..
walaupun banyak je yg boleh..
got it?
ya benar aku sungguh benci ngan racist.... cis MU menang lagi he he
Terus terang,sebenarnya yang menyatukan rakyat Malaysia,bukan Najib Razak atau Anwar Ibrahim tapi Manchester United.
Dari dulu aku katakan benda ni - tak tau la kalau Encik Johan tak nak menerima kenyataan sebab dia fan Liverpool.
p/s:saya penyokong Barcelona. :)
1 malaysia ka, 1 ummah ka, hakikatnya yg byk menyatukan kita ialah man United..
aku raser sumer negara alami situasi mcm nih..
walau apa pun partinya, atau agamanya, atau rasnya, bila duduk menonton man u, terhakis semua dinding-dinding perbezaan tuh..
tu salah satu sebab alex furgeson dapat gelaran sir..
patut najib kena bagi gelaran tun pada sir alex..
hahahaha..
Ello,
For me our real struggle and fight is demolish the sultans and kings institution in Malaysia.
It doesn't matter whether u're capitalist, socialist, Islamist, or gardener...it is our job to throw the ancient administration and replace it with much more reasonable and fair administration to govern the society. We live in modern world and in the age of information surplus...All the kings need to realize that they must change their role to ensure that their institution fit with our needs but in Malaysian case their failed...the biggest failed was done by Perak sultan when he forced the elected MB to resign. Because of that, the Malaysian society revisit the role of sultans in Malaysia and now I do believe; nearly half of Malaysian want Malaysia to be a republic...federal republic perhaps..plus great influence from Indonesia and other world power such as US, Russia and EU...the capitalist clans also keep push the sultan institution existing and radically the leftist group demanding the abolishing of kings institution to ensure the establishment of non class society. I know some of the orthodox and conservative group says that sultans institution must be defend to maintain the existing on Islamic nation but it is irrelevant claim. Islamic nation only exist if there has a justice and fairness to the citizen..either the country is a monarchy, republic, secular or conservative fundamentalist....
If we look on our global economic needs and local trade activities..we really don't need any sultans because they disturb our nation competitive and encourage the corruption disease in our society...The king institution also ruin the people mobility to increase their living of standard.
Congratulation Nami...keep on attacking the kings institution and sultans...and thanks to Mr Abdullah Munshi becoz he inspired me to refuse the existing of feudal community.
To the other bloggers..our real revolution is abolish the sultan institution..that's our real movement...
*this comment I already post in tehtarikgelasbesar blog. I just want to share with BB readers..perhaps beside football team can unite Malaysian, the Malaysian also can share the same feeling towards kings instiution, and together put this institution into the museum..
TQ BB..hope we can share ur opinion in ur next post...
haha..
gila bola ghupenyer..
0rg len malam bola anyam ketupat..bhahahhaa
api: kemenangan MU pun diraikan jgk..hehe
fahmi: kampung kau tak gila bola ke? hehe
anonymous: its okey, take ut rime..
green: yup..sbnrnya terpulang pada kita nak lihat sesuatu titik tu sbg sesuatu yg menyatukan atau memisahkan.. mcm bola jgk..bola menyatukan peminat2 MU tak kira bangsa dan agama..tp bola jgk buat kita gaduh cthnya antara fans MU dan liverpool..hehe
so diakhrinya segalanya terpulang pada kita..
Indra Qirana: nak wat cane..owen bagi semua peminat setan merah beraya..hehe
Nami: MU pun memisahkan kita jg..tak pyh susah2 tgk je nasib ko..tak pasal2 kena kutuk dgn peminat MU sndiri wlpn ko dulu sokong MU..hehe
M-yusof: Tun Alex Ferguson? aiyo, camtu kena jgk bg Tun kat michael jakcson, Shah rukh khan..haha
una: ko anyam ketupat ke wat drawing? hehe
Fridz: off topic daa..weyh, ni sedition ni! haha
apa kata ko mulakan dgn menulis blog utk cause yg ko perjuangkan? walk the talk bro..amacam? :)
sakit jantung betul tunggu gol kemenangan owen..time 3-3 tu da habis lemang sebatang..risau + frust punye pasal..haihhh
gua punye la harap kampung gua ade ciri2 spt kampung lu..tp tidak sama sekali..
mapley kampung gua sume pemalas..cilakak..
assalamualaikum..
moga raye disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan dalam acuan keredhaaNya..;)
oh ya,
tentang pangilan 'yahudi laknatullah' dan nabi kita ada saya terangkan dalam blog saya.
moga mendapat manfaat..
insyAllah..
wassalam..
aku tak dengan MU game malam itu memang best tapi masa tambahan itu yang tak best...aku bukan peminat MU or MC tapi aku harap malam tu game seri
aku tak dengan MU game malam itu memang best tapi masa tambahan itu yang tak best...aku bukan peminat MU or MC tapi aku harap malam tu game seri
macam biasa, aku tak suka komen panjang2.
good entry.
:)
Post a Comment