Monday, August 31, 2009

Merdeka

" Jika hati kita tidak sehaluan, kau masih mahu aku?" - tanya Maya Karin kepada aku di tahun 1957. Sudah 52 tahun sejak ungkapan ini diucapkan. Mungkin Maya Karin sudah menjadi milik orang lain, tetapi negara yang bernama Malaysia tetap menjadi milikku.

Selamat Menyambut Kemerdekaan Semenanjung Malaysia!




Ps: Ramai yang kata bendera negara dan lagu kebangsaan- semuanya dicilok dari luar. Macam mana kalau kita tukar lagu kebangsaan dan bendera Malaysia? Apa pendapat anda?

22 comments:

wargadunia said...

lagu dan bendera Malaysia tiada keperluan untuk ditukar. dalam dunia ni pi mai pi mai tang tu jugak. Kalau ada persamaan adalah suatu kebetulan.

fahmi said...

xde hal.. tukar lah, kasi cool sikit... lagu2 patriotik je mesti bunyi dekat2 sama.. apsal? mcm mana nk semaikan patriotism kalau lagu pun orang x minat?

Shahrul Tanaka said...

"adakah ko sudi menerima aku?" kata maya karin pada gua..

"aku tak sudi..pergilah ko dari sini" ujar gua..

bG said...

xyah tuka.. bikin malu je kalau tuka..

balqissy said...

yakin ke kalau tukar tu lagu ngan bendera bukan cilok? ^.^

zahirlunatik said...

x payah la nak tuka....
menyusahkan je...

D'Rimba said...

Merdekalah jiwa...........

Hanggokan said...

kahkahkah...
aku pelik, kenapa lagu 1 malaysia nih ramai betul org cipta lagu. zaman masa merdeka takde org cipta lagu ke utk malaysia?

kahkahkah...
najib,jom buat bendera satu malaysia plak. logo nombor '1' tuh tak kool lah!

kahkahkah...

fatah85 said...

takyah tukar kot.

nanti budak2 kecik pening.
mana satu malaysia baru, mana satu malaysia lama.

nanti veteran2 tua tak ingat lirik lagu negaraku kalau tukar.

nanti ramai lupa negara.

nanti ramai mati kepeningan.

hahahahaa.

StefenshaW said...

maya karin dah tua...
apa susah gua..

pantun dua kerat..

ah ha..

bendera tu aku rase macam sama sangat dengan amerika..

nanti taliban silap datang malaysia nak carik Bush..
rugi duit minyak dia..

ah ha..

Basuh Baju..nko kenal aku x ?

FaAtip said...

Tak yah tukar la...
Bila nak tukar, ada pertandingan...
Ada pertandingan ada hadiah....
Tak habis2 nak buang duit je....

mamai said...

tukarlah lagu dan bendera macam mana sekali pun ia tetap dicilok..hahahahaha merdeka minda

Guru said...

tak yah lah tukar..
cilok mencilok ni kerja satu dunia...
buat lagu baru pun
mesti ada rythm yang sama atau hampir sama ngan lagu2 lain...
tak yah

aku said...

banyak lg benda lain yg perlu dibuat..
lakukan sesuatu yg buat kita bangga jd rakyat malaysia.
secara tak langsung kita akan bangga dgn bendera dan lagu kebangsaan kita..

nora said...

xyah tukar la...
apa yang perlu adalah semangat dalam kendiri masing2..
itu yang perlu diperbaharui..
sentiasa di reload or refresh...
adalah lagi bermakna daripada tukar2,
then bagi org pening2 lalat dgn perubahan tu..

13may said...

Suka lagu merdeka nyanyian arwah sudirman :)

mOEha Aziz said...

salam,

lagu negaraku dicilok? menangis Almarhum Sultan Abdullah...

Azri Rotten said...

nice writing mate!

bagi aku, masalah malaysian sendiri yg x mampu hasilkan originaliti. nak tuka apape pon dah terlambat.

aku still x rasa merdeka. apa guna sambut merdeka tiap2 tahun kalau kita "dijajah" dinegare sendiri. hak asasi manusie dilanggar, pentadbir x ambil contoh mcm para2 sahabat yg mentadbir dgn cara islam. dulu ade sorang pentadbir aku lupe name die,boleh menyamar & checkout rakyat kat negare die. semua masalah hunger & poverty dpt ditangani. pentadbir skrg kalau turun, mcm2 event ade.

Basuh Baju said...

semua: terima kasih di atas pndgn..

aku rasa tak perlu pon nak tukar2 ni.. tukar bendera ke, tukar lagu ke, bukannya rakyat kita jadi lagi patriotik kan?

lagipun masalah rakyat tak patriotik bukan sebab bendera malaysia tiru bendera amerika atau lagu negaraku diambil dari memula moon..

:)

Cob Nobbler said...

Ini lagu kebangsaan aku.

Selamat merayakan minyak naik harga. :P

Shemmi said...

kalo tuka cam xde pendirian pulak...

"jika aku tiada pendirian, kau masih mahu aku?" kata gua plak

@LiYaNNuaR ツ said...

stuju dgn wargadunia...