Sunday, August 30, 2009

Merdeka

Hari ini hari ahad- hari yang indah. Kenapa hari ahad mesti dikatakan indah? Sebab namanya ahad atau sebab hari ahad hari cuti?

Cuti dari apa? Dari kerja, dari kuliah, dari sekolah, dari jalan sesak di jalan raya, dari kerja bertimbun, dari bangun pagi dan dari segala macam. Kadang-kadang terfikir- tidak bolehkah manusia hidup macam hari ahad pada setiap hari? Bergembira sepanjang masa. Buat apa yang mereka minat. Pergi memancing, pergi sungai, pergi melancong, pergi memanjat gunung, pergi masuk hutan, pergi berkebun dan pergi keluar bersama keluarga atau rakan-rakan. Tidak bolehkah?

Kenapa mesti terikat dengan perkara-perkara yang tidak disukai? Kenapa perlu berasa tertekan untuk melakukan perkara sama berulang kali? Kenapa?

Kenapa tidak merdekakan diri? Kenapa tidak merdekakan minda?

*
Tepat jam 12 malam ini, semenanjuang Malaysia akan meraikan kemerdekaan negara yang ke 52. (Sabah dan Sarawak merdeka pada 16 Sepetember. Ini dua perkara yang berbeza.)


Apa erti kemerdekaan anda?

14 comments:

solehah said...

sbb idea of u have to be civilized yg punya angkara. if not sume pn akan buat ikut suke. kan?


org lain sambut merdeka. sy sambut birthday ;)

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

slamat cuti merdeka..

jom merdekakan minda!

=P

Hanggokan said...

kerana minda saja tidak cukup untuk membebaskan fizikal. aaarghhh!!!

Firol said...

PRAKTIKKAN UCAPAN DR BURHANUDDIN BIN MUHAMMAD AL-HILMI....

" Di atas Robohan Kota Melaka,
Kita Dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatulah Melayu Seluruh Baka,
Membela hak keadilan Pusaka".

"...sebagai pejuang Islam sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang mahukan penganutnya berjiwa hamba tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allah..."

NI baru merdeka

balqissy said...

merdeka tu melompat2 sambil tunggu bunga api kuar. waah~ syok benar!

myQza said...

aku sokong balqissy.. pastu aku nak tambah..

abesh lompat2 sepah2kan sampah pastu bendera pun melayang2 sekali..

Sang Harima said...

Gua sokong firol..

setakat ni gua masih bersyukur ngan mesiawalau bnyk prkara gua x stuju.. gua masih boleh pergi smyang terawih.. kalu nk ikut, bnyk lg org islam xde ksmpatan nk smyg terawikh..
Alhamdulillah..

Cob Nobbler said...

Merdeka bagi aku adalah bila semua manusia tidak lagi dinafikan haknya untuk mendapat hak yang paling asas - makanan,pakaian,tempat tinggal,pendidikan.

Bagi aku kita masih lagi tidak merdeka.Tidak ada istilah merdeka bila orang di Sabah masih makan siput babi dan ulat gonggok kerana kemiskinan,sedangkan negeri kaya dengan petroleum,kayu kayan dan hasil bumi yang lain.

Tidak merdeka jika rakan aku di Afrika Selatan masih lagi meminum air parit sedangkan kerajaannya bermegah membina stadium untuk Piala Dunia 2010.

Tidak merdeka bagi aku sekiranya masih ada lagi rakan aku di Burma yang nak beli SIM card dan handphone kena keluarkan belanja US$2,000 serta karenah birokrasi yang melampau,isi form 15 pages bagi nko ni confirm bukan agen asing - ni cerita semalam,patut nko datang,wakil Burma kita datang dan cerita situasi di sana.Fahmi dengan Bangun Berdiri ada.

Bagi aku,merdeka hanya wujud bila manusia sedar yang mereka semua tinggal di satu Bumi yang sama,satu bangsa manusia,tanpa benci tanpa sengketa.

Raja Syahrul Helmi said...

aku hari hari merdeka. menganggurle katakan... ni tulisan ni kena balik kat lu bro. aritu lu tulis pasal duit, kan? pasal duitler x merdeka. cuba tgk org asli tu lepas sumpit apa yg patut balik umah lepak jer... gua pun sama. tunggu je mak gua masak.

Basuh Baju said...

syahrul: tu kalau ko cari duit bukan dgn benda ko minat..sama la gak kalau belajar. kalau belajar sbb duit, tu yg mslh.. so aku tak rasa bercanggah..

carilah duit tp biarlah dgn cara yg kita minat..melalui pekerjaan yg kita suka.. baru;ah situasi tak merdeka yg aku ckpkn tadi tak berlaku.. :)

aku said...

selamat hari merdeka malaysia.

fahmi said...

merdeka- bebas, tidak terkongkong dengan sesuatu.

dulu aku ada tnye ko psl ni, apsal negara2 lain merdekanya 1 tarikh, Msia je ada 2 tarikh, 31 ogos & 16 Sept?? xleh ke synckan sekali??

Basuh Baju said...

Fahmi: nak buat cmne, dh mmg sejarah menunjukkan negara kita ada dua tarikh kemerdekaan.. satu utk semenanjung satu lagi utk sabah dan sarawak..

sbb tu aku tulis selamat merdeka utk semenanjung malaysia..

tp kalau kita synckan dua2 skali, ada pro and kontra jgk.. pro nyer kita hanya ada satu tarikh..tp kontranya- kita kena korbankan satu tarikh yg bersejarah..

cyruscope said...

"tidak bolehkah manusia hidup macam hari ahad pada setiap hari? Bergembira sepanjang masa."

nama pun kehidupan, ada susah ada senang.

aku enjoy life. weekdays besh, weekend pon besh. kerja dengan semangat setiap hari sbb kerja yg aku buat kene dgn minat aku. dn aku tau aku kerja sbb nk senang di kemudian hari, sbb nk heppi d masa depan nnti.